Showing posts with label Finland - Rovaniemi. Show all posts
Showing posts with label Finland - Rovaniemi. Show all posts

Thursday, July 30, 2015

Finland & Russia - Total Expenses!


Okeh! Akhirnya cerita winter trip aku dah berakhir dengan jayanya.  Maaf kalau terlambat update, ataupun cerita aku sememangnya membosankan sebab mood nak menaip panjang-panjang agak kelaut sejak 3-4 bulan ni. Rasa momentum dah takde untuk semua ni. Tapi benda dah ade, takkan nak buat sekerat jalankan. Tak elok. 

Anyway, ni adalah kira 2nd leg untuk winter trip aku. Untuk total expenses yang cover "Arctic Circle" boleh la refer ---> SINI untuk panduan. Tu kira expenses aku la, maybe lain orang lain caranya. 

Ayuhhh aku sambung tanpa buang masa!

FINLAND
Transportation

  • Bus to Tornio (border Sweden-Finland) :  EUR42/way
  • Bus to Rovaniemi from Tornio : EUR22.90/way
  • Bus to Santa Claus Village : EUR7.20/return
  • Bus to Rovaniemi Airport :  EUR3.60/way
  • Bus to Helsinki City : EUR5/way
  • Tram fare : EUR2.20/way
  • Flight Norwegian Air (Rovaniemi - Helsinki) : EUR71/way
Sub-total transportation costs : EUR153.90

Accommodation

  • Rovaniemi - Borealis Guesthouse : EUR130 for 2 nights
  • Helsinki - Errottajanpuisto Hostel : EUR28/night
Sub-total accommodation costs : EUR158

Meals

  • Rovaniemi : EUR17.50
  • Helsinki : EUR19
Total meal costs : EUR36.50

Activities and miscellaneous

  • Laundry : EUR5
  • Reindeer ride at Santa Village : EUR17
  • Souvenirs : EUR10
Total activities and miscellaneous : EUR32

GRAND TOTAL : EUR380.40 


******************************************
RUSSIA
General

  • Visa application : GBP30/single entry
  • Visa service fee : GBP32.40
  • Visa delivery charge : GBP9.90
  • Russia travel invitation : GBP12
  • Russia visa registration : RUB300 / GBP4
Total general costs : GBP88

Transportation

  • Train (Helsinki - St. Petersburg) : EUR39/way
  • Train Sapsan (St.Petersburg - Moscow) : RUB3,370/way 2nd class
  • St. Petersburg (Metro) : RUB233
  • Moscow (Metro) : RUB460
  • Airport express to Moscow Airport : RUB400/way
Total transportation costs :  EUR39 + RUB4,463

Accommodation

  • St. Petersburg - Life Hostels : RUB1,152 for 2 nights
  • Moscow - Da Hostels : RUB2,385 for 3 nights
Total accommodation costs : RUB3,537

Meals

  • St.Petersburg :  RUB1,804
  • Moscow : RUB2,314
Total meal costs : RUB4,118

Miscellaneous

  • Souvenirs (Moscow and St.Petersburg) : RUB1,950
  • Hermitage Photo Ticket : RUB200

Total miscellaneous costs : RUB2,150

GRAND TOTAL : RUB14,268 + GBP88 + EUR39
Untuk semua entries berkaitan dengan Finland dan Russia, boleh rujuk links dibawah ye....

*******************************************
Okeh. Aku try buat ulasan setakat yang aku mampu untuk korang lebih faham. Maybe a few things might be misleading sebab dah lama kan trip ni dan aku pun dah ingat-ingat lupa. Untuk Finland dan Russia ni takde banyak sangat belanja sebab nothing much pun aku buat kat 2 negara ni except for sightseeing je.

Untuk transportation - Untuk Finland, memang aku admit memang agak mahal untuk bergerak dari satu point ke point yang lain. Tiket bas tu memang harga standard dan takde beza pun kalau beli awal ataupun beli direct daripada driver bus. Cuma, untuk flight dari Rovaniemi ke Helsinki, aku advice beli awal untuk dapat harga lagi murah. 

Manakala untuk Russia, aku rasa agak murah dan takde banyak beza dengan currency Ringgit sejak Rubles ni tengah jatuh. Untuk metro samada di St. Petersburg ataupun Moscow adalah sama setiap journey adalah RUB28/trip. Regardless pegi stesen mana pun. Beli kad macam Touch & Go untuk smooth journey dan topup je credit. Macam di Moscow, kad dia bernama "Troika" dan di St.Petersburg bernama "Podorozhnik". Boleh baca lebih lanjut --> SINI . Untuk mereka yang nak try naik Sapsan, better beli thru online untuk kefahaman yang lebih. Boleh refer entry --> SINI 

Untuk accommodation - Untuk Finland jugak aku rasa sangat mahal berbanding Sweden. Yela, nama pun negara Scandi yang terkenal dengan highest cost of living. Kalau nak murah, boleh la try bercouchsurfing tapi agak susahla kalau kita sekadar untuk tido. It's unfair bagi pihak host untuk kasik kita tido tanpa ade timbal balik. So, baik duk hostel. Unless u have a few days to spend within the city/country. 

Untuk Russia, memang aku rasa agak murah. Kene pandai carik bersesuaian dengan lokasi dan tempat-tempat menarik agar dapat jimat dari banyak segi. Boleh refer --> SINI untuk entry berkaitan accommodation aku ketika winter trip ni. 

Untuk makan - Kat Finland aku ade masak dan sekali je makan luar sebab nak merasa Finnish foods ketika di Helsinki. Yang lain tu aku beli bahan mentah yang biasa seperti telur, tuna dan sedikit buah untuk dimasak di guesthouse. Nak jimat punya pasalkan. 

Manakala di Russia, memang aku banyak kali makan luar sebab agak murahlah berbanding di Finland. Harga lebih kurang sama macam kat UK gak. Makan berat hanya sekali sehari je. Yang lain-lain tu kira macam light meals jugak. 

Ok dah tu je... Nanti pape nak tau boleh la emel. InsyaALLAH aku cuba jawab. 

Till then. 

Bye! 

Tuesday, March 24, 2015

#12 | Goodbye Finnish Lapland

Helo! 
Kembali semula ke entry winter trip aku. Bahagian sebelum ni, boleh klik ---> SINI 

Hari terakhir di Rovaniemi. Ntah aku buang masa kat mana pun tak tau. Rasanya excitement aku untuk nak explore tempat baru macam dah hilang skit-skit. Terasa malas yang amatlah! Nak kata travel selalu tu takdelah, aku rasa orang lain lagi kerap dari aku kot. Hurm... kene stop dulu kot buat sementara waktu. 

Anyway, malam sebelumnya sempat aku merayau lagi sekali dalam mall. Jadahnya buat aku pun tak tau la. Suka sangat tangan ni nak membeli walaupun gula-gula. Tapi certain things yang aku jumpa dalam groceries store kat mall ni rasa teruja lak. Yela, benda yang jarang kita tengokkan. 


sila betulkan aku, ni kacang walnut? 

ni buah apa ek? macam penah tengok dalam cite Ice Age

buah nenas yang dah dibuang kulit dan tulang tengah tu, tinggal nak potong dan ngappp saje 

Santa Mailbox! Surat kepada Santa untuk kanak-kanak, gerenti sampai okeh!

khidmat membalut hadiah sempena krismas
Pagi tu memang aku bermalas-malasan untuk bangun sebab takde pape agenda yang aku nak buat. Lagipun cuaca kat luar pun gloomy giler dan ade hujan skit-skit. Lagi la malaskan. Nak berkuntum je rasanya dalam duvet yang warm tuh. Nasib beg semua dah kemas siap-siap. 

Pegi pantry untuk buat breakfast sendiri pastu bekal kot-kot la terasa lapar ke ape nanti. 

breakfast sendiri. aku selalu fail kalau nak buat telur separuh masak ni. *sigh*
Usai semua, maka aku pun check-out la dari guesthouse tu untuk menuju ke airport. Untuk ke Rovaniemi Airport dari guesthouse ni tak susah. Naik jugak bas di hentian yang sama tempat aku naik bas nak pegi ke Santa Village semalam tu. Tunggu la kat situ. Tambang EUR3.60/sehala. Jadual bas memang aku dah tanya siap-siap dekat receptionist tu sebabnya bas yang menuju ke airport ada timing dia. Walaupun nombor bas yang sama, tapi ada route yang singgah, ada route yang tak singgah ke airport. 

Boleh lak camtukan. 

Ayuhhh berjalan! Rupanya bangunan yang aku passed by menuju ke hentian bas tu adalah bangunan universiti! University of Lapland katanya. Ingat bangunan makmal ape ntah. Ahaks. 

bangunan universiti

selfie ler! ahaks. 

signage kat bus stop. sesimple yang boleh la orang kata

pemandangan sekitar bus stop

view dari atas jambatan menuju ke airport
Sepanjang perjalanan menuju ke airport tu, suasana sekeliling makin berubah sebab semakin ke kawasan pedalaman. Pemandangan semuanya putih kiri kanan. Syahdunya bila tengok sebabnya lepas ni rasa tak tau bila akan dapat tengok lagi keadaan semuanya putih camni. Alhamdulillah di atas rezeki kurniaan-Nya. 

Aku sampai kat airport rasanya macam cukup-cukup masa. By the time sampai kat kaunter nak check-in terus letak luggage untuk check-in. Rupanya kene bayar! Hahahah aku ingat dapat free baggage allowace dari Norwegian Airlines tu. Nasib baik officer tu kata takpelah takyah bayar. Rezeki lagi! Syukurrrr~ kalau tidak, terbanglah duit aku EUR20 tak silap. 

Airport ade free wifi. Hiks. 

Pantangkan! Giler wifi dah aku ni. Hahahah... 

Sementelah ada masa lagi sebelum untuk boarding, aku keluar jejalan kat luar airport. Hirup udara yang penuh dengan salji di sekeliling. Tebal sungguh salji kat kawasan airport ni. Salji yang putih suci yang takde pencemaran langsung, 

Ayuh layan gambar je okeh. 
















Tiba masa untuk boarding.

Goodbye Finnish Lapland. Till we meet again. InsyaALLAH. 


Bye!

Monday, March 16, 2015

#11 | Santa Claus Village in Rovaniemi, Finland

Bersambung kita! 

Hari ke-2 di Rovaniemi. Arini memang dah plan nak pegi terjah tempat Santa Claus. Di Rovaniemi ni lah terletaknya official place of Santa Claus yang duduk di Santa Claus Village yang berada betul-betul di atas garisan Arctic. Fuhh~ jauh betul aku berada dari tanahair. 

Chupp! Tanahair tu Malaysia atau UK? Muahahah *lupa diri dak?*

Bangun pagi macam biasa dan breakfast oleh guesthouse. Makan kenyang-kenyang.

Sekitar jam 10 pagi camtu aku bergerak menuju ke bus stop yang terletak belakang guesthouse je. Nak spesifik lagi yakni di depan Rovaniemi Train Station. Kat sini lah aku kene tunggu bas no.8 untuk menuju ke Santa Claus Village yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan camtu dari sini. Tambang bas adalah EUR7.20 untuk return journey. Simpan tau tiket tu tau untuk tunjuk waktu nak balik nanti. 

time ni around 10 pagi. sendu ke tidak??? hahahah 

bas yang beroperasi, waduhhhhh... usang gilerrr okeh! tapi condition memang tip top! 
Nasib baik aku naik bas antara yang terawal. Sepanjang perjalanan tu makin ramai pulak yang naik. Rata-rata semuanya menuju ke Santa Village ni. Tak kira dewasa mahupun kanak-kanak. Tapi semestinya kanak-kanak yang paling happy. Ye dak? Sepanjang perjalanan tu akan lalu jambatan kabel yang femes di Rovaniemi ni. Tasik kelihatan memutih je dari jauh. Mesti pun dah jadik frozen lake. 

Kalau sebelum ni, kat kawasan bandar Rovaniemi salji tak brape nak tebalkan. Tapi perjalanan ke Santa Village ni makin menuju ke luar kawasan. Kelihatan salji pun makin tebal. Owhhh aku sangat suka! Yela, suka sebab suhu pun takdela begitu sejuk compare berada di Kiruna tempoh hari. 

I don't know about others. Tapi aku sejak kecik lagi kalau time musim krismas mesti suka tengok cerita-cerita pasal santa claus, krismas, hadiah bla bla bla kat tv. So, time tu memang terpikir gakla betul ke santa claus ni wujud. Teringin jugaklah nak tengok depan mata kan. Plus, suasana bila time krismas tu memang sangatlah cantik dan cun. Seolah-olah dalam alam fantasi haaa... sukanya aku! 

Tapi bila dah besar ni, tau la Santa Claus tu hanyalah rekaan semata-mata. Tapi kat sini, Santa Claus sememangnya wujud! Yeeee adik-adik! Memang wujud! Hahaha. 

Owh ya, dalam bas ni aku berkenalan dengan sorang lelaki. Sebaya aku tak silap yakni 23 tahun. *cheewaaah!* Namanya Audi berasal dari Indonesia. Belajar kat York, datang sini pun sorang-sorang. So, aku jalan-jalan sekali la dengan dia. Cakap bahasa Indonesia la aku dengan dia. Ahaks. 



Nak masuk ke Santa Village ni free je. Tak perlu bayar pape pun. Tapi sebelum korang start jelajah sendiri tempat-tempat yang ada dalam kawasan Santa Village ni, boleh la amek peta dulu kat information counter ni. Peta dalam bahasa melayu pun ada okeh! Hahaha tapi aku lupa nak mintaklah. Even dalam bahasa Indonesia pun ada. Wow! 

Website rasmi ---> http://www.santaclausvillage.info/ 

Bangunan utama yang mana terletaknya Santa Claus Office

kalau datang musim panas, akan kelihatan garisan arctic circle tu kat tiang lampu ni, tapi winter sejuk tak nampak sebab ditimbus oleh salji

mencari bendera Malaysia tapi tak jumpa pulak

Secret of Arctic Circle:

The Arctic Circle is a line visible on the map, north of which the sun can be seen above the horizon even at midnight during the summertime. Contrastingly, during the winter the sun stays below the horizon for a certain time.

During midwinter or the twilight period, light is provided by the moon and stars in addition to the magical Northern Lights and clean, bright cover of glistening snow. The Arctic Circle is also known as the border of hastiness, where regular time changes into the magic time of elves and reindeer.

Playing in the snow is where the real fun is, and Santa’s Elves are well aware of this! Cheerful laughter can be heard from folk sledging in the glow of the Christmas tree lights and the ambiance of the snowy world enchants visitors with its beauty.

Did you know that humans can only see elves when the elves want to be seen? 

Okeh. Takde proper plan pun nak pegi tengok apa dulu. Tapi takdelah layback sangat sebab waktu cerahkan kejap je. So, kene la tengok yang mana patut sebelum hari gelap. Mula-mula sekali pegi naik reindeer ride! Hahah haaaaaa ni pun wishlist masa kecik nak naik reindeer ride terbang di angkasa kasik hadiah untuk kanak-kanak yang berbuat baik sepanjang tahun. 

Adakah aku salah seorang? Ahaks. 

Mula-mula tu, aku taknak naik pun sebab memikirkan duit euro aku tak brape nak banyak dah. Tak sempat nak tukarkan. Harga yang kene bayar adalah EUR17/pax untuk jarak 400 meter. Takdelah jauh mana pun, tapi cukuplah untuk merasa naik tu orang kata sambil berselimutkan bulu yang sangat best! 









Perasaan lepas naik tu? Besttt! Tapi apakan daya, sekejap je kan. Tapi aku lagi enjoy naik husky dogs sledding tu kat Abisko. Yang tu lagi layan dan mencabar. Tapi yang ni not bad. Cukup untuk merasa orang kata. 

Next? Audi kata dia nak pegi naik siberian husky dogs lak. Ada kat kawasan dia, masih dalam Santa Village ni jugak. Aku pun ikut jela, takde plan nak naik pun. Cukuplah dah naik aritu. So, aku amek gambar jela. 

Jom layan gambar okeh!












Aku lupa lak brape kene bayar kalo nak naik kat sini tapi tak silap aku around EUR25 ke atas untuk setiap seorang untuk jaraknya less than 1 km tak silap aku. Mahal la jugak bagi aku. Nasib baik dah penah naik sebelum tu. Takdelah rasa ralat sangat. 

By the time dah abes main dengan anjing, makin gelap dah suasana kat sini. Solat pun tak lagi ni. Solat jela aku kat dalam bangunan tadi. Carik tempat yang tersorok skit. Okla takde ganguan semua. Plan memang nak tunggu sampai gelap skit sebab nak tengok view malam pulak. 

Tapi sebelum tu, layan kawasan sekitar okeh. 

kawasan hutan yang terletak di belakang kawasan Santa Claus Village

somehow aku suka kombinasi suasana putih dan kuning

small hut

kereta pun kene cover dengan salji

lampu jalan pun dah start bukak

kanak-kanak bermain slides, so cute!

kayu api

semuanya dah snow-covered area, tebal-tebal lak tu separas betis punya tebal

terjumpa pulak snowman kat kawasan penginapan yang terletak kat Santa Village ni. hiks bergambar la aku

kesian budak ni kene tarik kakak dia. ahaks. 
Tujuan utama kat sini tentulah nak jumpa Santa Claus. Ye dak? Maka, aku pun masuklah ke bangunan utama terletaknya Santa Claus Village ni. Ingatkan free ye. Rupanya berbayar. I mean berbayar sebabnya gambar dan video bersama Santa Claus haruslah dibeli dengan harga more than EUR40/pax. Dalam tu, takleh amek gambar mahupun video bersama dengan Santa Claus tu. 

Hampa okeh! *terduduk di tepi reindeer





Jadikkkkk aku batalkan niat aku untuk berjumpa dengan Santa. Tak sanggup aku nak keluarkan duit sebanyak tu. Dah la duit dah ciput ni. Nak abeskan camtu la pulak. Takpelah, aku tak ralat. 

*ayat sedapkan hati

Satu benda yang aku terlupa. Aku pun tak tau kenapa aku boleh lupa akan benda ni, walhal aku dah target nak terjah tempat ni yakni Santa Claus Post Office. Maybe sebab time tu dah gelap, dan aku macam nak cepat-cepat blah dari situ sebab makin sejuk dan lapar. 

Tapi untuk suasana Santa Claus Post Office boleh la refer ke blog Lily Riani sebab dia ada singgah sini lepas aku pegi dulu ---> SINI 

Kalau ikutkan dari google images ataupun Pinterest, kalau langit tu clear dan tak berkabus ataupun berawan, chances untuk nampak cahaya aurora pun adalah agak tinggi. Maybe nasib aku kali ni takdelah begitu baik sebab sepanjang kat Rovaniemi ni cuaca agak gloomy dan berkabus pun tebal. Jadik peluang tu amat tipis. Tapi takpe, dah nampak kat Abisko pun dah puas hati dah. Ye dak? 








Bila dah agak lama tu, aku mula beransur untuk balik ke guesthouse. Hujan renyai-renyai mulai turun. Bukan salji ye, tapi air hujan rintik-rintik. Lagipun, kalau sempat aku nak singgah satu tempat lagi kalau tak tutup. 

Owh ya, jangan lupa dapatkan stamp passport seperti gambar di atas untuk kenang-kenangan tanda kita dah sampai kat sini. Kene bayar EUR0.50. Boleh dapatkan kat kaunter information tadi. 

Owh the way balik tu, aku singgah di Arktikum Science Museum. Aku this is a must place to visit to learn a lot of things regarding arctic circle. Tak silap aku entrance fee dia EUR12/pax. Aku dah nak masuk dah time tu, bila check duit memang tak cukup untuk guna plus hanya cukup-cukup untuk tambang bas esok! Damn it! Nyesal tak tukar USD siap-siap. Takleh nak buat belanja. 

Maka, balik semula la aku ke guesthouse. 

End of day 2 in Rovaniemi. Esok check out to my next destination. 

Till then. 

Bye!