Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!

Assalamualaikum!!!! 

Terlebih dahulu aku nak panjatkan kesyukuran Alhamdulillah ke hadrat Ilahi sebab dah setel akaun dah di signed oleh partner tersayang. Bulan Ramadhan kali ni sungguh mencabar dengan pekerjaan hakiki. Tido tak cukup, bukak posa ala-kadar, masa 24jam memang tak cukup. How i wish i have more time. Memang menguji. Papepun, aku dapat hadapi dengan sukses sekali. Ni baru sampai rumah...kejap lagi nak kemas dan packing baju sebelum bergerak ke pantai timur. Sudah tentu jalan sesak dengan anak perantau yang nak balik ke kampung. Semoga kita semua sampai dengan selamat dan 1 piece. InsyaALLAH. 

Dikesempatan ini, aku nak memohon beribu ampun dan maaf dengan semua kawan-kawan rapat, lawan-lawan rapat, teman-teman ofis, teman seperjuangan, kawan-kawan forum, kawan-kawan bloggers, kenalan di email yang hantarkan pertanyaan dan semua readers yang baca blog aku ni kalo aku ada salah dan silap, terkasar bahasa dan macam-macam lagi. Aku yakin memang aku suka marah orang, kasik orang sentap whatsoever. So, anggaplah tu memang khilaf aku. Aku maafkan dosa korang semua jugak. InsyaALLAH. Takde dendam kesumat dalam hati. 0-0 ok!    Maaf zahir dan batin!!!

Kepada #Travelholicawesome, terima kasih atas segala persahabatan kita ni. Mohon ampun dan maaf kalo terkasar bahasa, kasik sentap, mulut puaka, longkang, bangang dan semuanyalah! Harap maaf disambut dengan rasa sebak dan syahdu. Aku hargai persahabatan kita ni semoga kekal sehingga Syawal kita yang terakhir kelak. InsyaALLAH.



Till then, wasalam....






P/s: kepada semua readers yang nak buat open house tu, kalo sudi nak jemput aku sila hantarkan e-mail alamat rumah ok! Kepada yang jauh di perantauan, kenang daku dalam doamu! Selamat hari raya!!!

9 comments:

  1. Berhati-hati di jalanraya Danny.
    Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  2. ucapan dari seorg yg 'retis'...
    akak pun ....terlajak gurau, terkasar bahasa...maaf dipinta
    drive carefully...selamat semuanya...

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya. Semoga selamat sampai Klate dan pulang semula ke KL...

    ReplyDelete
  4. ko sangkut dlm jem berapa jam semalam? nasib baikla balik, aku ingt ko akan beraya dkt opis..kekeke...apapun john, aku nak mintak maap jika ada salah dari awal kita berkawan sampailah sekarang ye. selamat menyambut hari raya dgn keluarga yg tersayang...wsalam!

    ReplyDelete
  5. huuuuuu retis sangat ucapan raya ko nihhhh..... ekekekekeke.....


    Selamat hari raya John, tahun ni aku lajak wat open house ala2 potluck... sila bawa makanan dari pekan Kolumpo tuu nanti yerrrr.....


    Salam takziah buat kehilangan nenda di pagi raya..... Semoga rohnya dicucuri rahmat. AlFatihah buat arwah.

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Aidilfitri to you, Danny!

    Salam dari Kota Kinabalu, Sabah =P

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya ma boy, maaf zahir batin. nanti open hs umah mak esah, jgn lupa datang. tak meriah takde retis katanya.

    ReplyDelete