Thursday, November 14, 2013

Tips | Kansai, Japan - Suggested Itinerary for 7 Days

Konnichiwa!!!

Nampaknya mood nak menaip cerita trip Japan ni adalah datang skit-skit tatkala aku tengah busy outstation nih. Takdela jauh mana pun outstationnya, tapi sebab malas nak rempuh jem pepagi. Bernasib baik diberikan hostel untuk stay sini. Perghh private hostel siap ada aircon bagai. *heaven* 

Arini takmau cerita panjang-panjang pasal trip. Aku nak kongsikan berkaitan dengan our own draft itinerary selama 7 hari berada di Kansai, Japan. Atau lebih specifiknya adalah travel di beberapa buah kawasan di Kansai Region yang mempunyai beberapa kawasan menarik antara yang femes adalah Osaka, Kyoto, Nara, Kobe, Wakayama, Shiga dan ada a few bandar lain. 



Sebelum merangka itinerary ni adalah bertanyakan pendapat mereka yang dah pernah terbang direct ke Osaka seperti Chawanna dan mereka yang lain pernah jejak kaki ke Japan seperti Puan Biqque. Takpun, aku baca blog-blog mereka yang dah penah jejak kaki ke Japan. Aku je slalu terlambat dari orang. Al-maklumlah.. takde masa nak beli tiket time murah-murah dulu. Kasik chance kat orang lain dulu. Hiks. 

Orait, ada certain orang kalo nak buat itinerary ke Japan mungkin nak combine kalo boleh seperti dari Osaka nak ke Tokyo takpun dari Tokyo ke Osaka terus. Kiranya nak cover semua big cities kalo boleh dalam masa yang singkat. Masa yang singkat tu let's say trip selama 7 hari. 

Ini adalah contoh ya..! Tapi setelah buat research dan tanya pendapat mereka yang lebih arif, Kalo terbang direct ke Osaka yakni terletak dalam Kansai Region. Why not, focus more on Kansai Region. Tokyo ke, Sapporo ke, Okinawa ke kita letak dalam kalendar bulan lain untuk terjah. Dalam region Kansai tu sendiri ada banyak tempat yang boleh kita terjah dan tengok. 

Honestly speaking, 7 hari solid di Kansai pun actually memang tak cukup kalo nak tengok tempat-tempat wajib kat sana. Ada banyak faktor yang mungkin mempengaruhi aturcara perjalanan kita nanti. Antaranya:

  • musim apa kat Japan?
  • brape orang travelmates anda?
  • berapa jauh dari stesen bus/subway ke tempat attraction?
  • nak naik apa untuk ke tempat attraction?
  • nak stay kat city mana untuk brape lama?
  • nak tengok dan buat apa? 
  • tempat penginapan kat belah mana? 

Ok, tu antara faktor yang aku rasa amat penting untuk diambil kira kalo merangka itinerary kat sana termasuklah nak buat planning budgets, what to do, what to see dan jugak lokasi tempat penginapan. So, perancangan yang semi-rapi should be ok.

Ada sesetengah orang suka redah je, kalo sorang maybe boleh redah sesuka hati sebab takkan menyusahkan orang. Tapi ade sesetengah orang macam aku, suka pegi secara berkumpulan. Barula syiokk, tapi planning yang agak proper adalah penting sebab nanti kalo pape yang terjadik, mungkin kurang menyusahkan orang lain. And again... semuanya bergantung kepada perangai dan tabiat travelmates masing-masing. Untuk trip ni, alhamdulillah semua travelmates aku untuk trip Kansai, Japan ni adalah terdiri daripada ahli #TravelholicAwesome sendiri. Masing-masing dah sedia maklum dengan perangai biol dan sengals. 

Pastu, kalo travel pegi ke negara yang maju dan banyak menggunakan public transports seperti train/subway ni, memang kene ada nafsu berjalan yang besar sebab nak menapak, ya ampunnnnnnn bukan main-main tau! Kalo salah Exit pun boleh buatkan kita buang masa dalam 5-10 minit gak untuk patah balik. 

Orait, menceceh banyak pun tak guna. 

Ayuh kita fokus!

Day 1
  • Touch down kat Kansai International Airport
  • Carik stesen subway mana dengan hostel anda ataupun central subway station
  • Then, amek train menuju ke Nara (dari airport, beli Nara Day Pass)
  • Jalan-jalan di sekitar Nara Park, Todaiji Temple, Kofukuji Temple, dan lain-lain
  • Refer ---> Nara Guide 
  • Back to Osaka petang atau malam (or overnite kat Nara) kalo nak la


Day 2
  • Naik train menuju ke Kobe (50 mins journey naik train)
  • Jejalan di sekitar Kobe seperti Kobe Mosuqe, Kobe Harbourland, Chinatown, Ikuta Shrine dan etc. 
  • Refer ---> Kobe Guide 
  • Back to Osaka. 
Kobe Port Tower


Day 3
  • Naik train menuju ke Kyoto untuk 3 malam (1 jam 15 mins perjalanan naik train)
  • maybe boleh check-in hostel/guesthouse dulu letak beg ke etc. 
  • beli Kyoto City Bus Day Pass berharga 500 yen/pax (unlimited bus rides) kat convenient stores. 
  • Antara attractions yang boleh diterjah adalah seperto Noji Tempte, Kyoto Imperial Palace, Yasaka Shrine dan waktu malam boleh shopping souvenirs di Shinkyogoku.
  • then, balik tido ler kat hostel. tak penat ke? Grrrr~ 


Day 4
  • Naik train menuju ke Arashiyama untuk jelajah kawasan sekitar sana seperti Togetsukyo Bridge, Bamboo Forest, Tenryu-ji Temple
  • Then, last skali naik Romantic Scenic Train sebelum naik train balik semula ke Kyoto
  • Refer ---> Arashiyama Guide 

Bamboo Forest, Arashiyama

Romantic Train, Arashiyama


Day 5
  • Arini jejalan sekitar Kyoto lagi. 
  • Antara tempat boleh terjah adalah Fushimi Inari (wajib), Kinka-kuji Temple (Golden Pavilion), Ginka-kuji Temple (Silver Pavilion), Nishiki Market dan jugak Kiyomizudera Temple. 
  • Jangan lupa carik Geisha/Maiko di Gion
  • Jalan penting adalah Shijo Street dan jugak Kawaramachi Street. 

Tori Gates di Fushimi Inari


Day 6
  • Back to Osaka. Recommend to purchase Osaka 1/2 days Pass at Osaka Tourist Information. Berbaloi-baloi~ 
  • Kat dalam Osaka Day Pass tu ada kupon-kupon untuk entrance fee untuk tempat-tempat menarik di sekitar Osaka. And it's all free to be used! 
  • Antara attactions yang boleh diconsider terjah adalah seperti HEP Five Ferries Wheel, Dotombori, Umeda Sky Building


Day 7
  • Sambung jejalan lagi di sekitar Osaka. Try to make full use of the Osaka Day Pass. 
  • Attraction lain adalah Osaka Castle and Garden, Cruise Ship Santa Maria, Tsutenkaku Tower, dan lain-lain yang ada dalam list Osaka Day Pass tu. 
  • Refer for more info about Osaka Day Pass ---> HERE 
  • Then, esoknya balik Malaysia semula.

Osaka Castle

Cruise ship Santa Maria

Tsutenkaku Tower

Honestly speaking skali lagi... aku rasa 7 hari adalah tak cukup nak cover area Kansai ni. Kalo jenis yang suka sejarah, lanscape, tempat-tempat menarik yang cukup modal untuk menembak rasanya memang tak cukup dan tak puas. Ada certain places, aku rasa agak terkejar-kejar if not nanti tak sempat nak tengok. Sadiskan... huk huk huk. But we all tried our best to cover. Ada certain need to let go sebab terlalu penat! 

Bila aku balik KL, tengok blog orang lain lak... adoyaii rasa macam banyak benda missed out yang tak sempat terjah. Salah satu sebab hujan sepanjang hari kat Kyoto dan jugak siang pendek! Pukul 5 petang dah masuk waktu Maghrib okayy! *rebah di sejadah*

Tips: setiap tempat attraction memerlukan kita berjalan jauh. please allocate about 2 hours or more for each places kalo kita jenis suka tengok seluruh tempat. 

Tips: try to avoid visiting main attractions such as temples on weekends. Ummah mereka ramai gilerrrrrr and too crowded! 

And again... tak semua tempat yang aku pegi tu mungkin orang lain minat nak pegi. Semuanya ada their own preferences. Betol tak? Kalo jenis suka explore, maybe boleh terjah kawasan yang jarang orang pegi kat kawasan Kansai ni seperti Tenkawa ke Dorogawa ke. Memang superb cantek! 

Kalo orang tanya nak datang Jepun lagi tak? Aku would definitely say YES! YES! and YES! hahaha. They have a lot of attractions to offer especially magnificent preserved nature! 

Ok dah.. tu je...

Bye! 

18 comments:

  1. Gitew gigih menaik walaupun time outstation kan.
    Ok senang sikit aku nak buat entry . Yes! HaHaHa!!!

    ReplyDelete
  2. Cun2...rebah di sejadah yg aku takleh blah tu...mau pjg wiridnye!hahahaha

    Kalo pi kyoto balik hari je dr osaka mcm nara n kobe tu ok tak?aku bwk org tua so malas nak pindah randah hostel angkut beg nanti..plan kat kyoto nakpi inari shrine & bamboo forest tu je yg penting...

    ReplyDelete
  3. Jepun sungguh menggoda. Dah tergoda membaca itinerary, Terkulai layu di
    tasik madu.

    ReplyDelete
  4. kompom
    akak copipes je entry nih


    bole
    kan?



    *biol travelmate? sapa tuh?*

    ReplyDelete
  5. Yup, setuju tuh. Baik concentrate few tempat dari nak pegi banyak-banyak sangat. Sebab asal nak divide 5 hari Tokyo and 5 hari Osaka/Kyoto tapi mcm tak puas pulak terkejar sana terkejar sini. Last2 stay 10 hari dekat Tokyo termasuk Yokohama, Kawasaki and Nikko. Baru puas. Nanti boleh repeat lagi ke Kansai pulak and then pegi Hokkaido...hahaha

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah.. Best kan jepun?? Ngeee

    ReplyDelete
  7. Huhu xsabor nk prgi kyoto minggu dpn.. Harap2 lancar lah aku sengsorang di sanaaaaa sanaaa sannaaaaaaa gitewwww

    ReplyDelete
  8. Wahhh...betul2 detail...suka nya..JM minta kebenaran utk copy itirenary for next year trip..boleh tak?..cam nk senang je kan heeee

    ReplyDelete
  9. @Janggel,
    kannnn! haruslah gigih sbb malas nak buat keje hakiki! hahah



    @DJ,
    hahahha boleh je kalo nak buat balik hari dari kyoto-osaka. aritu ade jumpa org buat mcm tu sbb takde accom kat sana fully booked. kalo ko dh confirm nak pegi setakat 2 tempat tu, boleh la pegi balik hari.



    @Khairuddin Lim,
    ewahhh~ hahaha fauziah latip sangat. hiks. jepun mmg menggoda.



    @Kak Anash,
    takleh copy! hahahah ;p



    @Owen,
    aku setujuk! lepas ni nk buat 10 hari gak mcm ko buat. nnt aku emel ko ek. hahaha ;)))



    @Chawanna,
    besttttttttt!!! nak pegi lagi. untungla jejak kyoto kali kedua katanya. ;)))



    @Jari Manis,
    takdela detail mana pun. bese2 je. ;)

    ReplyDelete
  10. Tengok itinerary ni..teringat masa kat osaka-nara-kyoto. Akak gi 6H5M jer...terasa memang tak cukup masa nak cover main attraction.
    Best aaa chawanna nak gi second time...
    Setuju...akak pun nak gi lagi ke Kansai region tu tapi nak repeat time autumn pulak..hukhuk...jeles tengok korang gi time autumn..

    ReplyDelete
  11. Jom Jepun sekali lagi! ;) Saya pun banyak tempat tidak sempat cover di Kansai.

    ReplyDelete
  12. Cantik ar bamboo forest dier...best menembak nih...:-)

    ReplyDelete
  13. bamboo forest nampak menarik sangat

    ReplyDelete
  14. kalau HF dah terlambat dtg jepun, ms lagi lah tertinggal ketapi terus...

    teruja nak tahap tenuk dah nie!!!
    apesal tabung cap rimau lom penuh2 lagi :(

    ReplyDelete
  15. Bleh tau berapa overall kos trip ni?

    ReplyDelete
  16. Nk tanya lagi, day 1 tu, dr airport terus ke nara ke atau check in hotel/hostel kt osaka dulu pastu baru gi Nara?

    ReplyDelete
  17. Salam, saya akan pergi ke osaka pada musim sejuk, nak tanya pendapat untuk ke tempat Snow

    ReplyDelete