Tuesday, March 24, 2015

#12 | Goodbye Finnish Lapland

Helo! 
Kembali semula ke entry winter trip aku. Bahagian sebelum ni, boleh klik ---> SINI 

Hari terakhir di Rovaniemi. Ntah aku buang masa kat mana pun tak tau. Rasanya excitement aku untuk nak explore tempat baru macam dah hilang skit-skit. Terasa malas yang amatlah! Nak kata travel selalu tu takdelah, aku rasa orang lain lagi kerap dari aku kot. Hurm... kene stop dulu kot buat sementara waktu. 

Anyway, malam sebelumnya sempat aku merayau lagi sekali dalam mall. Jadahnya buat aku pun tak tau la. Suka sangat tangan ni nak membeli walaupun gula-gula. Tapi certain things yang aku jumpa dalam groceries store kat mall ni rasa teruja lak. Yela, benda yang jarang kita tengokkan. 


sila betulkan aku, ni kacang walnut? 

ni buah apa ek? macam penah tengok dalam cite Ice Age

buah nenas yang dah dibuang kulit dan tulang tengah tu, tinggal nak potong dan ngappp saje 

Santa Mailbox! Surat kepada Santa untuk kanak-kanak, gerenti sampai okeh!

khidmat membalut hadiah sempena krismas
Pagi tu memang aku bermalas-malasan untuk bangun sebab takde pape agenda yang aku nak buat. Lagipun cuaca kat luar pun gloomy giler dan ade hujan skit-skit. Lagi la malaskan. Nak berkuntum je rasanya dalam duvet yang warm tuh. Nasib beg semua dah kemas siap-siap. 

Pegi pantry untuk buat breakfast sendiri pastu bekal kot-kot la terasa lapar ke ape nanti. 

breakfast sendiri. aku selalu fail kalau nak buat telur separuh masak ni. *sigh*
Usai semua, maka aku pun check-out la dari guesthouse tu untuk menuju ke airport. Untuk ke Rovaniemi Airport dari guesthouse ni tak susah. Naik jugak bas di hentian yang sama tempat aku naik bas nak pegi ke Santa Village semalam tu. Tunggu la kat situ. Tambang EUR3.60/sehala. Jadual bas memang aku dah tanya siap-siap dekat receptionist tu sebabnya bas yang menuju ke airport ada timing dia. Walaupun nombor bas yang sama, tapi ada route yang singgah, ada route yang tak singgah ke airport. 

Boleh lak camtukan. 

Ayuhhh berjalan! Rupanya bangunan yang aku passed by menuju ke hentian bas tu adalah bangunan universiti! University of Lapland katanya. Ingat bangunan makmal ape ntah. Ahaks. 

bangunan universiti

selfie ler! ahaks. 

signage kat bus stop. sesimple yang boleh la orang kata

pemandangan sekitar bus stop

view dari atas jambatan menuju ke airport
Sepanjang perjalanan menuju ke airport tu, suasana sekeliling makin berubah sebab semakin ke kawasan pedalaman. Pemandangan semuanya putih kiri kanan. Syahdunya bila tengok sebabnya lepas ni rasa tak tau bila akan dapat tengok lagi keadaan semuanya putih camni. Alhamdulillah di atas rezeki kurniaan-Nya. 

Aku sampai kat airport rasanya macam cukup-cukup masa. By the time sampai kat kaunter nak check-in terus letak luggage untuk check-in. Rupanya kene bayar! Hahahah aku ingat dapat free baggage allowace dari Norwegian Airlines tu. Nasib baik officer tu kata takpelah takyah bayar. Rezeki lagi! Syukurrrr~ kalau tidak, terbanglah duit aku EUR20 tak silap. 

Airport ade free wifi. Hiks. 

Pantangkan! Giler wifi dah aku ni. Hahahah... 

Sementelah ada masa lagi sebelum untuk boarding, aku keluar jejalan kat luar airport. Hirup udara yang penuh dengan salji di sekeliling. Tebal sungguh salji kat kawasan airport ni. Salji yang putih suci yang takde pencemaran langsung, 

Ayuh layan gambar je okeh. 
















Tiba masa untuk boarding.

Goodbye Finnish Lapland. Till we meet again. InsyaALLAH. 


Bye!

12 comments:

  1. Assalam..seronoknyer travel alone....

    kalau akak, mau gelabah kottt..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. ade seronok, ade part yang tak seronok gak sbb kdg2 tu ade masa bosan. ahaks. mula2 dlu gelabah gakla, tapi skang dh ok dah. hihihi. ;)

      Delete
  2. Yg tengok dlm Ice Age tu la walnut kan..kan..?
    Gambar atas tu bukan buah berangan ke..? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah saya tak taula. tau makan je camne tuh? ahaks!

      Delete
  3. yang tu bukan walnut, tapi chestnut (buah berangan) and yang bawah tu baru walnut. setahunya, yang ni la kot sebetulnya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa yeke! ahahahah kesiannkan. thank you for the explanation! ;)

      Delete
    2. ur welcome ! takde hal

      Delete
  4. john... gebusnyer seleju tu... sob sob makan hati.. ehh makan kacang walnut Lols....

    ReplyDelete
  5. Gi gi musim salji. Untunglah dpat buat org salji huhu

    ReplyDelete