Thursday, July 25, 2013

Halong Bay, Vietnam : Part 1 - Perjalanan dari Nanning, China!

Alrite folks! 

Nampaknya aku dah berjaya masuk ke bahagian negara Vietnam! Fuhh~ lamanya nak abeskan cerita aku ni. Dah berbulan-bulan tak abes lagi. InsyaALLAH akan jugak aku abeskan dalam masa terdekat ni. Gigih punye pasalkan. 

Hari ni kitaorang semua akan bergerak menuju ke Halong Bay dari Nanning. Dan Arif dah pun selamat terbang balik ke Kuala Lumpur hari tu jugak. Tinggallah kitaorang bertujuh untuk mengabeskan trip ni yang tinggal beberapa hari je lagi. Bas kitaorang menuju ke Halong Bay akan bergerak pada pukul 8.20 pagi setiap hari. Tak silap aku, hanya ada 1 bas je setiap hari. So, pukul 7 pagi kitaorang dah check-out dari Green Forest Hostel dan tahan teksi kat depan hostel untuk menuju ke Nanning International Tourist Distribution Centre. Since pagi lagi, maka takdelah payah sangat nak tahan teksi. Ameklah 3 teksi sebab barang-barang kitaorang ni sangatlah banyak! Nak berbreakfast pun tak sempat. Makan megi jela masing-masing. 

Masing-masing muka ceria. Taktau nak tafsirkan samada seronok nak pegi Halong Bay ataupun gembira trip yang agak memenatkan akan berakhir tak lama lagi. Hiks. 


bas-bas diparking elok, kaler pink pulak tuh!


Tiba masa untuk bergerak meninggalkan bandar Nanning ni. Walaupun sekejap, tapi kira okla penah jejak kaki kat sini. Pagi tu bas takde delay, dan bergerak tepat pada waktunya. Tiket menuju ke Halong Bay ni, kitaorang beli dengan harga CNY170/pax. Keadaan bas adalah agak baik, berair-con dan jugak siap dibekalkan dengan bekalan makanan ringan seperti air mineral, air kotak dan jugak beberapa bijik roti pelbagai perisa. Oh ya, tak lupa sebijik buah epal. Untuk kejapkan perut. Hiks. Not bad. 

Perjalanan bas ni akan menuju ke pintu sempadan antara negara China dan jugak negara Vietnam. Tempat pertembungan adalah di Ping Xiang - Friendship Gate untuk immigration checking. Jarak dari Nanning menuju ke pintu sempadan ni akan mengambil masa kira-kira 4 jam. Semua bas yang bawak pelancong harus sampai ke sini sebelum pukul 4 petang. Sebab imigresen ni tutup jam 4 petang. Kalo ikutkan apa yang aku baca, last bas dari Nanning adalah jam 12 tengah hari. Aku pun kurang pasti betol ke tak. 




Selepas beberapa ketika, bas tu stop kejap kat RnR untuk penumpang melepaskan hajat yang diperambaik dalam bas tu. Al-maklumlah, sepanjang perjalanan kitaorang tu, cuaca gloomy je. Hujan turun gak ada beberapa ketika. Time berhenti kejap ni pun, ada beberapa money changer bergerak yang menawarkan perkhidmatan untuk convert duit dari yuan ke dong. Kitaorang pun tak melepaskan peluang melakukan benda yang sama. Sebabnya rate yang diberikan agak murah dan competitive. Kata Kak Anash la... bukan aku ye. Time ni agak blur-blur lagi pasal conversion Vietnam Dong. Yela, matawang dorangkan guna puluh ribu, ratus ribu dan jutaan dong. Hiks. 




Lepas tu, bas meneruskan perjalanan. Tapi sebelum masuk ke sebuah terowong, tak pasti terowong ape, tapi yang penting askar akan naik ke atas bas mintak kad pengenalan mahupun passport. Kiranya nak check la. Agak cuak gakla. Manalah tau kene hantar balik ke Malaya tang tang tu gakkan. Mahunya tak cemas. Tapi buat muka cool jela. Dorang ade gak duk tenung gambar passport kitaorang tu betol-betol. Nasib baik rakyat Malaysia tak perlukan visa nak masuk ke Vietnam. 

Lebih kurang 12.30 tengah hari, dah selamat sampai di Ping Xiang, pejabat imigresen bahagian Negara China. Time ni, semua orang perlu amek bagasi masing-masing keluar dari bas. Dan setiap seorang daripada kitaorang kene pakai 1 tag yang digantung kat leher. Sebagai tanda pengenalan katanya. Time ni, masing-masing memang blur abes. Yela, taktau nak buat apakan seterusnya. Taktau nak mula dari mana. Tapi dalam pada tu, nampak shuttel buggy yang duk muatkan penumpang. Menuju ke suatu tempat, yakni imigresen check point. So, kitaorang pun naik ler. Takkan nak jalankan sebab jarak dari hentian bas ke sana adalah dalam 1km. Mampos ler nak jalan dengan beg besar-besar ni. 





Actually buggy seperti gambar diatas ni kene bayar lebih kurang VND20,000 (RM3) untuk seorang. Buggy yang aku naik bersama Janggel, Kak Anash and Masmz tak payah bayar. Maybe sebab kitaorang pakai tag yang diberikan tadi. Tapi yang lain-lain kene bayar lak. Hurm.. taknak bergaduh panjang bayar jela. 

Bila dah sampai tu, sediakan departure card masing-masing. Dah procedure seperti biasa, scan dan stamp passport.  Kiranya agak terurus dan tersusun imigresen China ni. Semuanya ikut aturan yang ditetapkan. Lepas dah setel, kene pulak menapak skit lebih kurang 500 meter menuju ke imigresen Vietnam lak. 



Bila dah sampai tu, alangkah terkujatnya aku bila tengok BETAPA tak terurusnya bahagian imigresen Vietnam ni dah lah kecik nak mampos! Kaunter ada 3 je, pastu masing-masing punya perangai main campak je passport tu kat kaunter dan tak beratur! Kiranya berhimpitla depan kaunter tu sampailah passport kita siap discan dan dichop oleh dorang. Punyalah lama aku dan Janggel duk tunggu macam orang bodoh untuk dapatkan passport kitaorang tuh! Dorang duk sibuk buatkan passport yang diserahkan oleh agent-agent ni. Passport Malaysia ni dorang letak tepi je. Yela, kita nak menyuruh dorang pun bukannya faham bahasa pun plus kang mintak buat cepat-cepat kang jadik makin lambat takke haru nanti? 

Yang lagi panas, ada sesetengah ni siap selitkan duit ataupun nama lain rasuah la nak kasik cepat. Yang kasik duit tu memang cepat jela dorang buatkan. Kita ni sebagai rakyat bersih takkan nak mengamalkan rasuah. Puihh! Corrupt giler. Adalah sejam lebih aku dan  Janggel tercongok depan kaunter tu dengan perasaan lapar dan amarah yang teramat! Ahirnya baru dorang scan dan cop passport kitaorang. Haishh... babeng sangat rasanya! Sungguh tak sistematik dan tak teratur pihak imigresen dorang ni kat sempadan! Kalo orang tak ramai aku tak kisah, ni orang berduyun-duyun keluar masuk sempadan. I think they should built a proper counters with enough staff and not to forget with integrity ya'll. 


ce cari aku dan janggel dalam ramainya orang

Lepas dah setel semua, naik balik buggy menuju ke hentian bas yang seterusnya. Time ni taktau nak naik bas yang mana pulak sebabnya bas ni adalah bas yang berlainan dari bas yang mula-mula kitaorang naik. Tapi time ni bergunalah tag yang diberikan. Just tunjuk tag tu, dan pekerja dorang akan tunjukkan bas mana yang patut kitaorang  naik. Yang bestnya bas ni tak penuh! Bas yang ada 30 seats hanya ada kitaorang dan beberapa orang penumpang yang lain. Hiks! Ini bas kami yang conquer! Bas ni bertolak tepat jam 2 petang menuju ke Halong City. Setiap sorang dibekalkan 1 botol air mineral. 




Selepas sejam perjalanan, bas ni stop pulak kat RnR kot-kot ada yang nak melepaskan hajat ke ape. Stop kat sebuah kedai makan, toilet dia bersih dan tak berbau. Okla... 










Perjalanan menuju ke Halong City dari Nanning sepatutnya mengambil masa kira-kira 10-11 jam perjalanan. Kematu bontot woii! Faham jela memang bosan nak mampos duk dalam bas tu, pastu driver pulak bawak bas tu slow je. Aku rasa dalam 60-70 km/j je. Slowkan? Taktau buat apa, pasang lagu sambil melalak dalam bas tu. Hahah nasib baik kitaorang je dalam bas tu, sebab penumpang lain dah selamat turun dari bas tu. 

Tapi sumpah memang lama giler rasa duk dalam bas tuh! 

Pukul 8 malam tu, kitaorang selamat sampai kat hentian bas Halong City which i don't have any idea where were we. Penginapan untuk malam ni, kitaorang dah booked siap-siap Asian Hai Ngoc Hotel. Berdekatan je dengan Halong City. Ni pun last minute booking kat Nanning malam sebelumnya. 

Dari hentian bas untuk menuju ke hotel ni, kitaorang naik teksi. Kat sini pun dah kene tipu sebab driver tu nak VND200,000 untuk 1 teksi. Yela, kitaorang pun taktau brape jauh dari sini ke hotel. Kalo ikutkan receptionist hotel tu kata dekat je. Kitaorang mintak kurang, tapi driver teksi tu taknak pulak. Nak tak nak kenela naik jugak. Masing-masing dah penat abes dah. 

Akhirnya selamat tiba kat hotel tu, receptionist tu mengalu-alukan kedatangan kitaorang semua. Paling terkejut minah tu siap maki hamun lagi driver teksi tu sebab charge mahal kar kat kitaorang. Katanya tambang teksi patutnya hanya VND100,000 je. Cekik darah betol! Receptionist ni pandai cakap english walaupun dengan pelat dia tu aku jadik letih dengar dia bercakap. 

Untuk hostel dan hotek di Halong Bay dan Hanoi, total untuk 3 malam adalah USD40/pax. Semuanya dibooked melalui agoda.com dan jugak booking.com


bangunan hotel waktu siang dari luar





Bila dah setel check-in, masuk bilik whoaaa besar beb siap ada bathtab lagi. Harga pun tak brape mahal. Layanan memang superb. Wifi pun laju! Siap ada lif bagai. 

Malam tu, dinner hanyalah nasik putih bersama kari ayam brahims. Aku dan Masmz pegi beli nasik putih kat depan hotel 3 bekas bersamaan RM1.50/bekas. Penuh bekas dia kasik. Alhamdulilah.. kenyang walaupun simple. 



Yeayyy! Esok nak naik cruise!

See ya! 

Bye!

Shenzhen, Guilin & Nanning - Total Expenses!

Alright! 

Dah abes jugak cerita Shenzhen, Guilin dan berakhir di Nanning. Jadiknya, mari aku reveal pulak brape total expenses yang dah berjaya aku spent selama berada di ketiga-tiga tempat yang disebut. InsyaALLAH aku akan berikan butiran terperinci samada luar atau dalam, prepaid atau cash berkenaan dengan jumlah perbelanjaan yang dah aku guna sepanjang berada kat sana. Maybe perbelanjaan ni bergantung kepada diri sendiri samada nak spent lebih kat situ atau kat sini. Ini hanyalah sebagai gambaran. Ada barisan perbelanjaan yang perlu buang, ada yang boleh diambil untuk merangka bajet sendiri. 

Untuk trip sepanjang di China, aku hanya tukarkan sebanyak RM1,000 sahaja dan aku ada gak withdrawn 800 yuan dari atm kat Guilin. So, kene pandai-pandailah bajet nak guna nanti. Money changer kegemaraan aku sekarang ni ialah kat Petronas Nasi Kandar Kayu kat Ampang sana. Belakang Hospital Ampang Puteri. Bagi aku, rate dorang agak competitive berbanding dengan di Masjid India mahupun  Midvalley. 

Ayuh!

Shenzhen

Day 1
  • Grand Theater Hostel : CNY108 (CNY54/night)
  • Total Metro fares : CNY4
  • Hardcase small luggage : CNY100
  • Shopping : CNY600
Total expenses for Day 1 : CNY812

Day 2
  • Total buses fares : CNY4
  • Total Metro fares : CNY17
  • Windows of the World entrance fee : CNY160
  • Iphone casing : CNY20
Total expenses for Day 2 : CNY201

Day 3
  • Total Metro fares : CNY6
  • Shopping : CNY1,485
  • Makanan : CNY36
Total expenses for Day 3 : CNY1,527


Guilin

Day 1
  • Tiket bas ke Guilin : CNY220/pax
  • Wada Hostel : CNY36/night
  • Tips : CNY20
  • Reed Flute Cave entrance fee : CNY90
  • Fridge magnets : CNY180 (CNY30 x 4 pieces + CNY5 x 8 pieces)
  • Dinner : CNY20
  • Limau : CNY5
Total expenses for Day 1 : CNY571

Day 2
  • Bas to Yangshuo : CNY22/pax
  • Lunch : CNY18
  • Bamboo House Hotel : CNY60/pax
  • Impression Show : CNY180
  • Yulong  River water rafting : CNY90
  • Yulong River pictures : CNY45
  • Pineapple pies at McD : CNY9
Total expenses for Day 2 : CNY424

Day 3
  • Breakfast : CNY7
  • Old map of Yangshuo : CNY5
  • Mini van to Guilin : CNY64/pax (CNY450/bus)
  • Shangri-La entrance fee : CNY70/pax
  • Laundry : CNY48
  • Dinner : CNY35/pax
Total expenses for Day 3 : CNY229


Nanning

Day 1

  • Tiket train ke Nanning : CNY64.50/pax
  • Total bus fares : CNY2
  • Green Forest Hostel : CNY75/pax for twin room
  • Lunch : CNY28/pax (CNY194 for total)
  • Starbucks : CNY162
Total expenses for Day 1 : CNY331.50 



Grand Total : CNY4,095.50

Grand Total : CNY1,828.50 (tidak termasuk hasil shopping melampau)

Exchange rate:

CNY100 = RM51.70

Wednesday, July 24, 2013

Nanning, China - Seharian di sini!

Assalamualaikum!!!

Ok tanpa buang masa. Akhirnya lebih kurang jam 7 pagi, kitaorang semua selamat tiba dengan sakit-sakit urat sendi di Nanning Train Station. Alhamdulillah.. semua orang survived naik train yang terasa begitu lama nak sampai. Rupanya train kitaorang tu perjalanannya bermula dari Xi'an dan berakhir di Nanning. Memang ada penumpang yang tak turun dari train tu lebih dari 2 hari. Perghhh.. lama weh. 

Lepas kitaorang turun tu, baru perasan di gerabak sebelah gerabak yang kitaorang naik tu, baru nampak ada kerusi yang lebih selesa macam dalam bas tuh! aduh aduh aduh~ Dugaan kami. 




Keluar je dari stesen ketapi tu, ramainya ummah China ni. Pagi-pagi macam ni orang bukan main ramai. Nak pegi mana semua nih!!! Masing-masing muka sangat penat, dengan bawak heretan beg-beg yang bertroli semua. Ada jugak kawan yang sudi bawak beg aku tu walaupun agak berat. Jasamu dikenanglah! Terus kitaorang tunggu bas untuk menuju ke hostel yang telah dibooking melalui Hostelbookers. Nak sampai ke hostel pun satu hal gak, actually agak jauh dari yang dijangka. Turun dari bas, kene pulak menapak. Ni memang kalo jenis tak sabar, boleh bergaduh. Bila dah sampai tu, naiklah ke tingkat yang sepatutnya. Ketuk punya ketuk pintu... takde berjawab. Bila call pun langsung tak berangkat. Dan Arid dah call banyak kali hostel ni sebelum sampai. Emel pun dah tapi semuanya takde berjawab. Memang sah hostel ni dah tutup. 

WHAT??? 

dari tingkat paling atas

kawasan apartment tersebut

Time ni, kegunaan telefon bimbit adalah sangat berguna. Milion thanks to Dan Arif. Time ni hanya telefon dia je yang berfungsi. Yela, yang lain macam takleh nak pakai samada takde bateri mahupun tak roaming. Telefon aku lagila tak roaming, pastu bila balik Malaysia kantoi dengan mama pegi travel tak bagitau. Hiks. 

So, kitaorang semua bertenggek kat kawasan yang ada bangku kat kawasan apartment ni. Masing-masing penuh hampa. Penat dan lapar. Dan Arif berjaya kontek kawan dia kat Malaysia suruh check mana-mana hostel atau hotel yang available kat Nanning ni. Alhamdulillah... ada 1 hostel kosong iaitu Green Forest Hostel, Nanning . At this point of time, any hostel or hotel would do. Nak baring woiii! 

Bila disiasat balik, rupanya last review yang diterima oleh hostel yang kitaorang patut duduk ni adalah pada November 2011 tak silap. Perghh! Meaning hostel ni dah lama tak beroperasi. Sob sob sob. Kalo tau, takkan book kat hostel ni. Nak dijadikan drama katanya. 

Bila dah berjaya booking hostel oleh Dan Arif, kitaorang terus bergerak untuk carik teksi. Amek dua teksi menuju terus ke Green Forest Hostel dengan tambangnya CNY20/taxi.  Terletak agak dekat dengan pusat bandar. Tapi hostel tu terletak di tingkat 3, makanya kene laaa naik tangga! Hahaha tak kisahlah. 










Alhamdulillah... ada hikmah tak dapat hostel yang jauh dari bandar. Rupanya nak duduk hostel yang bagi aku sangat puas hati dari segi kedudukan lokasi hostel yang dekat dengan tempat menarik, harga, suasana, staff hostel pun sangat friendly dan masih berbahasa inggeris. Harga yang dibayar adalah CNY75/pax. Bila masuk bilik, bukan jenis dorm ye, tapi macam bilik hotel together with attached bathroom. Actually ada gak yang jenis dorm, tapi at that time fully booked. Yang ni pun sangat puas hati dengan keadaan bilik dan harga. 

Terus la check-in dan baring atas katil yang begitu empukkk! Nikmat yang amat indah! Syukur sangat-sangat! Dapatlah kitaorang berehat buat seketika sebelum kuar balik lebih kurang jam 1 tengah hari nak carik makan dan pegi beli tiket bas untuk menuju ke destinasi yang seterusnya. Nanning sebenarnya kira macam tempat transit je. Pada permulaan atleast nak pegi ke Dentian Waterfalls. Tapi jarak dari bandar Nanning ke air terjun ni memakan makan more than 3 hours. Hurm.. nampak gayanya memang tak sempatlah nak terjah ke sana. Takde rejeki. 

Dah setel dapatkan rehat yang secukupnya, kitaorang perlu ke Nanning International Tourist Distribution Centre. Kat sinilah nak beli tiket bas yang menuju ke Halong Bay. Kalo ikutkan dari receptionist hostel ni, dia sediakan map kat kitaorang untuk menuju ke sana. Katanya tak jauh pun dalam 10 minit berjalan kaki je. Ok let's make a move! 

lebih kurang 200 meter dari Green Forest Hostel ni ada masjid! Alhamdulillahh

shopping mall berdekatan

jual macam ni pun ada! 


penjual buah-buahan dan jeruk-jeruk


Dah lebih sejam berjalan di bawah matahari yang terik, bayang tempat yang dituju tu langsung tak nampak! Cuba bertanya kat public, tapi haram sorang pun tak faham takpun taktau kat mana tempat tu berada. Taktau nak kata apa dah. Dugaan betol kali ni. 

Lebih kurang dekat 2 jam berlegar-legar, akhirnya tiba gak kitaorang kat tempat nak beli tiket bas nih! Lahanat betol rasanya! Sebabnya tempat tu dekat je dengan stesen ketapi Nanning!!!



bangunan ni la yang dicari!


Masuk je, terus carik kaunter nak beli tiket menuju ke Halong Bay. Hargany adalah CNY170/pax. Bas ni terus menuju ke Halong Bay. Takde stop kat mana-mana dah. 

Dah setel beli tiket, nak pulak cari makan kan. Satu hal pulak dari tempat ni nak pegi makan. Semua sepakat nak naik taxi je. Tapi hujan pulak turun datang mencurah-curah! Nak tahan teksi pun satu hal, sebab semuanya taknak berhentiiii takpun dah ada orang! Last-last berjaya gak naik 1 tuk-tuk yang sudi bawak 4 orang sekaligus. Kiranya amek 2 tuk-tuk. Redahlah hujan kitaorang ni. Pemandu tuktuk boleh katakan aci redah jela. Jalan kaki lima pun dia sapu. Bunyi hon tu toksah cakapla. Non-stop. 


Sampai jugak kat sebuah kedai makan dekat dengan masjid tadi. Tak jauh pun dari hostel kitaorang ni. Singgah makan sini merangkap makan petang. Keadaan agak proper dan ok. Makanan wise pun not bad, Kiranya makanan hari terjamin kenyang dan seronok sebab ditanggung oleh mereka-mereka yang baik hati. Alhamdulillah.. semoga murah rejeki selalu. 






Dah kenyang makan, singgah shalat kat Muslim Centre tu, depan kedai makan ni je. Kat level paling bawah ada foodcourt, ruangan shalat di bahagian tingkat paling atas. 




Sebelah malamnya, kitaorang just jejalan di kawasan sekitar shopping complexes yang bersepah dekat dengan hostel kitaorang ni. Just kene jalan dalam 500 meter camtu.  Memang ramai yang amat manusia kat kawasan sini. Taktau nak kata apa. Tengok-tengok kemeriahan waktu malam. 

Pastu singgah starbucks untuk lepak macam orang kaya walaupun kayap je manjang. Hahaha. 








Dah abes makan dan jejalan skit-skit, teruslah balik hostel. Malam ni merupakan malam terakhir untuk Dan Arif.  Sebab esok pagi dia akan terus balik ke Kuala Lumpur demi tuntutan kerja yang tak dapat dielakan. Bertabahlah wahai Maszuber. Nangis sedu-sedan malam tu. 

ada gaya tak??? ahaks! 

Ok dah... nanti sambung perjalanan merentasi sempadan dua negara!

Bye!