Friday, August 30, 2013

Jeju Island - Part 4 : Seopjikoji | Yellow Rapseed Flowers

Alrite!!!

Bersambung lagi untuk bahagian seterusnya di Jeju Island. Actually, aku ada banyak gambar nak sharekan. Tapi disebabkan tempat-tempat yang aku terjah kat Jeju Island ni banyak dilakukan dalam masa 1 hari, maka aku split kepada beberapa bahagian. Saje nak layan perasaan. Kang kalo panjang-panjang nanti korang tak baca lak. Asyik tengok gambar je. Penat tau! *Sigh*

Okehh... dari Seongsan Ilchulbong dalam entry sebelom ni, Kitaorang terus bergerak menuju ke destinasti seterusnya iaitu Seopjikoji. Apa yang ada kat sini? Terletak tak jauh dari Seongsan Ilchulbong ni dalam 10 minit drive je. Signboard pun ada. Tapi GPS tetap menjadi keutamaan. Penting tuh! 

Sambil-sambil tengok kawasan sekitar Seopjikoji ni, kat sini jugak adalah femes untuk shooting location untuk korean drama "All-In House" yang ntah tahun bila ntah. Maybe time tu aku sendiri pun tak lahir lagi. 


Bila dah sampai kat kawasan parking, boleh la park kat situ. Free of charge je. Dari tempat parking tu kenela menapak lagi untuk menuju ke kawasan yang diperkatakan. Kiranya kita akan berjalan menyusuri coastal line yang cantik time ni kitaorang datang tak ramai orang mana. Kat sinilah ada nanti gereja yang penah digunapakai ketika shooting drama All-In tuh yang mana aku pun tak tengok. 

Sedikit info berkaitan Seopjikoji:

Seopjikoji is located at the end of the eastern shore of Jeju-do Island. "Seopji" is the old name for the area, and "Koji" is Jeju dialect meaning a sudden bump on land. 

Green fields without a single tree spread beyond the cliff to where a rock called “seondol” protrudes. Also there are stonewalls along the road to block the wind on the way to the lighthouse at the end of Seopjikoji. Within the stonewalls, you may find the most brilliant rapeseed flower fields every April. 

Going up the metal steps of the lighthouse, you can view the whole seashore at a glance. On Koji hill, there stands a stone Bongsudae (4 m high, 9 m long and wide) that retains its original form.

Jomlah layan gambar... mesti bosan duk baca ayat panjang-panjang je kan? 






ahjummah ni nak pegi menyelam kutip hasil laut

kuda liar?

tu dia gereja yang diperkatakan dan hujung skali terdapat rumah api

batu-batuan


kuda-kuda untuk disewa untuk naik dengan kadar bayaran yang sepatutnya

kat hujung sanalah tempat aku parking kereta, bayangkan dah brape jauh aku berjalan?

tu dia.. rumah api dah kelihatan, jom jalan lagi


eh terjumpa pulak ahjummah yang gigih duk menjual seaweeds, Travelmate aku suka sangat dengan seaweed tapi tak beli kat sini

jom daki anak tangga menuju ke rumah api


view dari puncak rumah api


sebijik mangkuk kat belakang tu adalah Seongsan Ilchulbong yang aku pegi tadi, bangunan kat depan ni aku rasa macam dewan untuk pelbagai acara contohnya macam wedding. lawa kan?

Time aku sampai ni memang masih lagi pagi. Kiranya tak brape nak panas plus angin ada bertiup gak walaupun tak brape nak kuat. Still ok. Coastal line ni memang lawa bagi aku, kat Malaysia pun takde bentuk muka bumi camni. So, tengoklah dan ameklah gambar puas-puas. So, bagi ibu bapa yang bawak anak kecik tu, eloklah kalo ada stroller. Takdelah lenguh tangan duk dukung anak. Nak berjalan kat sini agak jauhlah bagi aku. 

Lebih kurang jam 9 pagi camtu, Rumah All-In tu dah dibukak. Travelmate aku yang lain nak masuk. Dah alang-alangkan.. nak masuk pun ada bayaran ye. Tak silap aku KRW3,000/pax. Okla camtu. 

Jom masukkk! 


ruangan pameran

ruangan pameran costume yang penah dipakai oleh para pelakon

takde motif pun.. saje nak meramaikan gambar

yang ni pun sama... takde motif pun

menuju ke ruangan yang seterusnya, eh ada teddy bears yang menyambut kitaorang. ewaahh mak enon. 

ruangan dalam gereja



ruangan lain pulak, kat sini dilakukan scene dalam kasino. dalam ni dibuat macam dalam kasinolah!

lukisan pada dinding yang menunjukan rupa pelakon utama drama All-In yakni Lee Byun Hyung dan Seo Hye Kyo

pintu jatuh hati? ahaks!

Dah abes pusing, kitaorang pun keluarlah dari situ menuju ke tempat parking. Time ni actually aku rasa macam musykil skit. Sebabnya aku ada nampak orang amek gambar kat padang yang penuh dengan bunga rapseed kaler kuning tu. Tapi time ni langsung takde. Kecewa la jugak pada mulanya, hancur musnah harapan aku nak berlari-lari anak dalam padang yang penuh bunga. Mat bunga? ahaks! 

Takpelah takde rejeki orang kata...

ni adalah rumah tau, somehow aku suka lak rumah bentuk rekaan simple camni

Kereta aku pandu menuju ke jalan keluar mengikut GPS yang dah aku setkan. 

Tapi maybe rezeki kitaorang kot, terlalu pulak satu jalan kecik yang tembus ke padang bunga rapseed nih!!! 

Masing-masing dah tak senang duduk dah ni. Nak amek gambar sambil berlari katanya! Park kete dulu tepi jalan siap-siap. Nak masuk lak kene bayar KRW1,000/pax. Tak kisahlah janji dapat amek gambar. Walaupun padang tu tak besar, tapi oklah buat ubat katanya.

Layankan...










Ok dah tu je..

Nanti sambung lagi. 

Till then... bye!

11 comments:

  1. jenuh gak menapak naik tp tetiba ada gereja pulak..kalo ada rumah api tu boleh diterima pakai lg..hahaha

    gambar smua osem!!!

    ReplyDelete
  2. Cantiknya bunga tu..mana scene lari2 di kebun bunga? Hehehe

    ReplyDelete
  3. Baca entries KB pasal Jeju ni, so far memang kena exercise bersungguh2 lah before pegi. Semua tempat menarik menguji stamina gitu.

    Keep updating.

    ReplyDelete
  4. fuyoooh lokasi penggambaran Runningman. wajib pergi. jalan kaki tu aku boleh terime..tp kwn2 aku tu mampu ke? adoi..

    ReplyDelete
  5. Ahjummoni yg nak gi nyelam tu siap pakai kasut mcm org nak pi opis.. cayalah ...

    ReplyDelete
  6. Bestnyer x ramai orang.. senang nk amik pic.. mase aku gi ya allah ramai nyer orang. siap ada rombongan lagik... sabo jer la..

    ReplyDelete
  7. err...nama saya coco
    (terkejut ..suruh letak nama)


    untungla leh gi naik tangga turun tangga
    lari sana
    lari sini

    cantik gambo?

    ReplyDelete
  8. HF,

    mane gmbar statue pompuan nyelam tu? jenuh aku teropong...hehe

    ke aku yg xperasan...

    ReplyDelete
  9. Kadang2 perlu jugak travel ke tempat natural mcm ni.. layan alam semula jadi jauh dari pembangunan..

    ReplyDelete
  10. @Zila,
    hahaha tu la dia. tp view sepanjang coastal line tu mmg lawa! ;) thank you.



    @Syieda,
    hahaha kann! nasib baik jumpa bunga2 kuning tu semua. dptla merasa. scene larik2? hahaha utk diri sendiri je. ;p



    @Bibierr Karim,
    hahaha lebih kurang mcm tu la kasik ada stamina skit org kata. ;) insyaALLAH.



    @Hang Dhamin,
    hahahah haaaa tudiaaa peminat tegar katanya! kene suruh kwn2 ko tu exercise sama.



    @Azra,
    hahahah bila ko ckp mcm tu terus aku skrol balik naik atas. hahah



    @Iza,
    alhamdulillah time ni masih pagi tu pasal tak ramai org. otw tu dah ramai yg mula datang. hiks.



    @Kak Anash,
    hahahah motip akak? ;p



    @Dont Afraid to Try,
    hahah statue tu kat mana? tak nampak pun any statue kat situ kecuali yg kat gereja tu. tp bukan statue pompuan menyelam pn.



    @Time Traveller,
    haaaa tau xpe. tenang skit diri ni. hiks.

    ReplyDelete
  11. yg dewan serbaguna tu, runningman buat pergambaran.

    ReplyDelete