Monday, December 30, 2013

Kansai, Japan 2013 : #13 - Shinkansen | Kura Sushi | HEP Five Ferries Wheel

Ohayōgozaimasu!!! 

Bersambung dari entry sebelomnya. 

Ayuhh~ sikit je lagi nak abes entry Japan ni, then aku boleh tutup buku sampai bila-bila takpun sampai ada duit untuk jejak kaki ke Jepun nih! InsyaALLAH... berangan tak salahkan? 

Sejurus daripada melawat Kinkaku-Ji Temple tu, terus kitaorang balik ke hostel untuk simple lunch dan jugak shalat zohor sebelom berangkat menuju ke train station untuk pulang semula ke Osaka. 

Istimewanya kali ni, instead of naik normal train ke Osaka, kitaorang mengambil pilihan untuk merasa naik bullet train atau nama femes kat sini tentulah Shinkansen. Walaupun tak dapat naik untuk jarak perjalanan yang jauh sebagai contoh Osaka - Tokyo, dapat naik dari Kyoto - Osaka pun lebih daripada bersyukur. Ianya lebih kepada nak merasa macam mana rasanya. That's all... not more than that. Thanks to Chawanna sebab kasik suggestion ni. 


penghibur jalanan

Dari hostel, kitaorang terus bergerak ke hentian bas untuk amek bas menuju ke Kyoto Station. Ada beberapa nombor bas yang boleh digunapakai untuk menuju ke Kyoto Station antara bas yang bernombor 100. Naik je bas sebab masih lagi guna Kyoto City Bus Pass tu. Kalo naik train, kene bayar tiket lain pulak. Sayang duit. 

Actually, ada satu insiden yang lawak berlaku time tengah tunggu bas kat area Gion tu. Yela, masing-masing dengan bag besar kat atas bahu tu. Time tengah tunggu bas tu, ada la lalu sekumpulan makcik-makcik macam pelancong gitu. Kalo kat Jepun ni, kadang-kala mana nak perasan samada orang tu chinese or japanese. Muka sepesen je, pukul kira japanese semua. Hahah then, ada sorang auntie yang macam excited terlebih bila tegur MasMZ like macam ni "are you malaysian?" of course la we would say "Yes!" dan tak semena-mena auntie tu buat High-5 dengan MasMZ depan-depan orang ramai! Happy dia jumpa orang malaysia. Dia dari Johor. Hahaha. 

Honestly speaking, bila travel tak brape nak banyak ni. Aku noticed la kan.. ada segelintir ummah melayu ni agak sedikit kekwat kalo terjumpa ummah melayu lain. Aku pun kadang-kadang nak try senyum, tapi bila terpandang semacam muka kelat macam pisang tu terus turned-off. It's either malu nak senyum ataupun betol-betol kekwat. Tapi berbeza kalo terjumpa kaum lain macam India atau Cina, they are very excited to see us i mean Malaysian abroad. Situasi sama macam makcik kat atas tu. You can see how excited she was. Hahah okla malas nak cakap lebih-lebih sebab aku pun kadang-kala memang sengaja buat kekwat. Dah ko kekwat, aku buat lebih lagi. Mampoo? Hahahah. 

Ok berbalik kepada perjalanan nak naik shinkansen menuju ke Osaka. 

Sampai je Kyoto Station yang superbesar dan crowded tu, terus follow signboard menuju ke Shinkansen punya laluan sebab kat situ akan ada kaunter jual tiket. Macam kitaorang ni, memang takde book in advance pun sebab boleh beli tiket unreserved seats terus dari kaunter. 


platform entrance untuk shinkansen

kaunter tiket untuk beli tiket shinkansen

Mula-mula tu macam agak blur jugakla samada nak beli kat mesin ataupun over the counter. Bila ditengokkan mesin tu macam takde bahasa inggeris, terusla beratur kat kaunter tu. Papehal, direct interact with other human. Kang dengan mesin, satu hape pun tak jalan. Ahaks. 

Ok, part ni aku dah lupa samada perlu ke tak tunjuk passport time beli tiket. Tapi aku senang cakap, kitaorang collect passport masing-masing dan tunjuk kat pegawai yang kata nak pegi ke Shin-Osaka via shinkansen. Then, nanti pegawai tu akan tanya samada dah buat reservation or not. Since kami takde buat pape booking, dia terus proceed with unreserved seats. Tiket yang berharga 1,380yen/pax untuk perjalanan lebih kurang 10 minit menuju ke Shin-Osaka Station. Kalo naik normal train dalam 45 minit camtu. 

Nanti pegawai tu akan terangkan untuk naik gerabak nombor brape sebab tak semua gerabak boleh naik ye, sebab ade yang reserved dan jugak unreserved coaches. 

tiket Shinkansen

Masing-masing dah excited nak naik shinkansen ni walaupun muka abes kepenatanlah! 

Ayuh ke platform! 

Shinkansen yang kitaorang akan naik ni adalah jenis Hikari bukanlah yang paling laju kalo tak silap aku. Kat stesen ni, ada jenis Nozomi, Hikari dan jugak Mizuho. Perbezaan antara ketiga-tiga ni adalah dari segi hentian yang train ni akan stop. Nozomi hanya stop pada stesen yang besar-besar je (main station), Hikari akan stop kat stesen yang bersaiz besar dan jugak medium. Manakala jenis Mizuho pulak akan stop kat semua stesen. 

Tunggu tak lama sebab kekerapan agak tinggi dan ketepatan masa tu amatlah bagus. 

shinkansen series N700 yang kitaorang naik

muncungnya yang macam platipus

orang sedang menunggu shinkansen masing-masing

jom naikkk! 

dalam gerabak unreserved seats, boleh duduk mana-mana pun

Perasaan naik shinkansen? Untuk jarak perjalanan yang dekat ni, kita takleh nak rasa shinkasen ni bergerak laju lebih kurang 300km/j. Unless, untuk jarak perjalanan yang jauh seperti Tokyo - Osaka, baru dapat rasa kelajuan yang sebenar. Tapi bila naik ni, memang best la sebab tak rasa pun gegaran whatsoever. Smooth journey orang kata. Duduk pun tak sempat nak panas bontot gebu, dah sampai kat  Shin-Osaka station. 

Teruslah menuju ke hotel yang sudah dibooked ---> REVIEW 

Owh ya.. lupa nak bagitau. Kat stesen Shin-Osaka ni jugaklah kitaorang beli Osaka 2-Days Pass kat information centre. Time ni, giler babeng penat sebab nak carik kat mana letaknya information centre ni. Tanya orang tu, tanya orang ni, akhirnya jumpa gak. Harus ingat ya, kalo nak beli Osaka Day Pass ni kene tunjuk passport sebab ianya untuk tourist sahaja. Kitaorang beli 2 days pass yang berharga 2,700yen/pax. Kat dalam ni ada banyak kupon untuk masuk ke tourist attractions secara percuma dan jugak subway jugak termasuk skali. 

Untuk info lanjut berkaitan Osaka Day Pass ---> HERE 

Time beli pass tu, sempat tanya kat mana kami boleh makan sushi yang sedap dan murah i mean local selalu pergi. Pegawai tu siap tulis atas kertas dalam bahasa jepun lebih kurang macam ni ayat dia "we do not eat any kind of meat, but we can eat only seafood". Nanti senangla just tunjuk kertas tu. Hahaha. 



Taknak buang masam punya pasal, lepas je letak beg dalam bilik, terusla kitaorang terjah destinasi pertama untuk hari ni di Osaka. Nak naik ferries wheel. Dalam buku kupon tu, ada tunjuk lokasi-lokasi menarik yang boleh kita cover secara percuma. Ada a few ferries wheel yang boleh kita try, since dah ade kat city naik je HEP Five Ferries Wheel yang terletak diatas sebuah bangunan setimggi 8 tingkat. Dan warna ferries wheel ni adalah warna merah! Terletak berhampiran Umeda Station. 

Dalam buku panduan tu jugak ada ditunjukkan cara "how to get here". So, faham-faham sendiri la ye. Hiks. 

dari jauh dan dari luar


excited sampai terkencing? hahahah




Naik benda alah tu ade la dalam 15 minit kot tak silap aku, tapi okla not bad dapat tengok view waktu malam sekitar Osaka ni. Warna-warni and padat! 

Next? Cari apa? Carik sushi la uols! Kalo datang Jepun, takkan taknak try authentic sushi kan? 

Dah tanya awal-awal tadi, ada satu kedai sushi ni berdekatan dengan Umeda Station namanya Kura Sushi. Berbekalkan map yang ada kat tangan ni, kitaorang menuju ke Sun Route Umeda Hotel sebab kedai sushi ni terletak kat ground floor hotel ni. Katanya femes la dengan sushi berharga 105yen/plate dan menjadi pilihan ummah lokal kalo nak makan sushi. 

Tengah jalan tu... dalam 15 minit jugak nak sampai ke kedai sushi tu. Ternampak pulak kedai H&M masukla kejap sebab Masmz gian nak beli jaket baru katanya... alih-alih.. 

ce teka kaki sape ni? hahahah

Yang tu, kita simpan dulu. Nak cakap pasal dinner bersushi nih! 

Actually, aku rasa jauh jugaklah kitaorang menapak nak carik kedai sushi ni, tanya orang banyak kali untuk dapatkan kepastian. Dan akhirnya... sampai jugak! Malam tu agak sejuk ye. 


signboard kedai - Kura Sushi

Direction untuk sampai ke sini:

left out subway Midosujisen Nakatsu Sta, No. 4 exit and turn left at the first, (about 5 minutes walk) 1F appear in front of the "Sunroute Umeda"  in the form of look to the left Hankyu Osaka Station (on the side opposite to the Yodobashi Camera) to the north go to the right front (Hankyu International Hotel) When you see Umeda, traffic lights turn right, (about a 15-minute walk) 1F appear in front of the "Sunroute Umeda"

Kalo korang tak tau jugak? Aku suggest bawak 1 map, dan tandakan kat mana SunRoute Umeda Hotel tu, then tunjuk kat pegawai yang mana-mana jumpa tepi jalan kata nak pegi ke hotel ni. Confirm tak sesat. Okeh? 

Ingatkan bila dah sampai tu, boleh la terus masuk dan makan. Tapi tidakkk ye... ada waiting list bagai! Adala dalam 30 minit ke sejam baru kitaorang dapat makan! Hayohhh... femes sangat tempat nih! Sebab gigih nak makan jugak, tercongokla kitaorang kat depan kedai tu, sebab kerusi kat dalam dah penuh untuk menunggu. Nasib baik handphone banyak bateri lagi, powerbank jangan dilupai ye. Ada buat video, camwhore dan jugak main candycrush! Hahaha okla dapat buang masa... 



Time book meja tu, akan diberikan nombor giliran. Nasib baik pekerja kasik nombor tu dapat speaking english skit-skit kira aci faham je. Tapi part nak memanggil nombor giliran tu jenuh nak tau betol ke tak. Alih-alih everytime pekerja panggil nombor seterusnya, aku terus angkat kertas yang diberikan. Yela, mana faham.. so, kita buat style orang tak faham bahasa. Hahaha... 

Akhirnyaaa... sampailah giliran kitaorang! Dapat meja terusla diberikan taklimat oleh pekerja. Tapi jangan risau, dorang kasik 1 kertas penerangan dalam bahasa inggeris dan jugak menu sushi ape yang ada dalam bahasa inggeris termasuk gambar! Senang ler nak makan yang mana. 

Secara jujur, memang ada menu sushi berdaging babi tapi daripada 30+ menu sushi, yang ada berdagingkan pork hanya 2-3 jenis je. Okla janji takyah amek yang jenis tu. Yang lain, boleh makan insyaALLAH... 

sushi udang rebus - 105yen/plate. sedappp yang nih! 

jenis-jenis sushi yang kitaorang makan, ada sotong, ketam, telur dan jugak jenis tuna, semua sedapppp yang amattt! 


serbuk green tea kalo nak minum

menu dalam bahasa inggeris

pinggan aku, makan paling banyakkk sekali untuk 1st timer macam aku. hiks

boleh bayar secara asing-asing jugak no hal

Makan memang bersunguh malam tu, masing-masing amat berpuas hati dengan rasa sushi dan jugak harga. Sebab semua sushi adalah berharga 105yen/plate. Antara yang termurah kalo nak makan, dan memang menjadi tempat pilihan ummah lokal kalo nak makan sebab tu ramai. Sushi dia memang bagi aku sedapppp walaupun aku actually first time makan sushi. Hehehe. 

Malam tu dah abes makan, sempat singgah dulu ke Hard Rock Cafe takut esoknya tak sempat nak singgah. Time tu dah lebih kurang 10 malam, ingatkan dah tutup yela jalan dah senyap sunyi kat kawasan sekitar tu. Tapi tak tutuppp lagi.. sempatlah masuk shopping kejap. Hiks. 


Malam tu tido dengan kegembiraan... 

Esok last day untuk explore Osaka. Harap-harap cuaca best! 

Till then.. 

Bye!

20 comments:

  1. Riang gembiranya muka korang naik feris wheel, terpaksa pegi travel dengn korang byk2 lagi..kemeriahan berganda2 kekekeke..

    Wow cat women sgt kaki yg runcing dan hitam itu..meowwwwwwwwwwwwwwwwww

    ReplyDelete
  2. ferris wheel tu mengingatkan aku dekat citer Honey and clover. suka pulak aku tengok

    sushi udang 105 yen tu memang murah. kalau sushi king RM 6 kau, udang sejuk pula.

    ReplyDelete
  3. sedapnya sushiiiii...nanti nak makan la kat sana!

    ReplyDelete
  4. Thanks for the info pasal Kura Sushi. Insha Allah gi nanti nak singgah makan. Murah tu. Berbaloi2.

    Eh memang Malaysian kalau Melayu sangat kekwat kot. Aku baru balik Seoul, hazabnya rasa bila kena jeling & pandang semacam by our own people. Dalam xnak senyum, buat kekwat...tetiba bila sesat, pandai pula datang kat kita tanya arah. Hmmm.

    ReplyDelete
  5. Wahh.. baguslah pegawai dkt situ siap bg note lg tu inform apa yg blh/tak blh di mkn.. :)so maknanya diorg faham dan aware keperluan pelancong muslim ^^

    ReplyDelete
  6. Bagusla info yg amat berguna utk saya. Sesapa nak ke jepun bulan april thn dpn kalau nk ikut saya lehla email ke apa. Cerita pasal kekwat tu betul la byk kali dah kena n slalunya cina n india yg terlebih xcited jumpa kita yg melayunya eksen sungguh la xtau apa masalah. Kita senyum ja tapi balasan jelingan yg annoyed...kenapa ha xpaham

    ReplyDelete
  7. Oishi!! Sedih yah termiss this cheap sushi! Ada kami terjumpa satu di Kyoto tapi pun banyak orang. Malas nak tunggu. Biasa mommy sama saya selalu beli di 7-Eleven, Family Mart dan supermarket diorang.

    Saya pun terjumpa beberapa orang dari Malaysia masa bershopping di Osaka. Tengah-tengah berbincang dengan mommy, tiba-tiba dari belakang diorang tanya "Dari Malaysia kah" Hahaha.. Ada yang dari Melaka, ada yang dari Penang.

    ReplyDelete
  8. @Chawanna,
    hahahha haruslah! kamikan periang orangnya haruslah bergumbira sakan~ jgn memain, catwoman ni boleh mencakar tau... hahaha



    @Dzuchan,
    hahaha aku penah dgr cite jepun tu, tp tak penah tgk pun. tp ferries wheel ni mmg femes, tak silap slalu masuk dlm drama. sushi king pn tak penah makan.. huhuhu taktau la x penah teringin nk masuk.



    @Biqque,
    haaaaa mohon pegiii! ;)))



    @Bibie Karim,
    insyaALLAH.. ade banyak cawangan. boleh la google area mana yang ada lagi. biasalah segelintir perangai ummah melayu mmg mcm tu, maksum teramat katanya! hahahaha.



    @Nurzakiah Hanum,
    memang seronokk! ;)



    @Cik Nufa,
    yup... sbb kami bagtau dia ape yg boleh makan dan takleh makan, so dia tolong translatekan. senang tunjukkan. tp as for now, tak semua yang aware pasal ni. kene hati2 jugak ye. tp be prepared.



    @Noor Hafirdaus,
    insyaALLAH takde masalah. boleh la tlg yang mana tau. hiks.



    @Khairuddin Lim,
    terima kasih. ;))



    @Diana Teo,
    huhuhuh kami pun hampir termiss jugak tapi nasib baik terjumpa yang murah macam kat atas. nanti u pegi lagi, boleh la try ya. ;)

    ReplyDelete
  9. Masih terasa phobia naik eyes of malaysia kat tasik titiwangsa dulu. Bayangkan tengah sedap dia berpusing-pusing tiba-tiba dia stop sebab nak turunkan orang dan kami betul-betul kat atas sekali. Bila stop tiba-tiba tu apa lagi lah, terayun-ayun lah kami semua kat atas tu... huhuhu semua yang kat dalam dah macam-macam perasaan. Yang si kecil dah menangis, yang besar sikit dah mengucap macam-macam yang dah berumur dah pucat lesi. Aduhaiiii satu pengalaman yang tak boleh lupa lah. gayat rasanya bila tenguk sebelah nampak air tasik titiwangsa bagaikan nak menyambut kami semua. Aduhaiiii

    ReplyDelete
  10. Serbuk teh hijau! haha terbaik!

    Sushi nampak sedap and memang murah, menyesal tak google tempat ni sebelum pergi.

    ReplyDelete
  11. kaki sapa itu?
    (awas beliau pun boleh mengaum sambil merangkak tepi semak..)

    wah..dah sangat laju ..dah menghampiri garisan penamat kisah jepun?

    ReplyDelete
  12. oooooiiiiiiiii sedapnya makan sushi kat situ..... terasa-terasa lagi ni haaaa kesedapannya.... yumyumm..... terpaksa pegi lagi????? gitewkan

    anyway,... rasanya masa trip kali ni ramai jumpa orang Malaysia tak kira la Melayu ke Cina ke (dan auntie kat Gion ni memang super kelakar.. hiksss)paling2 abes pun senyum (untung woooo dapat tukar senyum ngan aku,,, hahahah) tapi lagi ramai yang tegur tu yang best... Yang selisih kekwat sangat tuuhhhhhh... wat2 tak pandang walau jalan sebelah... aiyaaaaa wa talak sombong wooo... wa ipoh mali.... ;p

    ReplyDelete
  13. Tgk HRC teringat HRC versi nasyid yg ada menteri cadangkan. Hahaha.

    Anyway, bab kekwat tu memang betul bro. Aku pergi ujung tahun lepas sorang-sorang ada je jumpa orang Melayu-Malaysia, kita senyum dia buat sombong. Cet!

    Weyh tiket shinkansen mmg dlm bahasa Jepun habis. Haha. Tak faham apa kot. Tapi 45 min jadi 10 min memang syok. Bayangkan ada shinkansen JB ke Kangar. Terbaik. Haha. Tapi mahal lah kan.

    Ok, cepat update lagi. Haha

    ReplyDelete
  14. Samala, ako masa kat Tokyo sanggup naik shinkansen ke shin-yokohama selama 18 minit sebab nak merasa naik shinkansen. Naik Nozomi N700 jugak. Paling pantas antara semua shinkansen okeh..hehehe... Pasal ummah melayu pun sama jugak. Jumpa banyak dekat Asakusa (tempat shopping, of coursela ramai kat sini kan) semua buat muka kelat semacam. Terus hilang mood nak bertegur. Pegi Shinjuku Gyoen jumpa orang Indonesian siap bersembang sambil tolong ambik2 gambar lagi. Berbeza sunnguh!!

    ReplyDelete
  15. Tak sabar nak post video versi mbop!

    ReplyDelete
  16. sekali dua je bertemu melayu malaysian masa ke sana...sekadar berbalas senyum je, xde yg sombong, alhamdulillah.....

    ReplyDelete
  17. Salam kaki berangan, pertama kali menjejahi blog nie, seronok membaca kandungannya.

    ReplyDelete
  18. Saya dah lama cari blog travel ni...nak cari idea untuk karang novel..saya suka selitkan temapt-tempat menarik dalam novel saya. Jadi mungkin info kat sini boleh membantu...

    ReplyDelete
  19. Slm..bab yg melayu kekwat tu mmg stuju sgt..stiap kali jupe mst kte yg kne tegur n bg slm..klu x mmg menonong jer jalan..yg peliknyer xnampak ke kami yg bertudung ni cnfirm2 muslim kn...so pe slhnyer bg slm ke senyum ker..smpai stu tahap cm mls da nk tgur..

    ReplyDelete