Friday, August 31, 2012

Melbourne, Victoria - Day 1! (Malaysia Hall Melbourne & Around the City)

Assalamualaikum!!!


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE-55 MALAYSIA!!! 

"JANJI DITEPATI TAU"

Cite Sydney dan Gold Coast dah abes. So, ni bahagian terakhir untuk Australia Not So Adventure trip of the year! Hahah matilah perasan lebih. Papepun. hope this will help you guys to travel on your own. Nampaknya bulan September tahun ni aku terpaksa burn 3 tiket flight, tahun lepas bulan September paling banyak aku travel. Naik flight everyweekend. Sape nak jawab? Redha jela...nasib baik time beli tu murah yang amat. So, takdelah terkilan mana kalo tak pegi pun. Nasib baik dalam Asean je. Kalo long haul? Aku sanggup amek unpaid leave. Haishh... Tahun burn segala tiket yang boleh. 

Anyway, let's! 

Untuk ke Melbourne dari Sydney, aku pilih Tiger Airways. Walaupun kapal terbang jenama harimau ni agak terkenal dengan sikap suka mendelaykan penerbangan. Tapi it's no doubt that they offer us a very good bargain. Why not to take some risk? Am I right? Time aku beli tiket tu, harga tiket memang agak murah. Aku beli dengan harga AUD59.97/way termasuk dengan pre-baggage 20kg. Murah la kan? Nak murah macam mana lagi kan....so, kalo nak beli harga murah sila-silalah jenguk website airlines selalu takpun subscribe je newsletter dorang untuk current promo and sales. 

Penerbangan untuk ke Melbourne adalah sepatutnya jam 9.45 AM, tetapi 2 bulan sebelum tibanya tarikh penerbangan, dorang re-schedule balik time penerbangan yakni kepada 8.45 AM... haaaa ko tengok tu dorangkan awalkan. Nasib baik dorang bagitau awal-awal. If on the day itself? Maunya kelam kabut. Dah tu, bila dah check-in sume, bila dah tiba di gate yang ditetapkan...rupanya dah tukar gate lain pulak yakni jauh dari yang asal. Haaa...sekali lagi mereka buat hal. Tapi still boleh dimaafkan. Overall, aku katakan kalo korang naik Tiger Airways ni kene selalu alert dengan segala changes. Kang tak pasal-pasal termissed flight. Rugi duit, masa dan akan menyebabkan pergaduhan. In fact, they have the weaknesses but the journey was smooth. Sampai tepat pada masanya di Melbourne Airport. By the way, hanya 50% je full dalam flight tue. 



Dah landed kat Tullamarine Melbourne Airport, kene jalan skit menuju ke bus stand SkyBus. SkyBus ni macam SkyBus AirAsia gak. Dorang akan bergerak dari airport menuju ke city centre. Jarak perjalanan lebih kurang 30 minit camtu dengan kekerapan setiap 10minit. Cepatt kan? Harga tambang adalah seperti gambar dibawah. 

Satu lagi cara yang aku rasa sangat sesuai dan amat amat amat patut dilakukan untuk mereka yang akan menginap kat Malaysia Hall Melbourne (MH) adalah dengan gunakan perkhidmatan http://www.starbus.net.au/ untuk terus menuju ke depan muka pintu MH. Aku tau perkhidmatan ni pun lepas berbual dengan sorang akak ni yang turut menginap kat MH. Dia bagitau bayar tambang hanya AUD21/way untuk sampai ke MH. No hassle, no backpain, no walking at all. They will straight send to from airport to Malaysia Hall. It's point-to-point shuttle bus. Kalo korang bawak parents ke anak-anak kecik. Taknak duk bawak beg luggage ke hulur dan ke hilir, amatlah patut gunakan perkhidmatan StarBus ni. Instead of gunakan SkyBus yang akan menyebabkan anda banyak kali transit public transport untuk sampai ke MH. 

Ok..berbalik kepada aku naik SkyBus tadi. SkyBus ni akan stop kat Southern Cross Train Station. Ni stesen yang baru dan lagi besar. Kiranya macam KL Sentral. Dari Southern Cross, kitaorang beli dulu MyKi card. What is MyKi card ni? Dia macam Touch&Go gak. Kene topup untuk guna naik tram, train, dan jugak bas. Ni link untuk keterangan lanjut mengenai MyKi Card -----> HERE . Kalo guna MyKi card ni jugak, boleh beli pass untuk macam 3 hari, 5 hari ataupun 7 hari. Macam aku hari tu, since menginap kat MH selama 6 malam, aku beli terus pass MyKi untuk 7 hari Zone 1 = AUD32.80/pax. Boleh refer sini untuk yang info tambang ---> Myki Fares . Yang pass ni boleh cover naik tram, bas dan jugak train unlimited rides. InsyaALLAH berbaloi... Since MH ni berada dalam Zone 1, no need to buy Zone 2. Zone 1 is sufficient enough. 

Pondok beli tiket just follow the signboard to get here

Tambang bas untuk semua




Ok, how to go to Malaysia Hall Melbourne? It's a trick question even though it is not! Hahah. 

1. Dari Southern Cross Station, korang amek train menuju ke Flinders Station. 
2. Dari Flinders Station, tunggu tram kat St.Kilda Road yang bernombor 6 yang menuju ke Glen Iris
3. Then, turun kat stop yang bernombor 27 atau 28. Tapi better turun kat stop no.28. 
4. Bila dah turun tu, lintas jalan dan berjalan ke arah kanan
5. Jalan dalam lebih kurang 50 meter sahaja. Tadaaaa! Dah sampai MH Melbourne on your left!
6. Gudluck! 

Untuk kat Melbourne, menginapan aku selama 6 malam memang hanya di MH Melbourne. Alhamdulillah, walaupun maximum stay hanya 5 malam, tapi since bukan peak season, permohonan aku untuk stay 6malam diluluskan dengan jayanya! Time kami sampai kat situ adalah jam 1 petang. Warden MH Melbourne, yakni Haji Rudie tak sampai lagi.. Lunch kot. So, kami masuk dulu untuk lepak-lepak kat ruang tamu. Not bad, rasa macam duk rumah sendiri. Sunyi je...maybe time aku datang ni takde penghuni sangat.  Nasib baik boleh masuk dalam, if not duk kat luar je boleh beku dan kejung sebab suhu lagi sejuk dari Sydney! Yela, Melbourne berada bawah lagi dari Sydney

Tunggu tak lama, Hj Rudie tu pun sampai. Teruskan dengan procedure check-in. Rate adalah sama yakni AUD12/night + AUD15/service charge. Internet kat living hall dengan bayaran AUD5/sepanjang penginapan. Mula-mula agak curious gakla macam mana keadaan bilik sebab kat MH Sydney taklah baru tapi still bearable. Tapi bila masuk yang MH Melbourne, wow! Macam 5 stars hostel. Sebabnya dorang ade buat bangunan baru kat bahagian belakang untuk dijadikan bilik. So, everything is brand new. Awesome! Toilet pun lawa!!! Dalam bilik tu ada 2 katil singles with study table with lights. Siap ade heater lagi. Overall, aku puas hati! By the way, toiletries dan tuala adalah tidak disediakan. So, kene buat sendiri semuanya. Ini bukan hotel! Kat sini ade pantry, tapi tak boleh memasak ataupun melakukan proses memasak yang menggunakan api. Tetapi boleh guna microwave yang disediakan untuk memanaskan makanan. Kenapa takleh memasak? Kerana mengikut warden MH Melbourne dan Sydney, kat sekeliling bangunan MH, dipasang alat pengesan asap yang boleh detect any asap dan terus call bomba untuk datang cegah kebakaran. If, there is any false alarm, mereka akan didenda sebanyak AUD1,800!!! So, that's why they are very very very particular about this. Siap setiap penginap kene sign agreement cakap saya akan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Harap semua bakal para penginap kat MH Melbourne atau Sydney tau yang kat sana takleh memasak. Jangan tanya soklan macam ni kat aku. Sekian. 






Lepas dah setel mandi, solat semua tu, dalam lebih kurang jam 3 petang kami keluar semula menuju ke city centre yakni kat kawasan Flinders Street untuk carik makanan. Weyyyy lapar tau tak! Dah la sejuk menggigil nih! Tapi dari situ naik tram gak menuju ke Flinders Station. Dari situ, korang jalan je sepanjang Swanston Street sebabnya kat situ ade beberapa buah kedai makanan halal termasuklah Restoran Nelayan dan Turkish Kebab. Takpun, boleh pegi QV Mall tak jauh kalo jalan kaki. Naik tram pun boleh. Kat dalam tu ade Papa Rich Kopitiam. So, we all makan situ. 

Tram stations depan Flinders Station dan Federation Square

Flinders Station : the oldest train station. Classic! 







Lepak kat situ layan free wifi dan kemudian lepas makan tu pun dah gelap. Masuk kat Woolies jap nak beli sedikit kudapan dan air mineral. Kemudian balik semula ke MH Melbourne untuk berehat. Tak kuasa nak lepak lama-lama kat luar sebab sejukkk.. Balik MH, lepak kat living hall layan Masterchef Australia. Kekeke. 

Esok kami akan menuju ke Great Ocean Road! How do we go there? Stay tune for more updates! Hahah. 

Till then, wasalam... 



Wednesday, August 29, 2012

Sydney, New South Wales - Total Expenses!

Assalamualaikum!!!

Dah abes bahagian Sydney aku dah ceritakan kat korang sume. Now, bahagian total belanja yang aku spent kat sana pulak. Macam biasa la kan...buat-buat taktau pulak! Ni mahal sebab suka shopping souvenirs. Jangan tiru aku tau!

Day 1
  • MyMulti3 Pass : AUD60
  • Virgin Airlines (GC-SYD) : AUD81.50
  • Airport Rail Link Pass : AUD18.60
  • Malaysia Hall Sydney : AUD39 (AUD12/night + AUD15/service charge)

Day 2
  • Fridge magnet HRC : AUD18
  • Souvenirs shopping at Paddy's Market : AUD114
  • Lunch at Turkish Kebab : AUD15.30 

Day 3
  •  Fridge magnets at Blue Mountain : AUD13.90 + AUD7
  • Scenic Pass at Blue Mountain : AUD28
  • Sneakers bar : AUD2.95

Day 4
  • Postcards : AUD4
  • Lunch at Cafe Kasturi : AUD10.20
  • Chatime : AUD5

Day 5
  • Narnia Exhibition Fee : AUD14
  • Fridge magnet museum : AUD2.50
  • Oporto for lunch : AUD10.50
  • Souvenirs : AUD20

GRAND TOTAL: AUD464.45 / RM1,463.02

Exchange rate : RM3.15


Monday, August 27, 2012

Shopping : What did I bring back from Sydney, Australia

Assalamualaikum!!! 

Cite pasal Sydney dah abes. Now, sesi untuk menunjuk barang-barang souvenirs yang aku bawak balik la pulak kan. Barang-barang ni sume aku beli kat Paddy's Market. So, korang jangan lupa kalo pegi Sydney harus singgah market ni kalo nak beli souvenirs murah-murah. Walaupun ada certain design adalah lebih kurang sama dengan ape yang dijual samada di Perth, Gold Coast. Tapi ade jugak yang berlainan jenis design seperti fridge magnet! 

Kat dalam Paddy's Market ni ada pelbagai jenis penjual. Ada mat salleh takpun cina apek yang duk jual. Tak lupa cina indonesian. So, cakap melayu je la uols! Senang faham takde tergagap duk speaking omputih yang ke laut tuh! Muahaha. Kalo tak cukup cash, jangan lupa swipe jela kad plastik yang dalam wallet atau purse tu. Apelah salah skali skala shopping souvenirs untuk sanak-saudara kan? Ada certain kedai memang dorang accept visa ataupun mastercard. 

Jangan membuang masa, ayuh kita belek-belek souvenirs!

Ni sume souvenirs yang aku beli kat Blue Mountain. Mahal yang amat! Tapi pejam mata jela. Yang paling murah ialah yang panjang tu. Beli 3 keping dapatlah AUD10. Yang lain-lain tu average harga adalah AUD6.

Ni pulak fridge magnet yang beli kat muzium di mana pameran Narnia diadakan. Sebab takde FM jenis Narnia, beli jela yang jenis ni yang ada. Harganya ialah AUD2.50

Fridge magnet paling mahal yang penah aku beli. Tapi sebab teringin nak ada 1, maka pejam mata jela uols! Banyak benda dalam trip kali ni memang pejam mata. Hahah harga sekeping ni ialah AUD18 selepas diskaun 10%.

Ni pulak seperti biasa keychains. Special la skit sebab dalam kotak. Harga dia kalo ingat-ingat lupa dalam AUD2-3 per box.

Keychains macam ni paling murah hanya AUD1 untuk 1. Murah kan? Beli 10 keping dapat free 2 keping. Haaaaa...banyak wooo aku borong! Senang kasik kat kawan-kawan ofis. Heheh

Ni pulak tote bag yang boleh lipat. Harganya ialah AUD3/bag. Ada macam-macam design. Budak-budak perempuan mesti suka bawak pegi klas untuk menunjuk kat kawan-kawan. Muahaha

Ni pulak beg toileteris atau pencil box jenis gedabak? Hurm...susah nak tafsirkan. Tapi harganya hanya AUD2/sehelai. Sehelai? Hahah...papepun, berbaloi untuk diberikan kepada teman-teman rapat. Ada kaler hitam, pink, cream dan biru.

Fridge magnet jangan dilupai. Harganya 3 ketul hanya AUD5. Boleh campur-campur bergantung kepada jenis dan design yang ada. Pilih-pilih!!!

Ni bukan t-shirt ye, tapi ianya sebuah recycle bag. Aku beli pun sebab nak isi barang. Harganya hanya AUD1 untuk sebuah beg ni.

Ni pulak t-shirts yang hanya ada kaler hitam, merah dan krim. Harganya lebih murah berbanding design yang ada kaler lain-lain. Harga yang ni boleh dapat dalam AUD8/sehelai.

Ni pulak beg tote. Ye la kot tote. Harganya AUD4/sebijik tapi boleh dapat 4 bijik dengan harga AUD10. haaaa.....kiralah sendiri! Ada macam-macam design!

Kalo anda seorang yang berjimat cermat, boleh beli fridge magnet jenis macam ni. Sesuai kalo nak kasik kat ofismate. Harga sepapan tu kalo tak salah aku dalam AUD3. Boleh dapat 5 papan untuk AUD10. Aku pun dah lupa. Tapi still a good bargain! Don't missed it!

Ok dah...itu aje untuk korang. 

Till then, wasalam....

Saturday, August 25, 2012

Sydney, New South Wales - Day 5! (The Narnia Exhibition)

Assalamualaikum!!! 

Selamat Hari Raya! Kita kan raya sebulan...so, since masih lagi dalam bulan Syawal, tak salah kan kita bersalam-salaman sesama sendiri. Jangan jadik gila sudah. Hahah. 

Papepun, kalo ikutkan tahun lepas, hari ni yakni raya ke-4 aku dah berangkat ke Perth, Australia untuk beraya. Tahun ni memang takde bajet, so duk diam jela kat umah menolong keluarga membuat laundry dari pagi sampai ke petang demi mencari rezeki. InsyaALLAH, next year aku nak travel time raya. Kene gigih kumpul duit nih! Aku bajet ramai pembaca di luar sana akan beraya di overseas kan time travel. Ada beberapa kenalan aku nak pegi bercuti. I'm so jelly-jelly with you guys. Bring me some FM please. Hahaha. 

Ok jomlah aku sambung cerita Sydney aku untuk hari ke-5 pulak. Ni adalah hari terakhir aku berada di Sydney sebabnya esok pagi-pagi lagi akan berangkat ke Melbourne pulak untuk 6 hari. Yahuuuu!!! Mengikut kata anak-anak Abg Im, yang semalam dan arini akan hujan sepanjang hari. Syukur Alhamdulillah ramalan untuk semalam adalah tidak tepat! Tapi arini ramalan hujan adalah tepat! Walhal semalam punyelah clear blue skies, tup-tup arini dah jadik gloomy greyish skies! Huhuhu bertabah jela dengan cuaca yang tak menentu ni. Patutnya arini kalo cuaca cerah nak pegi jejalan kat sekitar University of NSW. So, kepada korang sume yang nak pegi Sydney, jangan lupa singgah university ni tau. Aku penah tengok, macam kampus Harry Potter tuh. Haishhh....harusku ripit nanti tatkala bergelar menantu Tan Sri. Hahah. 

Tapi since hari ni dah last day, kene la jugak keluar kan. Takkan nak terperap dalam rumah mengadap heater je the whole day. Boleh gila dibuatnya. So, malam sebelumnya sempat riki kat website tentang Narnia Exhibition kat PowerHouse Museum. Arini hujan, baek buat activity yang indoor. Untuk membunuh masa, ayuhlah kita bersiap-siap untuk meredah hujan menuju ke muzium. Gambar kat bawah ni adalah gambar-gambar menuju ke muzium. Time ni hujan renyai-renyai. Cis!



Supposed to come here to party like crazy! I guess...iman masih kuat. 

Hop On Hop Off Bus

Budak-budak sekolah suka buat school trip

Aku tak pasti sampai bila exhibition ni berlangsung. Hari tu kalo ikutkan kata anak Abg Im, ade pameran Harry Potter. Terlepas pulak...cis! Narnia pun okla kan... Macam mana nak pegi PowerHouse Museum ni? Senang je, pegi ke Paddy's Market, kat situ ade signboard menuju ke muzium ni. Jalan kaki dalam masa lebih kurang 10 minit je. Time ni masih lagi hujan. Gigih tau! Bayaran masuk untuk dewasa ialah AUD17. Tapi sebab guna student card, ngeh ngeh ngeh...dapat diskaun AUD3. So, bayar je AUD14. Kat dalam dewan pameran takleh amek gambar. So, aku agak frust tergolek kat situ. Cis! Kat luar je boleh amek gambar. Dewan pameran kat dalam tu tak besar mana pun. Kalo ikutkan sejam dah boleh abes pusing abes sume. Katanya sume pakaian, alat props sume yang original. Ade gak tayangan video bla bla bla... (kes malas nak tupe). 

Jomlah layan gambar yang aku ade... 
















Lepas dah selesai melawat, lapar la pulak perut kan...singgah makan kat Oporto makanan segera opposite Paddy's Market. Kat sini Oporto halal, boleh tanya penjual kat kaunter tu. InsyaALLAH.... Amek 1 set sorang. Sedappp gak not bad. Cuma takde cili sos. Mat salleh ni sume mana makan pedas! Cis! Harga 1 set dalam lingkungan harga AUD10-AUD14/set. Okla tu kan.. 


Nexttttt sebelum balik ke rumah, kawan aku nak singgah 1 kedai stationery ni yang dipanggil Smiggle! Haaa kat Malaysia rasanya tak masuk pasaran lagi. Ape yang specialnya? Kat sini macam-macam jenis alat tulis ada untuk kanak-kanak tapi warna yang ada hanyalah purple, pink, green, blue dan black! Harga pun boleh tahan mahaiiii jugaklah! Nasib baik tak masuk Malaysia, if not ramailah anak-anak yang spoil brat nak set kelengkapan alat tulis macam kat sini. Kalo tak dapat straight A's taktau laaa... 



Dah abes sume, kami balik semula ke rumah Abg Im untuk packing-packing barang. Kalo tido petang ni agak syiokk gaklah! 

Till then, wasalam...