Monday, December 12, 2011

Hi Seoul! - Soul of Asia : Day 5

Assalamualaikum! 

*Ehem-ehem* Terlebih dulu aku nak rakamkan jutaan terima kasih kepada sesiapa yang dah droppedkan komen-komen bernas dan jugak kritikan yang membina untuk improvekan lagi blog aku yang tak seberapa nih. Hanya jauhari yang mengenal manikan *motif berperibahasa?* ;p 

Anyway, aku dah baca sume komen korang tu, insyaALLAH aku akan improvekan step by step. Yang penting korang dah nampak tak langsir a.k.a header aku. Hensem dan bergaya kan? Hahaha...sume ni aku rakamkan jutaan terima kasih untuk Janggel sebab sudi buatkan header untuk aku yang tak reti langsung nih! Walaupun Fatt dan Biqque dah banyak kali ajar, tapi still aku ade kekurangan sendiri. Thank you JANGGEL!!! . Harap pasni sudi la lagi buatkan header untuk aku ye. 

Ok...komen-komen lain cakap lambat nak loading, akan ku rajinkan diri untuk resize balik gambar-gambar aku untuk post-post yang akan datang. Sebabnya...fyi, sume gambar-gambar yang lepas-lepas aku memang tak resize langsung! That's why berat tu...sorila ye..kat umah aku internet laju, so tak perasan benda-benda macam ni. Hehehe. Kalo layout pulak, aku memang tak suka crowded sangat, simple is already ok. Bak kata omputih, "less is more". Background aku rasa akan kekalkan warna putih la kot. Sebab aku ni innocent gitu. Hahahah... Next, pasal route map untuk setiap trip aku. InsyaALLAH akan ku usahakan sebab sebelom ni Fatt pun ada mention pasal ni. Just takde masa nak carik maps kat google dan lukis dengan pensil digital setiap route tu. Sori ok! I'm just not very good with computer tools. 

Selain itu, cadangan Kakak Cantek suruh letak gambar provokasi ataupun *orno, maybe tak lagi kot buat masa sekarang. Aku nanti akan carik gambar macam tu untuk buat header besar-besar nanti ok! Hehehe. Gambar banyak tu memang identity aku sebab nak suruh korang pegi rasa ape yang aku rasa. Tu pun aku dah cut-cut yang mana patut. Penah wehh nak pilih pastu edit skit-skit lagi. Cara penulisan aku memang totally aku takkan ubah. That's who i am. Ibarat pengliburlara aku nih! Hahaha...maybe aku tak reti nak berbunga-bunga macam orang lain sebab aku ni memang straight to the point bila cite. I'm not gonna try to hard to be someone that i am NOT! 

Ok..i'm done about menceceh ni. Let's get back to the story.

Day 5 - 16/11/11 

Seperti biasa, bila tido kat dalam rumah kampung macam hanok house ni, mestila selesa ye tak? Dengan selimut tebal, siap ada floor heater lagi memang sesuai sangat la kalo nak meng"gajah"kan diri time winter. So, aku kejutkan dulu kawan aku tu bangun dulu untuk mandi dulu. Semalam aku duk layan AIM18 kat youtube, tido lak kul 2 pagi. Mane tak ngantoknya. What to do... Dalam pukul 7.30 pagi sume dah get ready. Breakfast memang takde ye, memang takde disediakan. Dah setel packing sume beg dan lain-lain terus check-out dari DOO Guesthouse. Arini akan ke guesthouse yang lain pulak iaitu Fully Guesthouse. Kawan aku yang sorang lagi tu akan berangkat pulang ke Malaysia esok paginya, so die simpan dulu backpack die kat DOO Guesthouse untuk ikut kitaorang pegi destinasi yang seterusnya untuk hari ini.
Laman DOO Guesthouse. Bersih je kan?
Since kitaorang dah berpakat untuk naik cab je untuk pegi Fully Guesthouse, maka kitaorang seret / galas beg masing-masing menuju ke jalan besar yakni berdekatan dengan Anguk Station, Exit 3. Pagi-pagi macam ni memang sibuk je memanjang. Tapi senang je nak tahan cab ni takdela susah sangat pun sebab bersepah cab yang duk lalu-lalang. Tapi yang geramnya, bila tahan satu cab cakap nak pergi sekian sekian tempat siap tunjuk address pun tak faham! Apadaaaaaa..... Akhirnya, cab yang ke-4 tak silap aku baru faham ape yang aku duk cakapkan. Senang cite nak pegi Hyehwa Station Exit 4! Nasib baik driver cab tu sanggup. Thank God! Tambang taxi tak mahal pun dalam KRW3,000 sebab dekat je actually. Tapi kalo dengan bag masing-masing bagai anak gajah memang berkurun la nak sampainya! 

Silap aku jugak actually, tak amek direction betol-betol. Plus Fully Guesthouse ni pun tak kasik betol-betol direction untuk ke sana. Jarak dari Hyehwa Station, Exit 4 ke Fully Guesthouse adalah sangat jauh ok kalo dengan berbag bagai sume nih! Adalaaa dalam 1km jugak duk menapak! Giler jauh weeeh! Siap lalu depan SungKyunKwan University lagi. Adeh lagi...tak sempat nak masuk pun. Maybe next trip. 
 
Direction to Fully Guesthouse: 
1. Turun kat Hyehwa Station,  Line 4 (kaler baby blue line), Exit 1
2. Jalan straight je sampai nampak Pasha Turkish Kebab dalam 50meter. Korang tunggu bas no. 08 kat depan tu. Kecik je bas, macam bas mini. Tambang dalam KRW600 sehala
3. Naik bus tu dalam 10 minit. Kalo korang rasa bus tu dah selekoh tajam ke kanan yakni nampak Family Mart sebelah kanan dan Paris Baguette sebelah kiri, maka turun kat situ ye. Memang kat situ selalunya ramai orang turun. Kene alert! 
4. Dari Family Mart tu, yakni dari pintu masuk Family Mart tu, jalan straight je macam nak turun bukit dalam 10meter. Akan nampak Farmasi Dongho sebelah kanan.
5. Bila dah nampak farmasi tu, terus belok kanan, amek jalan naik bukit tu skit. Taraaaa...terus nampak Fully Guesthouse! 
6. Gudluck!

Bila dah sampai akibat penat berjalan tu, memang lega abes laa sebabnya dapat jugak jumpa guesthouse ni. Memang aku tak sangka langsung kene menapak sejauh ni dengan beg berat kat belakang tu. Aku rasa kawan-kawan aku pun duk menyumpah sama. Nampak sangat direction yang dorang kasik tu memang suruh kita jalan. Ingatkan betol la 5 minit berjalan, rupanya kene tambah lagi 10-15minit bila bawak beg berat bagai. 

Ketibaan disambut dengan senyuman Mr.Jay dan Mr.Cho. Mr.Jay je yang fluent english siap ade slang lagi. Motif? Hahaha...Nasib baik boleh terus check-in dan rehat jap. Time tu dalam pukul 9am. Cuaca pun cerah je. Enviroment kat Fully Guesthouse ni memang cozy dan memang dapat good reviews from others. Tapi satu je, jauh dari subway. Korang kene naik bus! Kalo nak berjalan kaki pun ok. Yakni kalo jalan berlenggang ye. Tapi kalo aku, berjalan pun ok sebabnya sepanjang jalan untuk ke Hyehwa Station tu memang happening habes! Kawasan student la katakan. SungKyunKwan University. Sume student memang stylo and vogeh abes laa. So, bila berjalan tu rasa kejap je, plus tak panas. Awesome! 

Rate untuk dorm 4-beds adalah sebanyak KRW20,000 per pax. aku amek dorm ni. Manakala, kawan aku lagi 2 orang, aku booked twin beds yang berharga KRW30,000 per pax. Owh ya, setiap dorm ada toilet sendiri, so memang tak perlu keluar dari bilik untuk pergi ke jamban. Ngeh ngeh ngeh. Breakfast is also included!




Lepas dah selesai check-in, kitaorang tanya Mr.Jay, takde cara lain yang senang ke nak pegi Hyehwa Station selain dari kene jalan kaki. Die cakap memang jauh pun kene jalan sambil gelak-gelak. Cinabeng betol. Tapi dia cakap ada cara lain. So, die tunjukkan peta kat dinding living room tu camna nak naik bus dari situ pegi subway station. Senang je. Macam yang tulis kat atas tu. Pos office pun dalam walking distance. Boleh la antar poskad. Hehehe. 

Direction from Fully Guesthouse to Hyehwa Station, Exit 4
1. Sama jugak...naik bus depan Paris Baguette tu. Bus no.08 jugak. Tambang adalah KRW600
2. Bus ni akan berhenti akan stop kat Hyehwa Station, Exit 4. Memang slalu orang turun kat sini. Just alert je. Dalam 5-10minit perjalanan. 
3. So, kene ingat kalo nak balik keluar dari Exit 1, dan nak pegi naik subway, ikut Exit 4. Exits adalah seberang jalan je. Kat Exit 4 ni ada Baskin Robbins kat depan. 

Destinasi harini ialah English Village kat Yangpyeong. Perjalanan akan mengambil masa kira-kira 1 jam 30minit. Ada apa kat English Village ni? Haaa...kalo sape-sape yang tengok cite Boys Over Flower yang ada Gu Jun Pyo and Geum Jan di, kat situ la lokasi penggambaran dorang. Time zaman skolah dan university. Saje je gedik nak sampai sini. Nak penuhkan itenerary. Hehehe....AAK! 


Direction to English Village, Yangpyeong Camp: 
1. Dari Hyehwa Station (Line 4, baby blue) tu, pegi ke Dongdaemun Station (Line 1, dark blue)
2. Dari Dongdaemun, terus pegi dan turun kat Cheongnyang-ni station, train menuju ke Soyosan (last station) 
3. Transit ke Jungang Line dan naik train menuju ke Yongmun (last station) 
4. Turun kat Yongmun Station, amek brochure kat information counter
5. Amek cab kat depan Yongmun Station, cakap nak pegi English Village. Dalam 3-5km sahaja. Tambang dalam KRW3,000
6. Entrance fee untuk English Village ialah KRW5,000/pax
7. Gudluck!  

Time kitaorang sampai tu memang dalam pukul 12.20 tengah hari. Kesian pulak kat kawan aku yang dah tiba awal dari Seoul. Sori ye kawan. Nak buat camne, tak sangka pulak kene jalan jauh untuk ke Fully Guesthouse tu. Nasib baik die sempat buat kawan dengan ahjumma yang reti speaking. Dapat laa beramah-mesra.  Terus amek cab menuju ke English Village. Bila sampai tu, sunyi sepi je, jenguk kat pondok Pak Guard tengok takde orang jaga. Nak bayar entrance fee camne? Terjumpa lak seorang abang ni, cakap dorang pegi lunch tu, masuk je dia cakap. Bayar later. So, kitaorang terus masuk ler.....

Ketika kitaorang masuk ni, blur jugak. Agak riuh-rendah jugak sebab time ni dorang rehat, dapat jugak tengok bebudak dan abang bebudak duk berkeliaran. Askar pun ada tau. English Village ni macam summer camp untuk student korea datang untuk dapatkan training dalam memahirkan bahasa inggeris dorang. Kat sini, sume orang wajib berspeaking. Even, lectures yang ada pun adalah mat dan minah salleh. Ade tu siap ada askar tu greeted us with "Welcome to Korea". Aku rasa yang tu jela yang reti dorang sebut. *RIAK* hahah.  Kat sini siap ada guesthouse dan jugak dorms untuk student sume. Memang senibina kat sini bercirikan western. Korang penah tengok cite Gossip Girls tak? Kan Blair and the gang suka duk bertenggek kat tangga library. Kat sini pun ade ok! Hahaha. Oklah, jom layan gambar....

Main Entrance


USA??? Ini kawasan airport untuk latihan dorang je

Peta kawasan. Tak besar pun sebenarnya


Main Street
Kat sini, akan ada petunjuk di mana scenes dalam drama Boys Over Flowers ni berlaku. Tak banyak pun dalam  2 3 tempat je. The rest is history.....overall ok la. Kitaorang spend dalam 2 3 jam jugak kat sini. Kedai pun takde...so, memang berlapor perut jela. Just duk togok air mineral je. Jom tengok kawasan sekitar... 






Salah satu scene berlaku kat sini..yang F4 masuk dalam kelas. Sume orang bersorak tu. Episod 1

Meja belajar F4, adakah aku layak untuk jadik F4? Korang rasa? ;p



It's not a real grass...plastik ajo!

Dorms





Tempat bertenggek ala-ala Gossip Girl, kat dalam ni la ade klas F4 tu

Tak perlu sampai ke NYC, kat sini pun ada Statue of Liberty




Lepas dah setel pusing-pusing, it's time to go back to Seoul City! Time ni dalam lebih kurang pukul 3 petang dah. FYI, time nak kuar dari kawasan English Village tu terserempak dengan guard yang jaga tu. You know what? Dorang tak mintak pun entrance fee dari kitaorang....kitaorang pun buat bodo jela jalan keluar, walaupun agak tak jujur kat situ tapi dorang pun tak kisah. Jangan tiru ok! Kitaorang tunggu cab untuk ke Yongmun station kat bus stand yang tak jauh pun dari pintu masuk English Village tu. Memang jalan susah nak nampak cab atau kereta lain lalu tau. Agak lama jugak la duk tunggu dalam 15-20minit baru nampak batang hidung cab tu. Nasib baik dorang berhenti, dan tambang ke Yongmun Station dalam KRW3,000 jugak. Aku pun dah lupa brape, just estimate je. Terus naik train balik ke Seoul. Nasib baik train kosong, naik je, terus ZzZzzZ...penat ok! 


Terjaga sebab train dah mula ramai orang....terpaksa la buat-buat tido dan sebagainya sebab taknak kasik seat kat orang lain, yakni orang tua. Tapi culture orang kat sini memang bagus, orang muda bila nampak orang tua masuk train, terus offer tempat duduk kalo seats dalam train tu penuh. Tapi agak lucu jugak bila nampak ahjumma atau ahjussi masuk je train terus melilau carik seats kosong. Kanchung dan kiasu! Hahah..tergelak-gelak aku. Sume taknak kalah sebab nak duduk! Bila dah lama sangat rasa duk tipu-tipu tido tu, aku bangun la jugak sebab taknak dicopkan sebagai kurang sopan. Hehehe. Nasib baik nak sampai dah. Ahjumma tu, bila nampak je seat kosong, terus duduk dan terlelap! Penat gamaknya.... 

Bila train dah sampai Dongdaemun tu, kitaorang split kepada 2 groups, 2 orang nak pegi shopping kat Namdaemun Market, kami lak nak pegi jejalan kat area Hongik University tempat terletakknya Coffee Prince caffe. Gigih ni time ni...hari semakin gelap... 



Berpandukan direction yang aku dapat kat forum dan internet, ternyata aku tak jumpa coffee prince ni. Keciwa jugak....walaupun. Aku ade dengar jugak dorang ade bukak new branch kat area Hongik jugak..tapi tak jumpa lak kat mana. Last-last we all just lepak dan makan waffle kat sebuah caffe ni. Nanti aku cite dalam entry lain ok. Dalam pukul 7 lebih tu gerak balik Fully Guesthouse...semakin sejukk..  

Bila dah on the way balik tu, teringat yang aku tak tengok kat keadaan Cheongyecheon Stream time waktu malam. Aku bet memang cantik giler ok. So, ape lagi kan...zaasss kita ke sana naik subway! Hahaha. 

Cara nak ke sana aku ada cerita dalam entry DAY 2 

Aku suka keadaan kat Gwanghamun Square time waktu malam...ramai orang and yet happening. Tenang je rasa...walaupun kiri kanan adalah jalan besar yang kereta sangat laju setiap satunya. Dari sini boleh nampak skycrapers yang ada kat Seoul, walaupun aku perasan dorang tak banyak pun bangunan tinggi-tinggi macam kat Kuala Lumpur ni. Sumenye tinggi macam bangunan Daya Bumi tu. Yang paling tinggi pun adalah 63 Building. Yang lain, sedang-sedang je tingginya. Kenapa ya? Time ni memang lupa nak bawak tripod, tertinggal kat guesthouse. Terpaksala beralaskan wallet aku jadikan tripod sebab takmo gegar.




Setel dah kat sini, jom pegi stream. MasyaALLAH....punyela ramai orang ok! Siap ada polis duk jaga lagi. Bukan skit tau, ada laa dalam berpuluh-puluh orang yang duk jaga. Kat situ jugak kalo tak silap aku, ade upacara apekebende ntah. Ramai giler polis duk berkawal, duk nanges esak-esak bagai. Maybe upacara memperingati mendiang-mendiang yang dah mati kot. Ok, pintu masuk kat ke stream tu, pftttt....bersesak-sesak ok dengan orang ramai sempena Seoul Lantern Festival. Gigih sume orang duk berposing sakan depan lantern yang pelbagai bentuk dan warna. Cantikkk ok! How i wish Sungai Klang macam ni jugak, tentu happening dan takde orang PATI duk tido kat situ. Jom layan gambar.....










Next....bila dah abes pusing, actually tak abes pun sebab dah penat, sejuk dan lapar...terus naik tangga carik station subway. Hehehe. Kali ni jalan kat laluan atas la pulak sebab tak sesesak jalan kat bawah ni. Time tengah jalan tu, terpikir nak makan ikan bakar kat Dongdaemun skali lagi. Tapau jela kan....ape lagi..terus pecut @ menapak ke sana. Naik subway laaaa....penat ok! Risau jugak kedai tu tutup sebab time ni dah pukul 9 malam dah. Nasib baik bukak lagi... so, tapau jela. Since ahjumma tu dah kenal we all, die kasik diskaun dalam 1000 won untuk sekeping ikan. Kira ok la kan, sebab seekor ikan bakar berharga KRW6,000 boleh makan 2 orang. Since tamak, beli laaa 3 ekor! Hahaha. Btw, ahjumma tu siap puji aku "minam" lagi. Walaupun ada orang cakap, tu saje je penjual ikan tu nak amek hati ko, AAK??? Hahaha...hakikat ok. ;p

Direction untuk ke tempat ikan bakar boleh rujuk kat DAY 4.


Untuk rasa ikan paling sedapp...korang pilih ikan yang gambarnya ada watermark tu. Sedapppp giler ok! Tulang pun tak banyak. Awesome baby! 

Terus balik ke guesthouse...beli instant rice kat Family Mart dan makan kat living hall tu. Then, tido ler........

Till then...wasalam~ 
 

33 comments:

  1. Gigih ko publish entry pukul 3 pagi!!!!! Pastu ayat last dalam perenggan akhir tulisan senget ko tu agak SUKA aku membacanya!

    Panjang pulak tu ..mengah tau aku baca! Naseb baik best! Takde ayat-ayat skema seperti "beradu di khayalan" atau "kamar" !!! Kalo tak kompom aku bako!

    Siyes tatau ada tempat anma English Village kat situ...macam lengang je takde orang???? Aku penah gak layan cite F4 tu tapi tak berapa minat cam plastik.

    Gambo tanglung banyak2 tu cantik! Part tipu2 tido tu memang cam haremmmmm! Hahahhaaaa

    ReplyDelete
  2. 4am blog?? terus solat subuh ler nih...

    I nvr thought of visiting BOF nye school... Leh consider nih. U gi dak SG nye umah, i suka yg tuh. Dgr kata dah close down. Sigh....

    Sooooo, i gather fully guesthouse nih kene scross out from the list ler kot. Trolley dolly cam i seksa surenye

    I plan nak dok sini or my sis nak dok sini, but i seriously didnot know about hanok style guesthouse, teruja giler.

    http://www.bluguesthouse.com/

    ReplyDelete
  3. minam???? *pitam*

    HAHAHA...ko mmg peminat Kdrama ke? tp mmg kagum le, English Village ni mmg ala2 set berlakon dah kan, dah bkn mcm skola. Yg dorm sume tu mmg ada org duduk ke atau utk public pi tengok? AKu totally clueless psl benda2 ni sbb aku tak into Kdrama whatsoever so aku mmg tak bother nak pegi tengok tmpt2 ni...hehehe

    ko takde cuba roti kat Paris Baguette? Aku teringt roti yg ada filling soft cream tu...kopi dia pun...sedappp

    ReplyDelete
  4. Haaa... sampai jugak ko kat English Village tu yer.... walaupun jauh gilos, sempat tido 2-3 round dlm train, tapi aku rase berbaloi kan... tapi korang tak kene bayo entrance feess, tak aci, TAK ACI!!

    Lawa gilos gambo time Seoul lantern festival tu...

    ReplyDelete
  5. jeles, jeles, jeles! tempat shooting BBF tu buatkan aku terus aim nak ke Korea pulak.

    zany

    ReplyDelete
  6. hahahaha..fatt memang pantang nampak Paris Baguette.. sebab dia dah jadi penagih roti yg ada soft filling tu kan fatt kan...*larik!!* hahahaha

    peh..siap pergi location film tu.. nih aku cemburu nih.. ;p

    btw, aku dah up entry namdaemun..jadi aku bukan lagi seorang pemalas. ekekeke

    ReplyDelete
  7. ko mmg minammmmm.. kalu neighbor aku nmpak nih sure dia kawai.. kawai kat ko.. ekceli aku takde prob nk bukak page ko nih, lajukah internet? hahaha mungkinkah travel journey baru '5buah?' hahaha cam sial..sukak sbb ko mmg jenis tulis entry pjg siap album gambo, to be frank aku xsuka baca entry pendek, enti klimaks tul.. kekalkan gaya penulisan tapi jgn sekat sekiranya ingin berkembang, mana tau esok2 leh publish buku ewah..

    ikan bakar tu mbuatkan hati aku terbakar kerna kisah ikan bakar aku smlm mmg cam lakhanat, pasnih aku nk borong ikan fresh patu nk bako sendiri.. mau join?

    ReplyDelete
  8. Cantik header.
    Sebab Boys over Flowers lah,saya taksub nak pergi Korea.

    Memang boleh masuk ek tempat diorang shooting tu.bestnye.

    Agak2,kalau ajak TG pergi tempat ni diorang nak bawa tak.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. wahh mcm best je English village ...untung g korea time ni siap ade lantern festival bagai...menarik sgt...mcm nk kena repeat g korea ni :P

    anyway entry yg sgt helpful :)

    Ain

    ReplyDelete
  11. teringin nak pegi coffee prince tu... tapi x sempat .. nampak gaya kena cuba pegi sekali lagi hehe

    eh eh english village?
    asal ako x tau ek? ooo maybe sbb tempat baru ek? coz drama boys flower tu kan baru lagi..

    konpom!!
    next trip again? erkk..

    ReplyDelete
  12. knp tak jd hero? gu pyo..hehe...nice pictures bro

    ReplyDelete
  13. hanok style guesthouse tu mcm sgt menarik. Dulu pon i jenis nak tukar2 guesthouse lain2 sbb nak merasa different dia tp sama kes dgn u, bile dah nak kene mengangkut beg besar2 n jalan jauh dr subway, terpaksalah batalkan niat nak bertukar2 guesthouse ni. Btw, Fully Guesthouse tu sgt cantik and I bet cozy gile atmosphere dia.

    Cantiknya kat English Village ni!!!!!
    Kat korea mmg byk kan diorang famouskan tempat shooting drama2 ni. I rase dulu i pegi shooting location All In and Winter Sonata je. Nak pegi Full House tp xsempat.

    The Cheonggyechun Stream tu I sgt suke pegi, rase mcm nak jalan sepanjang2 stream tu tgk semua. Kalaulah sungai kat KL tu buat mcm tu, i sanggup tido bwh jambatan hehe...

    ReplyDelete
  14. petama tama kali aku nak ckp "ko sunguh lazat nok dlm header tu!" hahahahaha! aku tak sempat nak komen pape, busy skit lately...

    kedua dua, aku nak ckp "gambar ko sumpah cun tak kisah la siang ke malam, mak TETEP suka nokkk!" ko mmg hebat la, mak nak sgt ko amik gambar mak nanti ye :D

    ketiga tiga bab cite korea tu mak tak tengok tapi anak sedara mak cite mmg best katanya...tapi sungguh cantik ko kat meja F4 tu, aku tutup mata je tengok tali beg ko tu, aku bayangkan ko pakai vest!

    satu kelainan pada trip ko, lantern festival :D cantek!

    ReplyDelete
  15. English village ni tak penah lagi aku dengar member2 aku p korea p ke sini, ko yg 1st. Menarik plak tu tempatnye, memang cun la buat photography huhuhu...

    Aku suka kat gambar light trail ko tuh, tu misi aku di Jepang nanti.. hehehe..

    Gambar ko mcm biasa, kebabom jugak, tak perlu lah aku nk ckp apa lagi hahahaha...keepidap bro!!

    ReplyDelete
  16. eh... masa write comment, it was via phone, so... some gambo tak d/l. nih kat opis baru nampak sebijik dua bijik. cis!!! coffee prince pung pegi... jeles daku.

    btw, similar lantern festival is available in spore.

    ReplyDelete
  17. @Janggel,
    HAHAHA...GIGIH BRO! dah siap lama dah entry ni, aku duk scheduled punye post. tp pikir2 balik...post jela skung. ngeh ngeh ngeh.. yg mana senget tu? aku x perasan pulak yg mana ayat best. ;p

    hahah..panjang ke? takpela...xnk baco, tgk gmbr pun jadik ler. sob sob sob. aku tak terpikir lagi nk beradu skung ni sbb duk gigih reply komen. stdy nan-hado! cam lahanat je rse.

    hahaha..aku pun x tau gak sebenarnya, tp aku penah tgk kwn aku smpai sana, why not aku try dtg jugak kan. ade je org, tp sebab time tu ade kelas..so sume org duk dalam kelas ler..aku pusing2 kawasan die je. tp sempat la jumpa student kat situ. aku suka okkk BOF tu. how i wish kaya macam tuh!

    haaha..tanglung tu mcm buat wish. dorang letak kat stream tu. pastu kene bwt bnda ntah...tp dorang tahan sbb xnk kasik tanglung tu smpai hujung stream. takut kotor kot nnt. haruslaaaa tipu tdo! penat ok kalo berdiri lama2.




    @Lily,
    YES...TERUS SUBUH! kang subuh gajah pulak.

    i pun tak penah terpikir. tp tgk2 kawan i penah smpai sana..so, why not kan. SG punye shooting location is a private property lily. mmg xleh masuk...i dh abes bwt research dah psl ni. sgt2 sedihhh coz i sgt2 suka umah SG tu...like my dream home!!!

    yes, fully guesthouse is totally NO NO. eventhough cantik and cozy. tp bagi i..penat. better u carik guesthouse yg dekat dgn subway. x buang masa duk berjalan je.

    u nak pegi bila ni? i pulak tetibe excited! hahaha. ok..i dh tgk website u kasik tu. seriously i sangat suka! modern style! plus interior dalam die mmg kaboom! rate pun a bit similar with other guesthouse as well. but, u can try hanok style. 1 nite pun takpe...just nk rse experience je.




    @Fatt,
    aku kembang hidung ok! *gebah*

    hahaha....minat jugak! tapi takdela hardcore giler babeng sume nk tengok. tapi aku ade my own collection yg aku download. tp dh lama x tgk korean dramas ni, tp yg dlm simpanan berlambak x tgk lagi. xde masa plus malas!

    yup..english village ni mmg nampak shooting location. tp bila masuk dalam bangunan tu mmg nmpk mcm high school kat usa nun. dorm tu sume mmg ade org duduk...aku masuk je sbb pintu x kunci time tu. takdelah complete sgt dalam tu. mcm hostel utk sementara je. like summer camp.

    aku TAK CUBA pun roti kat paris baguette sbb aku tgk pun kecur air liur sbb mcm extravagant sgt2. mcm high-end punye bakery. tp bersepah cawangan die. hahaha..even kat ceruk lorong pun ade. tp agak menyesal jugak laaa sbb x try langsung ok!!!

    ReplyDelete
  18. @Azra,
    hahaha...nasib baik smpai jugak. mmg jauhhh!!! mmg sempat jugak laa duk lelap 2-3 kali. thank god cuaca sgt2 elok time tu. mmg nasib bail betol sbb x kene byr entrance fee!!! hahaha.



    @Zany,
    u pun layan BOF ke??? hahaha...u suka sape?? hahaha.



    @Hanie,
    hahaha..aku seriusly menyesal lak x layan roti kat paris baguette ni sbb nmpk mcm high-end punye kedai roti. nnt aku ripit lagi mmg aku singgah terus! hoyehhhh....

    hahaha..harusla smpai...dah namapun peminat korean dramas! LOL.

    hahah, hanie pls sambung lagik! ko exam ek? GUDLUCKKKK!!!!



    @Ely Hasrul,
    kakak cantekkk!!! terima kasihhhhhh....hahaha.salam ziarah kak ely. terima kasih kerana sudi melawat blog hamba yang baru 5 buah negara ni. KAH KAH KAH! entry harusla panjang, tp kalo bercakap lagi panjjjjaaanggggg!!! haha. owh ya, aritu ade baca satu blog die g bercuti, tgh syiokkkk baca tetibe to be continueed...hampeh sungguh! hahaha.

    publish buku? insyaALLAH....



    @Pineapple,
    thank you!!! credit to janggel sbb die tolong buatkan. u pun tgk BOF ke??? hahahhaha...sila pegi kalo sempat sbb agak jauh tau. mmg penat skit.

    kalo ni, kene tnye TG ler cmne. sy no comment.

    ReplyDelete
  19. @Noor Hafirdaus,
    hahaha...bestnyaa!!! satu ofis ko dh kenal aku! glamer jap...ade sape2 nk carik menantu tak??? hahahahhahahhahahaahahhahahahhaahah. harap2 korang gosipkan bnda2 baik jela. kalo yg buruk pun, AAK? hahah. ;p



    @Ainlicious,
    hahah..mmg best! plus yg lantern festival tu mmg kene masanya. cantik giler malam2 just ramai orang sgt time tu. mmg crowded habes la...



    @AKO,
    aku dgr dh tutup dah....aku pn xpegi sbb sesat ntah ke mana dah time tu. frust jugak. tp nk bwt cmne sbb hati makin gelap pastu sejukkkkkk...last2 lepak kat kedai kopi lain jela.

    haha..BOF tu dah lama dah...tp skung ni je org baru berani nak pegi sbb jauh tempat tu tau.



    @Alifah,
    sbb tak cukup kacak dan berduit! hahaha. thank you sbb melawat blog aku. ;)

    ReplyDelete
  20. @By.ya,
    mmg sgt menarikkk!!! tula...kalo next time i pegi lagi korea. i wont do that anymore. it's damn tiring ok! kalo i nk tukar2 pun, i make sure guesthouses tu mmg btol2 dekat ngn subway station. if not, kirim salam jela.... fully guesthouse tu mmg cozy plus host die sgt2 baikkk and helpful.

    hahaha...mmg cntikk!!! actually english village ni ade lagi satu yg paling besar kat paju camp which is quite jauh jugak. but i pilih sini sbb BOF punye ler. ngeh ngeh ngeh. Full House i nak pegi!!! tapi sbb x cukup info nak ke sana plus jauhh yg amat. mybe next trip i akan pegi ke sana. insyaALLAH..i adore umah full house tu tau! wlpn kecik je.

    yes yes yes! i pun sgt suka stream tu. mmg sesuaiii sgt kalo nk lepak2. hahaha..i pun sanggup tido!




    @Biqque,
    thank you makkk!!! hahaha..lazat berkrim ok! haha.

    hahaha..adeh mak oii, aku still belajar lg. tu pun ok dh kot kat mata aku yg bese2 ni. boleh je nk amek gmbr mak vogeh nih! tell me when je...ngeh ngeh ngeh.

    hahaha..beg buruk ok! lupa nk tanggalkan. sila pejam mata!

    ReplyDelete
  21. @Na,
    hahaha..sbb x sume org tau kat sini plus mybe sebab jauh kot. tu yg x brape nk xpose sgt kat org luar tu. kalo nk berposing pun boleh! hahaha. tp actually kecik je kawasan die ni.

    light trail tu mmg aku suka...kalo boleh nak amek dr pandangan atas yg lalu highway. confirm lagi menarikk! ko jgn lupa amek byk2 tau kat japang nnt!



    @Lily,
    coffee prince tak pegi!!! sbb i dah sesat barat dah time tu...huhuhu. next time i mmg akan pegi ok! pinky promise. hahaha.

    ok..spore pn ade? bila tu?

    ReplyDelete
  22. woh Paju? Paju as in yg dekat border North Korea tu ke? jauhla jugak kalau mcm tu tp alhamdulillah I dh smpai Paju tu sbb pegi DMZ. Superb!

    ReplyDelete
  23. En John,BOF tu saya dok repeat berapa puluh kali tah.hehe.Sampai rambut budak 5 tahun tu pun saya buat macam Jan Di.

    Nak pergi Engilsh Village tu jauh dia macam pergi Jeju Island ke.

    ReplyDelete
  24. @By.ya,
    paju tu kat mana i pun x sure. need to do some research. i actually aritu nk pegi jugak DMZ. tp sebab dah terbungkang tido smpai pukul2 petang. alamatnya...DMZ ke mana, katil ke mana. huhuhu....mesti ripit balik nih!



    @Pineapple,
    rajin sungguh awak melawat blog sy ni. terima kasih byk2. ;) tak susah pun nk dtg english village ni. kene naik train je. just follow my instructions mcm i tulis tu. insyaALLAH u'll be fine.

    jeju island kene naik flight ok.

    ReplyDelete
  25. ye,saya memang rajin melawat blog kamu ni.ahaha..ingat english village ni kena naik flight gak.

    hari-hari saya akan bukak blog kaki berangan ni.kalau ada update nak gi jeju island,saya nak follow.

    ReplyDelete
  26. Hello!

    First of all, your photography was amazing! Beautiful! :)

    2nd, I love that Korean version of Flower 4! :) All those buildings, I'm just loving it. :)

    You have made Malay version of travel blog interesting.

    mt
    http://www.facebook.com/meitzeupage

    ReplyDelete
  27. Salam Selamat malam, saja2 je singah, nak tingal komen huhuhuh..

    Nota Kaki: Adik aku kata tak sabar nk ikut aku p gathering ngn korang Sabtu ni, dia kata syok dengar kite bergosip KELAKAR!! hahahahaha

    ReplyDelete
  28. BlueEwoke!!! Hahahha ko ni Rosak adik ko :ahahahahahhahaah!!!!! Terjebak jugak si icam tu. Rosak rosak!!!

    Psst: salam ziarah, jemput siggah ke blog ambe kalao nak baca kisah hutan banat dan gunung ganang!.

    Kim salam kat icam ye dari abam Janggel.

    ReplyDelete
  29. Hey, John! Tomorrow is ur paper right? Good luck and gambate.

    Hey, I not rich lah. Just sometimes I think I am not typically lady where I dislike shopping, doing facial, manicure and more. All my money is save for travelling only. Hehehe..

    I also plan to go English Village when went Korea last september tapi kesuntukan masa pasal pergi Jeju Island.

    What camera are you using? Brand and model. Sorry, pasal tidak prihatin of that. Please forgive me. >.<

    ReplyDelete
  30. yeahhhh..header bertukar lagik... segak bergaya gitu... :P

    ReplyDelete
  31. na,

    nnt i selongkar psp i and bawak tuk icam mengisi hati yang kesunyian.

    dia seronok dgr kakek2 & abam2 lawak bodoh yek... ada harapan jadi apprentice nih.

    salam sore untuk tetamu allah ke blog john. heheheh

    ReplyDelete
  32. @Meitzeu,
    HI! thank you for visiting myblog! yes..i do love korean version of F4. i dont really like japan version. hehehe.



    @BlueEwoke,
    hahaha...salam ziarah ye na. adik ko tu dah rosakkkk!!! KAH KAH KAH!



    @Janggel,
    hahahaha...ko pun dah naik sehhh nih janggel! hahah.

    ReplyDelete
  33. @Diana Diane Teoh,
    huhuhu...i think this is a failure once again. dont want to take exam anymore! huhuhu.

    yeah...gud for you since u love to travel. sometimes we have to sacrifice certain things to make things happen. huhuhu. what to do. we cannot be greedy. wow! u went to jeju-do as well? envy you....next trip i'm going to jeju as well. love the island!

    i'm using nikon d3000 with lens 55-105mm.



    @Azra,
    haruslahh bergaya ok! hahaha.



    @Lily,
    hahaha...salam sore lily!

    ReplyDelete