Monday, April 13, 2015

Tips | How to Apply Russian Visa from UK

доброе утро 
Haaaa... paham ke tidak ape yang aku tulis kat atas tu? 
Maksudnya "dobroye utro = Good Morning" in Russia. 

Entry kali ni aku nak share berkaitan proses nak apply untuk masuk ke Russia dari luar Malaysia yakni dari UK. Untuk rakyat Malaysia diwajibkan ada visa untuk masuk ke negara ini ye. Takdenye boleh masuk camtu je tanpa visa. Actually, mula-mula macam terpikir gak sebabnya ada orang kata renyah nak apply visa Russia ni. Kene ada itu la, ini la, bla bla bla. 

Tapi berdasarkan pengalaman aku ni, pendapat aku takdelah renyah dan susah mana pun. Tambah-tambah pulak aku apply bukan dari tahahair sendiri tapi dari negara lain. Tentu korang terpikir mesti lagi susahkan? Jawapan aku, takde susahnya. Easy! 

Yaaaa betul, aku kene sediakan beberapa dokumen yang lain kebiasaan kalau kita nak apply visa. Kiranya special la skit requirement untuk apply visa ni. InsyaALLAH, kalau faham takde masalah. 

Aku try untuk tulis dalam bullet point supaya korang senang faham nanti. Tetapi harus diingatkan, visa application ni adalah dari London, UK ye, bukan dari Malaysia. 

Russian Visa aku, takde gambar! Pffft!
  • Know your Visa Type - sebagai seorang yang nak masuk ke Russia atas tiket pelancong, kene la apply "Tourist Visa". Takkan la nak apply student visa, business visa, diplomat visa, work visa, transit visa ke apa. Tapi maybe special case mungkin kene pakai visa lain selain Tourist Visa. Seeloknya kita kene tau apa tujuan kita. Tapi aku rasa kita semua yang nak pegi Russia ni, tentula nak pegi atas tiket as a tourist. Untuk info lanjut berkaitan jenis visa yang ada boleh la refer ---> Visa Type . Tourist Visa boleh valid sehingga 30 hari dan boleh apply untuk single entry mahupun double entry. Dates of validity of the visa will correspond with the dates mentioned on your tourist voucher/confirmation. Sebagai contoh, aku applied dulu letak tarikh waktu berada di Russia adalah bermula 18 December sehingga 24 December, maka tarikh yang akan terpampang dalam visa adalah tarikh tersebut. Itulah validity date yang kita boleh berada di Russia. 
  • Check the requirement for your visa - Haaa ni adalah benda yang amat penting kita patut tahu. Setiap warganegara mempunyai kriteria yang berbeza. So, bila korang nak select requirement yang diperlukan jangan lupa pilih "Malaysian" jangan pulak pilih "Korean". Hahah saje acah-acah. Mohon fahami dengan teliti untuk mengelakkan segala masalah yang berlaku bila tibanya hari untuk apply. Macam aku timbul, bila aku dah poskan passport aku ke pihak berwajib. 
  • Visa Fees - Setiap warganegara yang berbeza mempunyai fee yang berbeza. So, pastikan sediakan duit secukup-cukupnya. Boleh refer gambar dibawah untuk fee yang dikenakan kepada Malaysia. Honestly, mahai woiii apply dari UK berbanding apply terus di Malaysia. Total semua yang aku bayar untuk Russia Visa Single entry adalah sebanyak GBP78.20 termasuk delivery charge terus pos ke rumah lepas siap tu. 
***aku guna delivery terus ke rumah untuk application ni sebab leceh nak pegi London nak apply sume plus kekangan masa semua. Mulanya cuak gaklah sebab nak kene pos "nyawa" aku ni ke tempat lain. Yela, mana tau kot-kot apa yang terjadik ke semua. Mampos aku tau. Tapi alhamdulillah... everything went well. 

valid as at 12 April 2015 - for updated version please refer ---> HERE
  • Documents required - Ni kene baca betul-betul apa documents yang diperlukan supaya nanti takde masalah bila time nak apply tu. Maybe kalau sekali imbas, uishhhh macam susahh ye nak sediakan dokumen ni semuakan. Bagi aku, kalau bagi faham dan hadam, actually senang. Cuma tu lah, kene sediakan sedikit duit la. Aku list down dokumen yang diperlukan untuk kasik faham lagi okeh. 
#1 - Passport : Must be current passport. Make sure valid lebih daripada 6 bulan ye. Kalau tidak, pegi renew cepat-cepat! 

#2 - Visa application form : Boleh isi secara online, save, edit sebelum submit dan print. Untuk online application form, boleh refer ---> HERE . Pastikan tarikh masuk dan keluar dari Russia adalah matching dengan supporting documents nanti. 

#3 - Passporr size photo : Gambar passport terbaru Latar belakang mesti putih. Untuk photo specification, please refer ---> HERE 

#4 - Tourist Voucher / Tourist Confirmation : also known as "Invitation Letter". Untuk yang ni, aku beli direct terus daripada hostel yang aku bakal menginap di St. Petersburg dengan bayaran sebanyak GBP12/pax. Harga ni maybe berbeza mengikut hostel. Contoh invitation letter aku adalah seperti dibawah:

confirmation number dan reference number adalah penting untuk diisi ketika online application form
#5 - Bank statements - Perlu atau tidak? Jikalau kita adalah seorang yang self-employed, unemployed, working from home, ataupun company directors, maka jawapannya adalah PERLU untuk sediakan bank statement sekurang-kurangnya the latest 3 months bank statements. Yang ni aku punya 1st application form kene reject sebab terlupa nak kasik bank statements. Rugi aku almost GBP12 untuk pos balik semua ni. Haih! Careless cost you money tau. Make sure kalau printout dari online bank statement, kene pegi sahkan pulak dekat bank! Leceh! Nasib bank sebelah rumah je. Ahaks. 

  • Processing time - normal application amek masa 5 hari. Kalau hantar isnin minggu ni, isnin minggu depann la baru dapat. Untuk bacaan lanjut boleh refer sini ---SINI . Aku apply visa awal tak silap 1.5 bulan awal. Takde masalah apply awal pun kan sebabnya tarikh yang akan tertera di visa adalah tarikh masuk dan keluar. 
  • Online application form : Lepas dah prepare semua benda tu, boleh la proceed dengan mengisi online application form ---> HERE 
borang yang sudah siap diisi dan ready to be sent
Oklah harap membantu sedikit sebanyak. Harus aku ingatkan sekali lagi, ni adalah untuk application dari UK tau. Bukan dari Malaysia. Untuk mereka yang nak apply dari Malaysia boleh la refer ke blog Jardness ---> HERE 

Gudluckk!

Bye!

Update terbaru: In accordance with the Executive Order of the President of the Russian Federation No. 735, On Collecting Biometric Personal Data of Foreign Nationals and Stateless Persons beginning 10 December 2014 the diplomatic missions and consular offices of the Russian Federation in the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland and the Russian Visa Application Centres in London and Edinburgh will start collecting biometric data (fingerprints) of all foreign nationals and stateless persons for each of their application for Russian visa. 

In other words, nasib baik aku dah apply lagi awal daripada tarikh diatas. So, takleh lagi hantar application form menerusi pos laju. Kene pegi sendiri ke visa centre. 

6 comments:

  1. perghh..bank sebelah rumah je..

    ReplyDelete
  2. jangan pulak pilih "Korean".

    ayat paling win! hahaha oh harap2 satu hari dapat la rasa gi Russia.

    Useful guide bro!

    ReplyDelete
  3. Assalm john,
    aduila
    akak yang baca jer ni pun dah jadik takuit
    belum kena buat lagi :P

    ReplyDelete
  4. Bahahaha "Jangan pulak pilih Korean"...gelak besar aku! Kot lah kan terlupa kewarganegaraan.

    ReplyDelete
  5. Assalam. Nak tanya pasal visa. Cemana nak write down fist name and surname? Kat mana nak letak 'binti' tu?

    ReplyDelete