Alrite!
Pertama sekali, aku nak mohon maaf kepada pihak penganjur Media FAM Trip 2013 organiser sebab lambat keluarkan entry ni. Agak caught up with work and other trip as well. But i will try my best to do it.
Jujurnya, ni first time aku join media trip disebabkan ada sedikit lebihan cuti. Yela, skali skala insyaALLAH boleh join. Lagipun, trip kali ni pegi ke Taman Negara! Memang antara wishlist aku nak pegi taman negara ni. Yela, kalo nak pegi sendiri confirm mahal! Ibarat pucuk dicita ulam mendatang pulakkan jemputan ni datang. Mulanya agak keberatan takut tak dapat cuti. Bila dikira-kira, shouldn't be any problem. And here i come!
Trip ni adalah selama 3 hari 2 malam. Nanti aku akan ceritakan dengan detail dalam entry seterusnya. Tapi this entry more focus on the resort itself.
Pengenalan
Taman Negara Pahang merupakan antara taman negara yang terpenting di Malaysia. Dikatakan berusia lebih dari 130 juta tahun. WOW! lama tuh. Aku ingatkan Hutan Hujan Amazon kat Brazil je ada. Malaysia pun ada! Not bad. Dan jugak merupakan antara hutan hujan yang tertua di dunia! Hutan dara ni meliputi kawasan seluas 4,343 km persegi yang merupakan kediaman penting bagi lebih daripada 300 spesis burung, 200 spesis mamalia, 10,000 spesis tumbuh-tumbuhan, 150,000 spesis serangga, 270 spesis reptilia dan macam-macam lagilah!
Tarikan utama kat Taman Negara adalah "canopy walk", mendaki Bukit Teresek dan explorasi gua. Oleh sebab itu, Mutiara Taman Negara amat menekankan pemeliharaan taman negara ini supaya generasi akan datang dapat turut merasai dan menghargai apa yang tersimpan di dalam hutan hujan ni.
"Take nothing but photographs, leave nothing but your footprints"
Bas & Bot : Setiap hari jam 8:30 pagi, sebuah bas akan bertolak dari lobi Hotel Istana , Kuala Lumpur menuju ke Jeti Kuala Tembeling. Dari situ, naik pulak sebuah bot menuju ke Mutiara Taman Negara yang mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan. Tambang dan jadual perjalanan boleh rujuk di website dorang ---> SINI
Memandu sendiri : Drive je melalui Lebuhraya Pantai Timur, dan exit Temerloh dan terus ke Bandar Jerantut. Dan nanti akan nampak sebuah T-junction. Kita semua boleh memilih samada untuk meneruskan perjalanan dengan menaiki bot (Jeti Kuala Tembeling - 16km) mahupun teruskan perjalanan terus ke Mutiara Taman Negara yang mana pintu masuknya di Kuala Tahan sejauh 76km.
Reception dan kawasan sekeliling
Time kitaorang sampai, disambut oleh persembahan kebudayaan ringkas dari pekerja Mutiara Taman Negara ni sambil diberikan welcome drink dan jugak cold towel nak segarkan diri. Kemudian proses pemberian kunci bilik masing-masing berlangsung dengan jayanya. Kat situ jugak terletaknya reception untuk memudahkan proses check-in dan check-out para pengunjung.
Bila melihatkan kawasan sekeliling, bersih dan dijaga rapi ibarat duk dalam hutan tapi serba serbi lengkap. Ada kala tu boleh tengok rusa berkeliaran di kawasan sekitar resort nih. Boleh tengok babi hutan dan jugak tapir kalo berpeluang. Sebab tapir hanya boleh tengok pada belah malam-malam je. Pemalu katanya.
reception |
kawasan chalet, guesthouse and etc |
papan tanda peringatan kalo nampak haiwan liar bekeliaran |
Bilik yang disediakan
Untuk pihak media yang datang seperti kami semua. Kami diberikan bilik based on twin sharing. Maka, kami diberikan sebuah chalet untuk dikongsi bersama seorang lagi. First impression aku kalo datang resort yang masuk dalam hutan ni akan berkata. Mesti bahagian dalam dia tak brape nak besar, agak lama, berair dan whatsoever. Tapi bila datang ke Mutiara Taman Negara ni, bila bukak bilik chalet yang diberikan agak impressed! Yelah, bilik dia luas okayyy plus bilik air pun besar, huge flat screen tv!
Antara amenities yang disediakan:
- penghawa dingin
- kipas siling
- hot and cold shower
- toiletries
- prayer mat
- kiblat sign
- coffee, tea and kettle
- flat screen tv
- verandah with forest view
Selain daripada chalet yang aku menginap ni, Mutiara Taman Negara jugak ada menyediakan beberapa jenis lain bagi mereka yang mempunyai bajet yang berlainan seperti berikut:
- Bungalow
- Chalet suite
- Family suite
- Guesthouses
- Hostel bed / dormitory
Breakfast, lunch and dinner (Dining experience)
Sepanjang trip ni, makan 3 kali sehari adalah wajib dapat yang disediakan oleh pihak Mutiara Taman Negara yang mana disediakan di Seri Mutiara Restaurant yang terdapat di bangunan reception. Seleksi makanan not bad walaupun tak banyak pilihan. Bagi aku more than enough. Duk dalam hutan, takkan nak makan macam kat dalam istana. Bila time datang makan, aku rasa aku dan mereka yang lain je melayu. Yang lain semua mat salleh dan minah salleh okayyy!!! Orang Malaysia ni tak suka datang taman negara ke?
Aktiviti yang boleh dilakukan
Bila dah masuk dalam hutan ni, mestilah terpikir apa aktiviti yang best nak buatkan. Takkan nak duk dalam bilik je 24jam. Bosan wooo... Sepanjang trip ni, macam-macam aktiviti yang kitaorang dah buat antaranya:
- Night jungle walk
- Jungle trekking at Bukit Teresek
- Canopy walk
- Boat cruise to Lata Berkoh
- Rapids shooting at Kuala Trenggan
- Orang asli settlement
- dan lain-lain
serangga yang boleh dilihat time night jungle walk |
tengok kehidupan orang asli kaum Batek |
our guide, Pak Chu time jungle trekking ke Bkt Teresek |
Lyana yakni batang menjalar yang hidupnya seperti parasit |
boardwalk yang disediakan oleh pihak Mutiara Taman Negara untuk jungle trekking |
pemandangan dari puncak Bukit Teresek, kalo awan tak tebal boleh tengok puncak Gunung Tahan |
canopy walk... gayat wooo setinggi 40 meter dan 500 meter panjang |
boat cruising ke Lata Berkoh |
Overall, aku sangat seronok sebab dapat join trip ni. Yela, bukan slalu nak masuk taman negara ni kan.
Bagi yang berminat nak try pakej 3h2m ni macam aku buat ni, pihak Mutiara Taman Negara ada menyediakan pakej "Family Eco-Challenge" yang berharga RM750* nett per room. Harga ini untuk menginap di chalet dan jugak harga untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak untuk setiap bilik. Harga ni hanya sah untuk promo cuti sekolah yang berlangsung dari 16 November hingga 31 December 2013.
- penginapan untuk 2 malam
- daily breakfast
- jungle trekking to canopy walk
- rapid shooting
- aktiviti untuk kanak-kanak
Mr. Nathan Vaithi
General Manager
Mutiara Taman Negara
Kuala Tahan
27000 Jerantut, Pahang
Tel: 09 266 2200 / 3500
Fax: 09 266 1500
Emel: nathan.vaithi@mutiarahotels.com
Website: www.mutiarahotels.com
Sekian... BYE!!!
Saya suka pacat terutama bila hujan....hisap jangan tak hisap,,,hihihi
ReplyDeleteteringat kenangan lama di Taman Negara. Awesome. especially Rapid Shoot activity.
ReplyDeleteWow canteknya rsort ni... teringin nak BBQ ditemani babi hutan kat situ.
ReplyDeleteini pon antara tempat idaman aku.. entah bila la aku ade rezeki nak datang ke sini
ReplyDeleteish bila kita nak gi ramai2 ni! cun nyer la gambar ko john oiiiiiii bisa membuatkan org terliur! very persuasive! good job!
ReplyDeleteok akak tak pernah sampai sini
ReplyDelete(hangkat tangan lambai)
ok jugak eh tempatnya
(sembur ridset kat kaki-seram dengan pacat )
CantiknyaA! Very the nature gitu. Hehe. Best2. Malam malam seram x? Hahaha
ReplyDeletebaru brapa bulan lepas tamat praktikal dekat sini...haha...
ReplyDeletecantiknya gambar-gambar ni, pandai snap :D
ReplyDelete