Tuesday, November 12, 2013

Victoria 2013 : #15 (Finale) - Melbourne Univ. | Victoria State Library | Correlle

G'day Mate!

Alhamdulillah... nampaknya aku rasa ni adalah entry terakhir untuk entry siri jelajah Victoria. Fuhh... ada 15 entries semuanya. Try not to make it lengthy. Kang korang taknak baca lak, asyik duk tengok gambar then tanya aku balik. Pffft! *sarcasm intended*

Anyway, hari ni hari ke-9 di Melbourne. Esok pagi dah kene pegi airport dah sebab flight pukul 9.35am waktu tempatan. Jadik, kene gunakan hari last ni dengan sebaik mungkin. InsyaALLAH. Kiranya hari ni dah ade target nak terjah mana dan ke mana... 

Amaran: ada satu gambar bogel dalam entry ni. kalo takut, sila klik "X"  dihujung skrin belah kanan anda. 


view dari depan MH Melbourne, biru dan takde awan langsung! i loike~

Target harini adalah aku nak shopping! shopping lagi la kan... aku pun ade benda lagi nak beli kat sini. Plus, travelmates aku pun ada lagi barang yang dia nak beli. Hiks. Tapi sebelum tu, aku nak kene dapatkan jugak sweater Univ. of Melbourne. Nak kene beli kat Union House kat dalam kampus universiti tu sendiri. Malam sebelumnya, memang aku dah gigih carik info kat mana aku boleh dapatkan sweater tu. Siap dengan harga skali. Gigil ko aku cakap bila tengok harga tu. 

Tapi takpe... make sure sampai dulu kat Union House tu baru buat keputusan. Nak carik tak susah kat mana letaknya Union House tu, sebab lepas dah sampai kat tram stop Univ. of Melbourne, akan ada signboard menghala ke Union House tu. Takkan sesat punyalah. Since masih lagi pagi, suasana kampus agak meriah dengan student berjalan ke sana ke mari bersama teman-teman. Kitaorang pun lagaknya pun macam student gak, almaklumlah.. muka awet muda forever 19 years old. Hiks. 

Bila nak sampai ke Union House tu, tiba-tiba dengar riuh-rendah macam rusuhan gitu. Tak semena-mena nampak lah 1 group student duk berlari bogel keliling kampus tuh! Bogel tanpa seurat benang membaluti tubuh okayyy! *pejam mata* bayangkan semua benda berjuntaian... hahahah dorang ni bukan suka-suka lari bogel, katanya ada strike arini tu pasal dorang buat camtu. Kisahnya? aku pun dah lupa tapi adala related dengan student association kat university tu sendiri. Kita ni? Tengok jela... free show! hahahah berlari dengan senang hati bak baby baru pandai berjalan kekdahnya. 


say hellloooo to them guys! ahaks

Actually, kitaorang semua agak terpana jugaklah bila tengok gelagat dorang tu. Yela, kat Malaysia mana ada benda-benda camni semua. Jakun gaklah. Nasib baik kawan aku sempat snap gambar kat atas tu. 

Okay sudah abes khayal semua... aku sambung...




Ni lah Union House yang aku maksudkan, kiranya seperti gift shop untuk Univ. of Melbourne ni. Memang tak salah lagi terus aku masuk carik sweater yang aku idam-idamkan sangat. Ada banyak jenis merchandise kalo kita berminat nak beli daripada pen, buku nota, baju tshirts, botol air dan sebagainya. Harganya ada yang ok, ada yang bagi aku agak overpriced. 


nampak tak sweater kaler biru gelap kat patung tu? yang tu la aku nak sangat tuh! harganya adalah AUD99/each!!! Hamek ko RM320 untuk sehelai! 


Ok, bila dah jumpa sweater tu, try la beberapa saiz. Berkenan sungguh aku sebab material dia sangat lembut dan sedap dipakai. Bila pegang tu dah tau memang rasa benda mahal dan berkualiti. Ewahhh~ ayat nak sedapkan hati. Akhirnya, dah jumpa saiz yang sesuai untuk aku yakni saiz XS! hahahah extra small uols~ adakah aku dah kurus di bumi kangaroo nih??? *pitam*

Since aku memang berkenan sangat, akhirnya... aku pejam mata jela bayar AUD99 untuk sehelai sweater tuh. Nak datang balik, memang taktau la tahun bila. Kalo nak kirim kat orang, kang tak puas hati lak. Demi memujuk hati ni supaya tak ralat bila balik, maka beli la jugak. Ok dah duk diam dalam almari tuh. Memang aku buat hiasan jela nanti, sebab sweater paling mahal penah aku beli. Sweater HRC pun tak semahal macam nih! Huk huk huk. 

Ok dah jom blah~ 

Tapi nak blah tu kiraorang just try figure out nak carik jalan keluar yang bukan asal. So, jalan jela slow-slow sambil menghayati kehidupan kampus ni. Bestnyaaa kalo belajar overseas sambil dikelilingi dengan bangunan lama. Tentu score hebat punya! Pffft! Berangan tak abeskan. 

Sape taknak belajar overseaskan? 

Aku dulu jeles nak mampos bila almost 60% of my batch form 5 dulu, fly pegi overseas sambung blaja dalam pelbagai bidang. Ada yang sampai ke amareka, ke russia dan macam-macam lagilah. Aku dan yang lain2 yang stucked kat Shah Alam sana. Tapi keputusan yang aku buat 7 tahun lepas, memang aku tak menyesal. Alhamdulillah... Blaja awal dari orang, grad pun awal dari orang, keje pun awal dari awal. Apa lagi yang kita nak? Now, kita travel la sepuas hati. *syukur* Allah has better plans for us. 




Dah jalan-jalan tu, terjumpa pulak Co-op Univ. of Melbourne. Koperasi dalam bahasa melayu kita ni. Agak besar koop dorang ni berbanding Union House tadi. Kira ala-ala macam MPH gitu sebab segala benda ada jual kat dalam tu. Buku-bukuan tu toksah cakap la memang ada jual. Ayuh la masuk lagi skali, nak tengok kot-kot ada jual sweater university tu lagi ke tak. 

Terkujat mak lampir la weyyy... harga lagi murahhhh! Yakni AUD50 sajork! Tapi design dan material tidaklah sebagus yang aku beli tu. Which is true.  Aku tak tipu nih. Bila pegang tu, ok... tak sesedap yang aku beli tadi. But still, kalo aku tau ade jual kat sini lagi murah, memang aku nak beli lagi murah.  What to do~ duit sudah melayang~ 


see??? murah lagi kan? sobs sobs sobs

terkujat dan tertanya-tanya

helmet bentuk tembikai

Jalan punya jalan akhirnya jumpa jalan keluar ke jalan besar. Dekat dengan Royal Hospital of Melbourne. Tapi kat situ takde tram lalu, cuma ada tourist shuttle bus kalo nak naik. Tapi interval dia setiap 30 minit. Lama lak nak tunggu, so kitaorang jalan skit ke hentian tram terdekat. 






Next? Menuju ke DFO South Wharf. Sebab nak bawak travelmates aku ni shopping termasuk aku skali! Hahahah kan winter clearance, patut ada sales la. Tapi aku tak rasa gempak mana pun salesnya. Tapi boleh checkidout kot-kot ada yang mana berkenan. 

Kitaorang berpecah lagi time ni... masa yang diperuntukkan ade dalam 3 jam. Okla tu more than enough. Bukannya anak jutawan datang shopping pun. Hanya rakyat marhein. Apela sangat yang boleh belikan... Tapi sempat la jugak aku rembat beberapa barang yang aku rasa berbaloi untuk beli sebab bila convert, giler babs murah dari JPO! Hahaha...

Dah abes semua shopping, berjalan pulak ke Flinders Street sebab nak pegi ke Queen Victoria Mall (bukan market ye) Ni kat Swanston Street bersebelahan dengan Victoria State Library. 

Sekali lagi.. hari ni alhamdulillah begitu indah! Ramai sungguh orang keluar jejalan menikmati musim bunga yang tak brape nak sejuk arini. Ada yang bersidai atas rumput, ada yang baca buku.. dan lain-lain. 

Orang kata dalam library Victoria ni memang cantik, jadik aku amek kesempatan masuk kejap hanya untuk snap gambar ape ada kat dalam tu. 

Wallaweyyy! Penuh dengan manusia duk blaja, membaca, buat kajian dan jugak main internet free! Btw, ada free wifi kat sini tau. Hiks. 







La Trobe Reading Room! Main hall nih... aku rasa sangat gempak dan pandai bila masuk dalam nih! 



Haaa... rasa nak pegi membaca kat sini tak lepas tengok ni? Hahaha aku rasa aku nak belajar! Confirm pandai bertingket-tingket~ 

Dah abes amek gambar jom carik pinggan mangkuk Correlle lak! Hahaha kesian kawan aku, mak dia pesan sampai dua kotak suruh bawak balik. Tapi takpe.. dah last day.. jom abeskan duit la jawabnyakan. Hiks. 

Since nak pegi DFO dah tak sempat, maka jangan risau makcik-makcik dan kakakku sekalian, Correlle boleh dibeli kat mana-mana cawangan Big W. Tapi pilihan design takdelah sebanyak kat DFO dan jugak harganya tidak semurah kat DFO tapi still murah dari Malaysia kan? Betol tak Chef Wan? Hahahaha. 





Ada set 16 pieces bergantung kepada design gak. Time ni ada la sales skit.  Ada yang 1 set berharga AUD57. Kalo jenis berdesign lebih skit ada mahal skit dalam AUD10-AUD20 camtu. Still affordable. Kawan aku pun angkut la yang mana berkenan. Tapi aku takdela beli untuk mama aku 1 set tu, tapi beli jenis mangkuk 3 pieces tu buat ubat sebab nampak cantikla. Kalo nak beli Correlle 16 pieces tu, kene beli atleast 2 kotak ke 3 kotak barula semua ahli keluarga dapat merasa pinggan mahal! Hahahah. 

Info: 1 set Corelle yang 16 pieces adalah seberat 4kg/box, manakala mangkuk 3 pieces adalah 2.5kg/box. Dan nanti kalo taknak handcarry, boleh la check-in masuk kargo. Tapi sebelum tu, mohon wrap dengan bubble kat airport dengan kadar yang berpatutan. 

Selain tu sempat la beli Whittakers coklat paling sedap dari New Zealand tu, ada pulak saleskan. Beli la sepapan dua buat ubat balik Malaysia. 



Actually, sebelum balik semula ke MH, ada niat nak singgah ke Grafity Lane dekat je dengan Flinders Street Station tuh. Tapi kiri kanan tangan ni dah penuh dengan barang shopping, terusla naik tram terus ke MH. Ingat nak datang balik, tapi semua dah penat giler dah termasuk aku skali. 

Malam tu order dinner kat canteen MH tu je. Bayar AUD7/pax. Okla lauk dia not bad gak untuk ditelan. Malam tu packing la yeopppp barang punyalah banyak! 

Untuk esok, aku dah arrange siap-siap dengan Nafis, one of the co-worker kat MH  tu. Dia buat servis hantar ke airport dengan charge AUD50/car. Ok sangat dah bagi aku. Tapi since beg-beg semua dah beranak-pinak, kene amek dua kete. Okla for me. Nasib baik housemate dia tolong gak. So, jadiknya AUD50/car. 2 orang masuk dua kete. Just nice. 

Malam tu ade sedikit hujan renyai-renyai tapi gigih gak pegi carik coffee shop gara-gara nak meraikan nak balik Malaya dah ni. 


jemput makan hot chocolate together with apple crumble

barang untuk dua orang yang perlu dipacking! 

Esok paginya bangun awal daripada biasa. Bertolak menuju ke airport lebih kurang jam 7 pagi camtu. Syahdunya nak meninggalkan bumi Melbourne. Hujan pun renyai-renyai pagi tu. 

Kalo tahun lepas, aku lebih suka Sydney dari Melbourne. Tapi tahun ni aku kata Melbourne lagi best dari Sydney! 

Oleh itu, aku akhiri travelogues Victoria 2013 dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada travelmates aku semua yang banyak membantu, berjasa, menahan sabar kerenah perangai masing-masing yang bagi aku masih berada di tahap yang amat bagus untuk diterima. 

Till then... bye!!!

21 comments:

  1. best gilos....bab sensored tuh tgk laju laju..akkaka

    ReplyDelete
  2. nak lagi gambar lari bogel tu..

    hahahaha

    ReplyDelete
  3. penutup entry yg terbaik!!
    yes terbaik sebab mampu buat ms jeles tahap gila tenuk sebab nampak HF berjaya rembat sweater biru yg cun tuh..nasib baik ms takde sama kalo tak sure berebut hahaha

    btw thanks sudi kongsi cerita trip ni dan gambar yg memang ohsem!

    next entry adakah japan??? ohmaigaaaad ms sila prepare hati, mental kuat2 tak mampu nak tapis tahap dengki impak maksima karang :P

    ReplyDelete
  4. Best kalau gambar itu dibogelkan terus.. Freeshow buat kami.

    Kalau perempuan tengok pinggan mangkuk tu terus menjadi gila.

    Best kerana kakiberangan banyak shopping juga. Boleh tahan.

    ReplyDelete
  5. @Chimei,
    hahahah sabor jela. takde papepun ;p



    @Supermeng,
    choyyyyy nak lebih2. kang nnt cencored pulak. kekeke



    @Mrs. Smile,
    terima kasih akak. ;) tula pejam mata je time rembat tu sbb nak sangat2. japan tunggu dulu. tggu ade mood baru lah kita bukak cerita lak. ;)



    @Khairudin Lim,
    hahahah taknak cencored ke? hahah takleh macam tu. nnt sy yg tanggung dosa sbb tunjuk. eh. hahaha. sy mmg kaki shopping gak kalo travel overseas ni. kat msia takde shopping pun. org kata lepas gian. hiks.

    ReplyDelete
  6. hahahah kalo aku pi uni, tetiba terserempak ngn org bogel macm tu, mesti trauma...eceh..hahahaha wahh murahnyeee sweater kat coop dia, bertabahhh la KB!hehehe

    btw, cun giler dalam library rupanya..apesal tak tpikir aritu nak masuk eh...kalo tak mesti semangat nak belajar oversea meluap2 nanti...hehehe~

    ReplyDelete
  7. Nampak hapenning travelog nih. Entri di sini kelakar dan santai - tak rugi saya jadi follower.

    ReplyDelete
  8. Katam juga akhirnya entry melben ni... Banyak sungguh info berguna yg boleh digunakan untuk my next trip... TQ KB...

    ReplyDelete
  9. helmet milk watermelon tak de ker?

    motif tepek gambo 'onsen'?


    byk jugak barang yg nak dipack?


    iya...melben best dr sydney..tapi sydney belum pernah plak akak pi????




    ReplyDelete
  10. Kak anash,

    Patutla dia sampai 2 kali mandi kat onsen, rupanya blajar bogel2 kat situ kan! Hhhhahaha

    ReplyDelete
  11. Lepas baca msg AMARAN..terus SCROLL DOWN dulu..pastu PAGE UP semula...DASAR ahahaha...tak SEJUK ke demo2 tu

    Tak boleh belajar kat OBERSEA pun tak apa..tiap2 tahun boleh pergi OBERSEA tu...itu pun rezeki jugak

    Yeayy..last day di penuhi dgn aktviti shopping..yg pasti Melbourne lebih BEST dari Sydney eh..ok..tak pe..tak pe..sabar dulu ye JM

    ReplyDelete
  12. uni life kat obersea mmg menarik nak2 yg ada house fraternity tu. aku pun sadis gak tak dpt fly huhuhu tapi ye la, dah semua ketentuan Allah swt.

    bak kata meng, nak lagi gambar bogel bleh! hahahahaha!

    ReplyDelete
  13. Jangan menyesal dgn perkara yang lepas. Pasti ada hikmah. Betul tu HF, Allah has better plans for us. Yang belajar oversea tu bukan semuanya dapat travel sana sini pun.

    Ha ha ha ....selama akak belajar dan tinggal di oversea bertahun-tahun tu belum pernah tengok orang lari bogel macam tu....

    Souvenir items di university Souvenir shop di mana-mana di dunia ni memang mahal-mahal kerana nak jaga kualiti dan imej.

    Siapa kata orang perempuan je suka shopping Corelle...orang lelakipun apa kurangnya? :P

    ReplyDelete
  14. Larian bogel...haha...gigil lah korang ek.

    Wah corelle tuuu...tak boleh tahan. Problemnya...mampu kah hubby mengangkutnya nanti ????? Kena bebel lah akak nanti...

    Tq banyak info akak kutip dari john !

    ReplyDelete
  15. @DJ,
    hahhaa yeke ke trauma? tak caye la. ye terbuntang bijik mata tu nengoknya. hiks. tula dlm library tu bagi aku mmg cun! nasib baik kawan aku tunjuk gambar, tu yg aku masuk gak tu tgk dgn mata sendiri.



    @Lynn Munir,
    terima kasih! ;)



    @Mie,
    no worries. sharing is caring. ;)



    @Kak Anash,
    hahahah milk watermelon tu ape kak? hahaha.



    @Janggel,
    motif?? hahahah choyyy sgt onsen.



    @Jari Manis,
    hahah time tu x brape sejuk sangat. kira sejuk lite2 je. tu yg dorang sanggup kot. hiks.



    @Biqque,
    huhuhu tau xpe. semuanya ketentuan Ilahi. mana tau ade yang lagi baik untuk kita. insyaALLAH...



    @Naramas Aman,
    betol tu akak. tak perlu menyesal perkara yang lepas2. alhamdulillah, dptla penuhi impian sendiri untuk travel. ;)

    lelaki shopping correlle? hahah tidakkkkkk~ sy beli skit je akak. ;)



    @Rozita,
    hahahah saya tak gigil, terkujat je. hiks. takpe, tak berat mana pun akak 1 box tu dalam 4kg utk 1 set.

    ReplyDelete
  16. Sila berada di Istanbul pulakk..

    ReplyDelete
  17. Hmmm... sabo jela...boleh pulak berbogel sejuk2 mcm nie. Hehehe...Yes, dah habis Melbourne. Bila nak start boleh Kansai trip? Nak belajar ilmu untuk Kyoto/Osaka/Nara pulak.

    ReplyDelete
  18. best gile university diorg, kalau uni aku dulu ada reading hall mcm tu, tiap2 ari sure aku dtg situ nk baca buku hahaha..

    Astaga gambar bogeh tu kenapa ditutupi?? hahahha

    ReplyDelete
  19. Asal gambar lari smbil bogel tu ditotop?????? Eee x best!!!

    ReplyDelete
  20. part lari bogel tu cam -..-, apabenda lah omputeh ni, tade keje betul.

    victoria lib tu cam cool je, sonok je tgok org baring-baring atas rumput cenggitu.

    ReplyDelete
  21. Baju Melbourne RM320 ada lagi ? Guna tak ? Jangan simpan je rugi je.

    ReplyDelete