Assalamualaikum!!!
Ok nampaknya dah berbulan dah entry Japan ni keluar, akhirnya arini ni aku nak abeskan jugak entry pasal total expenses ni. Mesti ramai nak taukan.
Untuk trip ke Jepun ni, memang kita semua sedia maklum yang kalo nak travel ke sana ni agak mahal. Yang tu memang aku tak nafikan. Tapi dengan maklumat orang yang penah ke sana. Actually, kalo buat proper budgeting dan plan. InsyaALLAH semuanya akan boleh jadik kenyataan. Kalo main aci redah tu... maybe payah la skit kot.
Untuk trip kali ni, katanya kalo setakat nak cover area Kansai, Jepun ni untuk 7 hari solid macam kitaorang ni. InsyaALLAH dalam RM1.5k macam tu insyaALLAH cukup. Tapi bukan termasuk tiket flight la ye. Tambahan pulak, time aku pegi tu rate currency untuk Yen memang tengah rendah. Rezeki jugak tu..
Ayuhhhh bongkarkan!
Rate 100 yen = RM3.217
General
- Tiket flight AirAsia return : RM645/pax
- Luggage (60kg for 5 pax) : RM38/pax
- Taxi to LCCT (RM50/ride) : RM17/pax
- Airasia meals : RM68/pax
- Luggage return (100kg/5pax) : RM69/pax

