Assalamualaikum....
Aku ingatkan bila cuti lama-lama ni dapatlah update blog selalu. Tapi vitamin M tu terlampau banyakkkk sangat! Lebih rela untuk duk main internet duk surf laman sesawang...apekebendeakuduksurf pun taktau! Hahaha....speku cepat!
By the way, aku rase setiap post aku ada banyakkkk sangattt gambar! Hurm...try nk buang mana gambar yang tak sepatutnya, tapi rasa macam nak share sume! Haishh...
Day 3 - 14/11/11
Ok..takmau buang masa...jom aku sambung Day 3 kat Seoul, South Korea. Tapi sebelum itu, hayati lirik lagu versi melayu ni dulu. Bak kata orang..amek mood dulu.
Saat ku merindukan dirimu
Jiwa meronta kau ku damba
Oh gerhanalah seluruh pancaindera
Ku hilang dalam memori cinta
Membakar seluruh jiwa raga
Hanya kau untukku
Kau tiada dua
( korus 1 )
Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahaya purnama
Tanpamu tiada erti hidup berdua
Ke akhir masa kau ku cinta
( korus 2 )
Bagaikan syurga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir
Pulanglah sayang usah kau berpaling
Di sini ku pasrah menanti
Dikau bak salju ditiup bayu
Kan rebah di pangkuan bumi
Ku yakini kasih
Restu Illahi
( ulang korus1 & korus2 )
Ku doa kau hadir
Permaisuri mahligaiku
Hidup mati cinta kita bersama
( ulang korus1 & korus2 )
Jiwa meronta kau ku damba
Oh gerhanalah seluruh pancaindera
Ku hilang dalam memori cinta
Membakar seluruh jiwa raga
Hanya kau untukku
Kau tiada dua
( korus 1 )
Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahaya purnama
Tanpamu tiada erti hidup berdua
Ke akhir masa kau ku cinta
( korus 2 )
Bagaikan syurga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir
Pulanglah sayang usah kau berpaling
Di sini ku pasrah menanti
Dikau bak salju ditiup bayu
Kan rebah di pangkuan bumi
Ku yakini kasih
Restu Illahi
( ulang korus1 & korus2 )
Ku doa kau hadir
Permaisuri mahligaiku
Hidup mati cinta kita bersama
( ulang korus1 & korus2 )
Haaa....tau tak lirik ape tu. 10 tahun lepas, cite ni sangat2 laaa femes yakni aku sendiri pun TAK PENAH tengok ok! Sendu je manjang...hahaha..sori kepada peminat cite ni. But cite lain aku tengok sebab best! Ok...destinasi aku arini untuk hari-3 ialah Nami Island, lokasi penggambaran untuk drama yang membawa Hallyu Wave ke seluruh Asia pada ketika itu iaitu Winter Sonata.
Untuk pengetahuan sume orang yang dah tahu atau yang belom tahu lagi. Untuk sampai ke Nami Island adalah agak jauh ye, ianya terletak di luar Seoul. Mengambil masa kira-kira sejam lebih untuk sampai ke sini dengan menaiki train. So, it's better to start your journey early morning. Tapi aritu Fatt ade pesan it's better untuk pegi dalam waktu petang camtu. Tapi bila aku pikir-pikir balik macam tak sempat je sebab waktu siang time musim luruh ni adalah pendek. I need proper planning. So, aku gerak pagi.
Direction to Nami Island: By Subway
1. Line 4 (Baby Blue Line), turun kat Dongdaemun Station
2. Line 1 (Blue Line), turun kat Cheongyangni Station.
3. Line Jungang (Turqoise Line), turun kat Sanbong Station
4. Line Gyeongchun, turun kat Gapyeong Station
5. Dari Gapyeong Station, keluar dari bangunan terus amek taxi cakap nak pegi Namiseom. Tambang dalam KRW3,000 untuk sebuah taxi.
Haaaa.......banyak kan kene tranfer turun naik subway. Tapi ni adalah less tranfer dan less walking. So, kira okla tu. Tapi ada cara lain untuk ke Nami Island tanpa naik subway ni. Boleh naik bas...tapi kurang pasti.
Sekitar Gapyeong Station |
Bila dah sampai tu kat stesen Gapyeong, terus amek cab yang banyak tengah tunggu kat depan tu haaa. Just cakap nak pegi "Namiseom" dorang akan terus faham. Sebabnya...most of the people memang tujuannya akan pegi Nami Island. Tambang untuk sebuah teksi tak mahal pun sebab untuk sampai ke jeti pun tak jauh dalam lebih kurang 5-6 minit saja. Tambang yang kami kene aritu dalam KRW2,700/KRW3,000 untuk sebuah cab. Murah la tu kan? Time kitaorang sampai pagi tu dalam lebih kurang pukul 10.30 pagi. Owh ya, lupa nak cite...all the way naik train adalah kene berdiri dalam sejam lebih sebab takde tempat duduk ok! Try korang bayangkan! Nasib baik takde bau kepam mamat hitam kat dalam tu. Ok..nak cite satu incident yang bagi aku cukup buatkan aku malu tapi pada masa yang sama agak riak. Ade sorang ahjumma tu puji aku sebab aku "minam". Nak tau maksudnya..google sendiri ye. Hahaha.
Sekitar Nami Wharf |
Alhamdululillah....time kitaorang sampai still tak ramai orang yang sampai. Untuk ke Nami Island, boleh guna feri atau pun Zip Wire. Haaa...korang mesti nak tau menatang benda laa Zip Wire tu. Benda ni macam ala-ala flying fox yang korang kene bergayut dari jeti sampai laaa ke Pulau Nami. Tak jauh pun. Kalo naik feri dalam 10 minit saje, kalo bergayut lagi laaa cepat kan. Hahah. Zip Wire ni taklah aku try sebab agak mahal dalam KWR38,000 untuk seorang termasuk dengan entrance fee ke Nami Island ni. Kawan aku ade try, dia cakap macam tak berbaloi je sebab sekejap sangat. Aku lak pilih nak naik feri. Tambang feri termasuk tiket masuk ke Nami Island ialah sebanyak KRW8,000 per person. Owh ya, Nami Island ni pun dorang gelarkan sebagai Naminara Republic. Kekdahnya...macam masuk negara lain gitu.
Lepas dah beli tiket sume tu, terus beratur untuk naik feri. Kekerapan feri ialah setiap 10-20 minit dan setiap feri dapat memuatkan agak ramai penumpang dalam satu-satu masa. Takde tempat duduk ye..memang kene berdiri all the way sampai laa ke Nami Island. Jangan berangan nak ada tempat duduk bagai sebabnyaa jaraknya adalah sangat-sangat dekat!
Bila nak sampai ke jeti Pulau Nami, alangkahhhhh terkejuttnya aku sebabnya penyambut kami ialah perempuan bogell! Haa....kelas tak? Hahaha.ala-ala porno skit bila sampai ke pulau ni. Nasib baik pengunjung tak perlu vogel-vogelan. Kalo tidak? Camno tu? Hahaha.
hello u...cantik tak saya? Hahahaha |
Berdiri lebih kurang 10minit, sampailah kami ke tempat yang selalu orang duk cakap must visit place kat South Korea nih! Nak jugak aku tengok..ape laaa yang ada kat sini nih. Actually pulau ni tak luas sebesar Langkawi waima Singapore pun (Motif guna waima macam Lily? Hahah) Kalo korang jalan non-stop keliling pulau pun dapat abes dalam masa lebih kurang 2 jam je. Haaa...kecik je kan? Pulau ni start femes bila winter sonata tu ditayangkan...sejak dari tu memang femes abes laaa pulau ni dek kerna cite tu je. Shooting location kat sini adalah sangat-sangat lawa ok! Kalo korang datang setiap musim iaitu panas, bunga, lurus dan jugak sejuk memang akan dapat tengok pemandangan yang sangat-sangat berbeza! Aku datang pulak musim luruh. Ingatkan time aku datang ni, daun kuning, maroon, oren still ade lagi. Tapi banyak pokok dah kontang...daun abes gugur. Tinggal 2 3 pokok je yang still berdaun..tu pun dah berapa nak lawa dah. But still...ramai orang jugakkk kat sini ok. Malaysian pun bersepah. Owh ya, bila beli tiket tu jangan lupa amek brochure pasal pulau ni tau. Ada maps dalam tu yang berguna. Aku lupa nak scan tepek kat sini.
Bila aku jejak kaki aku kat pulau ni, memang frust jugak laa...sebab sekeliling duk bau daun kering tau! Mane tak sedih..tak romantik gitu. Tengok orang lain duk berkepit, bercium bagai...tentulah jeles datang menjelma. Sob sob sob...daun-daun lak dah banyak gugur...haishh memang ade reason suruh aku datang balik la nih! Damn betol! Hahaha.
Untuk berjalan-jalan disekitar pulau ni, anda boleh sewa basikal atau beca. Harganya aku kurang pasti, tapi yang pasti agak mahal dan tak berbaloi sebabnya better jalan kaki je. Bukannye jauh sangat pun. Exercise ok!
Oklah...aku pun taktau nak cite ape kat korang pasal pulau ni. Biarlah gambar ceritakan segalanya ok! Layaannnn!
Apa yang aku boleh katakan...pulau ni semuanya cinta..cinta dan cinta lagi. Banyak spot-spot yang dibuat semuanya berkisarkan tentang cinta. Ada logo cinta, daun yang dikumpul jadik bentuk love dan sebagainya. Lokasi penggambaran Winter Sonata pun banyak dihiglightkan disini. Memang menarik! Aku perasan jugak dorang ni suka susun-susun batu tinggi. Kawan aku cakap, dorang susun batu ni then make a wish. Adoii...kurafat skali lagi! Hahaha.
Pasangan yang disumpah menjadi batu! |
Bila dah penat berjalan tu, perut mestilah berkeroncong ye tak? Hahaha...kalo lapar, jangan khuatir, ada restoran halal kat Pulau Nami nan indah ni. Nama kedai makan ni ialah Drama Cafe ataupun nama lain ialah Cafe Yeonga Jiga. Nama kedai ni boleh tau dalam brochure Nami Island. Senang je nak tau cafe ni kat mana...sebab memang lokasi ni berada di sekitar kawasan cafe-cafe lain. Sebelah galeri Winter Sonata to be exact. Pilihan makanan adalah terhad ye. Takde nasik goreng ikan masin, mee goreng mamak ke kat sini. Hanya ada nasik dalam tin kimchi, kimchi pancake je. Owh ya, air kosong jangan lupa. Free flow. Harga untuk nasik dalam tin ialah KRW5,000 sahaja. Dalam tu ade telur dan jugak kimchi. Kene goncang tin tu dulu before makan dengan guna glove yang disediakan. Barulah sebati dengan elok. Tapi aku tak goncang ler..sebab aku tak suka sangat kimchi ni. Makan pun lite-lite je. Okla..licin jugak abesnya!
Lepas dah makan tu, still berjalan lagi pusing pulau lagi. Time ni dah pukul 2 petang kalo dah tak silap. Kejap je rasenye...jom layan gambar lagi ok!
Overall, Nami Island ni bagi aku overrated. Sorry to say...maybe sebab ape yang kita nampak dalam gambar tak sama bila aku pegi sendiri. Plus terlampau ramai sangat orang time aku pegi ni. Memang tak cun la. Maybe pendapat orang lain berbeza. Yang penting, aku nak datang lagi..tapi nak datang time winter sebab mybe lagi cantikk..putihhh je! Tunggu pak tony bukak promo dulu la gamaknya.
Untuk yang alim ulama dan ingin menunaikan solat zohor disini. Jangan risau, pihak kerajaan Naminara Republic dengan sukacitanya telah menyediakan tempat solat bagi umat muslimin dan muslimat sekalian. Aku aritu ade jugak cari-cari kat mana tempat solatnya, tapi tak jumpa lak. Korang boleh refer kat blog kak Zarina ni Muslim Prayer Room. Jangan lupa solat ok!
Kami beransur pulang ke Seoul lebih kurang pukul 2 petang. Macam biasa, tahan teksi kat jeti tu untuk ke Gapyeong Station semula. Tambang balik kene charge lebih kurang KRW3,000 jugak per cab. Murah la tu bila bahagi dengan 4 orang. Bila dah sampai jeti tu, bantai pulak beli jagung rebus dan waffle. Haishhh..waffle ni sejak duk korea asyik nk beliiii je. Kekdahnya perasan western! Hahah.
Beli jagung jah! Hotdog tak beli tau! |
Bila dah naik train tu, nasib baik ade seat kosong. Terus duduk...terlena terus sampailaaaa ke Seoul. Penat beb. Memang mulut ternganga abes laaa bila tido tu. Hahaha. Rugi kawan aku tak amek gambar aku! Lentok abes! Hahah. Since kitaorang sampai Seoul masih awal, terus bercadang pegi Itaewon. Boleh solat terus kat situ sebab ade Seoul Grand Mosque kat situ. Kat Itaewon jugak tempat longgokkan para foreigners. So, memang banyak kedai-kedai makanan kat sini. Price a lil bit pricey. Biasala kan, kat mana-mana negara pun yakni Singapore pun makanan halal adalah mahal sedikit. Tapi kalo korang stay kat Itaewon tak brape strategik la sebabnya agak jauh untuk ke tempat-tempat menarik yakni seperti Myeongdong, Namdaemun, Dongdaemun dan lain-lain.
Direction to Itaewon:
Line 6 kaler coklat, turun kat Itaewon Station.
Ok bila dah sampai kat Itaewon Station, terus kitaorang pegi ke tempat information tanyakan kat mana masjid ni. Lupa lak aku nak catatkan direction ke sana dari Malaysia. Nasib baik dorang tau lokasi masjid ni. Dorang tunjuk peta cara untuk ke sana. Tak jauh pun. Tapi nak sampai kat sana...ya AMPUNN...tinggi weh nak panjat bukit sebabnya masjid ni terletak di atas bukit. Sorry guys, aku lupa nak catat direction untuk ke sini. Korang boleh tanya information guide tau.
Nasib baik jumpa masjid ni, mungkin sebab Allah nak aku solat jugak. Alhamdulillah.... lepas dah solat tu, on the way menuruni bukit lepas keluar dari masjid tu ternampak sebuah restoran halal yang ade forummer penah try iaitu Murree Restaurant. Kedai makan ni restoran halal yang menjual pelbagai jenis makanan korean versi halal. Hihi...Kecik je kedainya...tapi dekorasi yang agak menarik. Setiap seorang daripada kami order dish yang berlainan. Kami order bimbibap, bulgogi, kimchi jiggae, kimchi singgang daging (ok yang ni aku lupa, sebab rasanya sebijik macam singgang daging, sedappp!). Overall, bulgogi yang paling sedappp! Harga untuk setiap dish lebih kurang KRW10,000. Ni dah termasuk nasik tau. Tak rugi kalo order, singgang daging pun sedappp! Yang lain-lain tu kureng skit maybe bukan selera anak melayu macam aku. Melayu kah? Hahaha.
Lepas dah mentekedarah kat Murree Restaurant tu, beredarlah kami untuk pulang semula ke guesthouse. Seharian berjalan....maunya tak penat. Btw, suhu pada hari ni dropped giler-giler ok! Dalam almost 1 darjah celcius. Gilerr punye sejukk! Ramai yang cakap suhu dropped giler. Even korean pun. Tapi sebelum kami balik, singgah dulu kat sebuah kedai souvenirs ni beli t-shirts. T-shirts yang ada kat sini design dia lain skit, maka dengan tak rasminya harga pun boleh tahan mahal lebih kurang KRW10,000 sehelai. Takleh kurang langsung! So, aku beli satu untuk aku, satu lagi untuk Aqilah. Yakni anak Chawanna. Sebab ape aku beli? Haaa...sebab Chawanna sudi pinjamkan lens kamera yang superb! Thank you!!!
Owh ya, bila dah sampai kat Korea ni haruslah bergaya macam orang dorang. Dorangkan suka pakai spek yang takde power buat-buat macam nerd. So, aku belilaaaa satu spek untuk aku kat gerai tepi jalan tu. Mahal ok satu dalam KRW13,000. Sebab nak jugak...aku beli! Hahaha...tengok ni...hensem tak??? Hahaha...
Till then...wasalam.
HAHAHAHA *pekup mulut*
ReplyDeleteko pun terjebak ke beli spek takde cermin ni?? hanie ckp sape pakai spek bolos ni miskin sbb tu beli bingkai dulu. sok lusa ada duit barulah tambah cermin. HAHAHAHA. itu hanie kata, bkn aku. lalalala~
weh, kita dok kat meja yg sama kat resto muree @ itaewon tu...walaweiii....*pitam*
mcm deja-vu plak
kat gambo atas gigih ko letak watermark kat muka ko..skali kat bwh ni x de lak watermark..kekdah nak tunjuk spek baru ye..ekekee...bab nami tu mmg aku setuju...'sengat' nami island ni dah xde..bukan cam aku pegi dulu tahun 2006 mmg best lagi..skang cam dah xde pape kut sbb cite tu dah lapuk dah..thehee..waiting for next entry!!! fighting!!
ReplyDelete@Fatt,
ReplyDeletewaaalllaweyyy! laju jek ko nih! haha.
haruslahhh terjebak beli sbb pengaruh dorang kan kuat! dah lama pendam nak beli and pakai kat sana. kalo pakai kat msia kekdahnya mcm nerd gilerr! hahaha.haruslahh miskin sbb bingkai je ade! hahaha
ok..what say you about murree restaurant? not bad kan? pekerja kedai tu kakak indo kawen ngn korean. dah 15tahun duk situ so, mmg fasihhh abeslah ckp korean. kagum jap. hahaha. tp respek dia sbb still pakai tudung i mean..islam still dijaga elok. alhamdulillah...
owh yeke duk meja sama??? wallaweyyy skali lagi! hahaha dejavu tu ape? hihih
@Mis,
ReplyDeleteharuslahh letak watermark sbb expresi muka sgt kelakar time nih! hahaha..
yuppp...nami dh hilang sengat. tp gambar azra pegi aritu mmg lawaaa giler! tu yg bwtkan aku nk pegi lagi tp musim lain la pulak ek.
gmbr yg last tu..haruslahhhh tak perlu letak watermark sbb nk tunjuk spekkk baruuu!!! hahaha
AKU PALING TAK TAHAN TGK UKIRAN I LOVE ROSMAH MANSOR TU OKEH! BODOOOOOOOOOOOOHHHH! HAHAHAHAHA!
ReplyDeleteagak2 gatai mata, bleh gosok2 terus hahahahahaha! tu kalo naik moto tu, angin mencucuk2 tuh! hahahahaha!
eh ko try tak kentang bulat2 kat pintu wharf tu? perghhhhh sedap siuttttt!
tu basikal gantung kat pokok tu lambang cinta gak ke? hahahaha!
kesiannya, pokok semua dah gonjeng, kureng sikit view. confirm kau kena ripit korea. new zealand ripit, kira semua kena ripitlah.
ReplyDeletezany
bestnye dapat jumpe kedai korean yang halal.. aritu tak jumpe pon sebab tak cari.. haha..
ReplyDeleteI love rosmah mansor tu x bleh blah la hahahaha, pak jib zaman muda2 ke yg tulis ekekeek
ReplyDeleteKAHAKAHKAH!!! I Love Rosmah Mansur!! *opsss fengsan!
ReplyDeleteAku tak penah pegi Nami Island ni...kengkononnya tempat wajib pegi kan kalo dtg korea? Nape aku tak pegi pon? hahahaha.
Ok lupakan..aku pitam.
Aku penah makan kat salah satu restoren pakistan kat Itaewon tu tapi tak ingat apa nama kedai tu.
Last punya gambo...hmmmm no komen hehee,
spek..bkn main !
ReplyDeleteeh ko nerd ok ! haha
En John dah macam orang Korea.Hehe.Gambar-gambar semuanya buatkan saya rasa macam nak masuk dalam gambar tu.Gambar sangat superb.Saya dah confirm En John,bawa miss 5 tahun Kpop tu ke Korea next year.bulan depan stat training dia,kasi stamina sikit.huhu.
ReplyDeletedesain Gapyeong Station ada iras2 DATC UiTM plak aku rasa. heheh.
ReplyDeletetapi, i love rosmah mansur tu mmg tak tahan la. sangat tak boleh blah. ni pak jib pergi mau pengsan tgk sape ukir nama bini dia. haha.
i lap.... peh-lizzzzzzz.... geli..
ReplyDelete"waima" you rasa gambo u tangkap besa besa jek, tetap peberet i. cam kene invest lense jek. heheheh.....
kedai halal tuh thanks in advance, i akan buat reference. u makn dak ginseng chicken soup? i suka giler masa gi doluuuuuuu.... i pun tak on sgt kimchi tuh, tak leh nak appreciate masa tuh.
chup! i suka iler leafless tress. masa kat tokyo earlier this year... tangkap gambo leafless tree cam nak rak.
btw, i leh email to your gmail esok on vacancy, tak perasan lak ada auditor position, financial analyst byk ler but support region and base kat cyberjaya or WFH. cawan pun leh email kan, we all same same co.
hi, nak nyibuk gak.
ReplyDeletefirst of all, "i love rosmah mansor" tu mmg sgt over, ok HAHAHAH!!
ehh actually me also dok kat tempat yg sama kat murree tu, masuk situ tak sengaja pun, tgh lapar, tetiber je kedai tu muncul depan mata.
Unfortunately, layanan sgt kureeng, pakcik pakistan tu lebih suka baca paper drp melayan kami. Pulak tu apa yg kami order sumer habis katanya..
Dah minum air kosong segelas habis, kami chow cam tu jer sebab bengang.
Last2 pi makan kat sultan kebab sebelah foreign restaurant. Sedap giler dan murah.. sgt puas hati :)
BTW, gambar2 sgt cantik! Thumbs up!
aik sekali lily iklan keja kat cni...ada post utk property tak? hahaha...
ReplyDeletejohn, kitaorg ada sembang jgk dgn dia. mmg dia peramah. dulu dia ngajar kat masjid tu pastu bukak kedai share dgn org sini. dia bkn je reti ckp korea, ko jgn terkejut dgn dia ckp arab...berabuk siot. aku tataula bahasa apa lagi yg dia terer...
ko ada tgk anak dia? muka sebijik korea, lgsung takde rupa indo..sweet je anak beranak tu. kitaorg lepak kedai dia lama gak, borak mcm2 tp aku dah lupa kbykannya apa yg kami borak...sindrom tua. haha
fatt,
ReplyDeleteproperty tak da... but ada satu dept panggil REWS (skarang depa tukar nam lagik) - Real Estate Workstation; depa handle leasing, maintainance, etc etc of all our co offices ler (which ada 3 jek kat MY).
John, kesian kat ko tak sempat tengok daun lawa2 kat Nami island itu..maknenye ko kene repeat lagik autumn next year.. make sure pegi 3rd/4th week of october yer...
ReplyDelete'I love Rosmah Mansor' tu mmg terbaeekkkk laa....hahahhahha
aku suka kedai Murree tu... dua kali aku repeat mkn kat situ.. siap dapat 'service' a.k.a free drinks lagik sebab repeating customer kekdahnye.. hahahaha...
Lily: Vacancy utk SAP consultant ada tak? hahahaha.. tapi AL berapa diorg kasi? (eh terlajak plak dah ni hehehe)
ReplyDeleteJohn, Rosmah Mansur tu memang lain dari yang lain!! ahahhahaha
Aku tengok gambar korean food dan jagung tu, buatkan aku lapo nak makan ni..
na, ibm ada nak pakai SAP :D tapi AL kim salam la, company u mmg terbaek...psst, tapi dapat duit hotel ye :D
ReplyDeleteDAH JADI IKLAN TEMPAT KEJE PLAK! HAHAHAHA!
i dah bookmark yr N3. buat tambah tips.. tq.
ReplyDeleteiklan cari keje!! ehhehehehhe... lawak.... kene buat forum specifcally for this.
ReplyDeletena,
cawan dpt email monthly dak on vacancies? if tak, i forward kat u all.
biq,
ibm & hp sama jek.. and hp tak da MyChoice... is it still called this? ish, sejak berenti ibm, i dah tak ingat dah. hp tak de perks cam tuh... unless sales ler.
chup! nak tau, sapa buat rosmah tuh.. ehheh... saja nak sabo ler tuh.
chup chup!!! announcement lak. sapa nak gi xian & hokkaido inpom yek, i pun naaaaaak!
waaa....da tayang muka lak laa...hahaha
ReplyDeletetu lah nami nh klu tgk gmbr mmg lawa siot,xpe t ko repeat,hahha.
ReplyDeletekteorang trn tren nek bas ala2 redha je, ke nami murah..hehe,,
nasik tu bg ak sedap, nasik goncang huhu.nth la kmungkinan besar sbb ak lpr gl time tuh..
ukiran2 x berbaju tu x bley blah,siot byk kan,,
nek beskal berdua tuh pny lah azab nk meng control..hahha.
sedap tgk mknn kt itaewon tuh..nk meleleh jgk air liur ak..hhahha
n last nvr the least cermin mata x bley blah..:P
mmg MINAMM sgt2 dgn spek tuuu hahhaha tp style nerd nih baru ker? aku rasa time aku matriks dulu dh ramai bebudak buat cmgini.. cuma mmg tak makan zaman la style nih..
ReplyDeletehamboii mmg bagus bleh dibuat menantu la ko nih siap berbudi bahasa belikan utk Qilah.. sure pasnih Chawanna nk kasik penjam lagik haha..
dh byk blog gak aku baca ckp Nami Island nih overrated. tp bila tgk cantek2 aje gambonye hihihi..
huk aloooh, awek vogel tu tak bley blah kan? hehe
ReplyDeletecantik gambor2 yg ko amik.. ko pulak control hensem.. keh..keh.. hanchummm sambil nyorok!
Alamak lupa aku nak berterima kasih kat ko John, susah2 je beli utk Aqilah!! hahaha..
ReplyDeleteAku pun tengok org kata over rated Nami Island tu, disebabkan aku tak penah sampai lagi, jadi aku nak pegi gak tgk ngn mata kepala aku sendiri, lepas tu aku leh kata over rated ke tak. Tapi kalu ikutkan gambo si John ni, memang marbeles la scenery nye, cume org je mcm ramai..
bagi aku, nami tu takde apa...CUMA, masa aku pegi tu mmg tengah cun la dedaunan nyer, merah kuning jingga sume ada...so bagi aku masa tu mmg cantik dan aku happy la dapat pegi situ naik ketapi :D dah, titik. pegi lagi? tah kot...
ReplyDeletebiqque,
ReplyDeleteako pun paling x tahan dok gelak tgk ukiran ROSMAH MANSOR... waakakak sape la yg TERrajin ukir gak nya tu.. hahhaha
john,
asal time ako pegi nami island tak depun restoran halal tu???? arghhhh.... byk nya dah berubah... mmg kena pegi balik ni!!!
Dangshineun Minamishineyo? jjinja? Omo.omo.omo. michigessuh~ eeiiii, gojitmal, geuleohjyo?? ;p
ReplyDeletehaha..~
rasa nak putus segala urat naik ke mesjid itaewon tu..kan..
ReplyDeletejangan tipuuuuu.. LOL!!
waalaikumsalam....
ReplyDeletemasa citer winter sonata tu, ada actor diyer yang pakai spek takde cermin tu! agaknya tu spek mata ni femes erk?!!!!
John, gila aaaah membaca entri ko ni dengan gambar-gambar marbeles... Terasa penuh dengan love love weh... siyes memang aku pun nak pergi!!! taknak caya overrated ko, ahahahaha (sendiri mao cakap juga)
Salam, Sedara John
ReplyDeleteCantik gambar2 yang diambil oleh bro..boleh sy tau kamera apa yg bro gunakan..
@Biqque!
ReplyDeletememang bodooooooooo!!!!! hahahah.
kentang bulat2? takdelak nmpk. sbb dalam kepala duk pikir nak makan waffles jek! hahaha...cam bingai je rse!
basikal tu mybe saje je. kalo letak atas tanah, ramai lak nk tunggang lak. so, better gantung, boleh la org yg tgk sembah2. kekke.
@Zany,
tula..kesian utk aku ok zany. sbb tak byk amek gmbr lawa2. sob sob sob..haruslaaa datang lagiiiii! haha
@Iwa,
exactly! tp x byk choice makanan pun. so, makan jela. hihi.
@Akira Nagasaki,
hahaha...curlast kan pak jib. sanggup dtg ke korea tulis benda alah tuh!
@Janggel,
ReplyDeleteko tak sempat datang ke? aisehhh..kene dtg bro. dgn skill yg ada pada diri ko dlm memetik gmbr..aku yakin gmbr ko mmg daboom nnt! tempat wajib bagi tourist kot.
kat itaewon mmg bersepah...tp aku mls nk makan makanan arab sbb mcm dh slalu makan je. kedai mapley pun ade roti naan. boley cenggitu? hahaha.
@Kemang,
kemang, sila stdy...hahaha. eh eh ckp org. aku ni pun kene stdy jugakkkk!!! nk jadik nerd for a while.
@Pineapple,
thank you. i get that a lot. hahahaha..poyo je aku nih! wahh...heppy utk awak. sy tumpang excited nih! haha.
@Khai,
hahaha...btol2. mmg mcm DATC Uitm. bentuk pintu gerbang tu. baru teringt bila ko ckp cmtu.
@Lily Riani,
ReplyDeletehahaha...waimanya mcm wilma muhammad la nih. opppsss..motif? LOL. thank you. i rse ade je byk gmbr tak puas hati. this is the best i can share. lens kdg2 main peranan sbb i suka kasik 'bokeh' atau blur kat background. i dont why...but i just love it! hahaha..lens 50-105mm mmg dh boleh gmbr cntik. kalo pndai amek angle lawa2 lagi bagus. this thing, i'm still learning. tp,kalo org tu pndai just guna compact camera, that's good enough. boleh edit skit2 guna software. ;)
ginseng? i x makan ubat-ubatan akar kayu ni. pahitttt!!!! *geleng kepala* but kawan i ade beli teh ginseng korea. dia cakap sedapppp giler! harga pun tak mahal mana pun. mmg murah! kimchi is totally big NO for me. tak boleh telan daaaa.....
leafless mmg cantikkk..tp kalo dh slalu tgk..bosannnnnnn mak aihhh! sama je...i want leaves!
eh eh...thank you for the email. tp i xnk laa skung sbbnya i bonded ngn my firm for 4 years sbb dia sponsor amek exam. mybe my life after being an auditor la kot. kot2 laaa dapat higher position. hehehe..thank you anyway! i suka MNC ni sbb byk travel mcm u guyss!!! it's freeeeeeee.....hahaha. kalo base kat overseas lagi bagus. poyonyaaaa i!
@Nita,
hi nita! first time comment kan? tak penah nmpk la...or i yg lupa? kekeke. thank you anyway.
murree tu i masuk sbb i baca reviews from my friends. dia cakap not bad plus tak mahal sgt. yg layan kitaorg aritu ialah akak indo. baikk je layanannye.
@Fatt,
ReplyDeleteproperty??? apekah position ni?
exactly! akak tu baikkk ok. bila dgr die ckp korea mmg flawless giler. takde pelat dah aih. kagum kejap. berkat duk 15tahun kat sana. wow..arab pun reti ke??? mmg multilingua btol laaaaaa...
anak die takdelah nmpk sbb dh waktu mghrib dh time tu. haha..yela, bila muka melayu kacuk ngn korea. of coz ler cantikkk atau comel! hihih
@Azra,
kesiannn kat aku ok!!! sob sob sob. mmg confirm kene dtg lagi!
wahhh...jauh giler ko dtg itaewon semata2 nk dtg makan kat resturant tu. *thumbs up!* tp aku suka gilerr bulgogi tu. sedapppppppppppppppp bangattttttt!!!!
@BlueEwoke,
ReplyDeletehahaha.....lain kan? aku yg ukir tuh! bwt kenangan kalo akak kita dtg melawat nami island nnt. hihih. jagung tu sedapppp lembut gilerr isi dia!
@Biqque,
dah jadikkkkkkkk iklan pulak dahhh! hahahhaa..abes kantoi sume keje mana. hahaha. aku kene sorokkan aku keje ape nih. bahayaaaaaa....i'm suppose to be really busyyy now!
@Yan,
no worries! thank you sbb dtg melawat.
@Lily Riani,
i nak pegi XIAN!!!! hokkaido tak mampu lagi. hihihi
@IzariahZainal,
ape name nick kakak ko tu. mane tau kenal ke. hihihi. nasik tu sedappp...tp cuma aku ni kureng skit ngn kimchi tu. kawan aku suka die ckp..sbb sedapp and just nice. azab ke naik beskal berdua? mcm senang je...sbbnya yg duk depan je kene control. yg blakang just kayuh je....hihih.
cermin mata mmg takleh blah! hahaha.
@Ely Hasrul,
ReplyDeletehaaa........nerd kan KAK ELY? hahaha. motif guna capital letters? hahaha. ramai je yg pakai mcm ni. mmg nerd je yg pakai sbb taknak org kaco kot.
haruslahhh..org berbudi kita berbahasa. org memberi kita merasa. haa...tgk! budi bahasa aku curlast tak? hahaha.
tgk gmbr mybe cntik..tp bila tgk live view akan ada pendapat berbeza ye KAK ELY! ;p
@Nuna,
vogeh the vass ok! hahaha....thank you. still belajar nk amek gmbr cntik2 lg. =) hensem kah? LOL.
@BlueEwoke,
ReplyDeletesama2!!! hahah..kalo takde lens ko, takdelah cntik gmbr aku nih! sob sob sob sob...
ko kene dtg korea nnt! msti gmbr2 korang pun gempakkk lagi dr aku nnt! tgk gmbr dgn tgk live mmg lain. so, kene pegi! hhehehe. org ramai..terus spoil the mood.
@Biqque,
exactly mak biqque! kalo kene masa kita pegi tu, mmg cantikkkk yg amat! ko punye biqque dah titik baikk punye. aku punye tak sempat nak titik lagi. baru koma jek! ;p
@AKO,
maybe baru ada kot..aku pun baru je dgr psl halalan toyibban ni. bagus jugak ade. tempat solat pun dh ade. it's going to be better. kene pgi balik lerrr...haha
@Ainul Arina Madhiah,
ReplyDeleteaigoo...aku faham ape yg ko ckp nih! hahaha....thank you by the way. LOL.
@Hanie,
btoll hanie!!! nk terputus segala urat. punye laaa tinggi nk panjat tangga. tapi takpe..insyaALLAH....ade ganjarannye nnt.
@MasMZ,
hahaha..kat sana ramai je retis korea pakai cmtu. mybe style je kot. nk kasik org tak cam dorang je.
ko baca ke tgk gmbr je? speku jap nih! hahaha. sila pegi ye...nnt ko tau la ape yg aku ckpkan tu btol atau tidak. sumenye terpulang kita tgk sendiri. =)
@Shikin,
ReplyDeletewasalam cik shikin,
thank you...sy guna nikon d3000 je. pastu guna lens 50-105mm yg dipinjam dengan kawan. hihih,
Lorrr..betui ke..Nami Island tu tak semenggah...mana.
ReplyDeleteHahahaha....
ReplyDeleteJohn, aku baca wokey!!! Sambil baca sambil nengok gambo sambil verangan :D
dengan harapan ada larr yang tepasan cita2 nak nyampai ke sini.... ehemmmmm
yayaaaayayyayaya!
ReplyDeletelame sungguh aku tidak menyinggah kat sini..huhuhu
gambo ko ngan spek takde lens tue memang x bleh blah la john...huhuhu
Rasa saya pendapat tentang Nami island overrated cam tak dapat nak terima je...i think, its your bad luck,wrong timing..hehehe..so sila teruskan niat anda,winter is owhsome!
ReplyDeletesalam,nk tnye ckit..kalu pergi nami island kne book tiket dlu x??
ReplyDelete@Siti Nabila Elham,
ReplyDeletetak perlu. boleh terus beli tiket di kaunter. ;)
Nami island tutup hari apa ya?
ReplyDeleteKalo rasa malas nak naik subway sebab transfer-transfer pastu kena naik cab lagi nak g ke naminara republic tu, boleh la naik shuttle bus, straight dari Seoul ke Naminara republic tu, bayaran dia 25 000 won sorang, untuk return tiket, ferry dengan admission masuk sekali.. kalo tak salah bas ni satu hari ada 2 kali je kot, bas ni nak naik kena g kat insadong, dia tunggu dekat area Tapgol park..satu lagi bas stop dia kat jamsil.. (depan Lotte Mart)
ReplyDelete