Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!

Assalamualaikum.....

Tahun ni sebagai raya aku yang pertama sebagai blogger, aku nak wish kepada semua pembaca-pembaca dengan.... 

 -------------------------------
 ----------------------------
 -------------------------
 ----------------------
 --------------------
------------------
----------------
--------------
------------
----------
--------
------
----
--


Semoga Syawal kali ni membawa seribu satu kegembiraan untuk kita semua untuk bergembira disamping sanak-saudara. Jangan lupa beli mercun banyak-banyak tau bawak balik kampung! Aku still mencari kat mana nak beli nih, plan nk kasik letup 1 kampung! Hahaha...best woooo...jangan ada yang putus jari lak. Aku nak susun semua jari tangan aku untuk mohon maaf kepada semua readers kalo ada entry-entry aku yang mengguris hati sesiapa ke pape jela. Aku hanya insan biasa, semua kelemahan datang dari aku sendiri dan segala kebaikan itu datang dari Allah S.W.T.


Akhir sekali, kalo ada sesiapa kat Kelantan tu, jom gathering! Hahaha....bawak kereta elok-elok, kalo ngantok berhenti tido dlu, yela nak minum kopi pree kat Petronas dah xleh puasa! InsyaALLAH, aku akan menyusul di highway pada pukul 3.30 pagi esok.


Till then...wassalam ^_^


Review : Jom Berbuka di Delicious, One Utama

Assalamualaikum......

Wahhhh....arini dah Jumaat, esok pagi aku nak balik kampung dahhhh!!! Arghhhh....tak sabar sungguh! Korang yang takde kampung, beraya kat bandar jela. Kesiannnn.....sob sob sob. Tapi bestt wooo...kat KL takde orang. Boleh guling-guling atas jalan raya, takde sape pun kisah...Syiokkk! 

Malam tadi, aku dan team job aku sepakat nak bukak posa kat Delicious, One Utama. Ada sebab kenapa mereka nak pegi sana sangat-sangat. Thanks guys for the awesome celebration...really-really appreciate it. Next time buat lagi ok! Hihihi....Thank God, we all booked dulu tengah hari tu. Kalo main walk-in je, alamatnya tak delicious mana laaa bukak puasa malam tadi. Memang penuhhh!!! Ramai yang duk tunggu kat waiting list. Nasib baik...nasib baik... 




Ni second time aku mai Delicious.  Last time pada tahun 2009....perghhh dah lama rupanya. Yela, kalo nak mai sini, poket kene laaa tebal jugak. Harga makanannya agak pricey dan jugak ada yang murahh, tapi bagi aku memang berbaloi sebabnya memang sedappp! Tak rugi kalo nak try. Keadaan persekitaran jugak agak menarik dengan kombinasi warna yang cantik. Awesome! Boleh dijadikan tempat untuk gathering, celebration bersama teman-teman rapat. Ada tempat untuk smoker dan juga non-smoker.




Variasi makanan juga tidak terhad kepada western sahaja, tapi ada jugak nasik dan lain-lain. Untuk bukak puasa, kawan aku 3 orang tu memilih masing-masing setiap jenis spageti yang ada. Ada spageti cabobara, meatballs spageti dan jugak duck confit spageti...aku lak sebab dah muak makan spageti aku memilih untuk mencuba grilled chicken burger with salad and fries. Portion untuk setiap jenis hidangan agak besar dan kalo yang perut kecik tu boleh laa share-share dengan orang lain. By the way, kalo korang datang sini, jangan lupa untuk mencuba pelbagai jenis pemanis mulut atau desert yang tersangatlahhhhh sedappp...untuk malam ini kami order chocolicious....perghhh! Awesome waa cakap lu beb..... 

Mari kita berbuka!!!


Free flow sirap dan jugak kurma untuk berbuka

Spaghetti Cabonara

Duck Confid Spaghetti



Meatballs Spaghetti


Grilled Chicken Burger with Salad and Fries

Chocolicious.....awesome!


Lepas dah abes makan sume tu, we all bergilir-gilir untuk solat dulu. Kalo sama-sama keluar kang dah takleh masuk dah....better gilir-gilir. Bila aku dah abes solat, dan masuk balik ke Delicious, my teammates keluarkan surprise cake for me! Hahaha...it was delicious! Thank you guys...dapat jugakkk makan kek tahun ni. Tahun ke-3 sambut kelahiran dalam bulan puasa...amek berkat. Next year dah takde dah...sila buat surprise lagi gempak ok! Hihihihi.... ;p Anyway, aku still tak tau mana dorang beli kek ni, sangat sedap....kami makan semua skaligus. takde yang boleh bawak balik....perut besar katakan....


LICIN!
Next....after dah bersurai lak....aku lepak dengan my close friend kat Dome, KLCC. Asalnya nak jumpa kat Delicious, Jalan Tun Razak. Tapi tutup pulak, so they just bought me red velvet cupcakes from Delicious kat Marc Residence. Ordered hot cappucino and also ntah ape nama ntah...tapi sedappp....Thanks guys... heppy mode ok! Bukan selalu dapat lepak kat Dome. Cheapskate ok! Rabak laaa kalo nak lepak tiap-tiap hari. Setahun skali ok, ape salahnya... 




Semoga tahun-tahun mendatang membawa seribu rahmat untuk kita semua...insyaALLAH...

Till then, gudnite!!!

Wednesday, August 24, 2011

Alhamdulillah....another year for me

Selamat tengah hari korang semua!!!

Dah balik kampung ke? Aku still lagi tengah busy bekerja...harap-harap dapatlah cuti Jumaat nanti. Kalo balik Sabtu confirm sesak giler jalan raya balik kelate. Diberitakan lebih sejuta rakyat kelate akan pulang beraya!!! Perghhhh....confirm2 laaa more than 8 hours aku kat tengah jalan nanti. Ramai sungguh ore kelate kat key-ell nih! Hebat kan? Hahaha... *PEACE*



Arini takde cerita pasal travel, makanan dan sebagainya. Just rajin nak menulis walaupun keje berlambak kat depan aku. Nama pun lunch hour, let's take break everybody! Actually, aku tak suka sangat nak tulis pasal diri sendiri sebabnya...not every single thing of our life we need to tell others. Some other things we need to keep it by ourselves. Even any achievement walaupun kecik atau besar, masalah kecik atau besar...especially problem aku. Aku tak suka sangat bercerita tentang masalah. Reason is do people care about us? Aku penah terbaca kat internet, Only 20% who heard about our problem will care about it and the rest, 80% just heard it and forget it. It didn't bother them at all....so, why bother to tell them. It is true that some of them might help you. But until what stage they will help you? I would rather endure that problem by myself and let the problem solve by itself......smooth and steady. But, it might sounds quite selfish. But, I'm being realistic.



Today, dah cukup 23 tahun aku hidup di bumi Allah S.W.T. Aku bersyukur every single thing that I have now. Apa yang aku inginkan Alhamdulillah...aku dapat walaupun lambat dengan kene menunggu. It's good coz it will teach us to appreciate it. Kalo asyik terpikir nak apa dan terus dapat, we tend to  ungrateful and greedy. At this moment, what I want just a happy life, be healthy, a good son and be able to enjoy my life to the fullest and not to forget to fullfill my dreams which is travelling. Sekarang ni tak terpikir lagi nak ade makwe or girlfriend sebab tak nak terikat. Better enjoy puas-puas untuk diri sendiri dulu dan jugak dengan kawan-kawan which i treasured the most bila duk sendiri nih. I'm still young! Hahahha....





Aku ada banyak impian yang belum tercapai. Harap-harap aku dapat kecapi satu hari nanti. When we young, we always have the dream to fly high , we wish to achieve highest and the best because we still young!




Till then, bye!  

Tuesday, August 23, 2011

Car Rental in Perth, Australia

Selamat pagi!

Arini aku still risau lagi sebabnya, aku belum book apa-apa lagi untuk trip aku ke Perth nanti yang hanya tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi. Sebabnya, takde masa nak buat booking ke ape semua gara-gara malas dan busy. Untuk accommodation, aku rasa takde masalah sangat, just yang buat aku pening kepala ialah pasal car rental. Sungguh mahal rate untuk kereta kat Perth nih, slightly expensive compared to care rental in New Zealand. Even untuk insurance reduce excess pun sekali ganda mahal. Perghhh...sume ni kos tau...kos!

Lepas dan abes bertanya dan membuat research yang sepatutnya, dan aku still in the midst of deciding nak pilih car rental dari company mana. Since aku pegi bertiga, my main choice is compact and economical car. Harap-harap kami semua tak bawak beg yang besar-besar...kang tak muat pulak bonet kat blakang.

Untuk car rental, terdapat banyak company yang menawarkan perkhidmatan dengan pelbagai jenis rate yang berbeza. So, kene rajin-rajinlah request quote dari dorang. Contoh company ialah:



Yang ni salah satu yang agak femes, setiap negara ada kalo tak silap. Tapi, rate yang diberikan oleh mereka sangat tidak cun. Rate untuk compact car seperti Hyundai Getz ialah AUD69/day. Mahal tu....ni tak masuk lagi charges yang sepatutnya seperti premium location surcharge, vehicle registration recovery fee, admin fee, GST lagi...sume total untuk 3 hari sewa lebih kurang AUD268. Perghhh....a big NO NO for us!



Untuk Avis pulak, rate yang diberikan agak murah. Untuk compact car automatic Hyundai Getz, rate per day is AUD55. Selain itu, other charges yang dikenakan pulak ialah seperti other surcharges, airport concession fee and local tax. Total semua skali adalah sebanyak AUD167 untuk 3 hari. Btw, ni tak termasuk lagi insurance reduce excess dalam AUD27/day. Still considering....



Dari Hertz lak, dorang quote untuk Toyota Corolla Hatch untuk AUD54/day. So, total untuk 3 hari dalam AUD163. Ni skali lagi tak termasuk insurance excess reduction lagi. Same price as before.




Untuk kereta dari Thrifty ianya adalah Hyundai Getz jugak dalam AUD55/day untuk auto transition. Terdapat juga segala mak nenek punya charges seperti local tax, admin fee, premium location fee dan vehicle registration recovery fee. Total semua dalam AUD164. Tak termasuk lagi insurance excess reduction which is AUD27/day.



Dari Redspot, harga yang ditawarkan sudah cukup nak bikin aku nanges depan laptop ni...tak sanggup..mahallll!!! more than AUD200++ per car untuk 3 hari. Tu tak termasuk lagi insurance. Bye bye laaa jawapnya. Nexttt!!



Haaaaa.........aku dah jumpa yang murah. Thanks to forummer kat Cari.com yang suggest ni kat aku. Rate yang diberikan oleh Bayswater sangat murahhhhh compared yang lain-lain ni. Untuk New Corolla Hatch ialah AUD43/day. No additional charges required! Happy ok! Hahaha....total semua termasuk GPS, reduce damage responsibilit ialah AUD174 untuk 3 hari...murah kan? Tapi pick-up location bukan dari Perth Airport tapi di terminal Bayswater yang terletak kira-kira 3km dari airport dengan naik cab yang kenakan charge AUD18. Still murah lagi. So, maybe aku amek kereta dari Bayswater la kot.



Ok.....dengan menggunakan website di atas, kita boleh comparekan harga dari company mana yang paling murah yang boleh kita dapat. No service charge imposed. No hassle. Hihihi...

After dah buat survey, aku rasa aku nak stick to Bayswater since mereka offer rate yang paling murah and it's recommended by others as well. For those yang nak pegi, boleh survey jugak. Make wise decision in searching for the right car with cheap rate!

Till then......bye!




Monday, August 22, 2011

Jom Berbuka di Saloma Bistro, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!!!

Arini dah masuk 22 Ramadhan, less than 10 days lagi nak sambut raya. Mesti semua budak-budak rasa excited kan? Aku ni yang dah besar yang tak berapa nak panjang ni dah tak brape nak excited nak raya dah...dalam kepala otak ni duk banyak pikir benda lain. Hurm...

Oklah, semalam penutup bagi aku untuk berbuka diluar bersama teman-teman rapat sebabnya keadaan financial yang sangat tidak mengizinkan. Nak raya dah ni...gaji lak tak masuk lagi. Bonus pun tarak...sob sob sob. Semalam kami berbuka di Saloma Bistro, kat Jalan Ampang. Actually, aku dah lama nak try datang sini. Yelakan tempat ni femes kot sejak dari dulu lagi. Ni first time nak datang ni. Ingatkan jauh, rupanya dekat je dengan KLCC. Saloma Bistro ni terletak bersebelahan dengan Pejabat Tourism Malaysia. Kebanyakan pengunjung arini aku lihat adalah foreigners. Mat salleh dan pak arab sume yang datang sini sebab nak merasa keeenakkan masakan melayu di samping kat sini jugak ada cultural show. 2 in 1 gitu.





Kami memilih buffet yang murah skit iaitu RM65/pax. Kalo amek yang mahal kena duk dalam plus ada cultural show. Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, eloklah kami duk kat luar je, sebabnya macam laaaa tak penah tengok cultural show kat Malaysia ni, kasik chance kat orang luar tengok lak ye. Keadaan persekitaran agak menarik dan nyaman. Yela, banyak aircon yang letak atas lantai tu...kalo tak panas jugak. Plus, before berbuka tadi, hujan renyai-renyai turun. Alhamdulillah....rahmat Allah.





Seleksi makanan yang disediakan pada awalnya, aku rasa tak banyak choice sangat. Tapi amek skit-skit sebab nak rasa semua. Untuk makanan berat, ada nasik putih, kari ayam, kari daging, ikan masak ape ntah, dan lain-lain. Untuk makanan yang tidak berapa nak berat ada, kebab ayam, sate, rendang, mushroom soup with bread & butter, satar, salad dan kerabu. Untuk snack pulak ada cucur udang, keropok lekor dan apam balik kecik. Untuk pencuci mulut jugak ada kek, puding jelly, buah-buahan, jeruk buah, bubur jagung dan bubur kacang dan lain-lain. Rasa untuk makanan agak sedap dan boleh telan. Recommended kalo nak bawak kawan-kawan dari obersea datang mencuba. Jom layan....












Sebelum berbuka....mari kita penuhkan meja dulu ye...........



Selepas azan isyak, cultural show bermula....keadaan kat dalam agak bingit dengan muzik berkumandang. Tapi kami yang duk kat luar ni buat bodo je rancak berborak sebab tak berapa nak dengar sangat dengan muzik yang dimainkan. Disekeliling bistro ni, diletakkan potret-potret Saloma ketika di zaman kegemilangannya bersama artis-artis lama. Menarik.



Lebih kurang pukul 9malam, kami beransur pulang. Masing-masing dah tak larat nak makan akibat nafsu serakah sudah dipenuhi. Sekian...




Till then....selamat bekerja semua!!! Monday blues all the way...