Assalamualaikum....
Dah 2 hari aku balik dari Seoul. Demam pulak melanda...semangat nak update blog pun tergendala. Haishhh..what to do. Tahniah Harimau Muda sebab memang gold medal! Malaysia TAK maling ok! Buwekkkkkk!
Warning: Entry ni agak panjang, so kalo taknak baca pun takpe. ^_^
Warning: Entry ni agak panjang, so kalo taknak baca pun takpe. ^_^
Day 0 - 11/11/11
Hari ni aku still keje, adoyaiii....korang tau tak perasaan nak pegi travel tapi kene keje saat-saat terakhir. Bukan aku yang nak tau...tapi keadaan keje yang tidak mengizinkan. What to do....nak kate dapat anugerah "employee of the year" memang tak la kan. Memang tak efficient pun! *Janganlaaaaaa bos aku baca nih!*
Aku gerak balik dari ofis dalam kul5.30 petang camtu. Terus pecut balik umah...nasib baik tak jem sangat kalo tak meraung aku dalam kete nanti. By the way, makanan untuk bawak pegi sana aku dah kirim kat kawan aku. Tapi apekah daya, dia pun sibuk gak. Hanya boleh balik umah dalam kul7.15 untuk hantar aku pegi KL Sentral. Cuak tu cuak gak. Tapi rilex dulu taknak gelabah. Aku tunggu dia jugak walaupun bagi aku dah lambat ni. Tau-tau jela, jalan jem kat mana-mana bahagian KL dan kawasan yang sewaktu dengannya kalo hari Jumaat. Aku pun tak faham kenapa kalo hari Jumaat mesti jem...haishhh... Dalam pukul 7.50 camtu baru la housemate aku ni sampai umah. Terus pecut pegi KL Sentral. Lambat jugak...sebab jem punye pasal. Sampai tu, dalam pukul 8.30. Kawan aku yang ikut sama dah call-call dah cakap Skybus dah nak gerak. Terus aku buat amazing race dalam KL Sentral tu. Dengan bagpack 60L kat belakang aku nih...terus berlari-lari dalam bangunan. Nasib baik sempat jugak...bagai hilang separuh nyawa. Pfffttt.....
Alhamdulillah...sempat jugak sampai kat LCCT pukul 9.30 malam. Terus pegi drop bag counter. Ingatkan takde orang...perghhh punyela ramai orang duk beratur. Ceh sungguh. Kaunter punye laa banyak, yang bukak hanya 4-5 bijik je. Bikin gua panas nih. Dah la perut tengah lapar..bila sampai depan kaunter lak, budak yang attend tu pulak buat hal. Cakap banyak...keje slow. Tanya lak soklan yang tak relevan!
Bila dah setel sumpah seranah aku kat budak tue, terus gerak pegi boarding hall. Solat kat surau tu je. Bila dah setel solat, dah dorang annouce suruh boarding skung. Aiseh...tak sempat nak tapau sejemput dua makanan. Lapar seyyyy..... Bila dah masuk badan pesawat lak, tengok-tengok seat aku dah ade orang duduk. Orang korea yang duduk. Muka nak selenge abes je. Bila tanya 'what's your seat number?' Sepatah haram pun tak faham...alih2 aku mintak tengok boarding pass dia. Seat number memang betol, rupanyaaaaaa tu adalah boarding pass dari Seoul-KL laaa weyyy! Bukan dari KL-Seoul. Havoc kejap dalam plane tu. Hahaha....
Tido sepanjang flight lepas makan nasik lemak pak nassir. Quantiti makin skit ya pak nassir. Tolong jangan kemut sangat ok! ZzZZzZzZzz....
Day 1 - 12/11/11
Sekali lagi...alhamdulillah selamat mendarat di Incheon International Airport tepat jam 6.20 pagi. Cuaca agak sejuk macam genting tapi diriku dah mula bergaya ala-ala retis korea dah ni. Hahah...dengan muka punyela mamai, janji bergaya ok!. Time pagi-pagi camni pun still ramai orang kat airport nih. Haishh...terus segarkan diri dan mulakan lawatan sambil belajar ke Seoul, South Korea!
Kalo ikutkan plan asal, aku nak pegi rumah FullHouse kat pulau dekat dengan airport ni. Lebih kurang sejam perjalanan. Tapi apekan daya, info tak cukup plus bila tanya kat kaunter pertanyaan pun dorang takde cukup info nak bagitau kitaorang. Tapi dorang suruh tanya kat cab driver. Si cab driver ni quote guna metre which is ok for me. Tapi part yang tak tahan tu...tambang ferry lak KRW 80,000 untuk sehala! *pengsan kejap* tersangatlahhhhh mahal giler. So, diskus balik dengan kawan-kawan decided to skip tempat ni. Maybe trip aku yang akan datang kot. InsyaALLAH. Lagi pun, aku dapat rasakan trip aku kali ni agak huru-hara skit. Macam tak banyak study pun. What to do...
Next, aku terus gerak pegi Seoul City untuk cari Jin Guesthouse yang terletak kat Chungmuro Station. By the way, cara untuk sampai ke Seoul city ada 2 cara iaitu guna airport bus atau guna Seoul Metro @ train. Ade pro and cons jugak ye. Kalo naik airport bus, tambangnya KRW10,000 untuk sehala dan akan berhenti di bus stops yang telah ditetapkan. Tak banyak renyah...ko letak je bag, terus naik bus. Dah sampai tempat yang dituju. Tetapi, kalo naik train pulak, kene transfer di beberapa station yang sepatutnya. Tambang lebih murah dari naik bus. Kalo tak silap aku, tambangnya lebih kurang KRW3,900 untuk sehala. Kalo yang jenis bawak bag besar-besar, disarankan naik bus jela. Korang sanggup ke nak angkut beg besar-besar turun naik tangga subway tu? Boleh kurus tau! Hahah.
Owh ya...bagi sesiapa yang stay di kawasan Myeongdong, boleh naik bus yang bernombor 6015 untuk terus sampai ke sana. Last stop ialah Sejong Hotel. Kalo korang buat booking dengan mana-mana guesthouse, dorang akan sertakan sekali dengan direction on how to go there. Jangan risau ok! Kes aku pulak, boleh pulak aku lupa nak print out direction camne nak pegi Jin Guesthouse ni. Aisehhhh sungguh. Time tu lebih kurang pukul 8.30 pagi. Blur giler time tu nak buat ape. Tawakal jela nampaknya. Tapi aku decide untuk naik subway and turun kat station yang berhampiran guesthouse ni iaitu Chungmuro Station (Line 4 @ 3). 1 station sahaja dari Myeongdong Station (Line 4). Tambangnya ialah KRW900 untuk sehala.
Aku cadangkan, sebelum sapa-sapa yang nak melawat korea dengan sendiri. Study la maps subway betol ok. Dorang ade lebih kurang 16 lines sumenye...bersimpang-siur antara satu sama lain. Sangat complicated. Tapi once dah faham...senang je sebenarnya. Korang boleh klik kat SINI - SUBWAY MAPS. Korang jugak kene tau exit mana yang patut amek, ade certain station tu akan ada 15 exits! Haaaa...amek ko nak kuar ikut yang mana satu!
Sampai je kat Chungmuro Station (Line 4 @ 3), amek Exit 2 ye. By the way, korang jugak kene tau exit mana yang patut amek untuk sampai ke tempat yang dituju. Sebabnya...kalo korang tersalah exit, penat giler ok nak turun naik tangga subway nih! Kalo nasib baik, kat certain stations akan ada escalator. Tapi tak semua station akan ada tangga bergerak ni. Korang jangan tak tau, setiap stesen subway ni ibarat bangunan setinggi 4-5 tingkat di bawah tanah. Jenuh laaaa nak mendaki nanti.
Cut the story short, bila dah Exit 2 tu, blur lagi sebab tak tau nak pegi mana. Solutionnya, aku approached a korean guy macam mana nak pegi sana. Kasik je alamat guesthouse tu, die terus search kat GPS yang ada kat handphone dia. Canggih siot dorang ni. Informasi sumenye dihujung jari. Rupanya...guesthouse tu dah tak jauh dah. Memang kami berada di exit yang betol. Just jalan lebih kurang 200meter sahaja. Jin Guesthouse ni betol-betol terletak disebelah Korea House. Depannya ada convenient store, Family Mart.
Direction: Untuk sampai ke Jin Guesthouse, korang kene keluar dari Exit 2 of Chungmuro station (Line 4 @ 3). Kat situ akan ada panggung wayang. In between panggung wayang dan Dunkin's Donuts tu akan ade 1 lorong kecik. Korang jalan je sepanjang jalan kecik tu, and at the end of the road, terus nampak Family Mart dan jugak Jin Guesthouse. Senang bukan?
Bila dah sampai tu, memang aku dah tau tak boleh check-in lagi sebab check-in time ialah pukul 2petang. Just nak tinggalkan luggage pastu kuar jejalan untuk kill time. Rupanya time tu, ade sekumpulan student Malaysia yang menginap kat situ, tapi dorang dah nak check-out dah sebab flight dorang ialah malam nanti. Lepas dah tunjuk booking confirmation kat ahjumma (a.k.a makcik), terus dia offer breakfast tu. Wahhh....sudah rejeki namanya. Breakfast yang ada hanyalah sekadar toast dengan telur je. Tea and coffee adalah 24 hours free. Itu dah cukup dah. Tak payah nak demand lebih-lebih. Owh ya, aku amek dorm 4 beds. Harga untuk 1 malam ialah KRW22,000 termasuk breakfast.
Dah siap memenuhkan perut secara ala-kadar, our first destination since dah tak jadi pegi Fullhouse, aku plan kita just jejalan kat Namdaemun Market. Market ni start bukak dari pukul 7 pagi sampai 7 malam. Namdaemun Market adalah antara market yang terbesar kat Seoul ni. Kat sini kita boleh dapat macam-macam barang dengan harga yang berpatutan. Tapi kene bargain jugak tau. Yang aku dapat perhatikan, bila sesi tawar-menawar kat sini tidak seperti bargain kat Beijing. Kat sini less interesting. Dorang memang tak kasik banyak diskaun pun. Setakat KRW1000 tu boleh la. Kalo nak dapat 70% diskaun tu memang kene hambat dengan penyapu laaa dengan ahjumma tu. Kalo nak beli souvenirs, sinilah syurganya!
Direction: Turun kat Hoehyeon Station (Line 4) and Exit 5 @ 6. Kalo korang Exit 5, terus jumpa Gate 6 of Namdaemun Market. Kalo kuar ikut Exit 6, korang kene menapak skit untuk sampai ke Gate 5 kalo tak silap.
By the way, kat Namdaemun Market ni jugak ade dijual kebab halal kalo sape-sape yang lapar time tengah beli-belah tu. Senang je nak carik gerai menjual kebab ni. Bukan kedai besar mana pun. Ibarat kiosk je. Aku dah try kebab ni, rasanya biase-biase je. Takdelah sedap gempak mana pun. Tapi bolehlaaa nak alas perut dulu. Harga untuk sebijik kebab lebih kurang KRW3,000 - KRW4,000.
Direction: Hoehyeon Station (Line 4) and exit 6. Dan terus jalan straight sampai laaa jumpa gerai ni. Berhampiran Namdaemun Market Gate 4. (Thanks Hanie sbb ingatkan aku) ;)
Lepas dah siap meronda-ronda kat area Namdaemun tu, kitaorang terus berjalan di sepanjang Shisegei Shopping Mall untuk ke area Myeongdong. Berjalan dalam lebih kurang 10 minit je. Tak berpeluh pun sebab angin sejukkkk je. Hihih... Kat area Myeongdong ni memang happenning dan ramai orang tak kira masa. Dari pagi sampai malam....memang penuh dengan orang. Kat sini ada bermacam-macam kedai dari yang murah hingga ke yang mahal. Tempat lepak muda-mudi pun ramai. Besttt wooo.....kat sini jugak terletak cawangan Uniqlo yang terbesar baru dibuka pada 11.11.11. Menarikkk ok, jualan memang hebat!
Bila dah sampai kat kawasan macam ni...nak tak nak mesti la jugak masuk satu dua kedai. Yang paling menarik minat aku ialah kedai SPAO ni. Kat sini macam-macam jenis baju ada. So, dah nak masuk musim sejuk, kebanyakan pakaian yang dijual lebih menjurus ke musim sejuk yakni baju berkain tebal-tebal. Yela, takkan laaa nak jual baju kain nipis lak. Memang confirm takde sape nak beli!
Bila duk belek-belek tu, baju winter yang jenis bubbles tu memang ternyata lagi murahhh compare dengan harga kat Malaysia. Yang biasa kita tengok kat Universal Travellers, Winter Time sume tu memang boleh pengsan tengok harga dalam lebih kurang RM400+++. Kat kedai ni, boleh dapat dalam less than RM200 je!!! Design pun lawa-lawa. Aku ada rembat satu helai. Ce teka which one. Yang dah tau tu...senyap jek ok! Hahaha...
![]() |
| Yang mana satu pilihan kalbu? ;p |
Bila dah penat berjalan-jalan kat area Myeongdong ni, kitaorang gerak dulu pulang ke guesthouse untuk check-in dan jugak rehatkan diri. Kami just jalan kaki je untuk balik sebab tak jauh. Tapi boleh pulak makan buah langsat tetengah jalan tu. Ntah ke mana melencongnya....tapi nasib baik jumpa jugak. Beli instant rice kat Family Mart untuk makan dengan sambal ikan bilis. Yummy! Harga untuk instant rice ade berbeza ikut size yang kita mahu. Yang paling murah ialah KRW1,200 dan yang paling mahal kalo tak silap dalam KRW2,000. Just letak dalam microwave je, lepas tu ngappp! Rasanya macam nasi pulut skit, tapi sedappp.
Lepas dah rehatkan diri lebih kurang. Dalam pukul 4.30 petang, kitaorang gerak menuju ke Namsan Tower. Tower ni dekat je dengan Myeongdong, Exit 4. Dari jauh dah nampak tower ni. Kalo sesat, banyak signboard yang bagitau arah ke Namsan Tower ni. Aritu aku tersilap, instead of guna escalator yang ada untuk naik ke tempat cable car tu, aku jalan kaki mendaki bukit. Hahaha...penat jugak la duk menapak. Nasib baik jumpa. Kebanyakkan dalam trip ni banyak try and error.
On the way daki bukit tu, ternampak Namsan Guesthouse ni. Guesthouse ni memang femes sebab ramai malaysian duk sini. Aku pun taktau ape yang bestnya duk sini. No komen...takleh nak kasik review lebih-lebih sebab bagi aku agak terceruk jugak tempatnya. Tapi jangan tak tau, dah ada Namsan 2 dan Namsan 3. Maybe sape yang berminat boleh stay sini, reviewnya jugak agak bagus.
Akhirnyaaaa.......sampai jugak kat tempat cable car tu. Ingatkan takde orang, rupenyaaaaaa ramai gilerr orang ok! Beratur sampai ke luar bangunan. Yela, weekend kot. What do you expect kan. Hahaha.... Beratur la jugak alang-alang dah sampai sebab penat lelah duk menapak harus berbayar beb.
By the time kami dapat naik cable car tu, hari dah mula nak gelap ala-ala macam waktu maghrib dah. Ingatkan sempat tengok view waktu siang, tapi yang sempat waktu malam saje laaa.... Time ni memang ramai sungguh umat korean kat sini. Muka-muka pelancong ada berapa kerat je yang aku nampak. Termasuklahhh aku dan the geng. Heheheh.... owh ya, kitaorang amek return trip untuk cable car tu. Maybe next trip, boleh try daki dari bawah sampai ke atas. Dorang ade track untuk pejalan kaki. Kalo stamina tinggi, be my guest.
Bila dah malam, tau tau sajela nak amek pictures pun agak kurang sebab asyik shaky je. Sob sob sob.....nak amek angle yang best pun terbantut sebab ramai sangat orang kat atas tu. Haishhh.... tapi time tu jugak sebab sempat tengok ade satu kapel ni tengah syiooooookkkk punye kissing! Hahaha..tak kisah dah dengan orang lalu-lalang, janji dapat kiss! Hahahah.
| Time ni ada macam persembahan nyanyian. Boleh tahan sedap suara dorang nih! |
Kat Namsam Tower ni jugak ade tempat dorang boleh abadikan cinta dorang kat kunci mangga ataupun padlock. Haishhh kurafat sungguh budaya dorang ni. Semuanya cinta, cinta, cinta......mana-mana pun ade romantiknya. Time ni dah mula sejuk sebab angin pun dah mula bertiup. Korang kalo nak naik kat observation deck pun boleh dengan bayaran yang bagi aku tak berbaloi mana pun. Aku just pusing-pusing kawasan sekitar je. Malas nak naik atas. Buang duit. Dari kawasan sekitar pun dapat tengok most of the Seoul City.
Kat sini jugak ada Teddy Bear Museum. Tapi tak besar mana pun...yang lagi besar terletak di Pulau Jeju. Macam-macam saiz teddy bear ada yang menggayakan pelbagai baju. Memang comelllll....tapi sekali lagi, aku tak masuk daaaa muzium ni. Aku tau pun dari cerita orang dan dari pembacaan aku sahaja. Kalo nak masuk silakan...budak-budak mesti suka tengok! Ni gambar aku snap dari tingkap kaca kat luar je.
Dalam lebih kurang pukul 8.00 malam camtu, aku beransur turun semula. Beratur sekali lagi.....what to do...punye la ramai orang. Malam ni dah janji dengan kawan aku yang belajar kat korea. Boleh suruh dia tunjukkan tempat makan yang sesuai. Harus diingatkan, kat Seoul ni memang susah nak cari makanan halal. Kalo nak senang boleh stay kat area Itaewon. Tapi a bit pricey sebab ramai foreigners duk sana. So, what we do...makan seafood atau ikan sahaja. Tapi kalo boleh, kalo kedai tu ada jual jenis daging cik babs, better elakkan.
Then, bila dah jumpa kawan aku tu, mulanya nak makan kat sebuah kedai seafood kat Myeongdong ni, tapi kene beratur lagi. Kensel terus. Dia bawak makan kat sebuah kedai yang jual ikan bakar. Kedai ni hurm...nak cakap camne ek. Dia berdekatan dengan H&M kat Myeongdong tu. Tapi bahagian lorong belakang. Kami order telur gulung dan ikan bakar 2 ekor. Tu jela tapi ade sidedish jugak seperti biasa kimchi, sayur dan kimchi kacang panjang. Sedapppp ok telur gulung dan ikan bakar tu! Tapi harganya a bit pricey, tapi nasib baik share-share bayar. Maybe sebab area ni agak high-end kot. Tapi malam tu memang kenyang. Thanks kawan!
Lepas dah makan-makan tu, terus laaa balik ke guesthouse. Kaki ni dah macam nak tercabut jeeee tengah-tengah jalan tu. Penattt wehhh!
Papepun, alhamdulillah.....
Till then...wasalam...



































