Showing posts with label Sweden - Stockholm. Show all posts
Showing posts with label Sweden - Stockholm. Show all posts

Friday, March 6, 2015

Arctic Circle Trip - Total Expenses!

Okeh! Part cerita untuk negara Sweden kira dah abes dah la. 

Sekarang ni, aku nak cerita brape semua total perbelanjaan yang hangus sepanjang trip aku di Stockholm, Kiruna dan Abisko untuk 5 hari 4 malam ni. Aku sendiri pun tak tau brape jumlah sebenar yang dah hangus. Ni kira aku buat entry ni, aku baru taulah. Hopefully, takdelah terkejut beruk bila dah campur tolak semua. Ahaks. 

Anyway, tanpa membuang masa. Ayuh! 


Transportation

  • Flight ticket Ryanair (London Stansted - Stockholm) : GBP24.99/way
  • National Express (Airport Shuttle) : GBP16/way
  • Taxi to Birmingham Coach Station : GBP6/way
  • Airport shuttle to Stockholm City : SEK159/pax
  • Metro pass : SEK44/pax
  • Transport pass : SEK145 for 5 trips
  • Night train to Kiruna (Sleepers coach) : SEK682/way
  • Train to Abisko : SEK186/return
  • Taxi to Ice Hotel : SEK300/return
Sub-total transportation costs : GBP46.99 & SEK1,516

Accommodation

  • Stockholm - Lodge 32 : SEK180/night
  • Abisko - Abisko.net Youth Hostel : SEK400 for 2 nights
Sub-total accommodation costs : SEK580

Meals

  • Stockholm : SEK216
  • Abisko : SEK143
Sub-total meal costs : SEK359

Activities & Miscellaneous

  • Ice Hotel entrance fee : SEK200/pax
  • Winterday Package (Dogsledding) : SEK1,200/pax
  • Miellejokk Mystery Tour (Aurora Borealis) : SEK900/pax
  • Ice-fishing : SEK600/pax
  • Souvenirs : SEK150
Sub-total activities and miscellaneous costs : SEK3,050

GRAND TOTAL : GBP46.99 & SEK5,505 

Untuk semua entries berkaitan dengan Sweden, boleh rujuk links dibawah ye....

*********************************

Overall, untuk 1st leg winter trip aku ni memang aku dah allocate siap-siap budget untuk semua benda yang aku nak buat. Memang plan nak stay lama skit kata area Abisko tu. Yela, datang jauh-jauh kalau sekadar touch and go memang rasa ralat nanti kalau banyak benda terlepas nak buat. Ni pun ada benda yang aku nak tengok lagi tapi memandangkan bajet pun tak mengizinkan untuk aku stay lebih lama. Tapi papepun, more than enough as at now. 

Untuk transportation - Untuk starting memang aku fly direct dari London ke Stockholm sebab tiket flight agak murah time aku beli tu. Then, untuk ke Abisko dari Kiruna aku guna night train sebab teringin nak naik sleeper coach. Walhal penah naik kat India kan! Gedik! Hahaha Lagipun aku nak jimat satu malam accommodation. Actually, kalau naik direct flight terus ke Kiruna memang lagi murah kalau beli tiket lagi awal dan masa perjalanan pun singkat je compare dari naik train. Boleh rujuk link diatas berkaitan dengan transportation. 

Untuk accommodation - Mula-mula aku ingat macam mahal sangat accommodation kat Scandinavian country ni. Tapi kalau carik betul-betul ada yang rate pernite yang berpatutan. Even untuk accommodation di Abisko tu pun, aku rasa murah dah. Tak tau la bagi orang lain sebab aku guna pound sterling. Kalau guna Ringgit akan rasa la kot sedikit mahal berbanding tempat lain. Maybe ada lagi murah, ke aku yang tak jumpa. Hiks. Untuk range rate hostel better letak range antara EUR25-EUR30/night. 

Untuk makan - Sepanjang di Sweden ni, memang aku banyak makan makanan yang aku bawak dan jugak groceries yang aku beli. Kira makan aci kenyang dan kasik tenaga je. Aku beli beras, pisang, sardin kat convenient store kat sana. Cuma dari Birm, aku bawak macam megi dan serunding je. Tak lupa bawak tupperware yang boleh masuk microwave tau senang nanti nak masak nasik dalam tu guna microwave. Ahaks. 

Untuk aktiviti - Ni semua bergantung kat diri masing-masing. Macam aku, jenis nak try jugak macam mana pun. Yela, bukan selalu sampai dan alang-alang tu why not spend skit untuk merasa. Kalau kemut, nanti balik kang menyesal tak abes. Nak sampai lagi maybe tak tau bila kan. So, yang ni i have no comment. It's all up to you. Tapi boleh la survey harga aktiviti yang mana murah. Tapi range harga maybe lebih kurang sama. 

Other than that, I guess that's all. Maybe aku ada missed a few things tapi tak material pun la kan. Ok dah tu je. 

Till then..

Bye!

Wednesday, February 4, 2015

#2 | Stocholm, Sweden - Jalan-jalan secara ringkas

Ya  ALLAH!!!

Haaa... camtula feeling bangun pagi esoknya. Aku bangun lagi 15 minit nak pukul 11 pagi! Memang terbabas aku bangun pagi tu. Yela, sape suruh mata tak boleh lelap sampai jam 5 pagi! Gilerrrr dek gara-gara pekena latte malam sebelum tu. Walhal dah telan panadol siap-siap sebab nak kasik turun skit panas badan tu. 

Memang kelam-kelibut aku bangun pagi tu. Dengan muka mamai abes, mata kuyu aku terus ke receptionist cakap aku nak check-out lambat skit sebab yela.. obviously aku baru bangunkan. Ahaks! Dengan beg tak repack balik lagi semua. Nasib baik dia kasik, maybe sebab hostel pun tak full house arini. Takdehal. 

Bersiap macam biasa. Ketung-ketang semua. Lebih kurang pukul 11 lebih camtu aku check-out dan keluar untuk jejalan sekitar Stockholm ni. Rugi betol rasanya sebab dah pukul 11 pagikan. Dalam pukul 2:30 petang jap lagi dah nak masuk waktu Maghrib dah. Maka, gelap lerrrr... Haih! Dahla aku dah ada beberapa tempat nak terjah aritu. 

Tengok jela yang mana sempat. Kalo tak sempat..... hurm... ;p

Thursday, January 29, 2015

#1 | Stockholm, Sweden - The Arrival

Hey hey!

I'm back! 

Sorry lama aku peram untuk update pasal winter trip aku pada bulan Disember 2014 aritu. Biasalah kalo tak travel, aku ni kadang-kadang busy dengan kehidupan seharian tak pun malas! Ahaks. What to do... Mood nak menaip ni tak tentu. Kalo ada tu, terus menaiplah orang kata. Lajuuuuuuuu je~ 

Anyway, aku ada post entry yang tak berapa teaser tempoh hari. Jadik kalo korang semua dah tengok, maka sedikit sebanyak dah tau la ke mana aku pegi kan? 

Apa? Tak tau? Ahaks... kalo tak tau, boleh rujuk ---> SINI


hellloo Stockholm! bentuk muka bumi negara Sweden seperti yang kita nampak dari peta

Monday, January 26, 2015

Tips | Preparation for Winter Trip 2014 (Accommodation)

Alrite!

Aku actually macam takde mood sangat nak menaip. Yela, balik keje macam dah penat pastu duk buang masa surfing benda-benda yang takde faedah. Ntah la bila duk buat keje yang takde faedah memang rasa cepattttt je masa berlalu. Cuba kalau tengah study ke, mengaji ke, rasa masa tu lambat yang amat nak berlalu! 

Pffft sangatkan. Haih. 

Anyway, since aku dah edit gambar untuk entry ni better aku gigihkan jugak untuk siapkan before aku masuk tido. Nanti auto-publish je. Hiks. 

Ni adalah entry berkisar tempat penginapan aku sepanjang winter trip aku aritu. Disebabkan aku travel kali ni pegi Scandinavian countries, anda mungkin tau cost of living adalah sangat mahal. So, memang aku expect rate untuk hostel pun maybe akan tinggi daripada negara Eropah yang lain. 

Ada certain tempat memang aku nak try sangat Couchsurfing untuk jimatkan kos tapi tak dapat pulak tempat dari hosts yang aku request. Maybe takde rezeki sebab kebetulan time tu memang dah nak cuti christmas. Reply yang aku dapat dorang out of town sebab balik kampung. Okla nak buat camnekan. Yela nak try ler sebab aku dah penah host 3 orang couchsurfers sebelum ni. Cuma tak penah aku sendiri yang jadik surfernya. Maybe lain tempat ada chance nak try. 

Korang penah try? Best benda ni. Selain dapat kenal orang baru, dapat jimat kos. Hiks. 



Wednesday, January 21, 2015

Tips | Preparation for Winter Trip 2014 (Transportation)

Pssssttt! Pssstttt!

Nak bagitau yang entry ni adalah amat penting! Kiranya segala info yang aku nak share ni adalah berkaitrapat dengan trip aku aritu yang telah menerjah beberapa buah bandar yang beriklim sejuk yang agak extreme. 

Jadik bagi mereka yang berminat nak terjah jugak. Harapannya entry ni dapat membantu. Tetapi, kali ni aku hanya fokus pasal mode of transportation yang aku gunakan. Yang lain-lain tu, insyaALLAH aku akan selitkan dalam entry yang berikutnya. 

Tapi sebelum tu, aku nak cerita la mukadimah kenapa aku buat winter trip ni agak lain dari ape yang aku nak buat. Actually, bila datang ke UK ni memang orang kata try la travel pegi negara sekian-sekian sebab cantik dan menarik kalo suka nak explore. Sebelum aku datang lagi ke sini, memang ada plan nak pegi terjah tempat-tempat seperti Prague, Vienna, Budapest, Copenhagen dan lain-lain bandar kat Europe ni lah. Yela, dah alang-alang dah duk sini setahun camtu why not try amek peluang nak tengok tempat baru. 

So far, Alhamdulillah ada beberapa bandar di Europe ni dah berjaya aku terjah sendiri. Tetapi after a while aku rasa aku nak tengok something different. Tak dinafikan yang bandar-bandar kat Europe ni agak berbeza antara satu sama lain. Kalo bukan nature, ada pulak bandar. Old town tak terkecuali. Tapi aku macam rasa lama-lama agak sama je semua tempat ni even tho actually ianya berbeza kalo kita tengok betul-betul akan sesuatu tempat tu. Jadik aku dapat idea nak tengok tempat sejuk yang ada salji, ada aurora borealis dan jugak Russia! So, target trip winter ni memang ultimate dream would be watching the northern lights as well as to be in Russia. 

Jadik... peluang tu takkan datang selalu. Kebetulan ni pulak dah penghujung tahun 2014 dan musim sejuk bakal menjelma tak lama lagi. Lagi-lagi bila aku check tiket flight pun agak murah. So, apa lagi! Yang penting, kita secure ticket flight dulu. Ingat motto aku "No Ticket, No Talk!" Bila dah secured ticket, barulah aku boleh plan pape yang patut. Tapi aku takdelah buat perancangan yang beria. Semuanya aku buat skit-skit sebab agak busy dengan dengan study. Plus, aku kene save duit untuk trip ni sebab nak terjah negara yang agak mahal dari segi kos sara hidupnya. Dan jugak aktiviti yang aku nak buat pun agak banyak nak pakai duit. That's why selama 2 bulan lebih takde pegi mana-mana. Demi mega trip katanya! Ahaks! 

Ayuhhh! Tanpa buang masa, aku mulakan. Kalo ada yang tertinggal tu. Harap maaf ler. 

Monday, January 12, 2015

Tips | Persediaan "Winter Attire" untuk Winter Trip 2014

Assalamualaikum!

Aku kembali semula selepas seminggu tak update. Maafla takleh nak update laju-laju sebabnya aku takde masa nak karang ayat best-best. Kagum dengan orang lain boleh update setiap harikan. Huk huk. 

Lagipun, aku sekarang bekerja part time sejak cuti ni. Saje nak carik pengalaman dan extra income. Yela, nak duk sini kene ada duit, if not kene la balik Malaysia. Oh! I'm not ready yet! ;p

Anyway, entry ni masih lagi berkaitan dengan Winter Trip aku pada Disember 2014. Tapi kali ni aku fokuskan kepada persediaan untuk aku mengharungi musim sejuk yang bagi aku agak extreme daripada musim-musim yang penah aku alami. Bahkan, lagi sejuk dari musim sejuk di United Kingdom ni sendiri. 

Jadik, langkah-langkah penting dalam membuat persediaan amatlah penting supaya tidak mati beku di negara orang. InsyaALLAH. 

terasa seperti polar bear. ahaks!


Monday, January 5, 2015

Winter Trip | Unforgettable Closure for a Year 2014

Assalamualaikum!

Selamat Tahun Baru 2015 kepada kita semua. *tak terlambatkan?*

Lama gak aku tinggalkan blog aku since November aritu sebab busy nak exam semua. This time takleh main-main sebab kene fokus. Lepas exam aritu tak sempat nak qada' tido ke ape semua terus berangkat untuk Winter Trip yang aku nantikan pada hari abes exam tu. 

Gigihkan? 

Nak buat camne, sebab time tu tiket murah. 

Anyway, aku tak plan nak menaip panjang lagi sebab masih berehat dari travel dan sakit urat belakang ni. Haih... sabar jela. Cuma aku nak kongsi itinerary aku untuk trip selama 2 minggu kat kawasan utara Bumi yang kita sayangi ni. 

Kira, kasik bayangan awal untuk anda semua. Bagi yang duk follow instagram aku mesti tau ke mana aku pegi aritu. Terima kasih kepada yang suka meng"likes" gambar aku. Yang tak penah "like" tu, ehem-ehem... 

Ahaks. ;p

ultimate goal for this winter trip, none other watching the majestic "The Aurora Borealis"