Showing posts with label China - Nanning. Show all posts
Showing posts with label China - Nanning. Show all posts

Thursday, July 25, 2013

Shenzhen, Guilin & Nanning - Total Expenses!

Alright! 

Dah abes jugak cerita Shenzhen, Guilin dan berakhir di Nanning. Jadiknya, mari aku reveal pulak brape total expenses yang dah berjaya aku spent selama berada di ketiga-tiga tempat yang disebut. InsyaALLAH aku akan berikan butiran terperinci samada luar atau dalam, prepaid atau cash berkenaan dengan jumlah perbelanjaan yang dah aku guna sepanjang berada kat sana. Maybe perbelanjaan ni bergantung kepada diri sendiri samada nak spent lebih kat situ atau kat sini. Ini hanyalah sebagai gambaran. Ada barisan perbelanjaan yang perlu buang, ada yang boleh diambil untuk merangka bajet sendiri. 

Untuk trip sepanjang di China, aku hanya tukarkan sebanyak RM1,000 sahaja dan aku ada gak withdrawn 800 yuan dari atm kat Guilin. So, kene pandai-pandailah bajet nak guna nanti. Money changer kegemaraan aku sekarang ni ialah kat Petronas Nasi Kandar Kayu kat Ampang sana. Belakang Hospital Ampang Puteri. Bagi aku, rate dorang agak competitive berbanding dengan di Masjid India mahupun  Midvalley. 

Ayuh!

Shenzhen

Day 1
  • Grand Theater Hostel : CNY108 (CNY54/night)
  • Total Metro fares : CNY4
  • Hardcase small luggage : CNY100
  • Shopping : CNY600
Total expenses for Day 1 : CNY812

Day 2
  • Total buses fares : CNY4
  • Total Metro fares : CNY17
  • Windows of the World entrance fee : CNY160
  • Iphone casing : CNY20
Total expenses for Day 2 : CNY201

Day 3
  • Total Metro fares : CNY6
  • Shopping : CNY1,485
  • Makanan : CNY36
Total expenses for Day 3 : CNY1,527


Guilin

Day 1
  • Tiket bas ke Guilin : CNY220/pax
  • Wada Hostel : CNY36/night
  • Tips : CNY20
  • Reed Flute Cave entrance fee : CNY90
  • Fridge magnets : CNY180 (CNY30 x 4 pieces + CNY5 x 8 pieces)
  • Dinner : CNY20
  • Limau : CNY5
Total expenses for Day 1 : CNY571

Day 2
  • Bas to Yangshuo : CNY22/pax
  • Lunch : CNY18
  • Bamboo House Hotel : CNY60/pax
  • Impression Show : CNY180
  • Yulong  River water rafting : CNY90
  • Yulong River pictures : CNY45
  • Pineapple pies at McD : CNY9
Total expenses for Day 2 : CNY424

Day 3
  • Breakfast : CNY7
  • Old map of Yangshuo : CNY5
  • Mini van to Guilin : CNY64/pax (CNY450/bus)
  • Shangri-La entrance fee : CNY70/pax
  • Laundry : CNY48
  • Dinner : CNY35/pax
Total expenses for Day 3 : CNY229


Nanning

Day 1

  • Tiket train ke Nanning : CNY64.50/pax
  • Total bus fares : CNY2
  • Green Forest Hostel : CNY75/pax for twin room
  • Lunch : CNY28/pax (CNY194 for total)
  • Starbucks : CNY162
Total expenses for Day 1 : CNY331.50 



Grand Total : CNY4,095.50

Grand Total : CNY1,828.50 (tidak termasuk hasil shopping melampau)

Exchange rate:

CNY100 = RM51.70

Wednesday, July 24, 2013

Nanning, China - Seharian di sini!

Assalamualaikum!!!

Ok tanpa buang masa. Akhirnya lebih kurang jam 7 pagi, kitaorang semua selamat tiba dengan sakit-sakit urat sendi di Nanning Train Station. Alhamdulillah.. semua orang survived naik train yang terasa begitu lama nak sampai. Rupanya train kitaorang tu perjalanannya bermula dari Xi'an dan berakhir di Nanning. Memang ada penumpang yang tak turun dari train tu lebih dari 2 hari. Perghhh.. lama weh. 

Lepas kitaorang turun tu, baru perasan di gerabak sebelah gerabak yang kitaorang naik tu, baru nampak ada kerusi yang lebih selesa macam dalam bas tuh! aduh aduh aduh~ Dugaan kami. 




Keluar je dari stesen ketapi tu, ramainya ummah China ni. Pagi-pagi macam ni orang bukan main ramai. Nak pegi mana semua nih!!! Masing-masing muka sangat penat, dengan bawak heretan beg-beg yang bertroli semua. Ada jugak kawan yang sudi bawak beg aku tu walaupun agak berat. Jasamu dikenanglah! Terus kitaorang tunggu bas untuk menuju ke hostel yang telah dibooking melalui Hostelbookers. Nak sampai ke hostel pun satu hal gak, actually agak jauh dari yang dijangka. Turun dari bas, kene pulak menapak. Ni memang kalo jenis tak sabar, boleh bergaduh. Bila dah sampai tu, naiklah ke tingkat yang sepatutnya. Ketuk punya ketuk pintu... takde berjawab. Bila call pun langsung tak berangkat. Dan Arid dah call banyak kali hostel ni sebelum sampai. Emel pun dah tapi semuanya takde berjawab. Memang sah hostel ni dah tutup. 

WHAT??? 

dari tingkat paling atas

kawasan apartment tersebut

Time ni, kegunaan telefon bimbit adalah sangat berguna. Milion thanks to Dan Arif. Time ni hanya telefon dia je yang berfungsi. Yela, yang lain macam takleh nak pakai samada takde bateri mahupun tak roaming. Telefon aku lagila tak roaming, pastu bila balik Malaysia kantoi dengan mama pegi travel tak bagitau. Hiks. 

So, kitaorang semua bertenggek kat kawasan yang ada bangku kat kawasan apartment ni. Masing-masing penuh hampa. Penat dan lapar. Dan Arif berjaya kontek kawan dia kat Malaysia suruh check mana-mana hostel atau hotel yang available kat Nanning ni. Alhamdulillah... ada 1 hostel kosong iaitu Green Forest Hostel, Nanning . At this point of time, any hostel or hotel would do. Nak baring woiii! 

Bila disiasat balik, rupanya last review yang diterima oleh hostel yang kitaorang patut duduk ni adalah pada November 2011 tak silap. Perghh! Meaning hostel ni dah lama tak beroperasi. Sob sob sob. Kalo tau, takkan book kat hostel ni. Nak dijadikan drama katanya. 

Bila dah berjaya booking hostel oleh Dan Arif, kitaorang terus bergerak untuk carik teksi. Amek dua teksi menuju terus ke Green Forest Hostel dengan tambangnya CNY20/taxi.  Terletak agak dekat dengan pusat bandar. Tapi hostel tu terletak di tingkat 3, makanya kene laaa naik tangga! Hahaha tak kisahlah. 










Alhamdulillah... ada hikmah tak dapat hostel yang jauh dari bandar. Rupanya nak duduk hostel yang bagi aku sangat puas hati dari segi kedudukan lokasi hostel yang dekat dengan tempat menarik, harga, suasana, staff hostel pun sangat friendly dan masih berbahasa inggeris. Harga yang dibayar adalah CNY75/pax. Bila masuk bilik, bukan jenis dorm ye, tapi macam bilik hotel together with attached bathroom. Actually ada gak yang jenis dorm, tapi at that time fully booked. Yang ni pun sangat puas hati dengan keadaan bilik dan harga. 

Terus la check-in dan baring atas katil yang begitu empukkk! Nikmat yang amat indah! Syukur sangat-sangat! Dapatlah kitaorang berehat buat seketika sebelum kuar balik lebih kurang jam 1 tengah hari nak carik makan dan pegi beli tiket bas untuk menuju ke destinasi yang seterusnya. Nanning sebenarnya kira macam tempat transit je. Pada permulaan atleast nak pegi ke Dentian Waterfalls. Tapi jarak dari bandar Nanning ke air terjun ni memakan makan more than 3 hours. Hurm.. nampak gayanya memang tak sempatlah nak terjah ke sana. Takde rejeki. 

Dah setel dapatkan rehat yang secukupnya, kitaorang perlu ke Nanning International Tourist Distribution Centre. Kat sinilah nak beli tiket bas yang menuju ke Halong Bay. Kalo ikutkan dari receptionist hostel ni, dia sediakan map kat kitaorang untuk menuju ke sana. Katanya tak jauh pun dalam 10 minit berjalan kaki je. Ok let's make a move! 

lebih kurang 200 meter dari Green Forest Hostel ni ada masjid! Alhamdulillahh

shopping mall berdekatan

jual macam ni pun ada! 


penjual buah-buahan dan jeruk-jeruk


Dah lebih sejam berjalan di bawah matahari yang terik, bayang tempat yang dituju tu langsung tak nampak! Cuba bertanya kat public, tapi haram sorang pun tak faham takpun taktau kat mana tempat tu berada. Taktau nak kata apa dah. Dugaan betol kali ni. 

Lebih kurang dekat 2 jam berlegar-legar, akhirnya tiba gak kitaorang kat tempat nak beli tiket bas nih! Lahanat betol rasanya! Sebabnya tempat tu dekat je dengan stesen ketapi Nanning!!!



bangunan ni la yang dicari!


Masuk je, terus carik kaunter nak beli tiket menuju ke Halong Bay. Hargany adalah CNY170/pax. Bas ni terus menuju ke Halong Bay. Takde stop kat mana-mana dah. 

Dah setel beli tiket, nak pulak cari makan kan. Satu hal pulak dari tempat ni nak pegi makan. Semua sepakat nak naik taxi je. Tapi hujan pulak turun datang mencurah-curah! Nak tahan teksi pun satu hal, sebab semuanya taknak berhentiiii takpun dah ada orang! Last-last berjaya gak naik 1 tuk-tuk yang sudi bawak 4 orang sekaligus. Kiranya amek 2 tuk-tuk. Redahlah hujan kitaorang ni. Pemandu tuktuk boleh katakan aci redah jela. Jalan kaki lima pun dia sapu. Bunyi hon tu toksah cakapla. Non-stop. 


Sampai jugak kat sebuah kedai makan dekat dengan masjid tadi. Tak jauh pun dari hostel kitaorang ni. Singgah makan sini merangkap makan petang. Keadaan agak proper dan ok. Makanan wise pun not bad, Kiranya makanan hari terjamin kenyang dan seronok sebab ditanggung oleh mereka-mereka yang baik hati. Alhamdulillah.. semoga murah rejeki selalu. 






Dah kenyang makan, singgah shalat kat Muslim Centre tu, depan kedai makan ni je. Kat level paling bawah ada foodcourt, ruangan shalat di bahagian tingkat paling atas. 




Sebelah malamnya, kitaorang just jejalan di kawasan sekitar shopping complexes yang bersepah dekat dengan hostel kitaorang ni. Just kene jalan dalam 500 meter camtu.  Memang ramai yang amat manusia kat kawasan sini. Taktau nak kata apa. Tengok-tengok kemeriahan waktu malam. 

Pastu singgah starbucks untuk lepak macam orang kaya walaupun kayap je manjang. Hahaha. 








Dah abes makan dan jejalan skit-skit, teruslah balik hostel. Malam ni merupakan malam terakhir untuk Dan Arif.  Sebab esok pagi dia akan terus balik ke Kuala Lumpur demi tuntutan kerja yang tak dapat dielakan. Bertabahlah wahai Maszuber. Nangis sedu-sedan malam tu. 

ada gaya tak??? ahaks! 

Ok dah... nanti sambung perjalanan merentasi sempadan dua negara!

Bye!

Monday, May 6, 2013

Teaser: 2 Weeks to be Remembered!

Assalamualaikum!!! 

I'm backkk! 2 minggu yang penuh cabaran, gelak-ketawa, susah-senang dan at the end, we have survived! Alhamdulillah... 

First time travel secara berjemaah dalam group yang aku rasa agak besar bagi diri aku sendiri. Travel secara DIY pulak tu. Selalunya kalo travel berjemaah ni, kurang-kurang amek ground package je. Tapi this time, we planned it on our own. Macam-macam halangan dan dugaan berlaku dalam siri jelajah selama 2 minggu ni. Dari ahli rombongan tak dapat cuti, tiket ketapi abes, naik ketapi kelas ke-3, kene tipu oleh driver teksi, lebihan luggage yang tak terduga dan macam-macam lagi lah! 

Anyway, I enjoyed till the last moment we were together. Who said travel ramai-ramai tak seronok? Ok je, tapi kene banyak give & take, toleransi, bekerjasama dan bersatu-padu dalam membuat sebarang keputusan. And also, someone has to take in-charge sometimes. Not everytime ok. Walaupun cuaca tak begitu baik, tapi semuanya berjalan dengan agak lancar. 

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua ahli rombongan yang turut serta dalam misi 2 minggu ni dengan bergenang air mata kerinduan di antara satu sama lain. (baca: bukan kaki berangan okeh). Mereka yang turut serta separuh jalan, penuh jalan, tak dapat join tu aku ucapkan bebanyak terima kasih kerana sudi menahan sikap aku yang ntah-ntah pape ni. 

Special thanks to:
MasZuber, AnaZuber, Nazura, Masmz, Janggeltrekker, Coconutz, dan DanArif kerana menjayakan misi 2 minggu ni dengan penuh sukses! 

Sedikit teaser untuk semua... entry nantilah aku karang! Sedih sob sob sob sebab 3 entry yang dah aku karang hilang dek kerana hardisk buat hal. Damn it! 


























Till then.. wasalam.