Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Monday, May 14, 2018

Buffet Ramadhan 2018 di Impiana Hotel KLCC

Ramadhan Kareem bakal menjelma tak lama lagi. Nervous pulak tapi dalam pada tu bersyukur dipanjangkan usia oleh Ilahi dapat diberi peluang untuk bertemu Ramadhan yang penuh berkat ini. Yang penting, puasa dah abes ganti belum? Hehehe masih sempat ni kan. 

Untuk entry kali ni, sekali lagi diberi kesempatan untuk buat entry berkaitan buffet Ramadhan. Kalau sebelum ni dari Marriot Putrajaya Hotel. Kali ni, tak jauh dari rumah aku iaitu Impiana Hotel KLCC. Dengan tema pada tahun ini "Sinar Ramadhan Al-Mubarak". Berdasarkan pemerhatian aku, memang sajian dari Impiana Hotel ni memang meletop abes! Siapa suka seafoods, suka sajian melayu yang asli dan jugak durian. Memang kene datang sini untuk menikmati juadah yang enak. Tapi baca bismillah dulu la ye.. hehehe


Juadah buffet Ramadhan kali ni diketuai oleh Executive Chef, Chef Mazlee Abdul Rahman. Kali ni memang bertungkus lumus menyediakan juadah asli yang mana resipinya dari turun-temurun menggunakan segala rempah asli yang kita ada demi menjaga originality. Yang kena diberikan perhatian adalah Pak Johan Roti John, kambing golek, sup gear box, chicken shawarna, cheesy pisang goreng dan banyak lagi lah! 

Paling penting, free flow buah durian! Sesiapa yang gila makan durian tu wajib okeh! 

Makanan terdiri dimulakan dengan salad bar dengan starters ke main dishes dan diakhiri dengan sweet indulgence. Sesiapa yang suka makan ketam, udang tu memang tak boleh lepaskan peluang. Bermacam jenis masakan berasaskan udang dan ketam ada. Get ready to get your hands dirty. Hehehe. Dan semestinya segarrrrrrrrr!

Apa lagi, jom layan gambar-gambar!

island of dishes!

ruang tempat duduk untuk menjamu selera

antara starter yang ada segar dari laut

pelbagai jenis kerabu ada. pilih dan ceduk sahaja

ulam-ulaman berserta sambal

rojak buah, takde kacang tumbuk

bagi mereka yang bertekak western ada roti dan sup

salami dan salmon, pergghhh sedappnya

makanan dari timur tengah pun ada seperti briyani kambing ni, hidang dalam periuk besar haaaaa

kari kepala ikan jenahak, must try!

ketam masak lemak ya'll. yums!

ada juga grilled seafoods, makan panas-panas

ala chinese dishes, ada ikan, ketam, udang dan sayur-sayuran... sedapp weh. teringat pulak

penting nih, kambing golek bakar!

ada cekodok, pisang goreng, keropok lekor dan signature dia Pak Johan Roti John

udang masak cili

beraneka jenis masakan melayu, tinggal nak rasa je ni

desserts area, ada ice cream, pelbagai jenis minuman, buah-buahan etc

chocolate fountain pun ada

para chef sedang tunjuk masakan dorang

sambil menjamu selera tu, ada dihiburkan oleh persempahan yang menarik

paling penting! free flow duriannnnn! 

Apa macam? Ada kecur air liur tak? Hehehe menarik bukan?

Impiana Hotel KLCC buffet Ramadhan ni bakal berlangsung dari 16 May hingga 14 June 2018 bermula seawal jam 6:30 petang hingga 10:30 malam setiap hari. Rate pula bagi mereka yang berkemampuan harga adalah  RM148 nett (adult) dengan ada promosi early bird "Buy 10, free 1". Untuk kanak-kanak pula adalah RM74 nett (4-12 tahun). 

Untuk tempahan, boleh telefon Hotel Impiana KLCC di talian 03-2147 1111 atau email ke fnbrsvp.iklcc@impiana.com. 

Papepun aku ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Impiana Hotel KLCC especially Miss Vithya kerana sudi menjemput aku dan kawan-kawan untuk datang menikmati juadah buffet Ramadhan kali ni. Semoga maju jaya. 

Till then..

Bye!

Friday, August 25, 2017

Airport Experience 101 | KLIA, Malaysia

Good day everyone! 

Lama tak menaip tapi demi nak kongsi pengalaman yang aku rasa tak ramai alami macam aku ni. Bertuah jugaklah aku rasa nasib aku tak tolak rsvp jemputan dari Malaysia Airport Berhad untuk bersama-sama menyertai satu event yang katanya julung kali diadakan untuk para bloggers. Kira bloggers experience 101. 

Event ni telah dianjurkan pada 9 Ogos 2017 yang lalu. Kira-kira 2 minggu lepas bertempat di KLIA, Sepang. Seawal jam 9 pagi, aku dah sampai kat KLIA tu, semangat punya pasal. Ingat dapatlah terbang ke London. Rindu katanya. Tapi dapat bau airport pun jadiklah. Hahaha. 

Kami semua para bloggers kira-kira dalam 9 orang camtu berkumpul di satu lounge baru under Malaysia Airports yang terletak di Level 5 terminal KLIA. Namanya "KLIA Premier Access Lounge".  Kat situ sempatlah kami ni alas perut dengan makanan yang disediakan. Karipap sedap. Hiks. Turut diadakan sesi pengenalan dari pihak pengurusan MAB dan juga Sama-Sama Hotels tentang event tersebut. Baik dan ramah mereka semua nih. 

Dah setel semua sesi pengenalan tu ayuhlah kita melawat dan tengok sendiri berkenaan fasiliti-fasiliti baru dan mungkin kita sebagai pengunjung tetap airport tak tau apa yang ada di KLIA ni. Ayuh!

| KLIA Premier Access Lounge |
Fasiliti terbaru dibawah pengurusan Malaysia Airports. Bagi mereka yang kerap travel ataupun ulang-alik untuk terbang ke merata tempat atas urusan kerja mahupun mengembara. Tak lupa mereka yang taknak menyusahkan diri ketika berada di airport, amatlah sesuai untuk mereka mencuba fasiliti terbaru ni. Kira senang nak cakap "airport fastrack". 

Servis yang disediakan adalah Concierge, Premier Access Lounge, Priority Access, Buggy Service dan jugak Escort Service. Boleh refer untuk lebih lanjut ---> LINK 

Memang apa yang aku nampak memang hassle free kalau kita guna servis yang disediakan. Tak payah pening kepala. Semuanya diuruskan dari masa kita tiba di pintu masuk KLIA hinggalah ke gate berlepas. Tak guna banyak tenaga pun cuma perlu sedikit tenaga untuk makan di access lounge nanti. Heheh. 









| KLIA Porter Service |
Haaaa ni pun antara servis terbaru yang disediakan di KLIA. Namanya KLIA Porter Servis. Kita biasa dengar perkhidmatan porter ni yang penah ada di airport-airport luar negara sebagai contoh di Indonesia. Porter ni kebanyakkannya dilakukan secara illegal orang kata. Tapi tidak di KLIA. Ingat legit dan boleh dipercayai. Takdelah kene charge extra melampau atau sebagainya. Hanya serendah RM30/troli hingga RM50/troli (extra servis dari baggage claims hingga ke parking lot). Anda tidak lagi perlu bersusah-payah angkat beg berat-berat dan tolak troli tu sendiri untuk check in. Semuanya bakal dilakukan oleh porter ni semua. Jimat tenaga lagi. Hehehe. 


| Shuttle Bus from Main Terminal to Satellite Terminal |
Kalau untuk keluar negara semestinya kita akan perlu ke Satellite Terminal yang mana biasanya kita akan menaiki aerotrain (semua orang suka naik ni, termasuk aku sendiri! hahah). Tetapi kadang-kala orang terlalu ramai dan aerotrain ni berkemungkinan under maintenance. Jadik agak buang masa disitu. 

Jadik, instead of taking the aerotrain, why not you take the shuttle bus? Because it takes almost the same amount of time to reach the satellite terminal from the main terminal. About under 5 minutes. Tempat nak naik bas shuttle ni tak jauh pun. Hanya di tingkat bawah platform aerotrain. Just follow the signage and you are good to go! 





| KLIA Jungle Boardwalk | 
Next is something that I never been in my entire life. Aku penah dengar KLIA ni ada hutan yang asal waktu pembinaan dia yang dipelihara untuk penumpang yang datang ke KLIA. Tapi aku pun sendiri terlupa nak explore plus tak tau pun kat celah mana sebenarnya. Kalau anda berpeluang singgah di Satellite Terminal. Boleh singgah masuk kejap ke jungle boardwalk ni. Tak besar mana pun tapi menarik bagi aku. 







| Sama-Sama Express Transit Hotel |
Salah satu fasiliti yang amat berguna bagi mereka yang transit di KLIA untuk jangkamasa yang agak lama dan memerlukan rehat yang secukupnya. Boleh la try check-in di Sama-Sama Transit Hotel ni untuk 4 jam atau 6 jam atau lebih. Harganya pun berpatutan. 

Tak lupa, bagi mereka yang check-in bilik, rate yang dibayar adalah termasuk makan skali. Hidangan buffet yang disediakan adalah just nice i must say. Plus it's delicious. Dorang ada signature dishes dorang seperti Lamb Rack dan jugak nasik briyani. Must try! Sempatlah kamu semua dijamu dengan hidangan lunch buffet. Kenyang! 

Boleh refer ---> http://www.samasamaexpress.com/











Another highlight dalam program yang dianjurkan oleh pihak Malaysia Airports adalah kami dibawa untuk melawat kawasan AFRS (Airport Fire Rescue Service) yang kita selalu lihat dari tingkap-tingkap kecil kapal terbang ketika taxing untuk berlepas. 

Kami diberi taklimat berkaitan tugas-tugas mereka di lapangan terbang dan juga sedikit demonstrasi jentera mereka gunakan untuk tugas menyelamat. Cool gila wehhh! 

Plus, dapat tengok view airport dari watch tower dorang ni. Menarik betul pusat kawalan dorang ni. Seumur hidup takkan dapat peluang untuk aku nih. 







Overall, aku sangat gembira aku joined jugak event ni. Banyak benda-benda baru yang aku pelajari dan lihat sendiri. Sesuatu yang baru untuk aku. 

Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada pihak Malaysia Airports Berhad dan juga Sama-Sama Hotels atas jemputan untuk menyertai event yang dianjurkan. Dapat banyak goodies bags. Ada jugak terselit tiket opening Sukan SEA 2017! Best best! 

Till then..

Bye!