Tuesday, January 31, 2012

Everything starts from here - Part 7 (Finale)

Assalamualaikum...

Tibalah hari yang terakhir untuk trip aku bersempenan New Year 2012. Gilerrr sebulan nak abeskan trip yang hanya 3 hari 2 malam??? 

Jom sambung....pagi tu bangun awal sebab nak breakfast kat luar. Katanya si Janggel nak makan kat gerai lori. Haa...korang tau tak gerai lori camne? Alaaa...yang bawak lori kecik kaler putih tuh. Selalu ada kat area ofis-ofis time lunch hour. Kat ofis aku pun ade sebab murah dan sedappp... Orait, katanya kata sini sedap. Aku layan jela walaupun aku ni bukanlah jenis yang makan breakfast sangat. Bangun-bangun terus brunch~ Wahhh...macam harammmm....hahaha 

Lebih kurang jam 9 pagi sampailah kami..... order sarapan ruji rakyat Malaysia yakni nasik lemak, roti canai dan jugak teh tarik. Bagi aku, roti canai die sedappp sebab ade bunyik krup krap means rapuh ye tuan-tuan dan puan-puan. Nasik lemak die pun sodappp...sambal die manis dan pedas. Ala-ala berselang-seli. Tak puas lak makan..tapi takleh lebih-lebih nanti diabetes. Hahaha






Lepas dah makan pagi, next destination is entah ke mana...dorang cakap nak singgah kat sekolah kesayangan Icam yakni si pengembara tumpangan tue. Hehehe. Katanya sekolah itu sangat cantik, Sekolah St. Michael. Katanya sekolah ni haunted, betol ke? Kekdahnya sekolah zaman penjajah. Aku tak penah tau...sekolah gomen jek. Anyway, bila jenjalan kat sekitar bandaraya Ipoh ni tenang je yela...kata hari cuti mana ade orang keluar jejalan pagi-pagi ni kan. Langit pun biru je. Suka gilakkkk! Senibina kat bandaraya Ipoh ni masih mengekalkan banyak bangunan lama-lama. Memang old skool abes. Bak kata Janggel and MasMZ, kat Ipoh ni takde ape sangat pun. Malam-malam sangat bosannn ok! Katanya macam ghost town. We all sempat pegi malam sebelom tu singgah kat Gerbang Malam. Waduhhh...bosan yang amat. Meriah lagi kat Uptown Danau Kota. Sorry ye warga Ipoh. 







Bila dah abes amek gambar kat sekolah Icam, next is pegi ke mana...hurm. Aku ni pengembara tumpangan gak, just ikut je janggel nak bawak pegi mana. Tapi jangan risau, aku tong-tong duit minyak ok! Hehehe...MasMZ cadangkan pegi kawasan rekreasi Gunung Lang. Jom lah kita......tak jauh pun dari bandar Ipoh. Katanya kat sini pun lawa gak. 






Seeterusnya....Kak Coco nak beli kacang putih katanya...laju janggel memandu ke kampung kacang putih. Maybe MasMZ boleh bagi lokasi yang sebetolnya. Kat kampung ni ramai orang yang menjual pelbagai jenis kacang putih. Sebenarnya, aku ni taktau apekah kacang putih ni yang sebenarnya. Adakah kacang itu berwarna putih??? Wahhh...reti makan je tau kan. Hahaha. Kami terus pegi ke kilang dia. Katanya lagi fresh! 







Aku tak beli banyak pun...gambar kat atas ni je yang aku beli. 3 peket RM10. Okla tu kan. Menyesal aku tak beli kerepek ubi pedas tu banyak-banyak. Sedapppp gilerrrr ok!!! MasMZ, nanti nak mintak tolong belikan 5 paket boleh tak? Huhuhuhu...nak buat stock kat umah. Die punye melekat pedas tu memang sedappp! Susah nak carik. Aku punye dah abes makan dah....time aku tengah type2 entry ni. 

Next, carik duriannnn!!!! Hahaha...saat yang aku nantikan. Janggel and MasMZ punyelah gigih tanya kat mana ade jual durian banyak. Terima kasih...terharu aku tau~ Kami beli kat area Tambun near Shell. Kat situ ade satu gerai jual durian. Time ni dah tengah hari dah. Punyelaaa panas! Time ni aku dah lupa we all ade makan lunch ke tak. Tapi panas memang mengbahang jugaklah. Hurm...memang bukan putera lindungan kaabah la nampaknya. Redha~ 

Sambil-sambil pilih durian tu, amek laaa gambar yang mana patut. Terima kasih kat Kak Coco sebab rajin duk pilih durian yang mana elok. Hehehe..saya tak reti! Beli dalam 5 bijik kot kalo tak silap, dan bayar dalam RM35 kalo tak salah. Mahal jugak ek. Ke dah murah dah tu? Aku kureng arif skit bab-bab rege durian ni. How i wish i have my own durian orchard. Huhuhu...boleh makan free je setiap musim! 





Balik umah dulu...buat jemput-jemput durian. Terima kasih MasMZ! rajin benor ko layan kerenah aku yang ntah pape ni..sedappppppp! Terima kasih jugak kat Kak Coco sebab rajin benor bungkus 1 bekas sorang durian untuk bawak balik. Terima kasih jugak kat Janggel sebab sudi jadik driver untuk 3h2m punye trip ni. Memang besttt bangat! 

Bergerak pulang lebih kurang jam 4 petang kalo tak silap dari Ipoh. Sampai di Kuala Lumpur lebih kurang jam 7 petang. Alhamdulillah...selamat sampai. Jalan pun tak jem. Hehehe. 

Papepun, jangan serik tau jalan-jalan bawak aku! Aku suka!!! Hehehe. Maka tamatlah trip sempena tahun baru. Kene plan roadtrip yang baru ni...maybe ke utara tanah air lagi. Tapi lagi jauh..camne? Ada bran? Kekeke

Till then...wasalam. 

Sunday, January 29, 2012

Everything starts from here - Part 6

Assalamualaikum...

Happy Weekend sume! Jom sambung ke episod seterusnya...dah nak abes dah ni. Kejap je rasa cuti tahun baru ni. Pejam celik pejam celik dah sampai Taman Tasik Taiping!!!! Ni first ni aku sampai ni. Sebelum ni asyik duk dengar orang cakap pegi la Taman Tasik Taiping. Memang sumpah lawa gilerrr macam taman tasik kat overseas. Ni aku jejak jugakkkk! Thanks to Janggel sebab sudi drive sampai ke sini. MasMZ, Kuala Gula aku tak lupa ok! Hehehe. 

Time we all sampai ni pun dah dekat pukul 5.30 petang. Dah agak petang plus langit pun agak mendung segala bagai. Hurm...x syiokkk skit sebab kurang matahari. Tapi papepun janji sampai. Aku tak tau rupanya taman tasik ni dah dekat dengan penjara plus kat kawasan situ ade Zoo Taiping??? Wahhhh attached together nampaknya. Orang pun ramai kat kawasan sini. Maybe sebab cuti sekolah kot plus cuti public holiday. Suasana bila sampai tu tenang dan sejuk je rasa...tetibe teringat sate Pak Ein yang Biqque janjikan. Nampaknya takleh nak makan sate laaa malam ni...akan ku tuntut dengan Biqque suatu hari kelak (Wahhhhh! aku guna bahasa "kelak") ;p



Wahhh....memang cantik ok kat sini. Sumenye hijau jeeeee...takde kaler lain dah. Kecuali kaler baju masing-masing. Kalo buat photoshoot kawen ni memang cun lah! Banyak pokok yang besar-besar masih lagi terpelihara. Ada dahan yang dah menyembah bumi dan jugak meyembah tasik tu. Tapi still nampak teguh berdiri. Jom layan gambar...











Personally, aku suka giler gambar aku kat atas nih, thanks to Janggel! Memang smart giler gambar nih! Aku suka kat taman tasik ni. Lain kali nk datang lagi time tengah hari..mesti lagi cun. Nasib kurang baik skit bila datang aritu sebab langit mendung je. Tapi overall memang best. Hehehe. 

Perjalanan hari tu terus pecut ke Ipoh sebab nak bermalam kat sana. Then...ZzZZzZzzzZ...
Nantikan entry seterusnya iaitu pengakhiran trip ni. 

Till then..wasalam. 

Thursday, January 26, 2012

B'day Lunch at Shangri-La Hotel!

Assalamualaikum.... 

Amaran: Entry ini mempunyai banyak gambar makanan. So, deal with it! 

Takde pape menarik yang berlaku sepanjang minggu kecuali hari-hari cuti tahun baru cina diisi dengan pelbagai program seperti tido di rumah, surf internet, makan, datang ofis dan jugak hadirkan diri di Bday Lunch at Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Bday lunch bersempena hari jadi kawan rapat. So, ianya very intimate lunch with all of us. Happy ok! Dah lama tak lepak sama....rindu.... Yela, sumenye busy dengan keje hakiki masing-masing. Peluang yang ada memang tidak di sia-sia dengan begitu sahaja. Terima kasih kerana menjemput aku! It was such a great day!  

Happy Birthday!!! May Allah always bless you. 

Actually, pemilihan untuk bday lunch kat hotel ni pun it was kinda last minute. Aku pun tau bila tengah bersiap tengah hari tu. Yela, tambah-tambah cuti raya cina. I hoping it will be no traffic at all. And yes! No traffic at all!!! It was a smooth journey at Jalan Sultan Ismail. Ya Allah...kalo hari biasa memang hazab nak lalu situ! Papepun menarik! Aku pun tak tau sangat lokasi hotel ni plus agak tersorok. Kalo tak silap aku, Shangri-La Hotel merupakan rangkaian hotel kepunyaan jutawan Malaysia yakni Robert Kuok. Correct me if I'm wrong. Jom tengok ape yang ada kat dalam... Tapi sekitar lobby dan coffee house jela...bukannye menginap kat sana pun. 


Guess which one is mine? ;)









So, aku sampai tepat-tepak jam 12.30 hari. Terus bersalam-salaman dengan tetamu yang hadir. Wahhh...dah macam VIP lak. Ramai jugak orang kat dalam Lemon Cafe tu. Chinese pun ramai. Maybe dorang datang beraya kat sini untuk makan besar. Most of them wore red! Shittt! I should wear read instead of grey~ No dragon year for me i guess. If not, i can get some angpow lor. Without further due, jom amek makanan! Hoyehhhh...let's~ 









































Laparnyaaaa pagi-pagi nih! Kalo tengok gambar kat atas mesti kenyang bukan? Papepun, thank you for inviting me! ^_^

Till then...wasalam~