Showing posts with label Spain - Granada. Show all posts
Showing posts with label Spain - Granada. Show all posts

Monday, November 17, 2014

Summer '14 Spain (Part of Andalucia) - Total Expenses!

Hmm...

Ni baru betul-betul penutup la kot untuk entry Summer Trip 2014 aku ni. Tapi total expenses ni aku just fokus kepada expenses yang telah lebur kat Spain je. Yakni sekitar Madrid dan sebahagian daripada kawasan Andalusia (selatan Sepanyol). 

Andalusia terdiri daripada 8 wilayah yakni Seville (ibu kota), Granada, Almería, Cádiz, Córdoba, Huelva, Málaga dan Jaén. Tulisan yang highlight kaler biru tu adalah kota yang sempat aku terjah aritu. Maybe next time boleh singgah Malaga pulak. Kota-kota lain tu, tak penah aku dengar pulak. Maybe tak ramai orang pegi kot berbanding kota-kota. Maybe jugak ada hidden gems yang aku sendiri pun tak tau. Who knows... 

Anyway, tanpa membuang masa ayuh!

Tuesday, September 2, 2014

P7 | Summer 2014 | Keindahan Alhambra, Granada

Buenos días!

Orait! Entry kali ni bersambung untuk kesekiankalinya. Tak sabar aku nak abeskan cepat-cepat. Sebabnya, 1 September ni dah start kelas semesta baru. Maka, tamatlah cuti summer aku untuk tahun ni. Sekejap je abes kalo dipikirkan. Takdela lama mana pun. Tapi adela dalam 2 bulan lebih camtu. Hiks.

Untuk perjalanan hari ni, aku akan check-out dari Osio Hostel kat Cordoba ni setelah 2 malam kat sini. Terima kasih diatas hospitality yang diberikan. Aku siap buat laundry lagi kat sini. Kene bayar EUR5 untuk sekali cuci. Okla takdela banyak mana nak cuci. Bila asyik berpeluh time travel gini, tak selesa okeh nak pakai balik baju yang rasa macam kotor. Bila dah basuh tu lega la gak. Nasib baik sini cepat kering. Panas ler katakan... even waktu malam sekalipun. 

Hari ni akan naik train skali lagi selama 2 jam lebih menuju ke Granada. Yang paling utama nak jejak kaki ke kota Alhambra. Femes tempat ni. Kiranya amatlah mainstream dikalangan tourist ni. 

Hurm.. ada ke yang pegi Granada tapi tak singgah Alhambra? Persoalan kat situ. ;)

view dari train menuju ke Granada

Tuesday, June 24, 2014

Summer in Spain 6D5N

Olllaaa! 

Gracias! Por Favor~ Katakau!

Bagi sesiapa yang jadik follower kat instagram aku mesti tau ke mana aritu. Sempatlah lepas exam terus terjah ke Sepanyol untuk cuti summer nih. Then lepas tu lajak pulak ke Paris. Total semua adalah almost 10 hari. Fuhhh~ penat okeh travel waktu summer gini. Memang aku dah takkan buat dah keje giler travel time summer gini. Ketibas, kelangbas, panbas sume adalah aku kata! Pffftt! 

Untuk trip ni honestly aku bukanlah mastermind, aku pun join sebab orang ajak. Lagipun persiapan untuk buat ni aku hanya tolong dari segi nak buat itinerary dan jugak buat booking accommodation je. Yang lain-lain tu memang sekadar aku acuh tak acuh je amek tau. Keji tak? Hurm.. kudos aku ucapkan kepada mereka yang membanting tulang buat research and necessary reservation before the journey started. Next time I'll do it everything by myself and I'm the boss. ^__^. 

Kali ni pun aku bawak troli bag bersaiz kabin untuk travel. Tak tau nape malas sangat nak usung backpack untuk travel. Maybe sebab pikir taknak untuk check-in luggage dan nak handcarry je. So, aku bawak seminimum baju yang boleh. Yela, musim panaskan takkan kau nak berjaket snow bagai. Itu nama gila! Hahahah. 

Papepun, I did survive throughout the journey. Alhamdulillah.. Secara kasarnya, this trip more focus kepada wilayah Andalusia untuk melihat tinggalan keagungan tamadun Islam suatu ketika dahulu. 


the famous fountain in Alhambra