Tuesday, September 17, 2013

Tips | Car Rental in Melbourne, Australia

Alrite!!!!

Dalam merangka travel plan ke Melbourne samada dalam bentuk group of 2, 3, 6 mahupun bersama keluarga, kita sesungguhnya nak jimatkan kos pengangkutan sebanyak yang mungkin. Betol tak? Yela, currency Australia ni adalah lebih tinggi dari currency USA. Dan jugak cost of living kat sana pun agak tinggi. Jadiknya, kos pengangkutan adalah satu aspek yang boleh kita pikirkan cara untuk kurangkan kos. 

Untuk trip ke Melbourne kali ni, my initial plan was to rent a car from the same car rental company which was ---> EastCoast Car Rental - Melbourne . Aku dah kira semua kos untuk 7 hari untuk 4 orang. Amek kereta jenis economical yakni Nissan Almera termasuk GPS dan jugak daily zero excess insurance. Tapi yang jelas, total nak membayarnya dalam AUD424 untuk 7 hari. Pada mulanya, aku dan ahli jemaah yang lain dah setuju. Kira dah ok sangat untuk sewa kereta ni. Ini adalah kerana trip kali ni banyak keluar dari Melbourne City. Kira roadtrip. Kalo setakat dalam bandar, memang aku takkan sewa kereta sebabnya parking rate kat Melbourne mahupun mana-mana city dalam Australia will cost you a bomb! Mahal nak mampos okay! Fikirlah... 



Lebih kurang sebulan je lagi perjalanan aku ke Melbourne, semangat tengah gigih nih nak terbang lagi. Dalam duk buat research dan lain-lain. Aku terjumpa pulak lagi satu car rental company ---> APEX Car Rental . Try lah aku masukkan pelbagai details bla bla bla... boleh refer seperti gambar kat bawah:-

isilah butir-butir mengenai tarikh pick-up and drop-off nak sewa kereta tu. the only option is to take the car from the airport. takleh nak amek kereta dari city office. tapi it's ok. we will see later...

the next page will be loaded. nanti akan nampak option paling atas skali yakni "OUR PICK" bermaksud kereta yang direkomen oleh syarikat tersebut. kat atas tu, akan nampak 3 pilihan kategori iaitu "City & Surf", "Carefree Coastal" & "The Works". Antara ketiga-tiga ni ada kelebihan masing-masing. But the best option yang menjadi pilihan aku adalah "The Works" sebabnya ada zero excess full cover insurance, unlimited KMs dan jugak free GPS Navigation. With all these, i only need to pay AUD50/day

Kalo kita check other websites, harga GPS dan jugak zero excess full cover insurance adalah berbeza ataupun maksudnya lain-lain harga. Kene amek perhatian akan perkara ni jugak tau. Unless you have your own GPS, then kat situ dah boleh jimat satu benda. 

Antara pilihan kereta-kereta lain yang boleh dipilih bergantung kepada bajet dan kapasiti jugak boleh dilihat dibawah:




Kenapa aku pilih APEX Car Rental? Antaranya dah aku bintangkan seperti gambar kat atas. Hiks. Kalo yang ada anak kecik, memang aku rekomen la kot sebabnya dia kasik FREE child seats and booster seats. Benda ni adalah sangat penting untuk keluarga yang nak drive kat Australia dan jugak mempunyai anak kecik. Kerajaan Australia mewajibkan baby ataupun anak kecik diletakkan di atas child seats masing-masing. If not, kene saman kalo tertangkap. Nak ke bayar saman yang bagi aku agak mahal. 

Bila dah pilih pakej mana yang kita nak, boleh pulak meneruskan ke page seterusnya:



Check details seperti diatas. Perhatikan "Insurance: Full Cover Zero Excess", nanti aku akan ceritakan dengan lebih lanjut berkaitan insurance ni yang aku sendiri pun pening kepala nak cuba faham. 

Then... proceed with next step:

fill up all the details

Jangan lupa gak isi payment details

Bila dah setel isi semua petak-petak kosong, dah boleh proceed with "Book Now". Jangan lupa print untuk dibawa untuk amek kereta dan setelkan payment. Have fun with your roadtrip!

Total cost need to pay only AUD350 for 7 days. Jimat dari sewa dari EastCoast Car Rental. 


*******************************************

Insurance : Perlu @ Tidak? 


Bila kita nak sewa sesebuah kereta di luar negara. Mesti kita semua termasuk aku kadang-kala terpikir. "Eh, perlu ke amek insurance nanti?"

Hurm... kalo tanya aku, memang patut amek. Walaupun dalam hatiku ni kuat berkata, "alah, tak payah amek pun takpe. dah la mahal kene bayar and dia charge daily. InsyaALLAH takkan jadik pape punyalah". Tu bait-bait hati aku berkata. 

Tapi at the end of the day, aku tetap amek insurance tu walaupun mahal skit. Yela, perlu diingatkan walau sepelesit manapun kita drive kat Malaysia ni, nanti kat Australia mahupun negara lain, mesti kita sendiri akan cuba seabes baik untuk memandu dengan cara yang amat-amat berhemah. Kiranya takkan ada eksiden ataupun pape yang teruk terjadik. 

Tapi malang tu amatlah tak berbau. Kita sebagai ummah biasa ataupun ummah marhain ni memang takkan tau pape yang buruk nak terjadik kat kita time tengah drive kereta sewa tu. Katakanlah terlanggar kangaroo liar dan kereta tercalar, dan lain-lain lagi. Kos nak baiki tu kene amek kira semua tuh dan adalah ditanggung oleh penyewa itu sendiri. Kalo kaya takpelah nak kuarkan duit, ce mereka yang kurang berduit macam aku ni. Tentulah nanges sedu-sedan nak membayar kosnya nanti. 

That's why each one of car rental companies will offer us a few options of insurance for us to select. 

For examples, these options were taken from ---> Apex : Rental Car Liability Damage Cover 





Ok... dari pemahaman aku dari ayat-ayat kat atas tu. Aku try terjemahkan ikut pemahaman aku sendiri. The rest is up to others. 

Untuk option 1 (standard cover): jikalau kereta tu terlibat dalam kemalangan atau lain-lain, penyewa perlu membayar AUD2,750 yang pertama, tak kisahlah samada penyewa tu bersalah ataupun tidak. 

Untuk option 2 (premium cover): jikalau kereta tu terlibat dalam kemalangan atau lain-lain, penyewa perlu membayar AUD500 yang pertama, tak kisahlah samada penyewa tu bersalah ataupun menyebabkan kemalangan tersebut. 

Untuk option 3 (full cover): jikalau kereta tu terlibat dalam kemalangan atau lain-lain, penyewa TIDAK perlu membayar satu sen pun! Provided that pelekat insurance cover tidak dikoyakkan. 

Untuk option 1 & 2, kita boleh upgrade ke option 3 dengar kadar yang berpatutan. Bergantung kepada car rental company masing-masing. 

Dari pemahaman diatas, maybe mereka yang ada pendapat lain boleh usulkan pendapat anda semua dalam ruangan komen nanti. Terima kasih. ;))) 

Jadiknya... untuk kereta yang aku dah sewa seperti diatas, dah termasuk insurance "Full Cover" siap-siap. Kiranya kalo terjadik pape, aku tak perlu bayar pape. InsyaALLAH, semoga takkan jadik pape hendaknya. Amin... 

Anyway, Happy Roadtrip-ping!!!!


28 comments:

  1. Ke Melbourne lagi kite ye..opsss..ehh salah..JM tak ikut kan huhuh..ETA dah approve eh..ngan Cik Intan ke..

    Info yg complete..boleh refer sini sbg guideline kalau ada peluang nk ke sana nanti :-)

    ReplyDelete
  2. Seronoknya nak ke aussie lagi...

    ReplyDelete
  3. Wahhh...ke melben lagi john. Bulan bila tu ?? Akak pon ke sana jugak nov. nanti.
    Cepat upload apa apa info lagi, boleh akak jadikan panduan nanti, thanks ye john!!

    ReplyDelete
  4. kat sana public transport senang. Ada tram dan train. tapi ye lah kan, memang seronok kalau bleh drive sendiri. Jgn lupa pegi Ballarat, Great Ocean Road, dan tengok penguin di Phillip Island.

    ReplyDelete
  5. Ke aussie lagi.. alhamdulillah rezeki anda memang murah :D

    Rasa2 2015 baru boleh jejak Aussie.. kalau umur di izinkan Allah aminn :D

    ReplyDelete
  6. Hmmm.. ke Melbourne lagik...? seinngat aku last year pon ke Melbourne kan..? he..he.. suka ya ko ke sana...ada apa2 ke...? Anyway, very compact info about car rental. Aku sendiri pon x berapa paham pasal insurans yg option2 tu... but after reading, dah fahamla..

    ReplyDelete
  7. Setuju jgk pasal insurance keta tu, memang kena bayar lebih, tapi kalau jadi apa2 at least takde la juling bijik mata nk bayar kan, sb dh covered.

    ReplyDelete
  8. kat sydney kitorang amik east coast and amik jugak insurans. mmg patut amik pun nak2 kat negara luar, byk kang isu itu ini...

    always, always check for dented or scratches and make sure sama mcm dlm document tu...if takde, point out apa2 kerosakan yg jelas. senang nanti nak pulangkan, takde gaduh2 dah...

    sekian :)

    ReplyDelete
  9. Selamat berjalan-jalan. Semuga Allah mempermudahkan dan semuga semuanya selamat pergi dan selamat balik Malaysia.

    ReplyDelete
  10. Nuriz

    Good choice..baru balik dari melbourne last July'13 before puasa...yupp!!kami sewa Mitsubishi Outlander with full insurance cover from Apex! Tapi nak pegi mana? If include Kangaroo Island..this car tak boleh bawak pegi sana and need another car rental at the island...also if you go to Uluru!! hehehe....
    If nak pegi Mount Buler....get advice from them first...nnt dia bagi choice guna chain for snow...ahahaa...but they are good services...!!! GPS simpan if parking mana2!! If not....hilang nnt dlm kereta... Happy travel!!

    ReplyDelete
  11. sangat berinfomasi entry ini..sangat detail dan sangta mudah difahami

    kalau akak..kompom lembab nak book sana sini...
    (terus email kawan mintak standby jadi driver di melben..hahaah)

    eh..lupa
    enjoy the trip

    ReplyDelete
  12. aku kalau rental tak pernah amik gps hehe sebab rasa mahal kira per day, apa yang aku buat selalu install tom tom gps dalam iphone je tom2 gps for new zealand or australia. boleh dapat free kalau jailbreak hihih jimat koss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akira..klu guna waze n google map agak2 bley x?

      Delete
    2. boleh. kalau ada data. takde masalah.

      Delete
  13. bila pegi? sy pun insyaAllah akan ke sana next month, sebulan je lg tp tapi tak book pape lg,huhu, travel berdua bermalasmalasan, main redah jela nnt,huhuh, nwy usefull info,tx!

    ReplyDelete
  14. Selamat bercoti John....

    Lamanya ko pergi...

    ReplyDelete
  15. tgk kau translate, teringat salah satu tugas lawyer marhaen, tlg translate beberapa dokumen utk bos. hahaha.

    untunglah dpt travel, gi melbourne.... hahah. have fun bro! tak sabar nak amek tips. one day insyaAllah akan ku jejak bumi G'day mate itu. ;D

    ReplyDelete
  16. Hi bro, came across ur blog. Was just back from Melbourne like two weeks ago. Did car rental from hertz for 7 days, plus this and that and came to a total of slightly less than A$1000. I think you really get a good deal there.

    ReplyDelete
  17. Bdk2 ,, nape tak sewa ngn apex .. 7hari baru AUD343 ... jimat RM300++ tu ..from syarra

    ReplyDelete
  18. Great and full information about car rental in Melbourne.

    luxury car hire melbourne

    ReplyDelete
  19. Route ke GOR ok ea? Banyak kereta tak? kalau age 20 nak bawa kereta, dibenarkan ke kat aussie?

    ReplyDelete
  20. Bro, tqsm for da entry, very fruitful!
    Last yr g Mel ngn kengkawan sbb course tp smpt le berjimba2..
    Nov ni nk g ngn fmly total 9 org trmsuk 5 bebudak bwh 16yo...debor rase nk drive g Philips Island GOR sgale tu...klu CBD mmg tobat xkan le dgn hook turn nanges kang langgo tram! so ade latest entry ke lps ni? nk taw outcome car rental tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. no worries bro. utk the next entries, boleh refer entry selepasnya. ada full version of it.

      Delete
  21. Salam bro..myk kt melbourne mahal x? Utk g phillips island n gor agak2 bp kos myk + tol + parking fee..tq utk smua info yg sgt brguna ni..bley guide sy utk ke sn next year

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. depends how murah u nak? ikut harga semasa la kan. tp kat city murah dr kt pedalaman tp xde byk beza pn cuma sen sen je.

      blh bc semua entry berkaitan melbourne utk bajet semua tu. sy sudah ceritakan utk bajet dan sbgnya. ;)

      Delete
  22. Salam...nak tanya tentang hook turn kat melbourne city. Sy dengar melalui kwn sy yang agak berbahaya memandu di Melbourn CBD sbb ramai yang tak familiar dengan hook turn ni. Kat traffic light signboard hook turn ni besar2 ke? Senang ke nak kenal pasti?

    ReplyDelete