Hari ke-2 di Abisko.
Pagi ni tu aku terbabas tido. Patut dalam pukul 9 pagi camtu aku dah kene ready untuk aktiviti aku pagi tu yang aku dah arranged siap-siap dengan pihak hostel. Biasalah, bila travel musim sejuk, suasana lambat jadik cerahkan. Tu pun nasib baik aku tersedar lepas pekerja hostel datang kejut kat dorm suruh get ready. Ahaks.
Nasib tak kene tinggalkan....
Pagi tu aku tak mandi pun. Gosok gigi, basuh muka ala kadar. Terus sarung warmsuit untuk keluar. Tak pikir panjang dah, terus capai ape yang patut.
Pagi tu, aktiviti yang akan aku buat adalah ice fishing. Excited gakla yela, sebelum ni asyik tengok kat tv jekan. Actually aktiviti ni aku hampir-hampir nak cancel dah sebab tengok jadual perjalanan aku macam tak kene waktu. Try untuk dapatkan refund, tapi dia kata boleh. So, aku proceed jela.
Pagi tu, tour guide sama macam time aktiviti chasing the aurora. Nama dia Oscar. Ahli jemaah pun orang yang sama, Kawan-kawan dari Singapore. Total semua dalam 6 orang je. Kecikkan? Best group kecik-kecik camni.
tasik dari jauh |
Pagi tu nak pegi mengail kat atas tasik yang beku. Jauh gak dia bawak naik van tu. Adela dalam 20 minit camtu punya perjalanan. Walaupun time tu dah lebih dari 9 pagi, ya ampunnn... suasana sekeliling memang sesendu-sendunyalah! Tapi nak buat camnekan. Sabar jela... sape suruh travel time camni.
Tak lama lepas tu, sampailah kami semua. Park van tepi jalan je. Yela, bukan ada kereta banyak lalu lalang pun. Actually, aku takde pun nampak bayang tasik pun kat situ. Kata Oscar, kene masuk dalam belukar skit untuk sampai ke tempat nak mancing ni.
Angkat barang masing-masing dan tolong gak Oscar tu bawak barang-barang peralatan dia untuk memancing ni. Yela, takkan nak biarkan dia bawak sorang-sorang.
dah sampai kat kawasan memancing, tu la paling banyak dapat cahaya matahari, sipi-sipi jela |
Maka, bila semua dah ready. Berjalan la kami ibarat itik ikut ibu itik jalan dalam satu barisan. Ahaks. Lalu celah-celah pokok-pokok yang tak berdaun, dan snow yang agak tebal. Adela tebal dia sampai lutut. Tapi snow tu lembutttt giler! Rasa macam kapas je bila pijak. Arghhhh those feeling best giler! Snow fresh ler katakan...
berjalan meredah salji tebal dan hutan yang tak berdaun |
dalam satu barisan lak tu. ahaks |
untouch beauty |
Bila dah sampai kat tempat sepatutnya, baru aku tau yang tempat kami duk pijak dan berdiri ni merupakan frozen lake! Tapi taktau la kat mana tebingnya sebab view semua putihhhhh je. Takde nampak langsung gaya sebuah tasik. Katanya salji atau ice atas tasik ni agak tebal. More than 10cm punya ketebalan dia. Nak gali lubang untuk memancing ni kene guna gerudi tangan yang besar. Memang ada bawak siap-siap dah.
beg kami, kayu api, tempat membuat unggun api dan batang kail |
tasik beku |
diajar camne nak gunakan batang kail ni |
guide kami yang friendly walaupun tak banyak cakap sangat, Oscar namanya |
kawan dari Singapore |
Mula-mula sekali, kene korek lubang. Oscar tu tunjukkan camne cara nak buat. Takdelah susah mana cuma kene kerahkan sedikit tenaga untuk gerudi sebab bila sampai part permukaan ais tu kene kasik tekan skit biar pecah ais tu. Then, tarik keluar, Aku ada amek video tapi nak kene editkan skit pastu baru aku upload. Tengokla kalau mood ada nak buat. Ahaks.
Lepas masing-masing dah gerudi lubang masing-masing, barulah diberikan sorang satu batang kail. Kecik dan ringan. Pastu letak umpan udang kering tak silap aku. Adehhhh, ade ke ikan nak datang makan ni kan. Pastu tunggula kami semua depan lubang masing-masing sambil duk pegang batang kail dalam keadaan kesejukkan. Time tu suhu minus 8 degree.
acah-acah la mengail walhal bosan tunggu ikan tak kene umpan! ahaks |
hidupkan api kasik panas, siap minum lagi hot winterberry juice. sedappp weh minum panas-panas gini time sejuk! |
Ryan, bosan gak ni time ni |
lubang ikan |
Letak batang kail tak sampai 5 minit dah mengeluh bila ikan nak kene umpan!
Choyyyy sangat perangaikan. Hahahah punya tak sabar nak dapat ikan kan. Yela, Oscar kata kalau dapat ikan yang bersaiz besar dan boleh makan, boleh la terus bakar time tu gak. If not, akan dilepaskan balik masuk tasik. Masing-masing excited nih.
Setiap lubang yang dibuat jarak antara satu sama lain adalah sejauh 5 meter camtu.
Aku ni cepat bosan. So, bila dah bosan tu mula la takleh nak duk diam. Bergerak ke sana, ke mari. Kacau-kacau orang. Amek-amek gambar. Takleh amek lama-lama, sejukkk woi! Kene sarung gloves je.
Turut disediakan sandwich untuk makan. Seperti biasa, aku takleh la nak makan sebab dagingkan. So, Choo Jin, kawan dari Singaporean dah faham benda tak halal kan. So, dia offer biskut dia. How thoughtful she is. Baik sungguh. Dapatla aku alas perut sikit sementara tunggu balik semula ke hostel.
Adela jugak 2 jam kami duk tunggu. Satu ekor ikan pun tak dapat! Camne tu? Sedihhh okayy! Dah la sejuk-sejuk gini. Pastu, Oscar pegi buat beberapa lubang lain yang jaraknya agak jauh tempat kami berada sekarang ni. Dia kata pegi try kat sana lak. Pastu kalau takde gak, dah kene bungkus balik laaa... lagipun dah beberapa jam kat luar ni kan.
Akhirnyaaaaaa!
Dapat la sekor ikan!
Tapi bukan dari kami semua. Tapi Oscar yang dapat! Ahaks.
Kecik je ikan tu. Tak silap ikan yang dapat adalah sweet water cod fish. Ntah betul ke tidak.
Sebab ikan tak brape nak besar, lepaskan balik dalam air tasik tu. Then, kitaorang start kemas-kemas barang untuk balik.
Tapi sebelum tu, sempat la amek group photo. Hiks.
By the way, topi bulu besar tu bukan aku punya. Tapi kepunyaan Oscar. Sebab snowcap aku tak cukup tebal nak tahan sejuk, aku pinjam topi dia punya. Ya Ampun.... best giler pakai topi bulu tu. Cukup warm bila pakai.. Tak rasa sejuk langsung! Bulu pun lembut sangat. Kalau nak beli sendiri tu, mesti mahal gilerrrrr! Merasa pakai jela orang punya kan. Ahaks.
Menuju la kami semula hostel. Tak silap dah almost tengah hari dah sampai tu. Lama gak kitaorang ni keluar pegi memancing. Balik-balik hostel, semua dah check-out dah. Tinggal Cat je, minah dari Australia je kat bilik tu. Balik tu, rehat-rehatkan badan, pastu aku tertido. Penat katanya...
Pfffft! Nyesal aku tido. Patut aku keluar jejalan tengok ape yang best kat sekitar Abisko ni.
Hhmm.....
Tu jela.
Till then.
Bye!
Hahahahahhaaa ... orang memancing kena sabar !!! (Tapi fishing is not my type pun, tak reti nak duduk diam !)
ReplyDeletehahaha saya ienis tak sabar. tu yg mmg payah skit nk stay kat satu tempat lama2.
Deletesedey tul berjam2 mancing tak dapat hasil .. mesti ko dah berangan2 nak makan ikan fresh from the frozen lake kan .. sekali dah dapat, terpaksa let it go, let it go
ReplyDeletehahaha nak buat camnekan. mmg camtu pesen org yg suka mancing ni. aku mmg tak suka nk tggu lama2 kalo x dpt ikan lagi laaaaaa. hahahah tp mmg angan2 aku pn kalo dpt nk terus bakar. makan secubit pn dh rasa happy rasanya. hahah.
DeleteAduahai sama lah kita memancing kat sweden ni memang kene tangan orang sweden jugak.. kita try salmon hari tu pun tak dapat.. orang yg dah lama jer dapat ikan hahahaa.. welll terlepas nak makan ikan fresh dari frozen lake kan .. good job la
ReplyDeletebertabahlah. kene jadik penduduk sweden la gamaknya baru dpt ikan dr pancing sendiri.
Deletewinter kann...harus laaa tertidur saja katanyaaa :)
ReplyDeleteyezza winter. rasa nak tidoooooo je sbb gloomykan.
Deletewow bestnya
ReplyDeletethanks.
Deleteuwaaa.. blog template baru... terbaik la... memancing sangat memerlukan kesabaran.. nak temankan suami pegi memancing kat kolam pun tak sanggup.. baik pi shopping.. hihihi.. pape pun, yang penting.. pengalaman tu.. tak dapat kat mana-mana kan.. ^_^
ReplyDeletehahaha gitula gayanya. nk tengok layout lain pulak. dah lama dah layout lama tu.
Deletemmg pun saya pn jenis xleh duk diam. kene bergerakkkkk selalu baru puas. hahah
aku nk komplen, smlm tak buleh masuk rupanya nak bermuka baru..hehe
ReplyDeletesantekk sgt!
ko mampoo mancing sejuk2..
hahah adehhhh nasib sehari je aku private. nasib baik jugak aku gigih siapkan cepat2 sbb x sabar nk tgk hasilnya. tengs!
Deletehaaaaaa aku mampoooooo tp tak sanggup dah! hahaha
whoa. best gila. its been ages since i last travel to snowy place. and ice fishing looked so much fun and interesting. lawo gila photos. woot!
ReplyDeletekannnn! besttttttt! kalo dah lama x travel tempat snow. hint next trip dah tu kene g tempat snow snow je. tengs! kene byk improve lg bro. ;)
DeleteMak aih. Seram sejuk aku tengok suasana suram tu confirm sejuk gila babun. Aku tak dapat imagine. Keras habis tulang-tulang aku kalau pergi sana nanti. Hahaha.
ReplyDeleteWah nice new layout! Thorbaek!
sejukkkkkk! minus 8 degree kan. huhuhu rasa keras kejung jari2 dalam gloves tu. tak bwak pulak byk lapis utk cover. bertahan jela...
Deletetengs! simple is the best!
Alamak mmg sendu gilers suasana kat sana. Tu ko pakai kamera hebat. If aku punya yg tak seberapa ni...ntah apa hasilnyaaaa. Sedih. Eh John camana nak panas kan kamera tu. Tak berkabus ke lens dia?
ReplyDeletesangattttt sendu syieda! takleh nk buat apa kan. time tu dh peak winter. mmg gloomy all day long. aku pakai kamera dslr yg biasa jela.
Deletenk panaskan kamera? huhuhu aku takde tips pn. cuma aku balut jela dgn kain then letak dlm beg lepas pakai. time tu tak berkabus pn kt lens tu. cuma bila dah masuk hostel baru berkabus kt lens tu sbb dh panas skit kan.
Hiba tengok gambar putih2 tu.. rindu
ReplyDelete*nah tisu kak*
Deleterumah baru. contractor mana neh? hehe. sila sambung ye..cite neh x elok peram lama2..nanti abes winter..:)
ReplyDeletecontractor sendirian berhad! hahahah adehhh winter nak abes dah ni. camne camne? hahahah
Deletedulu ak risau sgt kalo sume putih cm takde bende nak buat.. rupenye banyak aktiviti jugak time white winter ni..
ReplyDeleteak dok la risau kalau takde orang .. bayangkan sunyi sepi.. terus patah semangat ke albisko ni.. ciss
pape pun lpas ni dah tau~ hehe
Oit canggih dan moden page ni.. lame tak singgah~ hehe
banyakkkkkkk! cuma kene sediakan fulus je. kalo byk fulus semua jalan~ ahaks.
DeleteMagad!! frozen lake! nasib ko dh kurus, kalau gems mcm thn lepas2 tu, tak tau la aku nk cakap apa, aku gerenti pecah ais di tempat ko berpijak tu kekekek.. Sukanya aku tgk ambiance warna putih biru2 mcm ni, semoga aku dpt peluang bergambar di suasana begini 1 ari nanti.ahaks..
ReplyDeletekannnnn! kurus la sangat! lols. hrp2 ko pun sampai jugak nanti kat sini satu keluarga. amin....
DeleteHeader pun cantik
ReplyDeletewah/......John....nama asal?
ReplyDeleteahaks! tengs! nama asal? hurm.... rahsshia~ lols
DeleteAbe MKL jgn jelez sbb JM tahu biodata s John ni sbb beliau ada muncul dlm majalah Maskulin. Femes dak nih :-)
DeleteWah blog berwajah baru, baru diri ini perasan ahahaha! Kemas Kemih! entah bila lah boleh sampai ke sweden memancing ikan di sana arghhh
ReplyDeletepukul berapa la agaknya subuh...
ReplyDeleteX pe x dpt ikan pun yg penti g dpt pengalaman berharga tu. 2 jam? Ampun!!!! Klau JM mmg x mampu. Yes!!! X mampu juga utk ke sana, main2 kawasan asea je dan hanya mampu tgk pic yg cantik2 ni je. subhanallah. Pssst : John semakin kurus!!! Dan cute!
ReplyDeleteTengok topi ko pakai tu pun dah boleh agak mesti selesa habis. Tapi tulah rege xmampu milik. Ikan semua lari bila dengar orang soksek. Tu yang Oscar dapat bila dia buat lubang kat tempat jauh sikit. Macam lah aku penyabar bab mancing walhal ni semua dengar dari adik aku. Tapi experience tu yang penting. Pijak salji abc!
ReplyDeleteambil tour ni.. and aurora tu.. siap kasi dgn snowboot lengkap semua ke?
ReplyDeletepackage/tour ni depa bagi skali dgn snow boot lengkap semua ke?
ReplyDelete