Showing posts with label Spain - Barcelona. Show all posts
Showing posts with label Spain - Barcelona. Show all posts

Monday, November 17, 2014

Summer '14 Spain (Part of Andalucia) - Total Expenses!

Hmm...

Ni baru betul-betul penutup la kot untuk entry Summer Trip 2014 aku ni. Tapi total expenses ni aku just fokus kepada expenses yang telah lebur kat Spain je. Yakni sekitar Madrid dan sebahagian daripada kawasan Andalusia (selatan Sepanyol). 

Andalusia terdiri daripada 8 wilayah yakni Seville (ibu kota), Granada, Almería, Cádiz, Córdoba, Huelva, Málaga dan Jaén. Tulisan yang highlight kaler biru tu adalah kota yang sempat aku terjah aritu. Maybe next time boleh singgah Malaga pulak. Kota-kota lain tu, tak penah aku dengar pulak. Maybe tak ramai orang pegi kot berbanding kota-kota. Maybe jugak ada hidden gems yang aku sendiri pun tak tau. Who knows... 

Anyway, tanpa membuang masa ayuh!

Wednesday, November 12, 2014

P8 | Summer 2014 | Ringkasan di Barcelona, Sepanyol

Buenos Dias!!!

Lama aku tinggalkan entry pasal summer trip aku kat Spain bulan June aritu. Tak sedap pulak bila tinggalkan entry tergantung camtu. Baik aku habiskan sebelom aku dah betol-betol terlupa. 

Untuk entry sebelumnya, boleh rujuk ---> P7 | Di Alhambra, Granada 

Taknak buat entry panjang, cukup aku rangkumkan sekaligus dalam satu entry sebabnya, masa yang aku spent kat sana pun takdela lama mana pun. Tak silap aku hanyalah 2h1m. Kejap je kan?

Hurm... aku pun kalo ikutkan hati nak stay macam lama skit. Busuk-busuk 3h2m ke ataupun 4h3m. Sebab ada a few places yang aku nak terjah tak sempat lak nak sumbat dalam jangkamasa yang pendek ni. Maybe kalo ada kesempatan masa yang lain. InsyaALLAH. 

Sagrada Familia, Barcelona - binaan yang tak pernah siap

Tuesday, June 24, 2014

Summer in Spain 6D5N

Olllaaa! 

Gracias! Por Favor~ Katakau!

Bagi sesiapa yang jadik follower kat instagram aku mesti tau ke mana aritu. Sempatlah lepas exam terus terjah ke Sepanyol untuk cuti summer nih. Then lepas tu lajak pulak ke Paris. Total semua adalah almost 10 hari. Fuhhh~ penat okeh travel waktu summer gini. Memang aku dah takkan buat dah keje giler travel time summer gini. Ketibas, kelangbas, panbas sume adalah aku kata! Pffftt! 

Untuk trip ni honestly aku bukanlah mastermind, aku pun join sebab orang ajak. Lagipun persiapan untuk buat ni aku hanya tolong dari segi nak buat itinerary dan jugak buat booking accommodation je. Yang lain-lain tu memang sekadar aku acuh tak acuh je amek tau. Keji tak? Hurm.. kudos aku ucapkan kepada mereka yang membanting tulang buat research and necessary reservation before the journey started. Next time I'll do it everything by myself and I'm the boss. ^__^. 

Kali ni pun aku bawak troli bag bersaiz kabin untuk travel. Tak tau nape malas sangat nak usung backpack untuk travel. Maybe sebab pikir taknak untuk check-in luggage dan nak handcarry je. So, aku bawak seminimum baju yang boleh. Yela, musim panaskan takkan kau nak berjaket snow bagai. Itu nama gila! Hahahah. 

Papepun, I did survive throughout the journey. Alhamdulillah.. Secara kasarnya, this trip more focus kepada wilayah Andalusia untuk melihat tinggalan keagungan tamadun Islam suatu ketika dahulu. 


the famous fountain in Alhambra