Monday, January 26, 2015

Tips | Preparation for Winter Trip 2014 (Accommodation)

Alrite!

Aku actually macam takde mood sangat nak menaip. Yela, balik keje macam dah penat pastu duk buang masa surfing benda-benda yang takde faedah. Ntah la bila duk buat keje yang takde faedah memang rasa cepattttt je masa berlalu. Cuba kalau tengah study ke, mengaji ke, rasa masa tu lambat yang amat nak berlalu! 

Pffft sangatkan. Haih. 

Anyway, since aku dah edit gambar untuk entry ni better aku gigihkan jugak untuk siapkan before aku masuk tido. Nanti auto-publish je. Hiks. 

Ni adalah entry berkisar tempat penginapan aku sepanjang winter trip aku aritu. Disebabkan aku travel kali ni pegi Scandinavian countries, anda mungkin tau cost of living adalah sangat mahal. So, memang aku expect rate untuk hostel pun maybe akan tinggi daripada negara Eropah yang lain. 

Ada certain tempat memang aku nak try sangat Couchsurfing untuk jimatkan kos tapi tak dapat pulak tempat dari hosts yang aku request. Maybe takde rezeki sebab kebetulan time tu memang dah nak cuti christmas. Reply yang aku dapat dorang out of town sebab balik kampung. Okla nak buat camnekan. Yela nak try ler sebab aku dah penah host 3 orang couchsurfers sebelum ni. Cuma tak penah aku sendiri yang jadik surfernya. Maybe lain tempat ada chance nak try. 

Korang penah try? Best benda ni. Selain dapat kenal orang baru, dapat jimat kos. Hiks. 



Lodge 32 | Stockholm,  Sweden

Pengalaman aku - Aku hanya ada 1 malam je kat Stockholm, dan aku tak plan nak duk kat tempat beria sangat pun. Cukup kalau hostel tu dekat dengan Central Station dan jugak beberapa tempat yang menarik untuk aku terjah. 

Location wise agak dekat dengan Central Station lebih kurang 15 minit jalan kaki. Camne aku tau 15 minit? Hahaha sebab aku gigih jalan kaki okeh dalam cuaca sejuk tu. Nasib baik jumpa. Kalau nak pegi tempat menarik macam Gamla Stan tu boleh jalan kaki je dalam 15-20 minit bergantung kelajuan korang jalan camne. Nak naik bas pun senang sebab bus stop betul-betul depan pintu hostel tak pun naik train yang jaraknya 150 meter je dari hostel. 

Hostel ni terletak kat ruangan basement. So, please expect that your dorm is not gonna have window. Hahaha Gelap gulita bila semua dah lights off. Suasana bersih, toilet pun banyak. Ada pantry tapi takde proper kitchen tapi cukup la sekadar nak panaskan makanan or buat air ke ape. Overall, okla untuk rate yang aku berpatutan. 

Room type: Bed in 10-bed mixed dormitory
Price: EUR16/night (no breakfast)
Booked via: Booking.com 
Website: www.lodge32.se/ 

ruang tamu dan lobi

pantry

ruang duduk di pantry

toilets

10-beds dorm aku. time tu tak penuh pun ada dalam less than 5 guests je termasuk aku


Abisko.net Youth Hostel | Abisko, Sweden

Pengalaman aku: Actually, aku pun taktau camne aku boleh terjumpa hostel ni. Tapi whatever jela. So, aku godek-godekla website dia dan tertarik dengan tempat dia semua termasuklah pakej-pakej aktiviti yang aku nak buat. Plus, harga per bed untuk satu malam pun takdela semahal yang aku jangkakan. So, okla terus aku buat booking untuk 2 malam kat sini. 

Location wise? Okla terlalu dekat dengan Abisko Ostra station. Dalam less than 10 minit jalan kaki dah sampai hostel. Dekat dengan supermarket, tasik yang boleh tengok aurora borealis semua. Boleh jalan kaki je ke beberapa tempat menarik di sekitar Abisko ni. 

Facilities yang disediakan bagi aku cukup lengkap semua termasuk dapur yang lengkap untuk memasak semua. Ada sauna lagi kalau nak try. Cuma shower room terletak di luar bangunan hostel. Cuma ada toilet untuk buat refresh dan berak. Setiap level ada dapur sendiri so takkan sesak la dengan tetamu. Time aku stay tu memang hostel tu fullhouse. Tapi kat dapur tak sesak pun. Information berkaitan Abisko, train timetables, activities that you required are provided by the hostel. Had fun time meeting a lot of guests from various places. 

Actually rate per nite was about SEK250/pax. However, I received a discount from them after made a booking for my activities while I were there. So, I only paid SEK200/night for my bed. Plus, you need to pay another extra SEK90 for bed lines. 

Room type: Bed in 6-bed mixed dormitory
Price: SEK200/night (GBP17) (no breakfast)
Booked via: Directly from their website









Guesthouse Borealis | Rovaniemi, Finland

Pengalaman aku: I must admit that this was the most expensive accommodation that I ever paid for this entire trip. Rovaniemi, Finland ni aku ada search dan takde hostel pun yang ada. Kalau ada pun cuma hotel. Sah-sah la aku tak duk hotelkan. Ada Youth Hostel tapi tu pun considered as hotel. Kalau ikut website yang aku tengok tu la. 

Plan asal memang nak buat couchsurfing je. Tapi dek tak dapat reply dari hosts yang aku request tu. Aku terpaksa settled with this guesthouse. Aku ingat macam mana aku jumpa guesthouse ni, tapi aku booked thru Booking.com jela sebab takde advance payment requested except they asked for your credit card/debit card details. Fine by me. 

Bilik yang ada pun hanyalah single room. Okla nak buat camne. Sekali sekala splurge untuk amek single room. Atleast ada privacy skit. In terms of location, dekat giler dengan train station Rovaniemi. Belakang guesthouse tu je okeh. Hahaha, dekat jugak dengan bus station dalam 300 meter camtu. Tak susah pun nak carik guesthouse ni. 

Keadaan dalam guesthouse aku boleh katakan complete dari segi breakfast disediakan, laundry, bilik yang bersih, wifi laju, dapur yang complete untuk masak semua. Banyak masa aku spent kat single room ni. Yela, bayar mahal kot. Hahaha. By the way, setiap bilik ada toilet sendiri. Memang aku mandi puas-puas la selepas dah 4 hari tak mandi kat Abisko! Hahaha layannnnzz...


Room type: Single room
Price: EUR65/night (breakfast included)
Booked via: Booking.com









Hostel Life | St. Petersburg, Russia


Pengalaman aku: Untuk hostel ni, actually aku dah ter"double-booked" untuk tarikh yang sama. Ni semua gara-gara aku terlupa tempat mana yang aku dah ade accommodation. Lupa nak check la nih kan. Bila dah setel booking semua, time nak save booking confirmation, rupanya aku dah booked dah. Lamaaaaa dah rupanya okeh! Siap dah bayar full pulak tu thru debit card. Dah la aku book yang kata takleh dapat refund langsung! So, sebab nak save duit yang dalam GBP15++ tak silap aku untuk 2 malam, aku try pegi website dorang, ada window untuk live chat dengan staff kat situ. Chat punya pasal, bagitau semua apa yang terjadik. So, dorang kata takpe nanti dorang akan cancelkan second booking aku, dan nanti takkan charge untuk 2nd booking tu. 

Fuhh~ rasa lega bila dorang cakap camtu walaupun sebenarnya aku tak layak dapat balik pun duit tu. Tapi sebab gigih pegi tanyakan. 

Lepas sebulan camtu, aku check statement bank aku tengok dorang charged lagi skali untuk 2nd booking tuh! Ingat dah cancel dah. Rupanya belum okeh! Haishhh geram la jugakkan. Terus aku live chat lagi skali dengan dorang bagitau dah janji takkan charge, tapi kau pegi charged jugakan. Dia tanya sape yang bagitau aku yang dorang takkan charge tu. Aku cakap taktau nama. Hiks. Haru gak sebenarnya, patut aku jot down nama staff tu. So, staff dorang discuss dengan manager and willing to refund me back. Alhamdulillahhhh lega! Tak lama lepas tu, terus masuk balik refund aku dalam akaun bank. 

Lega lega lega! 

Overall, aku puas hati dengan hostel ni sebabnya betol-betol terletak di kawasan Nevsky Prospect, main street yang bagi aku sangat happening dan agak dekat dengan beberapa tempat menarik yang ada sekitar St. Petersburg ni seperti The Hermitage (Winter Palace), Church of the Saviour on the Spilled Blood dan lain-lain lagi. Kira kalau rajin boleh je jalan kaki. Dan memang banyak kali aku jalan kaki untuk pegi ke beberapa tempat dan kadang kala naik bas gak sebab cuaca sejukkkkk. Kawasan meriah so tak takut sangat pun. 

Bilik ok, ada dapur  yang complete untuk memasak, toilet dia sangat banyak! So takkan berebutlah. Breakfast turut disediakan walaupun simple. 

Kat sini juga ada disediakan servis untuk membuat pendaftaran kalau masuk ke negara Rusia ni. Kene bayar la tapi tak mahal. 

Room type: 4-beds male dormitory room
Price: RUB585/night (GBP6) (breakfast included)
Booked via: Booking.com





Da Hostel | Moscow, Russia

Pengalaman aku: Hostel ni pun bagi aku sangat la strategik dari segi lokasi. Terletak betol-betol di Old Arbat Street yang mana merupakan jalan yang femes untuk tourist. Kira macam ala-ala Jalan Masjid India la kalau kat Malaysia. Keluar dari hostel ada satu kedai makan Halal. Nama kedai tu Taj Mahal. Dekat dengan Metro station gak yakni stesen Arbatskaya. Ada Hard Rock Cafe Moscow kat jalan ni jugak. So, macam senang la. 

Cuma yang kureng skit, kene naik tangga untuk pegi ke hostel. Ada lif, cuma aku tak reti nak guna plus katanya untuk mereka yang beg besar je boleh naik. Okla takdehal bagi aku sebab bawak bagpack je. 

Nothing special, cuma maybe lokasi jela. 

Room type: 6-beds dormitory room
Price: RUB795/night (GBP8) (breakfast included)
Booked via: Booking.com
Website: http://da-hostel.com/ 




Hostel Erottajanpuisto | Helsinki, Finland

Pengalaman aku: Actually aku takde plan pun untuk bermalam kat Helsinki ni. Akan tetapi disebabkan tiket train yang paling murah untuk ke St. Petersburg adalah esok paginya maka aku terpaksa book jugak satu hostel untuk bermalam. Untuk tido kat stesen adalah mustahil tatkala musim sejuk nih. Dengan tak cukup kelengkapan untuk tido merempat. Maka, aku booked la satu hostel yang tak jauh dari central station kat Helsinki ni. 

Kat sinilah aku jumpa beberapa orang kawan baru. Ended up pegi makan sama-sama. Ada hikmah jugak overnite 1 malam, jumpa orang baru bla bla bla.. Overall, aku suka hostel ni sebab konsep dia macam duk kat rumah townhouse yang besar. Location wise dalam 10 minit jalan kaki dari central station. Kira okla kan. 

Other than that, aku rasa okla walaupun harga dia agak mahal jugak untuk 1 malam. 

Room type: 8-beds dormitory room
Price: EUR28/night (breakfast included)
Booked via: Booking.com
Ok dah tu je. 

Till then...

Bye!

12 comments:

  1. sebenarnya.. bila buka blog ni kan.. baru la tau tentang guesthouse. sebelum ni dok ingat guesthouse ni sekadar rumah tumpangan je.. rupanya.. ia lebih dari itu.. so, I do start my journey ke New Zealand last year dan belajar banyak lagi tentang guesthouse.. well.. banyak juga 'curi' info dari sini.. hihihi... that's what we call, sharing is caring, right.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Terbaik! Teruja tengok bilik-bilik yang dipaparkan dalam blog ni. Not bad juga la!

    ReplyDelete
  3. Gambar sapa la kat toilet tu john...? accommodation kat moscow murah ya... mmg rata2 hrga bajet hostle memang gitu eh..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah gambar sayalah! hahaha yup mmg murah harga dia, agak terkejut gak mula2 tu. murah sgt tp review sgt bagus2 belaka. bajet hostel biasanya tgk dalam range eur25 dan kebawah.

      Delete
  4. tq..sharing is caring.....boleh ikuit....murah ye.

    ReplyDelete
  5. menarik John. Preparation yang bagus. Thanks. Manalah tahu kut2 sampai ke tempat2 tyu satu hari

    ReplyDelete