Assalamualaikum!!!
Ni kira entry terlambat satu hari. Okla dek kerana kebuzian melampau menghadirkan diri ke beberapa buah rumah terbuka hari raya termasuklah majlis kawen kengkawan terdekat. Bulan Syawal hampir menemui penghujungnya...
Papepun, antara wishlist hidup aku adalah nak pegi tengok sendiri sambutan hari kemerdekaan kat Dataran Merdeka tuh. Nak merasa sendiri kemeriahan dan betapa patriotiknya sambutan kat sana. Alhamdulillah tahun ni dapat jugak merasa.
So, seperti biasa ahli jemaah yang aku ajak adalah Janggeltrekker dan Masmz Kaki Jalan tu. Terus semua kata "JOM". kata-kata keramat tuh! Tansree Coco tak dapat datang sebabnya balik kampung. Rugi ko... hahah
Jadiknya.. dah berjanji setia nak bangun awal pagi tu. Malam sebelum tu tido seawal jam 10 malam. Yela, pukul 5 pagi dah kene bangun. Kalo boleh seawal jam 6 pagi dah kene terpacak kat Dataran Merdeka tu. Gigihnya naik LRT pepagi buta tu. Dalam coach pun dah ramai orang. Ada ibu bapa bawak anak-anak masing-masing nak pegi sambut Merdeka. Muka pun masih mamai. Hiks.
Lebih kurang pukul 6.30 pagi aku dah terpacak kat LRT Masjid Jamek sambil menunggu ketibaan Janggeltrekker dan jugak Dato' Masmz. Keluar je dari stesen tu, ada 1 lori dan pekerja duk agihkan bendera-bendera Malaysia "Jalur Gemilang" untuk dikibarkan nanti. Dapatlah sorang 2 bendera. Aku lak? Dapat satu plastik terus!!! Hahaha.
Ok... time kitaorang sampai tu dah agak lambat actually. Orang dah ramai dah kat Dataran Merdeka tu. Cuba mencari spot-spot menarik untuk menembak. Yang best-best semua dah diambil orang lain. Selit sana, selit sini, dah sampai kat pagar ahli media. Hahaha camne? Terpaksa berlagak orang media. Hiks. Kalo ada tag lagi best. Tapi sedar diri la kan.. huhuhu. Tapi bersyukur sebab dapat tempat yang kira depan stage VVIP. Dapatlah la tengok ketibaan SPB Agong, PM dan jugak TPM.
Ok.. membebel lebih tak guna. Jom layan gambar!
|
logo untuk tahun yang ke-56 |
|
sukarelawan yang membentuk bendera Malaysia |
|
ni dia para pembaca ikrar yang mewakili pelbagai kaum dan etnik dari segala umur dan pekerjaan |
|
ketibaan Tun Dr. Mahathir & Tun Dr. Siti Hasmah menaiki Proton Suprima S yang baru |
|
ketibaan mereka disambut oleh Datuk Seri Shabery Chik |
|
pentas VVIP |
|
peserta persembahan, it was a great show by them! |
|
kelibat Timbalan Perdana Menteri |
|
tu diaa... dah sampai. Datin Seri Rosmah Mansor! Jelitanya beliau! |
|
Datuk Seri Najib memberikan tabik hormat kepada perbarisan askar |
|
menunggu ketibaan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong & Raja Permaisuri Agong |
|
kereta diraja Rolls Royce diarak masuk tepat jam 8 pagi, lepas tu menara jam Menara Sultan Abdul Samad berbunyi sama |
|
skali lagi... oh my idol! hahahaha *pengsan* |
|
SPB Yang diPertuan Agong memberikan tabik hormat |
|
Baginda mengecek perbarisan askar |
|
ayuh kibarkan Jalur Gemilang! |
|
amboihh joget sakan abang! hahaha |
|
bodyguards |
|
kereta berhias dari TM |
|
kereta berhias dari Maybank |
|
ni pulak kereta berhias dari CIMB |
|
kesian brader ni asyik kene marah dengan mengawal askar. Helloo give him chance la. Masing-masing tengah buat keje kan. |
|
i want this car pls! Lotus Evora! |
|
view dari LRT stesen Plaza Rakyat |
|
ramainya ummah!!! |
Ok dah tu je... tak tunggu sampai abes pun sebab dah mula panas bahang. Lunch terus pegi Hotel Summit USJ untuk lunch lak. Disponsor oleh Dato' Masmz. Kaya tak beliau? Amin... semoga murah rejeki slalu.
Ayuhlah kita sama-sama menghayati makna kemerdekaan yang sebenarnya. InsyaALLAH.
Till then, bye!
Salam kemerdekaan buat anda.
ReplyDeletetak ajak pon hahaha
ReplyDeleteTu diaaaa idola sangat!
ReplyDeleteSerupa dah ada iras2 rupa dia ngan ko.
Tu kat stesen LRT Bandaraya la, bukan Plaza Rakyat.
HF,
ReplyDeleteawat xfokus kt rantai emas beliau...xnmpk jari jemarinya..klu tak kot2 blh nmpk cincin berlian...
dia idola aku, sebab tu nak sangat tengok barang2 kemas ape yg die pakai...
omg!!! gigihnya korang pegi dataran merdekaaaaaaaaaaaaaaa!!! tak panas keeeeeeeeeeeee???
ReplyDeletehahaha!
terbaik!! gambar semua cantik cantik
ReplyDeletebtw Salam Kemerdekaan!
(smile)
ReplyDeleteSemangat giler bila tengok tentera malaysia bersama keupayaan canggih hehehee.. bangga sesangat lah :D
ReplyDeletepastu smile mcm kak anash hahahaha :P
@Muhammad Khairuddin Lim,
ReplyDeletesalam kemerdekaan utk anda jugak! ;)
@Hang Dhamin,
Oopps!!! hahaha
@Janggel,
kannnn haruslah idola! bakal mewarisi cincin 24juta! okeh thank you for the correction.. ;)
@Don't Afraid to Try,
hahaha lens tidak begitu hebat utk zoom smpai ke jejari beliau. hiks.
@Biqque,
haaaa gigih kann??? ;p pagi2 tak panas sangat, lepas tu dh panas.
@Mrs. Smile,
thank you! salam kemerdekaan utk anda jugak. ;)
@Kak Anash,
smile jugak~
@Time Traveller,
hiks. hahaha kann! semangat wehh! tambah2 dorang duk pasang lagu merdeka tuh.
Lawa nya model tahun ni.. I mean, Lotus.. hehehe..
ReplyDelete