Sunday, August 18, 2013

Muzium Kapal Selam, Melaka

Holla! 

Ini entry tak bersambung. Saje nak mengisi masa lapang ketika cuti. Oh man... i wish i can travel now. Teringin nak naik kapal terbang. Terasa dah begitu lama tak naik. Hukhukhuk... Ramai yang travel ke lepas raya ni? 

Anyway, aritukan aku ada pegi Melaka untuk buat review sebuah hotel, boleh refer ---> QuaySide Hotel , kesempatan tu aku amek peluang untuk jejalan ke tempat-tempat menarik yang ada disekitar Melaka. Nak try coconut shake Pantai Klebang yang katanya sedap nak mampos tu. Pastu, nak makan seafoods. Dah lama craving nak makan. Dapat gak makan. New location. Thanks to Duta Melaka 2013, TanSree Coco. Dalam pada nak ke Pantai Klebang minum air kepala goncang, TanSree bawak aku dan Janggel pegi ke Muzium Kapal Selam yang terletak berhampiran Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang. Why not terjah? 

Dalam pada jadik Duta Melaka, beliau tetap mintak direction dari mak sendiri? Camno leh jadik duta ni??? Hahaha. Tapi kitaorang tetap sampai ke Muzium  Kapal Selam ni. 

Sejarah Muzium Kapal Selam, Melaka:


Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 merupakan kapal selam latihan krew-krew Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perolehan kapal selam FS Ouessant Agosta 70 milik bekas Tentera Laut Perancis. Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang, Melaka. Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam FS Ouessant Agosta 70 ini dari pengkalannya di Brest, Perancis telah dimulakan pada 9 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011. Fokus utama pameran Muzium Kapal Selam FD Ouessant Agosta 70 ini ialah sejarah kapal selam dan perkembangan terutamanya di negara kita.

Harga tiket:
Dewasa: RM1
Kanak-kanak: RM0.50

Waktu operasi:
Isnin hingga Khamis - 9 pagi hingga 5.30 petang
Jumaat hingga Ahad - 9 pagi hingga 6.30 petang

Muzium ni telah dirasmikan oleh bekas Ketua Menteri Melaka yakni YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Buat masa sekarang, keadaan jalan yang menuju ke muzium ni masih blom siap diturap, dan kelihatan kawasan sekitar masih lagi dalam pembinaan. Termasuklah pagar kawasan muzium kapal selam ni yang hanya menggunakan dinding zink biru. 

Apa lagi... jom layan gambar yang sempat aku amek!






kalo teringin nak bermalam dalam kapal selam pun ada pakej yang disediakan. ada berani?


panjang: 67.57 meter, tinggi: 11.75 meter, lebar: 6.5 meter

teritip


tayangan video


ruangan enjin berhampiran pintu masuk, kene tanggalkan kasut nak masuk dalam ni

nampak begitu oldskool sistem komputer, almaklumlah dah lama



alahai, muat ke mereka yang berpunggung lebar nak basuh tangan kat sini? eh? 

macam ni la kehidupan mereka yang bekerja dalam kapal selam, sempit sungguh tempat makan dorang. berlaga punggung paha bagai


ni pulak bilik tido dorang, ada yang teringin nak try? 

ruangan kawalan kapal selam

bahagian belakang






Okla tu kan... bagi sesiapa yang belom pernah tengok kapal selam secara live, boleh ler datang sini. 

Till then.. bye!


9 comments:

  1. ha'a lah asyik naik kapai terobang je kan sekali sekalo nk try jgk kapai selam atas darat heeee

    ReplyDelete
  2. amboi? sempat kenakan akak??
    iya..mak akak pernah sampai kat kaw kapal selam nih..wajib la akak tya direction...

    heheh
    sedap kan coco nutz shake tuh???




    ReplyDelete
  3. Mula2 baca tajuk .. terfikir.. eh baru beli tak kan dah di jadikan muzium hehehe..
    Bila baca baru tau al kisah nyer..
    best gak nie.. boleh la pi dalam weekday :D

    ReplyDelete
  4. Seriously tak tahu ada museum ni.. next time boleh pergi.. hehe.. pernah g Musuem Kapal Selam dekat Surabaya je.. hehe
    Ada masa bleh la pergi.. thanks for info!

    ReplyDelete
  5. Air Kepala Goncang tu air apa eh? Goncang kepala apa???

    Sedapnya...coconut shake!

    ReplyDelete
  6. kepala goncang? hahaha lucah sangat

    ReplyDelete
  7. Ngeri nye nak tengok tv bawah kapal selam tu...kuat ke besi yg tampung kapal selam beribu tan tu....hehehe

    ReplyDelete
  8. Kapal tu jika d cat hitam semula mesti lg mnarik.. dh karat2 dah.

    ReplyDelete