Monday, August 19, 2013

Car Rental in Jeju Island, South Korea

Alrite! 

Sejak plan ke Jeju Island berjalan seperti biasa, aku dan travelmate lain ada beberapa options macam mana nak travel around the island within 3d2n. Samada nak sewa kereta, drive sendiri mahupun hire a cab to show us around, takpun naik bas turun naik sendiri. So, kat situ kita dah nampak ada 3 options yang ada untuk kita pilih. 

Setelah buat kaji selidik dari segi kos, jarak, masa dan tempat-tempat nak pegi. Clearly, option untuk naik bas, memang totally out! Sebabnya bas kat sana tak frequent. Bak kata MasZuber yang penah experienced sendiri, dia pun tak rekomen kalo nak travel naik bas turun naik ni. Iye, kos dia amat murah, tapi sanggup ke nak tunggu bas untuk ke satu-satu tempat? I don't think so. Option untuk sewa teksi, not bad cuma kalo dikira-kira kos untuk 1 hari dalam KRW110K++ hingga KRW150K++ untuk 8 jam tour. 

Since bagi kitaorang, sewa teksi pun agak mahal. The only option yang tinggal adalah sewa kereta dan drive sendiri. How hard it can be? It might be a good experience. First time nak drive belah lefthanded way. 

Segala urusan untuk sewa kereta, aku yang uruskan sendiri. My travelmate only gave me the name of the car rental company. From there, i worked on my own. Thanks to my travelmate sebab suggest nama company ni. 



Car rental company opted: KT Kumho Rent-a-Car ---->  Website KT Kumho 

Untuk memandu kereta di Negara Korea Selatan, international driving license is required. Boleh refer entry berkenaan IDP yang pernah aku post sebelum ni, refer ---> SINI 

Boleh dah setel ada lesen antarabangsa ni, boleh la start booking kereta. Tapi sebelum terus booking, adalah lebih baik untuk register sebagai member terlebih dahulu untuk menikmati diskaun yang menarik dan jugak rate sewa kereta yang berpatutan. The process is very simple, don't forget to include our own passport number. 



Bila dah start register semua, boleh teruskan dengan proses membooking kereta. Refer gambar kat atas, ada satu kotak merahkan, terus klik kat situ. 

Then, masukkan butir-butir seperti berikut:

1. Pick-up & return date
2. Pick-up & return location
3. Select time of vehicles
4. Insert the additional info, if any
5. Tick other options, eg: Navigation (ENG), Eggunit, babyseat etc. 
6. Check the total cost need to pay upon arrival




Ada pelbagai jenis kereta yang available samada compact car, sedan, ataupun family car. Since aku hanya akan berempat bersama travelmate yang lain, maka aku hanya pilih kereta yang paling kecik yang ni Kia Morning berwarna biru seperti gambar diatas tu. Kalo tengok harga dia pun antara yang paling murah. Bila kitaorang amek kereta ni, semua kereta yang ada boleh dikatakan 90% adalah kereta baru ya'll! Siap bau kedai lagi okayyy! Macam baru je keluar dari kedai. Bertuah sungguh. Ada tu Kia K3, perghh! Mengancam! Tapi we're good with Kia Morning. 

Takut jadik pape, aku opted jugak untuk "loss damage waiver" kira macam insurance la. Takut jadik pape kat kereta tu, takde la kene bayar mahal sangat. Nak amek atau taknak amek bergantung kepada diri masing-masing. Eventho we might be the best driver in the world, but who knows what might happen in the future. Malang tak berbau kata orang tua-tua. So, aku amek KRW9,600/day (full imunity)

Then, don't forget untuk tick kat "Navigation (ENG)" untuk GPS. Berguna tau, jangan lupa pilih and it's free. Already inclusive with the car rate. 

Check the total amount need to be paid upon collecting the car at their office. Then, click "Complete" button at the bottom. Wait for the confirmation email from then. Tadaaa~ 

***********************************

The day sampai ke Jeju International Airport, cari car rental desk kat Floor 1 at Arrival Hall of Domestic Terminal. Ada 4 companies yang ada kat situ. Pegi ke kaunter KT Kumho, nanti pegawai dia akan arahkan untuk ke pintu keluar tak jauh dari situ untuk naik shuttle bus untuk menuju ke KT Kumho Office. Tak jauh dari airport lebih kurang 7-8 minit perjalanan je. 

Dah sampai tu, amek nombor giliran, dan serahkan booking form kepada pegawai yang berkenaan. Dah siap tu, sign agreement and get ready to get the car! 





Dah dapat kereta tu, apa lagi... pusing ler Jeju Island puas-puas! 

Selain dari KT Kumho Car Rental, ada lagi beberapa car rental yang available, antaranya adalah:





Till then, goodluckkk!

47 comments:

  1. Tau2 je aku tgk buat plan utk trip akan datang..merci beaucoup!! :D

    ReplyDelete
  2. alamak ada 3 option je hrmmm mana satu nk pilih eh nk drive mahu mcm siput nanti huhuhu

    ReplyDelete
  3. untungla dapat naik kete kia..
    kbai

    hehe

    ReplyDelete
  4. Salam.Betul tu,jgn duk berangan nak baik bas bagai. 3d2n kat sana,jarang bebenor nampak batang hidung bas,melainkn yg sewa khas lah

    ReplyDelete
  5. yes entry dah keluar. yahooo... debar nak bwk kete kat jeju

    ReplyDelete
  6. yeah hire taxi mmg agak mahal sana...sila laa jangan convert...hehehe...tp masa kami pi dulu, takde pilihan...ada 1 full day je kat Jeju, so taknak amek risiko sewa kereta & drive...kot tambah sesat barat, abes dah 1 day kami...hehehe tp kami aritu rate krw150k/8hours...boleh la, kongsi2...kalo 4org, jimat sikit la... =D

    ReplyDelete
  7. John..
    Nak tnya, sblm register tu kirenya mmg dh kena ada IDP lah eh? Atau bleh utk register kt KT Kumho tu pakai Lesen Mlsia dulu...

    Kalau 2 org yg bakal drive, adakah harus kasik kedua2 nama masa nk ambik kereta?

    ReplyDelete
  8. lama tak drive kat obersi...huhuhu...bila tah nak roadtrip lagi nehhhh!

    ReplyDelete
  9. @Chawanna,
    hahah untungla ade trip yg menanti. have fun!



    @Jari Manis,
    alaa kat sana pun nanti, speedlimit pun setakat 60km/h je. hahaha so takde masalah kalo bawak mcm siput pun. ;p



    @Miss
    hahahah nak share kat mana? haha sila-sila ;p



    @Kak Anash,
    hahaha gitewww...untung katanya naik kete baru okey~



    @Fiqahlee88,
    yes... couldnt agree more. aritu pegi pun. takde nampak batang hidung bas pun! kalo ada pun bas persiaran yg sewa khas tuh! jalan pun lengang kecuali kat tengah bandar.



    @Hang Dhamin,
    hahahah debar giteww... drama sgt ko nih! hahaha.



    @DJ,
    tu la.. mmg betol. makin lama makin naik lak rate dia. tu yg opted utk drive je. lgpn bila lagi nak try drive sendirikan. bukan susah mana pun. ;)



    @Nil,
    rasanya time booking kereta tu, takyah ada lagi IDP pun. seingat aku takde petak kosong yg kene isi details IDP. nnt bila nak amek kereta, dia akan mintak IDP tu untuk pengesahan. ;)

    kalo 2 org drive, takyah risau. kasik je 1 nama. takde masalah. nanti pandai2 la korang tukar driver nanti kalo penat.



    @Biqque,
    huhuhu bertabahlah. jom plan!

    ReplyDelete
  10. Kalau ada geng is better sewa kereta..even kat mana pun.. sebab kita boleh pi area yg cantik yg orang lain tak pi :D

    ReplyDelete
  11. Tidak lah sampai KRW250K++, Helmi. Paling-paling pun antara KRW110k hingga KRW120K standard price untuk 4 orang. Masa nak pergi Jeju, saya pun cadang nak drive tapi kawan saya tak nak sebab takut sesat, lagi pun we ran out of time - only 2D2N.
    But respect you habis2 sebab dare to take the challenge even drive on lefthanded side

    ReplyDelete
  12. @Time Traveler,
    yup. kalo ramai better sewa kereta. lg jimat plus boleh ikut masa sendiri. ;)



    @Diana Teo,
    hi diana! thank you for the correction. i will change the amount later. at first it's quite difficult to drive due to lefthanded side. but after a while, it was ok. ;)

    ReplyDelete
  13. wow, dpt diskaun 2...
    awesome la....

    ReplyDelete
  14. ade satu lagi tip.
    utk kumho tick dekat non-smoking..
    diorang akan tolak 3k won..

    ReplyDelete
  15. John, nak tanya...dulu awak sewa keta dari shoestring kat NZ, depa swipe CC utk hold guarantee dakk ? :)

    ReplyDelete
  16. Hi!
    saya nak tanya sikit pasal method of payment untuk KT Kumho ni. ahli rombongan kami semuanya takde credit card, so memang takde cara lain ke bayar selain dari credit card? bayar cash macam tak boleh je. sedihnyaaaa.

    ReplyDelete
  17. @Watie Rose,
    sorry tak perasan soalan ni. dulu NZ, dorang amek no cc je sbg guarantee. takde swipe pun. tp dorang hold no. cc tu. ;)



    @Aida,
    ada "DEBIT CARD" tak? as long as ade visa/mastercard kat debit card tu shouldnt be any problem. ;)

    ReplyDelete
  18. Salam, maknanya nko sewa kereta untuk satu hari tu dalam KW29,100 saja (RM90) ? Betul ke? Kira murah ni..

    ReplyDelete
  19. @Kudin,
    yes, kalo tak percaya boleh la try main2 kat website kat atas. tgk brape rate dia kasik. ;)

    ReplyDelete
  20. Ok, percaya, tapi kalau aku nak main2 kat web tu aku kena register jadi member dulu ye? Aku try buat tadi tanpa login member, tak keluar pun model2 kereta tu.. pastu.. masa nak regist jadi member ada dia mintak resident registration no tu apa? Tkasih

    ReplyDelete
  21. @Kudin,
    residnt registration no = passport number. ;)

    ReplyDelete
  22. Nina: sana ada org sewa motor tak?
    Flight ke jeju bape rm?

    ReplyDelete
  23. @Nina,
    so far takde rasanya nak sewa motor, sbb macam jauh je kalo nk travel guna motor kat sana. fligt jeju boleh refer kat entry airlines. ;)

    ReplyDelete
  24. Alaaa....xde lesen international la...cmne plak nk dptkn lesen international ni??

    ReplyDelete
  25. awak..masa pulang kereta..ada bas ke dr kumho ke airport jeju? tolonggg pls tqqq

    ReplyDelete
  26. @eikorina,
    adoyaii... boleh tak baca dari mula sampai abes? kat atas tu sy dah kasik link mcm mana nak buat international license tu. tu pun susah sangat ke nk klik? jgn tanya soklan yg boleh sy tembak awak blk boleh x?

    http://kakiberangan.blogspot.com/2013/06/memohon-international-driving-permit.html



    @Smiley,
    jangan risau, macam mana awk pegi kumho tu, mcm tu jugaklah awk pegi airport balik. ade shuttle bus disediakan oleh kumho tu.

    ReplyDelete
  27. @Linda,


    Salam..nak tanya,saya ada nampak dekat rental car tu ada ckp at least 1 year driving experience needed to rent a car. Yg tu maksudnye malaysian license kita nk kena at least 1 year or International license?

    ReplyDelete
  28. @Linda,
    nnt bila nak amek kete kat ofis car rental just tunjuk international license yg kita dh buat tu. tak perlu tunjuk lesen msia. aritu takde lak tanya dah brape lama ade lesen. no worries okeh. ;)

    ReplyDelete
  29. dah puas belek dah ni, tak jumpa jawapan..
    so nak tanya,
    sewa kete kat jeju ni by daily je yer? kalo nak sewa utk beberapa hari?
    sbb dlm web tu nmpk rate yg dia bg utk daily saje...

    ReplyDelete
  30. @Yazmin,
    sorry lambat balas. taklah. mcm saya dulu sewa dua hari full. masukkanlah date dari bila ke bila nak sewa kete tu.

    ReplyDelete
  31. Hi I've jus check up the KT website, however there's no any discount on my total bill. Is there any tips to get the discount like urs? Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there. sorry for the late reply. if i'm not mistaken, in order to get discount u need to register as their member before making any booking. Hope it helps. gudluck!

      Delete
  32. Sy dah book kereta dgn KT Kumho, kalau nak buat payment guna CC kawan sy boleh ke? Sbb ada baca blog lain , org yg book tu kena bayar guna cc. Tp saya takde. kawan sy adalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes mmg kene pakai cc. kalo kwn awk ikut skali trip ni ok je takde masalah. sorry lambat reply terlepas pandang.

      Delete
  33. saya n the group (suma 5 org) nk pergi jeju..so rancang nk book morning kia ja..klau2 beg besar gedabak ingat nk sumbat masuk kat seat mcm tu ja sah2 bonet blakang tu kecik kan..rasanya org korea ni particular tk bab2 nih especially kt kumho ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo nak book morning kia tu, satu atau dua kete? kalo dua buah kete takde masalah. kalo satu buah je mcm ada satu masalah. kete tu kecik je sebenarnya. kalo nak duk 5 org pn rasa mcm sempit. apatah lagi nak letak beg beg semua tu.

      bab2 particular ni kurang pasti. tp aku suggest, amek kete sedan besar skit dr kia morning tu.

      Delete
  34. Saya akan ke korea selatan bln 5 nanti...saya rasa option utk drive plg sesuai saya di jeju 3h2m...tapi suami takut sesat...jalan raya di sana 'complex' sgt tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup the best option is driving. Tak complex mana pn cuma kene aware dgn speed limit sbb kamera ade merata2. Dan jgn lupa sewa gps. Senang nanti.

      Owh ya kt sana left handed. Tak sama mcm malaysia

      Delete
  35. rasa macam tau, tapi nak reconfirm jugak...payment dia charge kat office dia kan ?

    ReplyDelete
  36. Klau local addres tu letak add hotel kt jeju ke

    ReplyDelete
  37. maaf nak tanya ..kalau book payment mmg kena bayar by CC ke @ boleh bayar Cash nanti maaf bertanya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup mmg kene guna cc utk book and bayar. kalau ada debit card takde masalah sbb fungsinya sama je.

      Delete
  38. Sy nk pegi jeju cuma 2 org ja.2d2n shja..so better option sewa keta la kan tp antra sewa keta dgn sewa teksi mana lagi berbaloi..sbb kitaorg nk pegi 2 prg ja

    ReplyDelete
  39. Hai. do you remember the opening hours for the car rental? will reach jeju by 6 or 6.30 pm macam tu and return to seoul around 9.30 in the morning

    ReplyDelete
  40. maaf nk Tanya, sekrg ni kt ni dah tukar ke lotte rent car.. btw sy dh register as a member.. tapi time nk log in depa kata kena register dulu.. so bila nk register katanya no. passport saya dh already member.. boleh ke kalau register no passport kawan.. tap bhgn cc dan juga diver org lain

    ReplyDelete