Konichiwaaa!!!
Happy Weekend buat semua! Mesti para ibu bapa duk sibuk nak beli persiapan anak sekolah nih. Next week dah start musim sekolah 2014 dah... jalan raya akan kembali sibuk. pffft!
Alrite!
Nak sambung lepas kitaorang dah puas ronda di Fushimi Inari Shrine.
Kalo diikutkan... plan asal memang nak terjah ke Kiyomizudera Temple. Antara temple yang agak besar kat Kyoto ni. Tapi dalam perjalanan tu hujan memang turun pulakkkk. Adoyaiii boleh membantutkan segala aktiviti. Tak best langsung time nih!
|
dalam bas menuju ke Kiyomizudera Temple, jalan macet! |
|
mendaki menuju ke Kiyomizudera Temple, time ni tak hujan lagi, cuaca pun macam panas skit, orang pun ramai! nampak kepala je lebih |
Sedang duk daki tu... tak semena-mena hujan turun! Makin lama, makin lebat. Time ni kebanyakkan kedai amek peluang jual segala jenis payung transparent tuh! Makin lama daki, harga makin mahal okeh! Paling murah aku jumpa, di permulaan nak mendaki berharga 200yen untuk sekaki payung. Harga paling mahal pulak adalah 400-500yen. Harga ni pulak ada yang bergantung kepada saiz, ada small, medium dan larga.
Dek kerana masing-masing tak bawak payung, termasuk gediks nak pakai payung transparent ni. Maka, beli laaa aku, Janggel dan Kak Coco sorang satu. Hiks.
|
happy dapat payung! hahaha |
|
anggun cik timah, nak ke mana tuew~ |
Sampai di tangga nak daki ke temple tu, hujan macam makin lebat. So, diskas punya diskas kalo cuaca macam ni better takyah masuk jela. Buang masa nak tengok dalam hujan plus orang pun ramai.
Akhirnya, tak jadik masuk... kitaorang terus gerak menuju ke Kinkakuji Temple (Golden Pavilion) tapi ntah macam mana ended up ke Ginkakuji Temple (Silver Pavilion) Hahaha.. kes penat sangat dan jugak keliru dah. Kitaorang naik bas yang menuju ke Ginkakuji Michi Station.
Kebanyakkan tempat attraction kat Kyoto ni, kalo dari hentian bas mahupun stesen subway nak menyampai ke pintu masuk ni memang kene jalan dalam 500 meter gak camtu. Sabor jela kaki nak menapak... kalo bawak baby tu, better sediakan stroller takpun yang attach kat badan mak/ayah. Takdela lenguh nak mendukung je.
|
terjumpa pulak Edward dari HK. dia stay sama hostel dengan kami |
|
terjumpa pulak gerai jual pelbagai jenis stamp untuk poskad pun boleh, menarikkk! |
|
menuju ke pintu masuk Ginkakuji Temple |
Harga tiket : 500yen/pax
Ok mood nak menaip ni actually takde sebab dah malaskan... nak ringkaskan cerita pulak macam tak reti. Ke laut dah jadiknya nanti. So, bear with me for this entry only. Hahah.
Sejarah pasal Ginkakuji Temple ni better korang baca sendiri dan kenapa ianya dipanggil Silver Pavilion, walhal dari segi kaler dan bentuk takde nampak silver langsung punkan?
Boleh baca ---> SINI
|
keratan tiket - dah macam yang lekat kat kepala hantu cina dah |
|
pekerja tengah duk buat bentuk "Ginshadan - Sea of Silver Sand" |
|
Ginshadan - Sand pattern representing the sea |
|
salah satu sudut di awal musim luruh |
|
sudut lain pulak... hijau dan mendamaikan mata yang memandang |
|
mossy forest |
|
Ginkakuji Temple - Silver Pavilion |
Kitaorang tak stay lama kat sini, sebabnya hari dah semakin gelap dan kitaorang ada lagi satu tempat nak terjah yakni nak kejar pulak Geisha kat area Gion. Area Gion ni dekat je dengan hostel kitaorang, naik bas menuju pulang tapi turun dulu kat hentian bas Gion.
Hujan masih lagi renyai-renyai....
Bila dah sampai ke Gion district, tak lain tak bukan tentulah nak menjadi paparazzi kepada Geisha, Maiko ataupun Geiko. Tapi hatiku ni rasa tak sedap. Yela, dah la hujan ni... hari pun walaupun dah pukul 5 petang, tapi suasana tu memang dah rasa macam pukul 7 malam dah kat Malaysia. Tentu dorang-dorang ni takkan berjalan kat kawasan sekitar ni..
Ada satu jalan ni namanya Hanamikoji. Kat sini banyak tea house, maka chances nak jumpa Geisha ni berkeliaran adalah tinggi. Katanya timing yang sesuai adalah lebih kurang 5-6 petang. Kalo nasib baik dapatlah jumpa...
Tapi nasib kitaorang ni tak brape nak baik. Dah la hujan, ada la terjumpa dalam 2-3 orang Maiko berjalan dengan pembantu, tapi sebab dorang jalan pun agak laju memang tak sempat nak kejar dah. Dah la hujankan.. mana nak sempat nak pegang payung dan kamera. Hahaha.
Maybe bukan rezeki...
Lama jugaklah kitaorang duk tunggu kat area situ dalam 2 jam. Berdiri ye! Orang lain rasa macam hampa sebab tak nampak ramai Geisha/Maiko ni berjalan. Aku sempat la nampak beberapa, tapi by the time nak snap dah hilang dari pandangan....
|
ini bukan Maiko... hanya rakyat tempatan |
|
mereka menanti dengan penuh sabar.... |
|
titisan hujan membasahi bumi |
|
rakyat Jepun yang ceria dan peramah |
|
aku rasa ni ketua Geisha/Maiko... siap ada assistant lagu |
|
haaaaa terjumpa sorang! tapi tak sempat nak snap dari depan, laju bukan main jalan.... dari belakang jela |
|
jomlah kita gerak... kaki dah penat berdiri |
Since kawasan ni tak jauh dengan Starbucks, maka kitaorang dah sepakat nak pegi minum kopi dulu kat Starbucks. Boleh la hilangkan penat dan lenguh kaki ni... sambil tu boleh la carik tumbler yang dijual. Time ni la mula nak collect tumbler dari setiap city yang terjah. Huhuhu macam terlambat jekan...
Then, balik ke hostel untuk packing. Esok nak balik ke Osaka dah...
Till then.
Bye!
waa..teringinnyeee nak gi jepun...
ReplyDeletewww.hasyanaurah.com
Wah,stamp dia cantik. Siap ada Detektif Conan!!! Dahla ako memang pengumpul tegar stamp nie (Nampak sgt old skool kan, hehehe). Kalau cuaca kurang best memang potong stim. Memang geisha nie keluar ptg je ker? Tgk blog lain pun dorang jumpa waktu ptg je.
ReplyDelete@Nurramizah Fadzil,
ReplyDeleteinsyaALLAH ada rezeki akan sampai ke sana jugak.
@Owen,
haaaaa ini lah peluang ko nak collect stamp banyakk2! ada banyak design wehh... kebanyakkan benda yang femes kat jepun ni. yag geisha tu, aku pun banyak kat blog2 gak dorang kata waktu petang dorang baru keluar sebab nak pegi keje kan..
Ramai lg ke rakyat jelata yg masih dok pakai kimono mcm tu?
ReplyDelete@Norh,
ReplyDeletetak ramai pun. tp kalo ada mcm festival ataupun keraian mmg dorang akan pakai. kebtulan weekend tu ramai budak2 muda pakai kimono tu.
Langit tidak selalu cerah :-) cantik payung lutsinar tu transparent klau berpayung d msia agak2 halang cahaya ke x atau lebih sesuai time hujsn je takut rentung nanti :-)
ReplyDeletememang best kan kalo dpt tgk culture negara org lain .lagi plak Jepun ade cuaca 4 season
ReplyDeleteI love the Pikachu, Doraemon, Astro Boy and Hello Kitty stamps. Too bad, tiada jodoh saya sama stamp itu :(. Macam saya first day reach Kyoto, pun hujan. Benci kalau bab-bab hujan masa travelling.
ReplyDeletekalau aku sampai japan, aku taknak cari geisha. tapi nak g usha Host club
ReplyDelete*matilah niat busuk* haha
aku suka penutup manhole diorang tu, kalau kat sini dah lama kena kebas agaknye
@Jari Manis,
ReplyDeletemmg betol... langit tak selalunya cerah. ;) kenela redha menerima keadaannya. payung transparent tu sesuai pakai time hujan je.
@Nayfatimah Rasyid,
mmg betoll! seronok tengokkk tempat orangkan. ;)
@Diana Teo,
yuppp at first tempat kami pegi, bila balik kedai tu sudah tutup. agak hampa jugaklah sebab tak beli awal2. tapi jumpa pulak kedai lain di Kinkakuji. ;)
@Dzuchan,
amboihhh! terpaksa aku google ape itu Host Club. hahaha. manhole dorang memang aku berkenan sbb macam2 design dan kaler! unikkk!
1. Cantik payung transparent tuh tapi lagi cantik payung cik timah pakai kimono tu
ReplyDelete2. happy sangat muka model payung transparent tu kan!
3. seronoknya tengok stamp tu..kalau pengemar animasi tu harus beli bawa balik buat kenangan
4. pada ms keratan tiket utk masuk ginkakuji tample tu menarik! pokok-pokok kat situ memang semuanya ala-ala bonsai kah? kalau air kolam tu jernih memang perfect tempat nie..mendamaikan sangat
5. laluan sekitar nak tgok Geisha tu cantik tempatnya
6. done..banyak nau komennya kan :P
Wow, what great photos! It looks like you had a great time in Kyoto! Thanks for sharing.
ReplyDelete