Friday, December 20, 2013

My Kampung!

Assalamualaikum!!!

Dah lama rasanya nak kasik salam nih. Kasik duk berohaiyogozaimas, g'day mate bagai. Sesekali kasik salamkan bagus. *ingatan untuk diri sendiri*

Salam hujung minggu buat semua! 

Aku rasa ramai yang amek kesempatan untuk cuti panjang next week sebelum sesi sekolah 2014 bakal bermula tak lama lagi. Tambahan pulak cuti krismas jatuh hari rabu tak silap aku. Maka, amek cuti 4 hari je terus boleh dapat 9 hari cuti! Hahahah sayang woooo kalo tak ke mana-mana kalo ada duit lebih dapat akaun bank kan?

Aku? Takde ke mana-mana cuma sekarang ni aku berada kat kampung halaman. Dek kerana ada tugasan kerja, alang-alang tu aku sambung cuti skit untuk bersama keluarga. Ewahhh gitu. Cuaca kat sini pun amat elokkk skali takde tanda-tanda nak hujan pun. Alhamdulillah... 

Nak cite la kan... 

Semalam lepas abes keje tu, aku terpaksa la bawak aku punya staff tu jejalan kat sekitar kawasan Kota Bharu, Kelate tu since flight dia pun lambat lagi. Dalam hidup aku honestly speaking tak penah teringin nak masuk pun dalam kawasan macam ni. Atau dengan kata lain... tak terdetik la lebih kurang camtu. 

So, murtadkah aku sebagai ore kelate? Hahahah...

Jom layan gambar yang sempat aku snap guna handphone je... katanya adhoc je. Hahah. 

pemandangan dari atas dalam Pasar Besar Siti Khadijah. first time nih aku masuk! hahahah


salah satu ruang dalam Muzium Diraja Kelantan (Istana Batu)

wau bulan di Kampung Kraftangan

dining hall untuk royalty. aku? anak raja buluh betong pun dah bersyukur. hahah

sempat pekena ais-krim kelapa kat kampung kraftangan tu. ada pulut, roti, jagung dan jugak kacang

cara mengawal kelajuan kipas zaman dulu? hahahah old-skool giler!

masuk lak Istana Jahar (Muzium Adat-istiadat Kelantan), penah masuk sini dulu pada umur 4 tahun. hahah

tak tau gambar sape ni... comeyyy!

Pagi tadi... cuaca elokkk skali! 

Aku pegi depan rumah aku untuk amek gambar... saje je. Tak penah teringin pun nak amek gambar. Hiks. 




Kat mana? carik sendiri.... hiks. 

Tu je. 

Bye!

18 comments:

  1. Last aku pegi istana jahar mase darjah 6 kot ... hahahha... skang ni sekadar pass by time naek kete nak gi pasar beli lauk hehehe

    ReplyDelete
  2. ko orang kelantan ke henry? tak sangka betoi...ramai pulak geng travel dari pantai timur yer...

    ReplyDelete
  3. Rindunya bumi kelate...thn ni balik sekali shj...huhuhu

    Lawa gambar...kat mana yer? Mcm pantai sri tujuh jer...

    ReplyDelete
  4. Selamat bercuti...depan umah ada laut? Mesti sentiasa mkn ikan segar ni...Nasib kg x banjir ehhh

    ReplyDelete
  5. Orang kelante rupo nyer :D
    Untung la dapat balik kampung hujung2 tahun macam ni..

    Aiskrim kelapa ngan pulut berserta jagung... next time nak ikut balik kelante boleh tak? hahahahaa

    ReplyDelete
  6. john..tu bukan gambar neelopa kan ? haha

    ReplyDelete
  7. @Azra,
    betol tu... kalo org local meme lalu jah kelih tu. hahaha



    @Orga,
    iya bro... ore pantai timur kawe~



    @Liza,
    hahahah ore kelate jugok ko? hahah aah tu pantai sri tujoh.



    @Jari Manis,
    hahahah takdela laut, macam pantai je. takdela menarik mana pun ;) situ memang tak penah banjir pun. ;)



    @Khairuddin Lim,
    hahahaha kawe tak makan budu sangat~



    @Time Traveller,
    hahahaha iyo bro. ore kelate nih! hahaha.



    @Syira Mansor,
    ho ho! hahaha



    @Agip Roslan,
    hahahah bukannnn~ tu gambar anak raja time kecik. hiks.

    ReplyDelete
  8. Masyaallah canteknya depan rumah Henry...ada laut..ada sampan...boleh lah buat chalet atau homestay..mesti ramai geng blogger yang berminat..termasuklah nekcik....tokpokcu sure suker..boleh panggang ikan

    ReplyDelete
  9. Cantiknya kg..ada nilai komersial nih :)

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Aik? Orang kelantan? Ingat org kL, btw ser0nok tiap kali bce post awk.

    ReplyDelete
  12. ore kelate rupanyer...
    ais krim kelape mcm best jer!
    mesti boleh makan ikan fresh2 dari laut kalau kat kg..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,

    Ini kat Pantai Seri Tujuh, Tumpat kan?

    ReplyDelete
  14. Oh, boh ada air lauk depe umoh! Behnyo! Haha.

    Pasar Siti Khadijah nampak macam cantik daripada last aku pergi. Baru cat ke?

    Rindu plak kelate, buke ore kelate tapi suko sano deh. Hehehe

    ReplyDelete
  15. @Nekcik,
    alhamdulillah.. kdg2 cantek kdg2 tak cantek mana pun. ikut timing kata orang. hiks. depan umah saya pun ade kedai ikan bakar. nnt dtg jgn lupa singgah ye. ;)



    @Syima Emi,
    giteww ore kito nih! hahah



    @Norh,
    hehehe terima kasih ;) tak brape femes sgt tempat ni.



    @Nia Asyiqah,
    heheheh sume org kata mcm tu. tp ore kapung jah. ;)



    @Mrs. Smile,
    heheh iyeeee akak. ore kelate sayo nih. ;) saya makan beras siam. hahah tu je nk bgtau. ;p



    @Mohd Sukri Mat,
    waalaikumussalam... ye betol tulah nama tempat tu. ;)



    @Khai,
    hahahahah ado la skit2 pantai dah jauh ke depan dah. baru cat rasanya pasar tu sbb nmpk mcm baru skit.

    ReplyDelete