Happy Weekend! Eh, dah Isnin dahhhhh~ Cepat betul masa berlalukan.
Anyway, entry masih lagi takde kaitan winter trip yang tinggal satu negara je lagi yakni Russia. Tunggu semangat Putin masuk dalam jiwa baru boleh menaip. Ahaks.
Untuk entry arini aku just nak share accommodation aku ketika di Zakopane, Poland tahun lepas! Bukan tahun ni ye... tapi tahun lepas! Ski trip katanya.. tapi saljinya tak brape nak ada. Sedih okeyyy! Tapi nasib baik accommodation semua approved. Lega!
Details berkenaan Willa Maura, Zakopane ni adalah seperti berikut dan booked thru Booking.com:
Willa Maura
9, Zwierzyniecka Street
34-500 Zakopane, Poland
Tel/Fax: +18 2013280
Mobile: 510 240 238 / 505 114 493
Email: kontakt@willamaura.pl
Website: http://www.willamaura.pl/
bangunan Willa Maura |
Selama 2 malam aku dan kawan-kawan menginap kat sini. So far, memang puas hati dan berbaloi dengan harga yang dibayar. Tapi maybe lain orang lain pendapat la kan. Honestly, aku try carik-carik balik booking confirmation aku untuk double confirmed the rate yang aku dapat. Tapi dah delete kot email tu. Tapi boleh check kat booking.com.
Untuk pengetahuan semua, Zakopane ni adalah satu kawasan di Poland yang mana kalau nak main ski, sinilah tempatnya. Ada beberapa buah kawasan ski yang ada dibuka ketika musim sejuk sehinggala mid-march. Range accommodation pun ada dari resort yang mahal, ke motel-motel yang murah. Aku tak pasti samada ada jenis hostel ke tak. Aku takdelak check.
Tapi kenapa Poland dan bukan Swiss? Sebabnya kat sini murah skit nak main ski. Berbanding tempat-tempat lain.
Willa Maura ni aku booked dalam 3-4 minggu sebelum berangkat ke sana. Total ahli jemaah ialah seramai 5 orang dan 1 baby. Haaa, ibarat bercuti bersama keluargalah. Dari yang muda, hinggalah yang paling tua. So, dalam bab nak pilih tempat penginapan ni, memang aku take into consideration jugaklah. Nak pilih yang murah, selesa, sesuai untuk yang family dan jugak cun! Hahaha cun tu kira bonus pointlah.
Reception dan kawasan sekitar Willa Maura
Kawasan Zakopane ni takdelah brape besar mana pun. Tapi kira cukup lengkaplah segala facilities yang ada. Sesuai dengan tarafnya tempat pelancongankan. Willa Maura ni terletak dalam less than 500 meter dari Carrefour Express Mart dan kira-kira 1.5km je dari city centre. Boleh je jalan kaki untuk ke sana nak tengok apa yang patut.
Kat belakang Willa Maura tu ada forest. Kalau datang summer boleh la buat trekking ke apa sebab tak jauh dah. Plus, ada beberapa buah kedai makan (non-halal), dan jugak pizza place kalau dah kebulur nak makan. Pastikan pilihan anda samada seafoods ataupun vegetarian jela. Nak senang, beli je pape makanan yang boleh telan dar Carrefour Mart tu.
Reception dia, waktu aku sampai tu dah petang. Sunyi sepi kawasan sekeliling. Maybe tengah get ready untuk dinner kot. Try tekan loceng takde sahutan. Haaa sudah! Kene con ke? Terpaksa la roaming kejap sebab nak call dorang ni. Nasib baik ada sahutan. Proses check-in tak lama mana pun, cuma kene kasik passport la untuk pendaftaran.
Zas zas zas! Terus ke bilik kami yang terletak kat atas sekali! Tingkat 3 tak silap aku. Okla nasib tak bawak beg besar-besar pun.
Bilik yang disediakan
Aku pilih bilik Suite yang boleh memuatkan 5 orang sekaligus. Ada dua bilik semuanya dan ada bilik air dalam tu. Senang nak mandi dan membuang. Ahaks. Breakfast juga ada disediakan dan ada wifi sehingga ke dalam bilik.
Bila masuk ke bilik tu, semua pakat duk cakap! Woahhh cun siot! Aku pun honestly waktu booking tu takde tengok betul-betul pun bilik yang nak booked ni. Tup tup dah booked dah That's why bila masuk tu agak terkejut gaklah. Memang teringin dah lama nak stay kat bilik yang dekorasi jenis berkayu camni. Rasa macam percutian mewah di Colorado la pulak. Ahaks! Jauhhhkan berangan. Kat Zakopane pun boley~
Ada banyak jenis bilik lain yang kalau berminat. Boleh refer ---> Willa Maura - Rooms
Amenities yang disediakan dalam suite aku tu adalah seperti berikut:
- microwave
- peti sejuk
- televisyen
- kettle
- towels
- almari
- coffee and teas
living hall : view 1 |
living hall : view 2 |
living hall : view 3 |
view dari tingkap ke belakang bilik |
room 1: view 1 |
room 1: view 2 |
room 2 : view 1 |
room 2 : view 2 |
Toilet : view 1 |
Toilet : view 2, ada shower cubicle kat sebelah. tak nampak lak |
Breakfast
Breakfast was ok. Nothing extravagant. Tapi okla untuk makan pagi. Bukan nak melantak macam makan tengah harikan. Biasalah yang boleh makan pun macam cereals, toast dan fruits. Tu pun dah terasa kenyang yang amat.
dining hall |
Ok dah tu je.
Till then... bye!
p/s: aku teringat motel yang DJ stay aritu kat NZ. cun gak! jenis bentuk tiga segi. Hiks.
Suka sangat dengan view bilik tidur tu.rasa macam dalam bilik sauna ja.hehee
ReplyDeletekannnnn! mcm bilik sauna! tepat sekali! hahaha
DeleteJohn ...
ReplyDeleteTak macam ski resort pun ... sebab tak nampak salji hahahahhaaaa
You dah ke Colorado ker? Colorado tuh ala ala my kampung ler hahahahah (sebab dulu belajar kat Golden , Colorado .... )
sedihkan! time ni mid march memang dah takde snow dah kat sini. tp kalau winter, memang putih je. ni berdasarkan gmbr google images yg saya tengok la
Deletetentulah tidak penah lagi sampai sana. tp one of my dreamlist jugakla nk jejak kaki ke sana. insyaALLAH. ;) untunglaaaa dia kampung kat us sana nun! hiks.
Assalam Dik
ReplyDeleteErrrr......bilik ayor tu sekali dengan dapor ke tu ???
waalaikumussalam. takde dapur akak cuma toilet dia besar, ada dua sinki. satu utk gosok gigi semua dan satu lagi sinki utk basuh pinggan sume.
DeleteAgak2 Villa Nabilla macam ni tak? sedaghe
ReplyDeletetidakkkk sedara. yg ni bebas dr segala anasir syaiton~ ahaks.
Deleteserious cantik bilik yang wooden style macam ni.
ReplyDeleteview dari tingkap pun not bad :)
mmg cantikkk! ;)
Deleteplease please update pasal rusia sy plan nk pegi masa summer
ReplyDeleteinsyaALLAH akan diusahakan secepat mungkin. ;)
DeleteToilet tu boleh buat aktiviti secara berjemaah eh?hehehe
ReplyDeletehahahah bolehhhh! kalau tak malu la. ahaks.
DeleteOk nasib yg ko ingt tu kt twizel...klo ko ingt yg seram tu mmg xleh blah!hahaha!
ReplyDeleteSaya tak boleh tengok bilik cantik macam ni...terus rasa nak baring...
ReplyDeletekannnn! sy pun rasa macam tu prof.
DeleteToilet tu ada 2 ...satu utk buang air kecil dan satu lagi untuk buang air besar ke?
ReplyDeletetak pasti la pulak fungsinya tu. tp rasanya lebih kpd utk basuh kaki.
Deletecantik dan nampak bersih. Hmmm Poland... menarik gak ni...
ReplyDeletekemasan kayu pokok pine..suka..country style..
ReplyDeleteAssalam john,
ReplyDeleteaduilaaaaaaaaaaaaaaa santek sangat laaaaaa
semua kayu kayan yer???
rasa warm ja mata iols memandang :)
Helo.... Salam Ziarah
ReplyDeleteDah lawat blog saya???
Ekekekeke...
LArikkkkkkkk
Cantik aih. Aku nak rumah concept macam ni. Tapi macam tak sesuai je dengan cuaca kat malaysia. Bhahaha! Terbaiklah!
ReplyDeleteCantiknya bilik! Nak cari wallpaper design mcm ni la, leh fefeling bilik sauna jgk muahahah
ReplyDeleteSejuk mata memandang. Sejuk jugak cuaca di sana ye John. Bila la dapat merasa dapat ke sana. hahaha....
ReplyDeletePergh lawanyaaa. Rindu pulak suasana di us
ReplyDeleteLawanya villa
ReplyDelete