Wednesday, August 22, 2012

Sydney, New South Wales - Day 4! (Around the City)

Assalamualaikum!!!

Walaupun aku tau entry travel time bulan puasa ni tak brape nak femes, tapi demi nak abeskan cepat-cepat aku gigihkan jugak type sambil tunggu nasik nak masak. Korang berbuka ape arini? Aku simple-simple je. *calonsuamipilihan* 

Ok jom! Mesti korang perasan trip aku pegi ke Australia tahun ni memang tak jejak kaki langsung ke zoo yang ada kangaroo ataupun koala untuk bergambar. Sebab aku tak pegi ke zoo, last year aku dah pegi Perth dan masuk skali Carversham Wildlife Center. Boleh refer kat entry ni ----> PERTH . Tapi kalo yang first time jejak kaki pegi Australia ni tak kira Sydney ataupun Perth, jangan lepaskan peluang untuk beramas-mesra dengan kangaroo sekali seumur hidup. Kalo ada anak-anak memang seronok. By the way, kalo kat Sydney korang boleh pegi ke Tarooga Zoo Sydney. Terletak tidak jauh dari Circular Quay. Boleh refer kat "How to get there" untuk pegi ke zoo ini. 

Hari ke-4 di Sydney, aku dah mula sukakan city ni. Dalam angan-angan aku ni plan nak berhijrah kat sini. Maybe sebab jiwa muda sukakan keadaan city macam ni disamping cuaca yang bagi aku sangat best untuk menjalani hidup yang bahagia bersama orang tersayang. *berdehem* Dalam program aku memang dah takde pape sangat nak pegi tengok kat Sydney. Ke korang ade idea lain? Maybe boleh aku terjah di lain tahun. InsyaALLAH. Papepun, aku masih berharap yang hari-4 ni cuaca elok. Alhamdulillah....memang sangat-sangat elok. Aku dah plan untuk pusing-pusing city lagi skali termasuk nak capture gambar waktu malam kat Darling Harbour. It's a must ok! 

Pagi tu, keluar awal macam biasa. Kawan aku lagi sorang dah ade plan lain untuk berjumpa dengan kawannya yang menetap kat sini. So, just two of us to go out for sightseeing. That's ok then. No biggie at all. Keluar dalam pukul 9 pagi camtu. Langit biru lagi ok!!! Tak tertahan silauan matahari yang menerangi bumi Sydney. Tunggu bas kat bus stop tak jauh dari rumah Abg Im. Senang saje kan....best best! Sekali lagi aku puji tentang kebagusan dan ketetapan masa jadual bas. How i wish kat Malaysia pun macam ni. Tak hanya tunggu bas penuh baru nak gerak! Choy sangat ok! 




Pagi ni memang destinasi pertama ialah nak naik feri tengok Sydney Opera House tapi dengan dari depan pulak instead of lalu bawah Harbour Bridge. Feri kali ni akan menuju ke Manly dan perjalanan akan mengambil masa kira-kira 30minit. Naik feri di Wharf 2. Korang boleh tengok destinasi kat jadual yang disediakan. Feri ni agak besar macam feri Langkawi tu. Ada bahagian dan bahagian dalam. Since dah beli MyMulti3, boleh turun naik feri dengan percuma. Hehehe. Kami naik sampai Manly then patah balik ke Circular Quay. Harus cepat sebab macam-macam tempat lagi nak terjah kalo boleh. Hari semakin suntuk dan siang semakin pendek.

Jomlah layan gambar. Biarkan gambar-gambar berbicara sendiri.






Rumah-rumah di Manly


Nanti kalo aku dah ade bini nanti, nak buat macam gambar kat atas tu kemudian framekan. Hahah







Ok dah abes pusing-pusing naik ferry, turun la aku balik kat Circular Quay. Kemudian jalan-jalan kat bahagian Sydney Opera House. That time, ada construction kat bahagian luar. I guess dorang tengah buat menaik taraf bahagian tetangga kat situ. I bet, bila Biqque sampai sana dah siap kot. Ada pulak backdrop yang penuh dengan kata-kata pujian tentang keindahan Sydney Opera House and why they liked it. Kalo ada any teater yang best-best, boleh masuk tengok. But maybe next time. InsyaALLAH. 

Later, aku bergerak pulak menuju ke arah city centre. Saje jalan-jalan time ni nak tengok kehidupan. Nak carik Woolies (Woolworth) sebab nak beli makanan skit. Kalo nak carik makanan halal, banyak terdapat di sepanjang George Street as i mentioned earlier in my previous posts. Since hari ni weekdays, saje nak try makanan kat Cafe Kasturi yang terletak di George Street. Kafe tak besar mana pun. Tapi tak ramai pun orang and looks like macam kafe orang kaya-kaya. Hahaha. Since dah masuk, why not to give it a try. Tengok menu...*gulp* macam biasalah kan...kalo makanan Malaysia kat overseas mana ada murah macam kat Malaysia. Maybe sebab kehalalan yang terjamin. InsyALLAH. Rate harga untuk sepinggan nasik goreng atau mee goreng adalah lebih kurang AUD14-17/plate. Since macam mahal skit, so aku order 1 pinggan mee goreng dan share dengan kawan aku. By the way, portion dia agak besar. So, agak kenyang gak la lepas makan. Rasa mee goreng dia not bad. I liked it. Time kami lunch tu, pukul 2 petang kalo tak silap. So, kawan aku tanya waiter Kafe Kasturi tu ada surau tak kat situ. Alhamdulillah....ada kat tingkat atas. Tapi kecik je. But as long as boleh solat then it's ok. 

Lepas dah settle makan, terus jejalan di sekitar George Street. Time ni pulak dah nampak Chatime. Ape lagi kan....saje gedik nak beli gak Chatime. Jangan lupa may feverit flavour, caramel milk tea. Jot it down pls... Harga dia dalam AUD5/regular size. Arghhh! Sedapnya


China Town near George Street, in front of Paddy's Market





Next!!! Jalan-jalan kat sekitar Queen Victoria Market. Kiranya kat sini macam upscale punye shopping malls. Yela, mostly kedai-kedai kat dalam ni macam butik mewah. Nak masuk pun macam segan, tapi masuk jelah untuk amek-amek gambar dan cuci mata. Awesome beb! Jomlah layan gambar...








Ok dah puas jalan-jalan dalam tu, aku dan kawan aku pulak nak pegi terjah Darling Harbour. By the time sampai sana should be ok to wait for night view. Hehehe. Plus nak singgah Hard Rock Cafe Sydney nak beli baju hoodies aku tu. Naik bas macam biasa....mula-mula nak turun kat area Darling Harbour. Tapi terturun pulak kat tempat lain which is still far from Darling Harbour. Nevermind, hari masih lagi cerah. So, jom jejalan kat taman nih! Urghh! I would kill to have that apartment facing the lake? I guess it's a lake. Hahaha. 

Lepas dah abes jejalan, naik bas balik menuju ke Darling Harbour. Jalan-jalan lagi...jomlah layan gambar. Taktau nak cerita ape dah. 








Makan bekalan roti yang tinggal lagi dalam beg berserta tuna dan duk kat tepi tasik? Tasik lagi...ke laut? Teluk? Tapi yang penting kat area Darling Harbour tula...perghh! Syiokkk gilak! Sejuk-sejuk pun gigih ok! Yela nak tunggu night view punye pasal. Dah la takde tripod bawak, terpaksa guna segala perkakas yang dibawa untuk lapik letak kamera jadik tinggi skit. Maka hasilnya seperti dibawah ini... jom lihat! Kemudian beralih pulak ke Circular Quay untuk amek night view Harbour Bridge and Sydney Opera House. Then, later we headed home....we called it a night! Esok dah last day kat Sydney!!!









Actually, sepatutnya arini aku patut pegi tengok University of New South Wales, sebabnya aku penah tengok gambar cantikkk yang amat design building dorang macam dalam filem Harry Potter tuh. Tapi apekan daya, tak cukup masa beb. Esoknya pulak diramalkan hujan dan mendung sepanjang hari. Yeahh, we need to expect that. What to do...maybe next time. InsyaALLAH. 

Till then, wasalam...


12 comments:

  1. kagum ngan ur pic! sume cantiksssss sangat! guna dslr ape ye? selamat hari raya ;)

    ReplyDelete
  2. cantik laa gamba2 ko amik kat sydney, langit membiruuu ajer

    ReplyDelete
  3. night view mmg superb! harap2 nanti aku gi, takde la takde perasaan sbb buat masa skang ni, aku tgk opera hs tu mcm takde perasaan lagi hahahaha!

    ReplyDelete
  4. hamboii cita-cita dgn bini tu.. hoho!

    *dekat umah saye ada Kensington Park. semua nak tiru org putih.. ;)

    ReplyDelete
  5. seronoknyeeh jalan2..sila la update tempat2 best..leh usha pot best utk honeymoon! weee~ thnks!

    ReplyDelete
  6. Wow bestnya opera house! Lawanya Gambo!!!!!

    ReplyDelete
  7. wowwwwww semua citer sambil membayang dah nak kawen dah nih??? ekekekeke...

    takde lagi perasaan untuk 2013, mungkin 2014? 2015? 2016??? hahahhaa atau nak lari jenjiwang nantilah baru lari pi sini. ekekeke

    ReplyDelete
  8. Blue sky :) Mesti cuaca baik punya ...
    Gambar yg ada reflection atas air tu cantikle :)

    ReplyDelete
  9. baik gambo siang
    mahupun malam
    sume superb
    (dah ada unsur2 nak kawen???)
    hehehe

    ReplyDelete
  10. @Ceklala,
    terima kasih! hehehe sy guna nikon d3000 je tp guna lens 55-108mm. ;) selamat hari raya!



    @Akira,
    hehehe terima kasihhh!!! kene terjah sini pulak akira!



    @Biqque,
    haishhh....penat tau duk bertinggung atas jeti gara2 x bwk tripod. redho jela. nasib baik jadik gak 2 3 keping gambar. hahaha takpe2, teruskan buat research. aku bet ko boleh buat lebih dari aku lg.



    @Blog-tip-kurus,
    hahaha biasela tu angan2. owhh duk sydney gak ke? bestnyaa!!!



    @MissJue,
    hehehe insyaALLAH!

    ReplyDelete
  11. @Janggel,
    hehehe terima kasihhh!!!



    @MasMZ,
    haishhh kannn! angan2 katanya. muaha. jom jom jom! jangan lupa ajak aku tau!



    @Naramas Aman,
    alhamdulillah...aritu cuaca mmg sangat2 baik. terima kasihhh!



    @Kak Anash,
    hahhaah terima kasihhh akak!!! motif nak kawen awal?LOL

    ReplyDelete
  12. wah fotonya keren banget, ngomong ngomong ambil fotonya pake kamera apa ya ??

    visit to dieng : Paket Tour Dieng

    ReplyDelete