Monday, January 12, 2015

Tips | Persediaan "Winter Attire" untuk Winter Trip 2014

Assalamualaikum!

Aku kembali semula selepas seminggu tak update. Maafla takleh nak update laju-laju sebabnya aku takde masa nak karang ayat best-best. Kagum dengan orang lain boleh update setiap harikan. Huk huk. 

Lagipun, aku sekarang bekerja part time sejak cuti ni. Saje nak carik pengalaman dan extra income. Yela, nak duk sini kene ada duit, if not kene la balik Malaysia. Oh! I'm not ready yet! ;p

Anyway, entry ni masih lagi berkaitan dengan Winter Trip aku pada Disember 2014. Tapi kali ni aku fokuskan kepada persediaan untuk aku mengharungi musim sejuk yang bagi aku agak extreme daripada musim-musim yang penah aku alami. Bahkan, lagi sejuk dari musim sejuk di United Kingdom ni sendiri. 

Jadik, langkah-langkah penting dalam membuat persediaan amatlah penting supaya tidak mati beku di negara orang. InsyaALLAH. 

terasa seperti polar bear. ahaks!


Kawasan yang aku pegi ni adalah terletak dalam kawasan Arctic Circle yakni Kiruna, Sweden dan jugak Rovaniemi, Finland. Tetapi pada masa aku di sana aritu, kawasan yang paling rendah suhunya adalah di Kiruna dan Abisko yang mana suhu adalah lebih kurang -15 degree celcius secara putara setiap hari. 

So, memang sejuk bekulah aku kat sana. 

That's why persediaan dari segi winter attire harus dititikberatkan. 

Apa yang aku nak kongsi ni adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri untuk trip ni, dan aku akan tambah sedikit sebanyak info yang aku rasa insyaALLAH berguna untuk mereka yang akan menerjah Arctic Circle pada musim sejuk akan datang dan taktau la bila-bila. Janji sampai. 

Untuk trip aku selama 2 minggu, memang aku try untuk meminimumkan pembawakan pakaian yangg aku rasa tak perlu. Yela, winter season kot. Sesuai untuk bergaya sakan bagi mereka yang suka bergaya. Aku pun takdela terkecuali. Cuma kali ni, I have to take it seriously sebabnya aku akan bawak backpack yang tak begitu besar yang perlu sumbat jaket tebal yang aku rasa dah makan space agak besar. So, try to modest as much as possible. 

Ni adalah list attire yang aku bawah untuk 2 minggu punya travel dan tambahan jika perlu:

Bahagian kepala
  • snowcap *bawah yang jenis tebal lagi bagus*
  • topi yang bertutup *aku beli kat H&M sebab tertarik dengan design macam russian*
  • face mask yang macam perompak tu
  • penutup telinga untuk elak kebas
  • muffler jika nak bawak


Bahagian badan
  • 2 helai t-shirts untuk pakai tido dan seharian
  • 1 helai long-sleeve jumper yang agak tebal
  • 1 helai long-sleeve jumper yang tak brape tebal
  • 2 helai thermal wear *if possible bawak lagi 1 helai extra*
  • 2 helai jaket tebal yang berhoodies as outerwear kalo boleh jenis kalis air
  • sepasang gloves *sila bawak lebih lagi bagus*
  • baju fleece amat berguna untuk keep warm dan tak berat
  • beberapa pasang hot pad hand warmers


Bahagian bawah
  • 1 helai jeans
  • 1 helai ski pants yang waterproof dan bahagian dalam bermaterial fleece
  • 1 helai sweatpants untuk tido
  • 3-4 pasang stokin yang jenis tebal. Kalau ada jenis wool lagi bagus
  • 1 pasang walking boots yang jenis waterproof
  • 1 pasang thermal wear jika perlu
  • 1 pasang seliper jepun


Additional
  • 1 botol kecik Vaseline
  • 1 helai kain pelikat
  • 1 helai microfibre travel towel
  • ubat-ubatan seperti panadol, ubat selsema dan hot balm

Macam aku aritu ketika di Abisko untuk membuat aktiviti seperti chasing the aurora borealis, husky dogs sledding dan jugak ice fishing. Pihak hostel ada menyediakan warmsuit seperti yang aku pakai di gambar pertama. Memang selesa sangat. Ada banyak saiz yang available. Di bahagian dalam, aku pakai ski pants/jeans, thermal wears dua helai dan jugak jumper. Cukup selesa. Selain daripada tu, ada jugak pihak hostel menyediakan boots dan gloves tapi aku tak pakai la dorang punya sebabnya rasa berat yang amat dan tak selesa untuk bergerak. Huk huk. 

Ok dah cukup aku kongsikan. Sekarang, aku share antara barang-barang yang dah sebut tadi. Baca ayat je macam tak puaskan. So, tengok gambar la pulak. 

Ayuh!

dua buah beg aku bawah. Kanan tu as daypack dan kiri as bagpack 65L brand Karrimor sedap pakai tak besar dan just nice. Gonna be my favourite backpack nanti for future trips.. InsyaALLAH

thermal gloves, snowcap, topi bulu, stokings dan penutup telinga | sila bawak extra untuk thermal socks, thermal gloves sebab pakai sepasang memang takkan cukup. Then, letak hand warmer dalam gloves and socks kat bahagian jari-jemari tu kasik warm skit. Kalau takde penutup telinga, memadai pakai snowcap yang bermaterial tebal untuk elakkan telinga jadik numb. Bawak jugak face mask untuk letak muka beku dek angin winter. huhuhu

ni actually gediks terlebih sebabnya aku teringin benar nak pakai jaket macam ni ada bulu kat hoodies, so aku belila satu feeling sangat. hahaha tapi berguna sebab material bahagian dalam adalah berbulu untuk keep warm

ni pulak 2 helai thermal wear yang aku bawak. Satu brand Kathmandu dan lagi satu brand Camprio. Sangat puas hati untuk kedua-dua brand sebab dapat tahan haba. Aku pakai dua helai sekaligus ketika di Abisko time tu -14 degree celcius. Alhamdulillah takde rasa sejuk sangat. Maaf ya, aku tak brape gemar untuk heatech kat Uniqlo sebab aku ada satu tetapi macam tak berapa bagus kalo ikut pengalaman aku untuk suhu sejuk.

ni pun salah satu outerwear yang aku bawah agak waterproof dan dalam dia jenis fleece so agak warm bila pakai. Tak perlu pakai baju terlalu tebal kat bahagian dalam. Aku cuma pakai tshirst, thermal wears dan jaket ni sahaja, ni aku pakai camtu ketika di Russia

ni ski pants yang beli bulan March tahun lepas semata-mata untuk ski trip yang tak brape nak ski berjenama Jack Wolfskin yang aku menang bid dari eBay. Time tu masih ada lagi price tag yang berharga GBP150. Gulpppp mahal okeh. Tapi aku dapat GBP30 je. Nasib aku tak jual balik sebab tak muat. Alhamdulillah berguna giler seluar ni sebab aku tak perlu pakai dah thermal wear kat dalam. Cukup dengan hanya pakai seluar ni sahaja. Memang rasa warm sangat plus kalis air! Tak risau la kalo nak tergolek atas snow pun takkan basah. By the way, dapat pakai balik sebab dah kurus skit. ahaks! 

ni kasut Karrimor yang aku beli untuk Swiss Trip bulan April. Ni kiranya 2nd time aku pakai untuk winter trip aku ni. Amat berguna sebabnya sedap pakai untuk banyak berjalan, dan jugak waterproof! Memang aku pakai kasut ni sahaja ketika membuat semua aktiviti ketika berada di sana. Aku pakai bersama 2 pasang stokin tebal. Cuma jari kaki agak sejuk skit sebab aku terlupa nak selitkan warm pads kat depan. Other than that, memang aku puas hati sebab duk harung snow tebal-tebal pun masih tak basah.

benda kecik tapi ajaib ni amatlah perlu dibawak kalo travel musim sejuk. Bagi mereka yang berkulit mudah kering ke apa memang kene ada benda Vaseline ni. Sapu nipis kat lengan, tangan, bibir, muka semua untuk elak kulit kering. 

ni la hot pad hand warmers yang aku beli sekotak besar dari ebay. hahahah aku bawak dalam 4-5 pasang je sebab tak semua tempat aku pakai pun. 1 bungkus dapat bertahan 8 jam camtu. Letak dalam poket. Sedap je pegang sebab warm. Ada banyak brand, maybe ada yang lagi elok daripada yang ni

Okeh sedikit tips tambahan maybe aku rasa berguna kot kalo nak carik benda-benda ni semua. Jikalau korang akan transit di London sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan sejuk beku camni. Dan korang memerlukan beberapa barang dan pakaian tambahan untuk dibawa ke sana. Aku suggest beli di Primark ataupun Sports Direct sebab sini banyak barangan yang mampu milik. 

Ok dah tu sahaja aku rasa yang aku mampu menaip buat masa sekarang. Dan apa yang aku kongsi adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku sendiri. Setiap tubuh badan manusia adalah berbeza tahap ketahanan masing-masing. Kalo rasa anda jenis sejuk, kene bawak extra attire skit. Kalo rasa mampu tahan, aku suggest bawak jugak lebih skit macam thermal wear. 

As you would never know what nature can do to you until you experience it.

It's better to overdress rather than under dressed. 

Ok that's it for now. Hopefully, this entry will give a little bit of guidance on how to dress for your Arctic Circle tour. Hope you enjoy your trip and feel the experience. 

Till then..

Bye!

49 comments:

  1. aku setuju ngan ko pasal thermal wear uniqlo heatech tu ... mmg kurang berkesan kalo dah suhu subzero

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. sebab aku penah try. ibarat inner kat dalam tapi takde kesan.

      Delete
  2. Tips yang sangat berguna. Lepas ni boleh la aku refer entry ni utk my next wint trip. John, aku intan lavender. Jom follow blog baru aku www.dorsettpink.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. share yg aku rasa might be useful to others. insyaALLAH. ;)

      Delete
  3. betullah.. macam or Russia John. BTW, cantik kasut Karrimor tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah ;p terima kasih. beli time sales. hiks.

      Delete
  4. thanks for the info!kasut tu cun!hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. no worries! hahaha cun ke? aku rasa lama2 tgk rasa hodoh gak. huk huk

      Delete
  5. wah...mesti best dok sana sampai belum ready nak balik ke sini...anyway nice sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah takdela best mana. tu tak bersedia nak kembali ke alam realiti. ahahah

      Delete
  6. Suhu 10 darjah pun, pakai heat tech tu tetap menggigill.. mcm x best la.. brand Kathmandu dan Camprio tu beli di mana ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kathmandu tu beli kat melbourne time tu ada sales. yg camprio tu beli kt sports direct. ;)

      Delete
  7. Okay...patut ko publish entry ni sblm aku gi jepun itu hari...tidak lah aku kesejukan smpai demam tak kebah2 kena salji....hahhhaha...thx john...aku bookmark terus entry ni utk masa akan dtg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. adehhhh. bertabahlah. ingat dah tau kan. ;) terima kasih! ;)

      Delete
  8. CANTIKNYA KASUT KARRIMOR!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  9. sejauh ini kakiberangan dah pegi.. mmg meng up kn semangat kumpul duit nk travel juga walapun diri dah tua.. muahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki. semoga impian tercapai! ;)

      Delete
  10. Dah muat...sebab dah kurus. Gitu kan dah kerja keras partime demi kumpul duit, mestilah kurus. Anyway thanks for all the info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kurus skit je. hopefully dpt turun lg. ;)

      Delete
  11. Tenkiu for de checklist.
    alaaa... baru nk cari kt uniqlo...
    tak elok ea?

    Hmmm nk g jepun ni lg 2 mgu...
    tgk weather forecast 1-6 deg...

    Ayooo..melbourne yg 10- 12 pun tak tahan...
    below 6?
    Jgn lh baru sampai sehari dah demam.
    huhuhu...

    Hand warmer tu kt mn nk cr kt malaysia?
    Hrtu ada beli warm pad tu kt melbourne, pastu tinggal kt sana rasanya.

    Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat reply..

      kalau below 6 degree kalo ada gloves yg tebal insyaALLAH dah ok. hand warmer ni sy bawak sbb suhu subzero. nnt beku jari2 ni nnt. huhuhu.

      handwarmer tu sy beli thru ebay. maybe ade jual kt kedai sports direct kt subang.

      Delete
  12. Ha 1 lg... dh pakai tudung... tak yah lh mafla n tutup telinga kan?
    Tak kebas kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haritu kat korea -15. kebas telinga n muka. nasib baik ada mafla. buat tudung 2nd layer :D

      Delete
  13. best pi jenjalan musim winter ;)
    good info for future who want to travel this winter season ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada best dan ada yg tak best gak. Tp the feeeling yg dpt tgk snow tu best yg amattt!

      Delete
  14. Useful tips, thanks :) btw, am a fan of Karrimor now, hari tu sempat order walking shoe dan winter glove dgn John :) so, bila nak ambik order lagi ? hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tak sempat dah nk amek order sbb busy skit skang ni.

      Delete
  15. Thanks John... Tips yg mabeles, tapi tak tahu bila ada keberanian utk travel time suhu negative.
    Sejuk aircond pun mcm nak pakai 2 lapis

    ReplyDelete
    Replies
    1. no worries. orang kata tak try takkan tau sampai bila2kan. tp mmg sejukkkla. kalo sejuk aircon tu kira ok lg la... tp ni aircon natural. fuhhh~

      Delete
    2. Insya Allah akan try gak satu hari nanti john...
      This year balik msia ke john?

      Delete
  16. Thanks! Kasut kita same! Kaler...hahaha

    ReplyDelete
  17. Hahahaa.. aku tak suka pakai vaseline tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha nape x suka? xde rasa pun kan. hiks.

      Delete
  18. Jadi ini adalah rukun backpacker yang ke berapa John? =p Aku pun kagum dengan yang mampu kerap update blog, aku nak tulis kena tunggu mood, kalau paksa memang ayat dia kelaut~

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaALLAH rukun wajib! hahaha uishhh aku takdela kerap mana pun. ni pun kalau nak menaip kene tggu mood datang plus ada banyak keje lain yg lagi penting! hahaha

      Delete
  19. bhahaha saya lah tu pergi beli thermal wear uniqlo lepas tu menyesal T.T
    tapi tak pergi tempat snow jadi tak adalah membeku sangat..

    ReplyDelete
  20. kasut ohsem sgt!
    berguna tak vacum dgn plastic storage tu utk baju sejuk ni ? Sbb baju sejuk selalu gedabak2 kan? Lg2 ramai isi rumah yg travel sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu pernah pakai vacuum plastic storage tu tp bila part nak kene gulung jdk mcm renyah je ended up x pakaipun.

      Delete
  21. Kasut cantiknyaaa..beli kat mane..plz plz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh beli kt sports direct. ;) kat malaysia pun dah ade cawangan.

      Delete