Jom Klik!

Sunday, December 29, 2013

Review : Hotel Taiyo, Osaka

Konichiwa! 

Haaa arini aku nak share dengan korang pulak penginapan kitaorang untuk 2 malam terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur selepas 7 hari bercuti di Kansai, Jepun nih. 

Tugas untuk book hotel ni dibuat sepenuhnya oleh aku selepas dipersetujui oleh ahli jemaah trip nih. Dibuat booking melalui Hostelbookers.com dengan hanya membayar 10% deposit samada debit card ataupun credit card. The balance will be paid by cash upon arrival. 

Hotel ni pun memang ramai yang rekomen suruh stay sini sebab dekat nak pegi mana-mana plus harga untuk pernite pun antara yang termurah yang penah aku lihat time buat research aritu. 


Details berkenaan Hotel Taiyo ni adalah seperti berikut:

Hotel Taiyo
1-2-23, Taishi, Nishinari
Osaka, Japan
Poscode 557-0002
No.tel: 06-6631 0802


Actually, hotel ni amatlah dekat dengan Hotel Toyo yang merupakan tempat menginapan kitaorang pada malam pertama aritu. Tapi Hotel Taiyo ni lagi dekat dengan subway! Keluar je dari exit 2 Dobutsuenmae Station, tak sampai 20 langkah dah nampak entrance hotel ni. 

Ayuhh kita tengok ape yang dorang tawarkan untuk pelancong macam kita semua...


Reception dan kawasan sekitar lobby

Kitaorang sampai ke Hotel Taiyo dari Kyoto lebih kurang jam 5.30 petang camtu. Macam biasalah time tu dah rasa macam jam 9 malam dah gelapnya. 

Proses check-in disambut oleh seorang pakcik. Maybe owner la kot... booking sudahpun dibuat online. Maka, bila sampai dia suruh isi satu keratan kertas, kira kat situ ada details diri setiap tetamu. Kitaorang amek 3 bilik berasing dalam posisi 2-2-1. Hahah. 

Kat kawasan lobby tu, ada disediakan macam kerusi sofa untuk lepak-lepak sambil buat air kerna turut disediakan water heater dan jugak microwave kalo nak reheat pape makanan. Vending machine turut disediakan jugak. 2 buah komputer turut disediakan bagi kegunaan tetamu. Free wifi toksah cakaplah memang di setiap tingkat bangunan ni. Ada 9 tingkat semuanya... 

Ada di suatu sudut gak, ada segala macam info berkaitan tempat menarik di Osaka mahupun Kyoto. Free maps turut disediakan. Kalo berminat boleh la pegi  Spa World, kiranya onsen yang femes dan besar kat sini. Terletak di depan Hotel Taiyo ni je. Kitaorang tak pegi pun sebab dah serik. Huks~

Reception

peraturan yang diberikan kepada setiap tetamu beserta password wifi! 

ruangan rehat-rehat

PC anyone?

maps dan brochures untuk kemudahan tetamu

iklan pasal onsen! hahaha

Bilik yang disediakan

Kat Hotel Taiyo ni, ada dua jenis bilik yang disediakan samada western style ataupun japanese style. Kiranya kalo wester style tu, jenis bilik yang ada katil sumelah, manakala japanese style pulak tido atas tatami. Fefeeling ummah lokal sangatkan? Hahaha. 

Bilik kitaorang terletak di tingkat 7, jangan risau ada lif disediakan. Kalo naik tangga, memang aku sanggup tido bawah. Sanggup ke? Hahah..

Kitaorang amek twin room (without bathroom) yang berharga 4,200yen/room. Kira sorang dalam 2,100 yen je untuk 1 malam. Oklakan... 

Guest room types and rates ---> Rooms & Rates 

Antara amenities yang disediakan dalam setiap bilik adalah:
  • tuala mandi dan tuala muka
  • berus gigi dan ubatnya
  • Yukata (japanese bathrobe)
  • slippers
  • mini bar
  • tv
  • air-conditioner
  • hangers
Jom tengok bilik! 

hallway - sunyi sepi je...

keadaan bilik twin beds tak brape luas tapi ok


Kat Hotel Taiyo ni pun tak silap aku takde bilik mandi/toilet dalam setiap bilik. Semuanya kene share turun ke lobby. Sebab kat situ ada 3 bilik private shower. Kalo yang suka nak masuk onsen, turut disediakan di tingkat bawah. Onsen tu ada jadual untuk lelaki dan perempuan. So, takkan bercampur. Tapi kitaorang takdelah nak beronsen dek kerana serik dah kalo ikut pengalaman di capsule hotel tempoh hari. Hiks. 

Kalo untuk mandi, meman kene turun ke lobby. Tetapi kalo setakat nak berus gigi, cuci muka, kencing mahupun nak melabur, boleh dilakukan di setiap tingkat yang disediakan tandas. Tandas pun ada jenis western (duduk dan lebih proper) dan jugak japanese (cangkung dan kurang selesa). Tapi kene tau level mana yang disediakan western/japanese ni. 

japanese style toilet di level 7, nampak macam kotor skit

spa ataupun onsen! ada bran? hahaha

private shower


kalo nak buat laundry


Map and how to get here

Untuk sampai ke sini kalo ada Kansai Airport ada dua (2) cara samada naik JR Line ataupun naik subway biasa. Tapi since kitaorang dah berdekatan dengan subway, maka kitaorang naik la subway Midosuji Line (Red Line) untuk datang sini. Kalo mereka yang datang terus dari airport, better naik JR Line terus then turun di stesen Shin-Imamiya.

How to get here ---> Directions & Map 



Overall, memang aku puas hati ketika menginap kat Hotel Taiyo ni. Namanya je hotel, tapi memang ramai backpackers yang jenis nak accommodation murah menginap kat sini sebab sangat value for money. Aku rekomen mereka yang nak menginap kat sini sebab kalo menginap sebelum fly balik Malaysia amat senang sebab dah dekat dengan JR Line untuk terus ke Kansai Airport. Tak perlu nak transfer train bagai dah. 1 shot terus! 

Kalo dah confirm nak stay sini, make sure buat early reservation, selalunya kalo hotel yang femes dan selalu dapat good review ni cepat full house.. 

Bye!

12 comments:

  1. Ahaaaaa suka suka suka lokasi amat menarik haruslah booking cepat klau begini kan

    ReplyDelete
  2. Okla hotel nie. Lokasi dia memang daebak!!! Boleh shortlist for my Kansai trip. Hmm... macam sekejap sgt 7 hari. Ingat nak cover Kobe, Hiroshima and Fukuoka jugak. Maybe 2 minggu baru ok kot... Macam manala nak kena mintak dekat bos cuti 2 minggu pegi Jepang nanti...hahaha

    ReplyDelete
  3. Semua nampak lengkap dan selesa just tandas tu nampak kotor lantai dia.. but ok la kan kalau kata antara termurah.. :D

    ReplyDelete
  4. 2,100 untuk seorang memang murah gila sebab masa saya buat research, paling murah yang saya nampak adalah 3,000 per person.

    ReplyDelete
  5. Murah betul hotel ... facilities pun mcm ok ... tapi private shower tu mcm kecik bebeno

    ReplyDelete
  6. @Jari Manis,
    gitewww memang tempat agaklah strategik!



    @Owen,
    mmg betolll owen! daebakkk abes! hahaha 7 hari tu aku pun rasa sekejap, tp bila pikirkan kepenatan kaki tu.. adoyaiii. but it was really fun! ;) lagi lama lagi bagus!



    @Time Traveler,
    aah tandas tu nampak kotor skit tp tak berbau pun.. kalo masuk yg toilet western style, mmg bersihhh! lupa nak snap gambar letak sini.



    @Diana Teo,
    yupppp! memang murahhh! yup, kdg2 tu paling murah 3,000yen. maybe ikut lokasi jugak kot.



    @Azra,
    hahahah murahhhhhhh! hahaha facilities memang aku rasa sgt ok. more than enough dah bagi aku. yang private shower tu okla.. takdelah sempit mana pun.

    ReplyDelete
  7. not bad gak hotel nie, setuju lantai dia memang nampak kotor sikit..maybe sebab hotel ni dah lama kot sebab bole nampak ada separuh dari barang2 dia mmg nampak dah antik sikit..tapi tetap terjaga rapi

    private shower tu mak ai keciknya..kalo size anak gajah sure seksa nak mandi..nak pusing pun mcm tak lepas!

    ReplyDelete
  8. Bila lah dapat jejak kaki kat jepun ya. Berangan je lah dulu mudah-mudahan Allah permurahkan rezeki dapat juga jejak kaki. Apa pun sentiasa berangan dok bawah pohon sakura sambil di hujani dengan bunga sakura yang berguguran. Huh hindustan sungguh.

    ReplyDelete
  9. ok lah under budget ...janji ade tmpt tido,mandi n mkn...

    ReplyDelete
  10. Murahnya John..murahhhhhhhhhhh gile...aku pun nk booking jugak lah macam ni walaupun takde niat nk pegi..tq..

    jom pecan pie??? kekekeke

    ReplyDelete
  11. Wow bestnya tempat ni...murahnyeeeeeeeeeerrrrrr!~

    Untungla skejap pavlova sekejap pecan pie!

    ReplyDelete
  12. Masuk onsen tu memang wajib berbugil ke? Wow tak bran nya. Haha

    ReplyDelete

Please leave your nicknames. Don't be just an anonymous. If not, I will reject your comment straightaway.

Sila tinggalkan nama samaran anda. Jangan hanya jadi Hantu tak bernama. Jika tidak, segala pertanyaan/komen akan di'reject' serta-merta.

Thank you & Harap maklum. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...