Monday, September 9, 2013

Jeju Island : Part 6 - Oeldolgae Rock | Cheonjeyeon Falls

Bersambung lagi!

Kali ni bahagian ke-6, untuk trip melawat Jeju Island pada hujung bulan Mei yang lalu. Pejam celik, dah lama dah aku pegi rupanya. Rasa macam baru je lagi. Ececece poyo je~ ;p 

Dari Cheonjiyeon Falls, kitaorang bergerak menuju ke Cheonjeyeon Falls pulak. Actually, aku terlepas satu lagi waterfalls yang cantik yakni Jeongbang Falls. Tak jauh pun dari Cheonjiyeon Falls. So, kalo sempat jangan lupa check-it out okeh? 

Jom tengok peta kedudukan air terjun 3 serangkai ni. Mohon lihat huruf berwarna biru yang ditandakan dengan B, C & D. 


Eh eh... aku dah tersilap ni, patutnya aku type pasal Oedolgae Rock. Tempat shooting location korean drama yang bertajuk "Jewel in the Palace". Drama ni pun aku tak tengok tapi femes la zaman aku kecik-kecik dulu. Motip sekarang remaja purba kan. Hahaha. 

Kalo datang ke Oedolgae ni, tak lain dan tak bukan datang nak tengok batu lagi! Kali ni formasi batu ni lain macam skit. Tapi tetap ada beberapa mitosnya tersendiri sama macam Yongduam Rock dalam entry sebelum ni. 

Antara mitos yang dikatakan adalah, Oedolgae adalah seorang isteri nelayan yang mana suaminya gagal untuk pulang ke pangkuannya yang telah mengakibatkan isterinya menangis tersedu-sedan ditepi laut sehingga badannya menjadi batu. Kemudian badan suaminya pula hanyut dibawa arus sehingga berada di bawah batu bersama isterinya itu. Disitulah mereka bersemadi buat selamanya. Apa macam? Karut tak? 

Oedolgae Rock berdiri gah setinggi 20 meter di atas laut tu yang pastinya. 

Bila dah sampai kawasan parking Oedolgae (free of charge), terusla keluarkan... ingatkan terus nampak a lonely rock tu, tapi tidak ye tuan-tuan dan puan-puan. Masih perlu turun anak tangga dan menapak untuk sampai ke look-out point tu kira-kira 400 meter dari atas. Jom gigih la weh... 



Sepanjang perjalanan jalan kaki tu melihat coastal line yang begitu cantik bagi aku. Plus crystal clear water kalo kita jenguk ke bawah. Banyak pokok-pokok yang membantu kawasan sekeliling kelihatan redup je. Ada gak pondok dan gerai minuman untuk para pelancong melepaskan penat berjalan. Oeldogae Rock ni boleh dilihat dari beberapa sudut untuk mendapatkan view yang berlainan. Itu semua antara gigih atau tidak untuk berjalan je nanti. 






Dalam duk menaip ni, aku terbaca pasal Oedolgae ni. Cara sebutan yang betol adalah "wey-dohl-gae".

Jom layan bahagian lain lak yang sempat aku terjah di sekitar Oedolgae ni. 


air laut yang kehijauan

kalo buat wedding photoshoot mesti cantik!




dari tebing, dah gayat dah time ni

jom kita bertafakur kejap



Ok dah lepas tu.. blah la kan. Penat giler time ni. Dah la tu panas tu toksah cakap lah. Bila pikir balik... nape laaaa ku datang time summer. Patut datang time autumn/spring baru best! Tapi aim macam nak terjah time winter. Lagi cantik katanya... 

Destinasi seterusnya pulak adalah Cheonjeyeon Falls. Boleh tengok peta kat atas tu. 

Entrance fee: KRW3,000/pax (Adults) / KRW1,350/pax (Child)

Kat area parking jangan risau sebab memang banyak parking space. Toilet kat kawasan parking pun ada. Kat area parking ni la kitaorang menunaikan kewajipan kepada Allah Taala. Kalo nak tunggu sampai balik hostel, memang tak sempat dah. Ni pun dah dalam pukul 4.30 petang kalo tak silap aku. 

Dah setel semua, kitaorang pegi beli tiket. Dalam banyak-banyak tempat terjah untuk arini, kat kawasan air terjun Cheonjeyeon ni antara yang paling penat/mencabar selain dari puncak Seongsan Ilchulbong yang aku pegi untuk sunrise tuh. Yela, air terjun sini ada 3 tingkat. Untuk sampai ke satu-satu tingkat tu kene daki anak tangga yang bagi aku agak memenatkan yela, bukan slalu exercise pun. Hukhukhuk... Tapi alhamdulillah, semua sempat jejak kira tengok semua skali. 

Sedikit info berkaitan Cheonjeyeon Falls ataupun dikenali sebagai "The Pond of God" yang mempunyai 3 bahagian / 3 lapisan air terjun yang asalnya daripada mata air. 

Nak cite lebih-lebih aku takde mood. Jom layan gambar dulu. 

Tempat yang mula-mula skali aku terjah adalah The Pond of Heaven, yang mana mengikut lagenda tempat mandi 7 bidadari pada waktu malam. Kiranya agak keras la kalo datang malam-malam. Kalo ada ilmu, boleh tengok dorang duk bersiram. Maybe pakai 2 piece. Yela, zaman moden. 


jom mendaki anak tangga, sihat aku nih! 

The Pond of Heaven



kejernihan air kolam jelas terpancar



Lepas dah tengok-tengok keadaan sekeliling kat Pond of Heaven ni, kitaorang naik balik anak tangga menuju ke tingkat 2 air terjun ni pulak. Air terjun ni akan mengalir terus ke laut dan bagi aku paling cantik antara semua! 

Untuk tengok air terjun ke-2 ni, still kene naik turun anak tangga. Agak curam gak sebenarnya. Pongeh dah time ni. Travelmates yang lain pun naik turun slow-slow ikut kemampuan masing-masing. Kat air terjun ke-2 ni, ada platform untuk tengok dengan jelas. 

Layan lagi...


Sori satu jela gambar... lupa nak letak yang lain. Hiks.

Actually, ada 1 lagi air terjun yakni yang ke-3. Tapi aku dan yang lain decided untuk taknak pegi sebab dah drained out giler dah time ni. Lagipun cuaca pun agak panas. Kalo sejuk, aku gagahkan diri gak rasanya. Takpela... tak ralat mana pun. 

So, terakhir skali... kitaorang terjah Seonim Bridge. Iaitu jambatan besi yang berwarna merah sepanjang 128 meter. Jambatan ini dibina merentasi dari timur ke barat merentasi air sungai diantara air terjun ke-2 dan ke-3. Di badan jambatan ini terletak arca/kepingan besi yang menunjukkan 7 orang pari-pari yang akan mandi-manda di air terjun di malam hari. 



Dah abes semua, terus ke parking kereta. Nak gelap dah time ni. Huk huk...

Plan asal nak singgah kat The Glass Castle. Tapi by the time sampai entrance, memang dah tutup. Nak taknak... memang terus drive balik semula ke Yeha GH la jawabnya. Takpelah takde rejeki kali ni. 

Untuk dinner, kitaorang singgah kat satu kedai makan ni. Nasib baik travelmates aku ni pandai cakap bahasa korea skit-skit. Kiranya amek seafoods sahaja semata. Aku hanya terlopong je la. Hahah. Walaupun rasanya macam takleh nak masuk tekak, tapi demi perut dengan lafaz bismillah, aku ngap jugak. Rasa macam asam pedas, tapi dalam versi kurang kaw. 



side-dishes


Dah kemudiannya... balik ler ke Yeha GH untuk berehat. 

Esok hari last dan akan fly semula ke Seoul tengah hari tu. Tengokla camne kalo sempat, pegi ke mana-mana attraction yang mana sempat jela. 

Sempat gak tulis poskad untuk teman-teman rapat. 


Okeh... tu jela. 

Bye!

11 comments:

  1. Hadoi lawak la ko john... bidadari pakai 2-piece hahahahha

    ReplyDelete
  2. Wahh...banyak betul tempat menarik di Jeju nih...kalau macam ni perlu spend 1 week utk round semua..ehh cukup ke..

    Bertafakur katanya..berapa lama tu..kan cuaca panas..tak panas bontot ke duduk atas baru tu ahahaha

    Pic air terjun ke dua tu leh buat wallpaper kat PC..cantik!!

    ReplyDelete
  3. Mmg panas la john kan time summer..hu..hu..aku pon ala2 nyesal gak p time summer.. ank2 aku pon kecoh panas..hi..hi... x sedap ke mkanan2 tu? Nmpk gmbr mcm sngt appetizing. ..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya la nampak makanan dlm ni..jenuh la aku nk mengendong Aqilah mai sini nanti kekekeke..harap2 kurus kakiku nanti..

    ReplyDelete
  5. cantik air terjun...takde org mandi kah di waktu summer?

    ReplyDelete
  6. @Azra,
    hahaha yela, katanya pari2 zaman moden. kekeke.



    @Jari Manis,
    mmg banyak. tp kdg2 tu tak semua patut pegi sbb kat sana tak silap mmg byk muzium utk mereka yg minat nak masuk. kalo 1 week tu kira mmg lama abes lah pusing. hiks.



    @Farikica,
    yez.... mmg betol. panas! tak syiokk nak jalan lebih2 dan amek gmbr sbb muka asyik grumpy je. makanan tu bg aku bese jela. makan sekadar nak ada tenaga. hukhuk.



    @Chawanna,
    hahahah jenuh la weh kalo nak dukung2. tapi takpe ko pegi musim dah sejuk. shud be okay~ ;)))



    @Khairudin Lim,
    tips apa ye yang anda mau? boleh kasik spesifik tak? kalo sekadar general, sy pun malas nak explain lebih2. ;)



    @Biqque,
    owhh macam takleh mandi pun. sbb takde jalan menuju ke kolan air terjun tu.

    ReplyDelete
  7. Subhanallah! Gambars semua lawa2, but I bet x fully justify kecantikan sebenar depan mata. Mengundang betul semua entries pasal Jeju ni lah.

    ReplyDelete
  8. Subhanallah.. memang sangat cantik pemandangannye tu john. anyway semua pic yang diambil memang sangat cantik dengan kesenian dari sudut pandang ko tu. ada nilai artistik gituu. boleh buat poskad ok. best2!

    ReplyDelete
  9. @Bibier Karim,
    terima kasih. ;) yup mmg betol. kecantikan depan mata lagi cantik2 dr yg dlm kamera ni. nampaknya kene la beli tiket. ye dak? hiks.



    @Farel,
    mmg sgt cantik bro. jgn lupa ade rejeki jejak kaki kat sana okay! terima kasihhh! ;)))

    ReplyDelete
  10. betul ke pergi winter lagi cantik? daun tak gugur eh?

    ReplyDelete