Wednesday, December 25, 2013

Kansai, Japan 2013 : #8 - Togetsu-kyo Bridge | Tenryu-Ji Temple

Ohayōgozaimasu!!! 

Hari ke-2 di Kyoto!

Diharapnya cuaca baiklah... takmau hujan-hujan ni. Boleh membantukan segala perjalanan dan aktiviti yang dah dirancang pada malam sebelumnya. Tapi semua tu bukan manusia marhaen yang boleh tentukan. Ye dak? Allah kat atas tu yang tentukan. Maka, kenelah menerima seadanya. 

Harini tempat yang aku rasa amatlah dinantikan oleh kitaorang semua. Kiranya, objektif utama nak datang ke Jepun ataupun area Kansai secara spesifiknya adalah nak terjah ke ARASHIYAMA! 

Memang dari Key-Ell lagi dah tau nak pakai baju ape demi nak sampai ke sini. Supaya gambar nanti nampak kabooom! Hahaha katanya~ #poyo

Pagi tu bangun awal macam biasa. Since duk dorm, mestila ade penghuni lain yang ada tido. Kene hormati mereka yang duk tido maha sedap tu. Tapi since takleh nak buang masa, kene la pagi-pagi untuk mempersiapkan diri. Ada yang bangun awal, sebab persediaan agak banyak terutamanya perempuan. Bergaya sakan katanya! Walaupun bawak beg anak beruang! Hahaha. Tapi takpe. Take your own sweet time.




Breakfast di common room.  Makan roti beserta sambal ikan bilis yang amat sedap! Dibuat khas oleh mak sedara Kak Coco! Pasni boleh la tempah. Email je k... InsyaALLAH ade stok. 

Alrite!!!

Aku rasa ramai dah sediamaklum, kalo nak pegi ke Arashiyama ni actually agak luar kawasan skit dari Kyoto City.  Kiranya macam kampung dah la. Maka, pengangkutan yang terbaik adalah naik train untuk menuju ke sana. Kira-kira 30 minit perjalanan jugaklah. Bergantung kepada kategori kekerapan train yang korang naik tu. Ada express, ada semi-express dan jugak ada local train. 

Okeh aku ceritakan direction macam mana nak pegi ke sini dari Bakpak Kyoto Hostel ni. Tapi bagi mereka yang duk tempat lain selain aku, boleh la amek starting point dari Kyoto Station nanti ek. 


Gion-Shijo Station (Keihan Line) ---150yen/pax---> Tofukuji Station (Keihan Line)

----transfer line dari JR Nara Line ke JR Sagano Line (jalan skit dalam 5 mins)----

Tofukuji Station (JR Nara Line) ---230yen/pax---> Kyoto Station (JR Nara Line)

----transfer dari Kyoto Station (JR Nara Line ke JR Sagano Line dalam 10 min jalan kaki)----

Kyoto Station (JR Sagano Line) ---dah termasuk tix tadi---> Saga Arashiyama  Station


Kalo senang nak tau train map kat atas, boleh download kat ---> HERE 

Ok dah boleh digest tak route ni? Okla kotkan... kene alert LINE ape yang kene amek nanti. Other than that, should be ok. 

Tapi bila dah sampai ke Kyoto Station nanti, jangan lupa gelabah sebab takut sesat. Jangan risau walaupun Kyoto Station ni aku boleh katakan 10 kali lagi besar dari KL Sentral dan lagi super crowded dan busy dengan japanese. Tapi yang bestnya signboard segala jenis subway, train dan lain-lain amatlah bagus dan dalam bahasa inggeris. Maka, hanya perlu baca dan ikut saje arah yang ditunjukkan. 

Honestly speaking, memang aku kagumlah dengan Kyoto Station nih! Besar sungguh bangunan dia yang merangkumi macam-macam subway kat bawah tanah, local train kat atas, ada pulak shinkansen station ada pulak JR Line yang masing-masing disusun denga begitu teratur sekali. Ada pulak shopping mall bawah tanah tu. Haaa... kalo korang sampai, boleh la tengok nanti okeh! 


aku rasa gerabak keretapi ni lebih lama dari usiaku yang baru setahun jagung iniew~

tetap berdedikasi dalam menjalankan tugas. dalam keadaan jaga sedia sgt!

loner di Tofukuji Station

masing-masing berada dalam barisan ketika beratur tunggu train sampai di Kyoto Station

Bila dah dalam train menuju ke Arashiyama tu, nasib baik 1st station maka ada banyaklah tempat duduk yang kosong. Duduk siap-siap sambil buat-buat tido. Keji sangat taknak kasik tempat kat orang lain! Hahaha. 

Perjalanan menuju ke sana mengambil masa kira-kira 20-30 minit jugaklah. Tapi arini memang ramai orang sungguh! Penuh train tu time sampai kat Arashiyama nih! Masing-masing pakat nak bawak family untuk datang melawat tempat cantek dan jauh dari hiruk-pikuk kotaraya! Wahhh gituh! 


tadaaaa!!! dah sampai Arashiyama! Cuaca besttt arini!

saje close-up skit... takde motif!

view dari luar Saga Arashiyama Station. Klasik!

First thing first bila keluar dari stesen tu adalah terjah information centre! Kutip segala maps dan info yang ada dalam english. Ada jugak mintak pendapat daripada pegawai yang bertugas tempat-tempat yang best untuk terjah. Since hanya ada 1 hari je kat sini, kita pilih yang orang selalu buatlakan. Nak buat lain dari yang lain memang tak dan dah. Kalo nak cramp semua tempat dalam satu hari, takde makna. Better fokus yang nak pegi je. 

Unless nak jadik orang pertama pegi tempat tu, silakanlah... nanti jangan lupa share okeh~ 

Jadik untuk seharian di Arashiyama ni, antara tempat yang kitaorang dah list-down nak terjah adalah seperti berikut:

  • Togetsu-Kyo Bridge
  • Tenryu-Ji Temple
  • Bamboo Grove Forest
  • Naik train ride Sagano Romantic Train

Haaa... 4 je. Tu pun dah doable sangat dah bagi aku. Ada beberapa tempat seperti temples yang lain yang rasa boleh terjah. Tapi yang tu semua macam kene naik bas untuk sampai ke sana. Yang aku bagitau 4 tempat diatas tu boleh sampai dengan jalan kaki je. Kaki kene kuatlah ye.. ada jauh dan ada jugak yang dekat. Kiranya seharian di sini memang jalan kaki. 


So, bila semua dah ready, kitaorang pun jalanlah ikut arah orang ramai berjalan. Kitaorang yakin semua ni nak pegi tempat yang sama. Nama pun pelancongkan.. 

Sambil berjalan tu, snap gambar yang menarik. Di sepanjang jalan tu, akan nampaklah penarik beca yang kira agak terkenallah kalo datang Jepun ni. Beca pulak bukan jenis kayuh basikal tu tapi jenis tarikkkk! Haaaaa... cuba bayangkan penarik beca ni nak tarik anak gajah atas beca? Boleh rebah di atas jalan uols! Mampukah? Boleh katankan... semua mereka yang membuat perkhidmatan ni adalah orang muda seperti aku! Giteww aku sangatkan~ Hahaha. Tapi aku tidaklah gagah macam dorang ni. Gagah lite-lite jew~ lol. 

Kiranya... bagi gadis-gadis atau akak-akak yang nak cuci mata, memang bertuahlah sebab kebanyakan dorang ni ada rupa macam Takesyi Kanesyiro? Betolla kot ejaan tuh. Aku reti sebut je. 

Jangan ingat murahhh ye nak naik beca tarikkk.. harganya haruslah setimpal dengan kudrat dan keringat yang dicurahkan untuk tarik korang nanti! 

Jadik... tengok jela ye.. kasik chance mereka yang mampu untuk naik. Tapi awas! Bagi mereka yang agak gajah, mohon bertimbang rasa. *sedar diri sendiri*





menuju ke jambatan. yang berkot merah tu Dato' Masmz

parit yang dijaga bersih

ade dah daun merah skit-skit T____T

Jauh jalan ni dalam 10 minit gaklah barulah kitaorang sampai kat satu jalan utama. Kiranya jalan tu menuju ke Togetsu-Kyo Bridge dan jugak Tenryu-ji Temple. Kat jalan ni ada banyak kedai-kedai yang menjual makanan dan jugak souvenirs. Tak lupa satu kedai ni ada disediakan wifi laaa pulakkk! Hahahah terpaksa update instagramkan.. takut yang lain update dulu! Hahahah kiasu ini punya olang! LOL. 

Tapi time ni la pulakkkkkk terlepas pandang Miss B dan jugak Dato' Masmz. Ntah ke mana anak dara vogeh ni dah pegi. Puas duk pandang sini, pandang sana disebalik ratusan ummah kat pekan Arashiyama ni. Takde langsung nampak batang hidung. Udahhhh... nasib baik try call, berjawab. Roaming ler katakan~ Hiks. 

Tup-tup terjumpa atas jambatan nih! 

Apa yang best sangat tentang jambatan Togetsu-kyo nih? Kalo sekali imbas, jambatan biasa je takde yang menarik sangat dengan rekabentuk tu. Tapi yang bestnya bila berdiri atas jambatan tu, kita dapat melihat keindahan alam semulajadi yang amatttttt cantek! Lagi cantik kalo datang time musim peak autumn! Time tu keadaan daun di atas pergunungan yang berada di kawasan sekeliling tu akan nampak warna-warni! 

Walaupun dah masuk autumn, time kat sini tak brape nak sejuk. Sehinggakan jaket aku pakai terpaksa bukak sebab panas dengan sinaran matahari. Plus, keadaan atas jambatan pun agak crowded dengan ummah jepun dan jugak pelancong lain... nak amek gambar pun kene pandai amek timing takde orang. 

Jom layan gambar atas jambatan!


lorong kecik menuju kedai makan

muka budak sekolah jepun yang aku rasa tak begitu stylo berbanding remaja di Korea





Miss B dalam mood supermodel di jambatan

dari tebing sungai

Togetsu-Kyo Bridge

Dah abes tu, kitaorang meneruskan perjalanan menuju ke Tenryu-ji  Temple. Kene jalan dalam 15 minit camtu untuk sampai ke pintu masuk. 



Entrance fee: 500 yen (garden only) + 100yen (to enter temple)

Kalo nak tau, Tenryu-ji Temple ni jugaklah salah tu khazanah warisan dunia UNESCO. Kalo mereka yang suka terjah kawasan UNESCO, dah boleh tick dah tempat ni in your list. Merupakan salah satu temple terpenting di Arashiyama ni. Time ni nasib tak baik, takleh masuk dalam temple sebab sedang dibaik pulih. Maka, hanya bayar untuk masuk ke kawasan garden jela sebanyak 500yen/pax. 

So, aku suggest allocate dalam sejam lebih untuk menghayati keindahan taman-taman ni. 







dah macam dalam iklan tv HD Hitachi dah





ikan kap jepun. mahal nih sekor-sekor

katak yang menunaikan impian?

sebahagian daripada bangunan dalam Tenryu-ji Temple

Lepas tu, penghujung pintu keluar Tenryu-ji Temple ni kita akan terus lalu Bamboo Grove. Nanti yang aku next entry la ye.. dah penat! 

Bye!

14 comments:

  1. awal john!...xmas la kate kan. haha. gigih plak aku tgk bdak2 tu tarik beca. kalaula stok2 gloria madagascar yg naek..memang haru la...

    ReplyDelete
  2. Hi John...

    i'm going but end of next year, insyaallah...So, boleh baca pengalaman mu di sini dulu dan ikot2 mana yang boleh...he..he.. sila sambung...:)

    ReplyDelete
  3. Pemandu beca diorng kemas betul.. macam ala2 atlet pun ada ke samurai hahaa.. :P

    Best nyer tengok pokok kat sana yang berkaler2 tu..

    ReplyDelete
  4. tempat yang WAJIB pergi......takmo komen panjang2 sebab semuanya best! nak list satu2 penat lak jejari nak menaip :P

    ReplyDelete
  5. Wah yg ikan bilis tuh memang ada stok ker? Boleh bawak masa pegi Korea next year. Tapi lambat lagila. bulan 11 nanti. Dekat Asakusa pun ada beca nie. Memang mahal and memang sedar diri badan yg membesar bagaikan johan nie kan...hehehehe. Memang target nak ke sini bila dtg kansai region nie cuma tak tau bila nak ke sini... next year plan dah penuh. 2015/2016 kot...

    ReplyDelete
  6. @Agip Roslan,
    hahaha ape yg awalnya bro? bangun pagi? puihhh! hahahah takde maknanya bangun awalkan~ mmg gigih tarik beca demi mencarik sesuap nasik katanya.



    @Farikica,
    hiiiii! waahhh bestnya. u gonna hv so much fun in japan! insyaALLAH.



    @Syieda,
    terima kasihhhh! ;))) masih lg kene blajar ni.



    @Time Traveller,
    kannnn kemas dan nampak professional dlm buat keje. haruslah kudrat mcm atlit. kalo lembik, camne nk tarik beca? hiks.



    @Mrs. Smile,
    harus wajibbbbb akak! ;) bertabah jela akak ni. ;p



    @Owen,
    hahahah takdelah kalo nak kene tanya tuan empunya badan la kot. ;) wahhh pegi korea lagi? eh tu ko g jepunkan last year. hebakkk la ko ni, plan dah penuhhh dah. tak abes tahun lagi nih. ;)

    ReplyDelete
  7. Eh, pegi jepun tahun nie. Tu kena pi korea. Next year theme dia pegi tempat2 semua orang dah pegi tapi yg I belum pegi. Mcm bandung dengan korea. Yeala baca2 blog semua orang dah pegi bandung dengan korea. Diri sendiri tak sampai2 lagi. So, next year nak melawat puas2 especially Korea.

    ReplyDelete
  8. weh. hensemnye tukang tarik beca yang tengah tarik 2 kapel tu!!! hahaha.

    ReplyDelete
  9. @Owen,
    owhh takpe2 enjoyy ur moment in Korea. msti balik ko akan rasa nak compare btween korea and japan. masing2 have their own preferenceskan. hihi ko g japan 10 hari tu mmg awesome weh! hahah aku ni ntah bila nak jejak kaki lagi ke jepun.



    @Syira Mansor,
    gitewwwww~ hahahah

    ReplyDelete
  10. Wow ada beca tarik pakai kaki! Bestnyaaaaaaaa. Teringin nak naik .

    ReplyDelete
  11. Cantiknye garden dalam Tenryuji temple tu!
    Baru ingat nak skip,sekadar masuk Bamboo Grove je.nampak gaya kene masukkan jugak dala itinerary ni.

    ReplyDelete
  12. haiii..letihnyer nak tinggal jejak untuk komen...

    pesal laju je post entry?
    (tak bole jadi nih..kena gigih 'potong' John's post..haha)

    ReplyDelete
  13. JM nampak beberapa abg yg tough lah waduh2 kenapa kat msia x ada mcm tu hiksss

    Arasiyama. ..view sgt santek pd autumn season kan klau pegi spring season mesti x berapa best

    ReplyDelete