Thursday, January 29, 2015

#1 | Stockholm, Sweden - The Arrival

Hey hey!

I'm back! 

Sorry lama aku peram untuk update pasal winter trip aku pada bulan Disember 2014 aritu. Biasalah kalo tak travel, aku ni kadang-kadang busy dengan kehidupan seharian tak pun malas! Ahaks. What to do... Mood nak menaip ni tak tentu. Kalo ada tu, terus menaiplah orang kata. Lajuuuuuuuu je~ 

Anyway, aku ada post entry yang tak berapa teaser tempoh hari. Jadik kalo korang semua dah tengok, maka sedikit sebanyak dah tau la ke mana aku pegi kan? 

Apa? Tak tau? Ahaks... kalo tak tau, boleh rujuk ---> SINI


hellloo Stockholm! bentuk muka bumi negara Sweden seperti yang kita nampak dari peta

Macam biasa, untuk entry pertama mesti berkisar berkaitan macam mana nak ke sana. Aku actually takde plan pun untuk turun kat Stockholm, Sweden ni tetapi disebabkan tiket flight adalah yang termurah adalah turun di Stockholm yang berharga GBP24.99/sehala untuk perjalanan kira-kira 2.5 jam (kalo tak salah akulaaa) aku rasa adalah amat murah. 

Maka, aku laju je klik untuk terus beli. Tak pikir panjang dah. Yang penting aku masuk dulu Sweden. My first Scandinavian country! Fuhhh~ negara Scandinavian ni memang terkenal dengan negara yang berkos tinggi. Jadik memang aku kene prepare duit lebih sedikit daripada biasa. Tapi ni semua bergantung kepada apa yang aku nak buat, tengok dan sebagainya. 

Flight aku pagi, maka aku kene berada di airport sebelum subuh untuk proses mengesahan boarding pass. Takut dengan crowd waktu pagi, aku amek bas National Express untuk ke Stansted Airport yang terletak di London kira-kira 3 jam lebih untuk sampai kat sana. Alhamdulillah segala proses berjalan dengan lancar takde banyak masalah. Plus, crowd kat airport tidaklah seramai waktu summer dulu. 

Masih awal pagi, tapi kat departure hall memang penuh dengan ummah yang nak travel ni tambah pulak airport ni tengah buat renovation. So, nampak agak sempit dan tempat duduk yang agak limited. 


suasana di departure hall


Waktu di Stockholm adalah 1 jam cepat dari waktu UK. Maka, aku dijangka tiba di Stockholm Skavsta Airport. Ni bukan the main airport tapi lebih kepada low-cow courier airport. Kecik giler okeh! Hahaha aku macam nak tergelak waktu tengok pintu arrival dia. Ibarat pintu nak masuk rumah je. Adeh... 

Tapi takpe. Mood kene ceria. By the time aku dah touched down Stockholm, waktu time tu tak silap dah almost 12 noon. Dah namanya time travel, memang kene expect siang adalah amat pendek. Time aku pegi tu, waktu Maghrib masuk pada pukul 3 petang. Aku kene cepat sebabnya tak sempat kang nak solat nanti. 


pintu arrival. ahaks


Proses imigresen adalah ringkas dan ada sedikit soalan dari pihak dorang seperti stay kat mana, brape lama stay sini, lepas ni nak pegi mana pulak etc. Tak lama pun. By the way, nak masuk Sweden tak perlu Visa ye. Jadik jangan risau kat mana nak buat kat mana dan brape kene bayar. 

Keluar je dari arrival, terus nampak kaunter bus shuttle untuk city centre. Agak jauh kira-kira almost 2 hours journey daripada airport ni. Tambang yang dikenakan adalah SEK159/pax (~GBP13). Bas dia dalam keadaan tip-top. Aku rasa aku ada tido kejap dalam bas tu sebab ngantok giler plus view aku tengok agak membosankan bagi aku. Takde yang menarik sangat sepanjang perjalanan. Bila dah masuk kawasan bandar baru aku terjaga. 





Untuk accommodation aku kat Stockholm, aku dah booked satu hostel yang tak begitu jauh dari central station. Jadik takdelah aku kene travel jauh untuk ke sesuatu tempat plus, aku akan bergerak ke destinasi aku seterusnya dengan naik train. Lebih elok kalo stay kat dengan area central station. 

Dari bus station, aku jalan kaki menuju ke hostel aku. Walaupun boleh naik public transport tapi aku jalan jela dengan usung beg kat belakang. Sambil aku duk jalan tu, aku perasan bila dah sampai sini baru aku nampak kedai 7-11. Dah lama aku tak nampak kedai 7-11 ni. Kat UK takde okeh! Hahaha. 

Suasana kat Stockholm time ni rasanya dah nak masuk senja. Cuaca pulak makin sejuk dan berangin. Aku harap aku tak sesat. Tapi akhirnya aku jumpa gak berpandukan google map yang sempat aku saved sebelom bergerak. Seingat aku aku jalan ade la dalam 15 minit camtu. Takdela lama kan? Hiks. 

Untuk hostel yang aku menginap, boleh refer entry ---> Accommodation

Check-in hostel. Aku buat apa yang patut seperti rehat jap, solat dan mandi. Belengas rasanya badan walaupun sejuk. Then lepas tu baru pikir nak buat apa lagipun kat luar tu dah gelap dah. Nothing much can be done. Lepas Isyak camtu baru aku keluar, dalam pukul 5-6 petang camtu. Sempat collect map dari reception desk dan bertanyakan tempat-tempat yang boleh aku terjah. 

Tak jauh dari hostel ni, tapi still kene menapaklah ada Gamla Stan (The Old Town of Stockholm) dan kawasan tumpuan pelancong. Saja nak amek feel. Aku takde solid plan cuma berjalan selagi larat. 

Jom layan gambar sekitar city centre dan Gamla Stan. 

the theater

jalan kawasan shopping yang dalam mood krismas

reindeer yang berlampu!

time ni dah almost 10pm, jalan agak lengang

ayuh jejalan lagi

Gamla Stan yang ada Christmas Market, agak sendu pada waktu malam plus sedikit gelap


barang-barang yang dijual

kanak-kanak nak beli candy

salah satu jalan di Gamla Stan

Aku perhatikan, kalo sesiapa yang nak beli souvenirs boleh la beli kat satu jalan yang menuju ke Gamla Stan ni. Kiranya memang sebatang jalan utama yang menuju ke sana tapi hanya pejalan kaki. Nama jalan dia kalo tak silap aku adalah "Drottninggatan". Kat sini memang ada banyak jual souvenirs yang murah-murah berbanding tempat lain. Boleh la korang compare. Yang aku jumpa boleh dapat dalam SEK15/each for fridge magnet yang agak lawa. So, average untuk sekeping yang elok dan lagi cantik adalah dalam SEK30-SEK50/each

Bila dah lama berjalan tu, rasa nak minum coffee lak. Masuklah aku ke Espresso House, salah satu coffee shop yang local. Dekorasi agak menarik plus coffee pun agak sedap. Ada banyak cawangan kat sekitar Stockholm ni tak perlu risau nak carik kat mana. Pekena caramel latte yang telah menyebabkan aku takleh tido sampai jam 5 pagi! Bangun esoknya aku dah terlepas waktu check-out jam 10 pagi!. Danngggg! 

Ingatan untuk diri sendiri jangan gatal nak minum latte malam-malam. 

dekorasi dalam Espresso House

dekorasi dalam Espresso House

Ingat mula-mula tu nak terus ke Hard Rock Cafe, tapi bila google lak agak jauh dari tempat yang aku berada sekarang ni. Nampaknya save it for tomorrow la orang kata. 

Malam tu, sebelum balik ke hostel aku ada misi nak terjah beberapa metro station yang cantik katanya. Ni pun sebab aku ada nampak kat Pinterest. Haruslah pegi tengok sendirikan. 

Ayuh! 

T-Centralen Station

Solna Centrum Station

Radhuset Station - panjang betol eskalator dia

Disebabkan jugak aku mengumpul tumbler starbuck. Bila dah sampai ni, haruslah beli satu untuk koleksi sendiri. Starbucks yang terdekat yang aku jumpa adalah terletak dalam Central Station. Ada free wifi ye untuk mereka yang gila internet macam aku nih! Ahaks. 

suasana dalam Central Station

Dah dapat ape yang aku nak, balik ler ke hostel semula. Sebelum balik tu, memang aku dah beli siap-siap beberapa groceries yang akan digunakan sepanjang trip aku ni seperti roti, beras, sardin, biskut dan pisang untuk kasik tenaga. Memang untuk trip di negara Scandinavian ni memang aku try untuk masak ataupun makan benda simple-simple. Takde makan kat luar. Jimatttt adalah penting bila travel ke negara mahal nih. Nak nak bajet tak brape besar. 

Balik hostel, ingat boleh tido. Tapi takleh tido! Plus, badan aku dah mula rasa panas. Maybe disebabkan perubahan cuaca kot yang suhu tiba-tiba drop berbanding di UK. Terus aku telan ubat untuk kasik kebah skit. Mata duk berkelip-kelip dalam gelap sebab takleh tido. Hampeh betol rasanya yela, badan dah penat tapi mata takmau pejam-pejam! Hangin okeh! 

Sabar jela...

What a night!

Till then...

Bye! 

16 comments:

  1. Nice one. I'm planning to go Europe this April and Stockholm will be one of my lists. Singgah saja la sebab memang mahal semua dekat sana kan. Hahaha. Thanks for sharing! Bestnya dok UK!

    ReplyDelete
  2. One more thing nak tanya.... Gambar tu ambil guna camera apa? Nampak macam wide or fish eye effect. Guna GoPro atau DSLR with wide/fisheye lens? Mind to share. Hehe

    ReplyDelete
  3. Assalam,
    waaaaaaaaaaaaaaaa
    sonoknya uols travel2
    duduk di perantauan yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Ye saya duk di perantauan.

      Delete
  4. Terbaiklah brader! As usual. Boleh jadikan rujukan ni. TQ!

    ReplyDelete
  5. haihh.. mampu tengok je la.. lambat lagi nak sampai.. hehehe

    ReplyDelete
  6. GBP24.99 for 1 way kira mural tue. Menyesal dulu tidak plan pergi Sweden masa belajar di UK #regretpuntakguna. John, rajin kau check Pinterest. Saya selalu read blog tapi tidak pernah terpikir browse through Pinterest.

    ReplyDelete
  7. travel solo ke incik john! lawa weh train station dia..cam lam gua gitu..huhu

    ReplyDelete
  8. Menarik. Cantik gila metro station dia John. Tak sabar nak tunggu cerita Russia ni

    ReplyDelete
  9. MashaAllah, cantik giler station2 dia

    ReplyDelete
  10. MasyaAllah ... Teringin sangat nak pergi Sana... Sebab mcm kecik pernah pergi ... Abang nak Tanya harga ticket Dari Malaysia ke Sweden berapa ea?

    ReplyDelete