Ohayōgozaimasu!!!
Masih lagi hari ke-2 di Kyoto. Tapi seharian di Arashiyama.
Aku gigih nak abeskan sebanyak mungkin entry Japan ni sebelum masuk tahun baru. Kalo tidak, takdelah entry penutup untuk tahun ni. Tapi rasanya macam tak sempat je... macam tak dan je... macam hampeh je~ hahaha.
Alrite!
Actually, dekat nak keluar dari pintu belakang Tenry-ji Temple tu macam ade wakaf untuk duduk-duduk. Pastu plan, why not kita shalat kat sini je. Bersih lak tu kalo nak shalat. Bersebelahan pulak dengan hutan buluh tu. Kiranya takde orang lalu atau berkeliaranlah kat kawasan tu. Macam passing by je. Tapiiiiiii.... dek kerana kitaorang dah duk syiokkk sakan bergambar kat situ, orang lain yang lalu lalang nak tiru gakk!
Hoii! Mana boleh tiru-tiru nih! Pi main jauh-jauh! "getus hatiku"
Ewahhhh mak enon, sedap-sedap nak halau orangkan. Bukannya tempat ko pun. ;p
Dek kerana tu, tak jadiklah nak shalat kat situ, plus paip air yang ada pun tak berfungsi elok. Sarung balik kasut aku....
Kiranya... sampai ke Bamboo Grove ni dah tercapailah salah satu wishlist aku bila sampai ke Kyoto nih. Bamboo Grove ni kiranya top tourist spot yang orang kata wajib datanglah. Walaupun sesetengah orang maybe tak suka tempat cliche macam ni katanya too touristy. Tapi toksah nak poyo sangatlah... baikk datang je tengok sendiri. Atleast, boleh la kata "been there, done that". Hahaha ouchh!
Janji aku sampaiii! Bagi aku, bila sampai kat hutan buluh ni, boleh la merasa pengalaman berjalan diantara buluh-buluh macam aku tengok cite 47 Ronin aritu. Dan jugak cite klasik jepun dulu-dulu. Nampak macam mistik sangat tempat nih. Cahaya matahari pun sayup-sayup disebalik pucuk-pucuk buluh.
Pokok-pokok buluh yang berada dikiri dan kanan amatlah teratur bentuknya. Kalo banyak duit, boleh la buat post-wedding photoshoot kat sini. Bestnyaaa!!! Tapi pitih mana nak korek?
Since datang waktu musim cuti panjang, so kene expect semua tempat tourist memang akan dipenuhi dengan ummah pelancong! Kat sepanjang dalam 500 meter merentasi bamboo grove ni, memang ramaiiiiii betol dengan manusia. Nak posing gambar syok sendiri pun agak payah nak kasik tak nampak orang. Nak taknak, terpaksalah pilih timing yang tepat! Redah jela labu...
Jom layan gambar yang sempat aku snap!
Secara jujurnya, takde perfect picture yang mampu menggambarkan perasaan bila berdiri diantara ratusan pokok buluh yang begitu indah di mata aku, walhal kat Malaysia orang buat lemang je! Bila berada kat sini, ada satu perasaan yang rasa unik yang tak dapat di mana-mana hutan kat dunia. Kalo hutan hujan tropika, kita dah selalu rasa kat Malaysia ni. Betol tak?
Overall, walaupun ramai orang aku bersyukur jugaklah dapat shots yang aku nak amek sangat. Alhamdulillah...
Bila dah sampai penghujung bamboo grove ni pulak, akan ada signboard yang menuju ke Sagano Romantic Train. Kira-kira kene jalan kaki dalam 5 minit untuk sampai ke stesen berkenaan. Rail yang digunakan adalah berbeza dengan rail normal punya. Ianya bakal memberikan pengalaman yang berbeza bagi mereka yang akan naik.
Bila dah sampai stesen tu, penuh dengan manusia yang tengah tunggu giliran untuk naik train.
Untuk info berkenaan dengan jadual train boleh la rujuk ---> SINI
Bila aku nak beli tiket, the only available tiket yang ada untuk paling cepat adalah jam 3 petang tu pun standing ticket yang berharga 600yen/pax. Okla since dah nak naik, beli jela. Bila lagi nak naik kan? ;)
Apa menarik ketapi romantik, ianya akan menyusuri Sungai Hozugawa yang menghubungkan antara Arashiyama dan jugak pedalaman Kameoka.
Untuk info lebih ---> SINI
Sementara nak tunggu dalam sejam lagi giliran kitaorang, maka sempatlah amek peluang nak shalat kat area sini. Amek tempat yang macam tersembunyi skit pastu makan pulak buah berangan. Perghh sedap sungguh makan buah berangan panas-panas ni dalam cuaca yang agak nak sejuk.
|
beratur untuk masuk ke gerabak masing-masing |
|
ketapi dah sampaiiiii! |
Since kitaorang dapat standing ticket, maka gerabak yang terakhir ataupun gerabak no.5 sebab gerabak tu je yang jenis open-air. Yang lain tu jenis tertutup. Kiranya nak kasik peluang untuk amek gambar dengan cantik. Tapi ride yang selama 25minit untuk 7 km tu bagi aku agak laju jugaklah.. kadang terbabas nak kasik amek gambar. Plus, ada banyak pokok yang menghalang pemandangan. Tapi still ok sebab dapat tengok kawasan pedalaman yang mana air sungai berwarna biru turqoise! Cantek! Plus, nampak jugak mereka yang naik cruise sampan menyusuri Sungai Hozugawa ni. Ala-ala water rafting dah aku tengok.
Jom layan gambar lain~
Bila dah sampai stesen sepatutnya, iaitu Torokko Kameoka Station. Ni adalah stesen terakhir dan kami semua akan turun kat sini. Kiranya ni adalah destinasi terakhir kitaorang sebelom amek train di Umahori Station yang terletak kira-kira 10 minit jalan kaki dari sini untuk balik semula ke Kyoto Station. Takde nak explore tempat lain sebab dah petang dah. Tak lama lagi nak gelap dah.
|
rumah kampung |
|
hantuuuu??? hahaha dia kenal Tun Dr. Mahathir |
|
view waktu musim bunga? lawaaaaa! betol ntah tipu nih |
Maka.... ewahhh! Maka nih... perjalanan jalan kaki dari Torokko Kameoka Station menuju ke Umahori Station sempat la tengok sawah padi! Hahahah macam la kat Sekinchan tu takdekan? Tetap gigih nak amek gambar sakan... jakunnnn katanya di tempat orang~
Dari Umahori Station ni teruslah kitaorang ke Kyoto Station. Tak perlu nak transit-transit ataupun tukar line. Bila dah sampai ke Kyoto Station, actually dah gelap dalam jam 6 petang camtu tak silap aku. Sesat sekejap kat Kyoto Station sebab blur nak pegi ke tempat subway pulak untuk menuju ke Gion-Shijo Station. Tapi akhirnya, jumpa gak. Tapi sebelom tu sempat bergambar di depan Kyoto Tower. Femes katanya....
|
dua beradik yang bermain pok amai-amai |
|
pintu masuk utama Kyoto Station |
|
depan Kyoto Hotel Tower, femes landmark ni |
|
kesibukan dalam Kyoto Station |
Tapi kitaorang tak terus balik ke hostel. Tapi menuju ke Nishiki Market. Ataupun pasar basah kat Kyoto ni. Terletak di sebelah Shinkyogoku Shopping Arcade. Kalo tanya aku, macam susah skit nak jawab sebab ianya bersambung yang kitaorang jumpa secara kebetolan. Memang panjang kedua-dua tempat nih! Penat jalan.
Nasib tak baik, rupanya time kitaorang sampai ni, waktu operasi Nishiki Market pun dah abes. Tutup awal tak silap lebih kurang jam 6 petang dah mulai tutup kedai. Tapi sempat la tengok keadaan sekeliling. Ada jugak beberapa kedai yang still bukak sambil kemas-kemas.
|
pintu masuk |
|
kedai 100 yen! masuk kitaorang dalam ni, besarrr macam-macam rasa nak beli, tapi tu semua nafsu! |
|
ikan grill? nampak sedappp! |
|
sape minat boleh la beli sashimi nih... macam-macam perisa ada. aku tak makan sebab takleh nak telan |
|
telur ikan |
|
besarrrr giler kobis nih! 3x lagi besar dari kepala aku sendiri! sebulan makan tak abes! |
|
replika makanan, kecur air liur aku walaupun makanan tipu je! |
|
keadaan asal buah berangan! wahhhh berduri rupanya! |
|
kedai membuat kuih dorayaki berinti kacang putih, semua pakai mesin! |
Dah abes penat berjalan, haruslah balik semula ke Bakpak Kyoto Hostel. Naik bas jela penat woiii!
Bila dah sampai tu, haruslah perut lapar mintak diisikan. Okeh, ni aku nak cerita kisah malam semalam yakni malam pertama di hostel ni. Nak masak nasik pakai microwave yang biasa aku buat. Yela, siap beli beras lagi. Kalo nak guna sayang pulakkan... gara-gara nak jimat punya pasalkan. So, masukla dalam microwave tu tapi microwave dia pelik skit takleh nak set masa brape lama nak masak. Asyik kene putar button kat microwave tu, lepas 3 kali pusing tiba-tiba ada blackout! Tapi nasib baik bukan satu hostel tu blackout tapi area dapur jela, ada certain area bergelap. Haaaa sudaaaahhhh kiranya ada elektrik tertendang. Ok, aku taktau proper word nak guna tapi senang suis tertendang! Hahahah gelabah la jugak sebab tak jugak main suis tuh.
Yela, takut punya pasal kene marahkan. Try call owner tapi tak berjawab pulak. Ada orang penghuni dari Jepun namanya Pon (lelaki) try tolong callkan bagi pihak kitaorang. Takde gak jawapan. So, dia suggest kitaorang pegi abeskan sesi masak nasik tu kat microwave yang disediakan di Lawson (convenient store)! Hahahah biar betol kan? Boleh ke? Dia kata nanti dia tolong cakap.... hahahah adoyaiiii malu lak rasanya bawak tupperware pegi masak nasik kat kedai orangkan.
Dalam pada tula kitaorang berkenalan. Pon boleh cakap english agak fasih sebab penah travel setahun keliling dunia! Cikgu katanya berasal dari Sapporo. Haaa ade chance nak jejak sana ni since ade kenalan. Hahaha. Borak lama gakla dalam 10 minit sampailah nasik tu siap masak! Hahahah buat taktau jela.
Makan dengan gembira~
Okeh, ni sambung pulak cerita malam ni. Terjumpa pulak Pon dengan travelmate dia namanya Joy kat common room tu. Ajak dorang try makanan kitaorang bawak tu yakni sambal ikan bilis dan jugak rendang daging. Saje nak kasik try makanan Malaysia. Katanya dorang ni takut pedas, tapi kitaorang ensure tak pedas pun! Hahahah nasib baik nasik masak lebih. Sempat sorang makan dengan roti, ada gak makan dengan nasikk! Katanya sedappppp!
|
kejakunan tengok botol kicap ABC |
|
Mr. Janggel sedang bercerita kat Joy |
Lama gak kitaorang duk sembang pasal diri masing-masing samada tempat Sapporo dan jugak Malaysia sendiri. Katanya dorang ni tak penah sampai Malaysia, dan secara kebetolan dorang ni adalah divers, maka teruslah promote kat Malaysia pun ada tempat diving yang bertaraf dunia. Teruslah promote Chawanna sebab penah pegi Mabul kan... terus terkesima dorang tengok gambar! Woahhh woaahhhh woaahhhh non-stop. Terus berkata nak datang Malaysia next year! Hahaha
|
group selfie! |
Plan asal nak tido awal terus terbantut dek duk layan borak sampai tengah malam! Hahah. Lepas exchange facebook semua.. masing-masing masuk tido and we called it a day.
Till then... bye!
Untuk entry versi lain ---> Janggeltrekker & Coco Nutz
yezza tempat wajib terjah kalo ke Kyoto!hehehe cun giler pokok buluh banyak2 tu....untung laaa diorang tak reti makan lemang...kalo tak masa raya abesss semua nih!hehehe
ReplyDeleteHuntungnya awak dapat kawan dengan orang jepun kan. Saya takde pon.
ReplyDeleteNickname saya Ren.
berdarah hidung aku baca post ni, sebab lawa sangat bamboo groove tu.
ReplyDeletethen aku suka gambar2 dlm market tu. kata orang, nak kenal sesuatu masyarakat tu, tgk pasar dia.
tapi, kobis tu 4000 yen? heeekk
makin lama makin jeles baca citer gi jepun ni....
ReplyDeletetidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
bila lah tabung ayam nak penuh ni???
ternganga mulut mamat jepung tu! mesti promote kaw kaw punya nih..huntong la taun depan g sapporo.
ReplyDeleteCantiknya gambar keretapi time cherry blossom tu.
ReplyDeleteSubhanallah *jatuh rahang* cantiknya diknon gambar buluh betong tu semua.Kat alamanda ada satu jalan menghala ke Parcel E, dia tanam buluh2 macam tu tapi takde le besor gaban buluhnya macam kat Kyoto ni. Tapi tu le segan lah pulak nak berposing kat situ sebab hari2 orang ramai *aduhai tepuk dahi* tempat orang lalu-lalang la katakan. huhuhu tak dapek ambik kat jepun ambik kat alamanda pun jadi lah ya
Hantu tu kenal Tun Dr Mahathir.. hebat sungguh bekas PM kita nie..
ReplyDeleteMemang sweet sangat kereta api romantik tu hahaa.. sungai tu deras tapi air jernih..
Telur ikan tu ada bawa balik sket tak?? sedappp tuu .. besor2.. and last darayaki.. terliurr nyer..
@DJ,
ReplyDeleteharussss~ ko punya trip x lama lagi kan? hiks. kalo dorang makan lemang jugak, harus takde pokok buluh ni dah semua.
@Ren,
kannn untungla saya ada kawan jepun. hiks.
@Dzuchan,
hahahaha pegi amek tisu lap hidung dulu k. haha kobis tu mmg harga dia. besar sgt katanya.
@Liza,
jangan laaa jeles. insyaALLAH ade rezeki sampai jugak sana nnt. amin... ;)
@Syieda,
hahahah haruslah nganga! propa ke? hahaha. hrp2 tabung biawak penuh utk ke sapporo. amin....
@Notie,
Kat alamanda pun sy perasan ade pokok buluh cmni gak. tp x banyaklah.. takkan nak pegi posingkan. malu lak bila kete masuk ke parking duk tengok. hiks.
@Time Traveller,
hebakkkk wehhh Tun M nih. ramai org kenal dia. bangga seeyy~ telur ikan tu amek gambar je, mcm geli je nk makan camne pun taktau. hahah dorayki tu sedap makan panas2. kak coco belanja. eh. hahah
Expression "Woahhh" dia sangat ikhlas. Hahaha. Uish deras giler air sungai tu camne diorang boleh naik sampan tu mcm rileks aje. haha
ReplyDeleteOh semakin teracun tgk gambar bamboo nie. Sebelum dah teracun dekat blog kak coco amd janggel. Adoi kena plan pegi japan balik la lepas secepat mungkin. Dr M memang terkenal dekat Jepun. Ada baca artikel pernah Dr M pegi kilang toyota. Habis semua kereta dia pandu uji. Ternganga dorang sebab tak pernah tgk PM pegi pandu uji kereta dorang. Hehehe
ReplyDelete@Khai,
ReplyDeletehahahah mmg tak fake punya "woahhh" tuh! hahah mmg real. yang air sungai deras tu, tak kuat mana pun arus, still blh dikawal oleh pemandu. Takde hal.
@Owen,
haruslah pegi balik dgn kadar segera okayyy... tggu AAX kasik promo kaw-kaw dulu. ;)
hahah...
ReplyDeleteblack out!! hambek ko!! masak lagi nasik dengan microwave sampai tak agak-agak...
hahahaha
weh...lajunyer post entry!
Haruslah spend byk hari kat sini kan coz byk lokasi menarik. Ish canti betul buluh2 tu klau kat msia mahu habis di kebas org
ReplyDeleteDah sampai Jepun, takkan tak nak visit Bamboo grove kan? Biar lah walaupun tempat itu too touristy, who care anywhere? Nanti tua-tua baru menyesal, apa guna yah? Saya pun jenis yang suka "been there, done that".
ReplyDeleteterima kasih dik kerana mampu membuatkan akak teruja tahap melampau dengan entry nie!
ReplyDeleteooosom nak pegi time autumn atau spring.....huwaaaaaaaa