Showing posts with label Switzerland - Lucerne. Show all posts
Showing posts with label Switzerland - Lucerne. Show all posts

Wednesday, June 4, 2014

6D5N Switzerland - Total Expenses!

Helo!

Cerita pasal Switzerland dah pun abes. Maka tibalah pulak aku nak sharekan total expenses yag dah lebur kat sana. Untuk panduan kita bersama. Tapi untuk entri kali ni takdelah aku cerita details expenses setiap hari. Aku try ringkaskan mengikut kategori masing-masing. 

Semoga aman-aman saje semuanya. 

Ayuh! 


Transportation
  • Flight ticket Easyjet (UK-Geneva) : GBP23.49/pax
  • Flight ticket Ryanair (Basel-UK) : GBP57.34/pax
  • Swiss Pass (4 days) : CHF245/pax
  • Harder Kulm train : CHF7.50/pax
  • Cable car to Schiltorn : CHF38.50/pax
  • Train ticket to Basel : CHF32/pax
  • Bus to Basel Airport : CHF4.20/pax
Total transportation cost : CHF327.20 & GBP80.83

Thursday, May 29, 2014

[Part10] Mt. Rigi, Lucerne | Appenzell

Hola!

Mood rajin nak update walhal exam dah makin dekat ni. *matilah* aku nanti. 

Plus, demam dan selsema. Ni kali ke-2 jatuh sakit ni pun sebab terjangkit lepas balik dari Ireland aritu. Dah makan ubat, tapi macam takde kebah-kebah pun badan aku ni haaa tambahan pulak sejak dua menjak ni cuaca kat Birmingham ni agak sejuk. Ke badan aku je rasa sejuk? Hurm.., 

*teringat ikan kembong*

Orait! Hari ke-5 pulak di Switzerland. Hari ni kira last la nak pakai Swiss Pass. Kene make sure pakai kasik berbaloi. Esok kene kuarkan duit lain lak untuk transport. Dah Swiss Pass expired katanya. So, plan ape arini? 

Nak pegi ke Mt. Rigi! 


Wednesday, May 28, 2014

[Part9] Lake Lucerne Cruise

Haluuuu haluuuuuu!!!

Ape macam dah tengok dah teaser sikit pasal Ireland aritu? 

Teringin nak pegi tak? Semoga korang pun dapat jejak dan explore lebih dari aku lagi okeh? 

Hari ni aku sambung balik pasal Switzerland. Nak abes dah rasanya ada dalam beberapa entries je lagi. Kali ni tak silap hari ke-4. Hari pertama di Lucerne. Aktiviti yang aku buat lepas check-in kat Lion Lodge Hostel. 

Bila dah sampai Lucerne (Luzern in German) dah kurang skit kedengaran ummah lokal bercakap dalam bahasa perancis tapi lebih kepada bahasa german. Papan tanda pun dah mula banyak dalam bahasa German. Kiranya negara Swiss ni ada banyak bahasa perantara yang digunakan. Dan english bukanlah bahasa utama. Tapi takpe. Janji faham. Hiks. 


Wednesday, May 21, 2014

[Part8] Scenic Train Ride "Interlaken - Lucerne"

Bonjour! 

Macam kat Paris tak? Hiks. 

Masih lagi kat Switzerland aku ni. Bila ntah balik-balikkan? Hiks. 

Anyway, bersambung dari entry sebelum ni. Kali ni perjalanan train aku bermula dari Interlaken Ost station menuju ke Lucerne/Luzern. Perjalanan kira-kira hampir 2 jam ni memang bakal menyajikan salah satu train journey yang aku nantikan. 

Kalo korang berpeluang, jangan lupa naik route ni tau. Confirm tak menyesal. 

So far, takde drama yang tidak diingini berlaku. Maybe kerana berkat lindungan Kaabah ni. Semuanya selamat. Alhamdulillah. Hiks poyokan. 

Macam biasa, train journey aku untuk hari ni masih lagi dicover sepenuhnya dengan menggunakan Swiss Pass. Esok last day nak pakai. Jadik pakailah dengan sewajarnya. Cuaca hari ni memang aku tak nafikan memang betol-betol cantik! Tak sejuk dan tak terlalu panas. Tapi sekali skala bila matahari terpacak atas kepala tu, terasa bahang la jugak. Terpaksa bukak dah jaket tu. 

Perjalanan keretapi ni bakal melalui beberapa pekan kecik dan sederhana besar. Turun naik gunung, lalu celah-celah gunung yang tinggi, tepi tasik. Cuma takde celah bedah je tak lalu. Kiranya boleh rasa experience dapat tengok view dari atas, dan jugak dari bawah. Sesekali masuk jugaklah dalam terowong. Tapi kejap jela. 

Tips samada nak duk belah kiri ke kanan? Aku suggest duk belah KIRI! View belah ni lagi awesome! Tapi kalo takde orang dalam coach tu, boleh je nak berpindah randah. 

Mesti korang nak layan gak kan view ni? Ayuh aku nak share nih! 

actually, aku nak duk kat belah auntie ni, tapi dia dah sampai dulu. merasalah aku duk tengok view dari belah lagi satu

Friday, April 25, 2014

Tips | Swiss Pass | Use or Not to Use?

Helllo!

Salam ceria buat kepada semua pembaca Kaki Berangan yang setia ataupun newbies. Salam ukhuwah saya ucapkan kepada semua walau dimana jua anda berada. 

Ape macam? skema tak ucapan pembukaan aku? Sesekali nak jugaklah amek hati mereka yang menyokong blog Kaki Berangan dari jauh mahupun dekat. Yang suka ataupun yang benci. Takpe, kita ni manusia lemah tak sempurna. Takleh nak puaskan semua hati orangkan. 

Whatever it is... kita hidup kenela enjoy! Bak kata aku yang sedang menaip rancak nih! Ewahh!


Thursday, April 24, 2014

Tips | Rangkuman 6H5M di Switzerland

Hello! 

Rasanya dah lama tak bukak blog. Nak menaip entry London yang tak berkesudahan pun dah agak malas. Ingatkan bila dah jadik full-time student ni ada masa nak abeskan entry blog yang terbengkalai tu. Tapi jadik makin teruk nampaknya. Hurm.. nasib badankan. Tapi insyaALLAH aku try abeskan dalam masa terdekat atau terjauh. Hiks. 

Papepun, sebagaimana mereka yang dah follow melalui instagram dan facebook page KakiBerangan mesti dah tau ke mana hala aku untuk 6 hari yang lalu. Alhamdulillah dah selamat jejakkan kaki ke Switzerland. Mesti ramai yang dah penah sampaikan. Aku jugaklah yang agak lambatkan. Orang kata, biar lambat biar sampai. Gituh! Hahahah. 

Actually, ni plan agak mengejut. Sebab memang aku check jadual kelas aku ada break dalam 7 hari camtu. Dalam kepala ni mulalah nak plan trip, walhal exam ni dah makin dekat. Satu persediaan pun takde pape nih. Haraplah luluskan. Mulanya nak jejalan kat area UK ni je. Alih-alih dapat tau tiket flight ke Swiss ni agak murah walaupun time ni memang tengah orang cuti Easter. So, memang dah agak maklum tiket papepun agak jadik mahal. Sama yang terjadik kat Amsterdam sebelum ni. 

Tapi Alhamdulillah.. rezeki menyebelahi aku. Tiket pegi dan balik dapat less than GBP80. Ok sangatla kan? Mulanya  nak buat pendek je tapi alih-alih sampai ke 6 hari. Fuhhh~ jenuh nak cekau duit yang mana aku sedia maklum yang kalo nak travel ke Swiss ni memang kene ade fulus yang lebih skit la sebab segala benda memang mahal la katakan... Tapi insyaALLAH selamatla hendaknya. 

Ni adalah gambar plan itinerary 6h5m aku kat Switzerland yang aku dah buat time dalam kelas! Adoyaiii... bertabahlah.