Ohayōgozaimasu!!!
Dekat 2 minggu aku tak menaip blog ni untuk sambung cerita trip aku ke Kansai. Kalo ikutkan, kan best kalo laptop ni boleh menaip sendiri dengan membaca ape yang aku tengah pikirkan untuk abeskan cerita ni. Tak perlu jari-jemari aku gigih nak menaip cerita dalam blog ni. Tapi takpe, ade sedikit masa lapang ni, skit je... esok busy balik bagai nak rak yang taktau bila ada masa free lagi. InsyaALLAH, entry Kansai ni tahun depan baru abes.
Anyway, semoga korang senantiasa sihat ye. *mood bodek reader*
In my mind was like "duh~ ada aku kesah korang sihat ke tak?" Hahahah
So, dalam hidup toksah fake sangat... walaupun hakikatnya memang baik. Tapi kalo terlampau over, orang akan nampak itu adalah fake. *read between the lines*
*******************************
Papepun, jom aku sambung kisah Kansai yang masuk hari ke-2. Baru aku ke-2!!!
Hari ni, kitaorang akan terjah seharian di Kobe. Alang-alang orang kata. Aim aku actually hanya nak tengok Masjid Kobe dan jugak tengok Kobe Port Tower yang berwarna merah tu. Other than that, kita tengok ape yang sempat. Takleh nak terlalu ambitious nak cover semua tempat kalo boleh. Kang nanti, yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciriran. Kalo salah tu peribahasa aku sebut tu, korang betolkan sendiri dalam hati. Tak perlu komen kat bawah nanti. Ngerti?
Usai check-out dari Toyo Hostel ---> Review , kitaorang dah tanya siap-siap kat receptionist tu camne nak pegi ke Kobe dengan cara senang dan cepat dari hostel tersebut.
Ni adalah direction untuk ke Kobe dari Hotel Toyo. Bagi mereka yang duk kat hostel/hotel lain kene jotdown main station yang aku sebut kat bawah nanti. Actually, tak perlu jotdown pun takpe, sebab kat sana bersepah maps yang boleh kutip buat panduan. ni hanya untuk dapatkan gambaran saje. Kang nanti kalo aku bagitau semua secara detail bagai nak mampos, takde adventurela trip korang nanti sebab semuanya expected. No point. *TITIK*
Direction to Kobe from Hotel Toyo:
Shin Imamiya Station (JR Line) ---> Umeda Station ---(Jalan kaki)--> Osaka Namba Station (Hankyu Kobe Line) ---> Sannomiya Station
Harga tambang train menuju ke Kobe dari Osaka-Namba Station adalah 310 yen/pax.
Kenapa aku pilih Sannomiya Station?
Sebab stesen ni paling dekat kalo nak pegi ke Kobe Mosque. So, senang ler nanti. Takyah pening-pening dah.
Perjalanan menuju ke Kobe mengambil masa kira-kira 1 jam. Time kitaorang sampai di Sannomiya Station tu agak lost la sebab nak pegi mana dulukan. Tapi yang penting terus carik Kobe Information Centre. Boleh la kutip mana-mana map yang penting untuk dijadikan panduan. Kitaorang approached je information volunteer tak silap aku untuk tanyakan arah ke information center tu. Alhamdulillah... orang jepun ni baik-baik belaka. Sudi jalan sama-sama untuk tunjuk mana tempat tu.
Kobe Information Center
Address:
8-chome,Kumoi-dori,Chuo-ku.Kobe(The Old Western Japan JR Bus Ticket Center Site)※The South of JR Sannomiya Station East Gate,and downstairs of Port Liner Sannomiya Station
No. Tel: 078-322-0220
Operation hours: 9am - 7pm
Bila dah jumpa center ni, terusla masuk.... panaih woii! Tak bukak aircon ke dorang ni. Rimas aku duk dalam tu. Tanya yang mana patut macam contoh ape yang boleh tengok dalam masa 1 hari, dan jugak cara nak pegi ke Kobe Mosque. Suprisingly, logo masjid ada dalam map dorang. And they know where is Kobe Mosque located. Baguskan?
Pegawai information centre tu siap bagitau kat Kobe ni ada City Loop Bus. City Loop Bus ni macam Hop On, Hop Off bus kalo kat negara lain. Dorang akan stop dekat 30 lokasi menarik untuk pelancong. Harga untuk single ride : 250yen/pax. Manakala untuk 1 day pass adalah 650yen/pax. Since kitaorang tak leh nak cover banyak maka tak beli la day pass tu. Hanya bayar kalo nak naik je. Taktau samada berbaloi ke tak.
More info on City Loop Bus ---> HERE
Dari map yang kitaorang dapat tu, tempat pertama nak pegi adalah Ikuta Shrine. Tak perlu naik bas pun hanya menapak je. Okla sambil tengok-tengok keadaan sekeliling Kobe ni. Tak terlalu sibuk macam kat Osaka tapi still ramai penduduk.
|
penghibur jalanan |
Ikuta Shrine kalo diikutkan info yang aku dapat dari internet. Merupakan salah satu shrine yang tertua di Jepun. Tapi shrine ni masih lagi dijaga dengan begitu elok dan bersih. Masih lagi aktif beroperasi untuk kegiatan keagamaan dan jugak tumpuan pelancong. By the way, dari segi saiz dianya kecik berbanding shrine yang lain yang begitu besar berbanding Ikuta Shrine ni.
Kat sini jugaklah, bernasib baik sebab jumpa beberapa budak kecik pakai kimono! Omg!!! so kawaiiiiii mak kau. Kalo aku ada anak nanti, confirm cun macam budak-budak ni.
Cakap banyak tak guna, jom layan gambar!
|
basikal memang bersepah kat mana-mana kawasan di Jepun ni |
|
lorong kecik yang amat bersih! |
|
petaling street? |
|
time nak sampai kat Ikuta Shrine dah ni |
|
kedai menjual makanan secara terbuka, kalo hujan ni jenuh nak tutup |
|
tadaaaa! dah sampai kat Ikuta Shrine disambut oleh tori gate versi kayu tak bercat |
|
kaler oren dia amat terang! |
|
Miss B tengah buat rakaman video oleh Janggel. Manakala Dato' Masmz posing as a orang kaya |
|
tori gate berdiri megah |
|
Ikuta Shrine : belah kiri dan kanan ada kedai menjual pelbagai jenis charms untuk pelbagai tujuan ada cinta, kekayaan, kepandaian dan lain-lain |
|
eh awak... nak ke mana tu~ |
|
main building kat Ikuta Shrine ni |
|
sepasang suami isteri ceria disamping newlyborn dorang, time ni ada acara cukur jambul |
|
bahagian dalam |
|
datang menderma sambil amek berkat |
|
lepas kasik derma, boleh bunyikan loceng ni sebanyak 3 kali |
|
doa-doa yang ingin disampaikan |
|
eh terjumpa pulak Fushimi Inari versi mini. ahaks! |
|
alololo comeyyyyynyaa!!! abang dan adik! |
|
adiknya sporting lebihhh! *peace ya'll* |
Untuk cerita lebih detail ape yang berlaku di Kobe boleh la rujuk di blog dibawah:
Ok dah tu je as for now... sambung keje.
Bye!
seronoknya japan
ReplyDeletebusy benor akhir tahun ni...aku ingt ko menghilang sbb pi travel lagi!hehehe
ReplyDeletegambar orang laki pakai coat, tgh berdoa tu, dah mcm cerita yakuza dah aku tgk...versi baik punya smpt pi berdoa sebelum berlawan...hehehehe
kompem aku nk belikan kimono atau yukata kat anak aku hahaha!
ReplyDeletebetul cakap ko henry, kalau bagitau semua tak adventure lah...semua nak kena suap payah jugak. kagum tengok semua gambar, bersih and cantik. tak nampak sampah langsung...
ReplyDeleteohh...sket je..mmg bz betul ni..ok lah ni agak entry..leh rasa rindu peminat nk baca ni...layan blog Janggel dan kak anash pulak lah
ReplyDeleteHahaha..mkn besuap katanya..sah tak ada tangan tu
bila pulak nak terbit gambar lelaki jepun macho beryukata .. ? *bertabah tunggu
ReplyDeleteBolehlah saya rujuk blog ni kalau nak ke Jepun.
ReplyDeleteHamboi... statement bongkak sangatkan di awal bicara...untunglantetap peminat sayang kekekeke.
ReplyDeleteKbai.
ko terhibur tak dengan penghibur jalanan tu? tapi, kenapa nampak macam auntie2 [cehh tak mau cakap makcik2. ahaks]
ReplyDelete@Nurzakiah Hanum,
ReplyDeleteiya? mmg seronokkk! insyaALLAH dpt ke sana jugak nnt. amin...
@DJ,
kannnn busy kalah bini PM tau! ahaks. takde dah travel, duk diam2 buat keje kat ofis je ni. ;(( aah lagak dorang mcm yakuza je aku tgk. snap dr kejauhan. hiks.
@Biqque,
kannnn! aku pn nk beli gak. cnfirmmm kawaiii~
@Orga,
betol.. terima kasih sbb sokong aku. hiks. ;) kannn jepun ni mmg bersih yg amat!
@Jari Manis,
iya.. busy yg amat! kalah kak mah okayy~ lol. kat mana makan bersuap tu?
@Nana Tron,
hurm... sape agaknya gmbr lelaki tu? ehem.. mr. laksa? hot babes? hahaha
@Naramas Aman,
insyaALLAH buat panduan skit2. takdela detail sgt. ;)
@Ren,
ahaks! harusla bongkak tahap petala 8. kekeke
@Khai,
hahahah terhibur? ibarat musafir di angin lalu je.
ooo baru tau jauh jugak la rupanya nak ke kobe bila tengok peta tuh...
ReplyDeletehehehee...
(itula...main ikut aje mana derang pi...)
oklah musafir di angin lalu daripada teratai layu di tasik madu. haha.
ReplyDeletetapi, nampak gaya macam tak menghiburkan pun. tetiba teringat baru2 ni kat kl sentral, nampak penghibur jalanan, orang dok dengar2, layan lagu dia, dah habis nyanyi, ramai main belah macam tu je. sesen pun tak sumbang. padahal terhibur tu. haha. alkisah~
Mood bodek reader yang baik hahahaa :P
ReplyDeletesweet sangat tengok bebudak tu pakai kimono.. asal tak amik gambar dengan budak2 tu :D
tak pakai ke pakaian Jepun itu..so sweet..pasal awak juga macam Jepun...Jepun look.
ReplyDelete