Friday, December 27, 2013

Kansai, Japan 2013 : #10 - Fushimi Inari Shrine | Japanese Foods

Ohayōgozaimasu!!! 

Hari ni bersambung hari ke-3 di Kyoto, kiranya hari ni adalah terakhir di sini. Esoknya akan berangkat pulang ke Osaka dah. Rasa tak puas lak. Manusia ni tak penah puaskan? 

Anyway, hari yang ditunggu untuk kitaorang telahpun sampai untuk memperagakan baju kebangsaan kita kat negara Matahari Terbit nih! Kiranya, tema kali ni adalah kuning tapi aku ada gold je, takpe, kira tona warna seakan-akan sama. Hahaha abeslah kene keji aritu. T__T 

Ke mana kitaorang hari ni? 

Hari ni pepagi lagi dah bersiap, bermekap bak artis terkenal tanahair. Baju dah ditempah dengan Esah Parit Buntar, siap digosok elok cantek di hanger. 

Hari ni... akan ke Fushimi Inari Shrine! 

Ni pun antara tempat wajib terjah kalo datang ke Kyoto. 

KAMI! adalah pelajar tahun 1 di University of Kyoto dalam Jurusan Seni Pelancongan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin!!! *lambaian orang perantau* 

Untuk ke Fushimi Inari ni, the best transportation would be train! Kalo naik bas, orang kat sini pun tak advice sebab kene jalan jauh. Mula-mula tu, kitaorang ni gigih jugaklah nak naik bas sampai ke Kawaramachi Street tu kira nak tukar bas, tapi bila dah sesat barat tu, try tanya orang local, dorang kata better naik train je. Lagi pantas! 

Kalo macam tu, kitaorang pun naik bas balik untuk menuju ke Gion Shijo Station yang dekat hostel kitaorang tuh. Hahahah dah buang masa kira-kira 30 minit gaklah. What to do~ 

Time dalam bas tu, terserempakla pulak dengan 1 family dari Malaysia. Senang cerita 3 beranaklah duk kat seat blakang sekali dalam bas tu. Aku macam tak perasan dorang kat belakang tu, lagipun bas tu agak penuh. Tak sempat nak pandang sesiapa. Ewahhh~ kekwat sangat. Hahah pastu kebetulan pulak aku duk depan dorang. Terdengar pulak dorang duk bercakap dalam melayu, tindakan reflek terus tegur, orang Malaysia ke? Hahah mesra la pulak dengan akak tu. Yela, haruslah dia tengok pelik kitaorang ni jadahnya pakai baju melayu dan baju kurung kat Kyoto nih. Akak tu kata nak pegi convocation ke? Auuwww akak, so sweeetlah~ Haruslah akak! Forever 23 okay! Hahahah just kidding. Bagitau la saje je pakai macam ni. Kasik feel lain katanya~ 

Since dorang nak pegi ke Kiyomizudera, maka berpisah depan Gion-Shijo Station je. 

Ada satu je kurang berkenan skit dengan family tu. Suami dia ya ampunnnnn... pandang kerek je kat aku. Pastu duk bagitau direction pulak dengan cara yang aku rasa hellooo macam bagus brader ni. Maybe dia ingat dia selalu datang maybe macam pro la kot. Aku ni budak-budak mentah je bagi dia. Hal ini turut diakui oleh Kak Coco sebab terdengar sama benda ni. Dia tak tau aku dah carut dia dalam blog ni. Hahahah ni Kaki Berangan tau~ Femes! Hahahah abeslah kene keji dengan pembaca~ 

Tapi takpe, takde efek pun kat aku. Janji masing-masing bahagia. 

Jom naik train!


Untuk ikut map kat atas, kitaorang bergerak dari Point  A ke Point B. Tapi naik Line Biru/Oren je untuk sampai ke Stesen Fushimi Inari ye. Perjalanan lebih kurang dalam 10 minit je. Tambang pulak hanyalah 200yen/pax. 

Nanti bila dah sampai akan disambut oleh tiang-tiang berwarna oren seperti Tori Gates. 

dahhh sampai kat stesen yang sepatutnya~ 

Jarak dari stesen ni menuju ke pintu masuk kira-kira dalam 400 meter camtu. Takdelah jauh mana. Jalan yang nak naik ke pintu masuk tu agak berbukit tetapi landai je. Sepanjang tu akan nampak kedai makan, kedai souvenirs dan jugak gerai-gerai yang jual kuih. Kebetulan memang niat kitaorang kalo boleh nak try makan udang tempura takpun ikan grill. Ada jengah-jengah beberapa kedai yang kitaorang rasa yakin. Ada yang kitaorang dah jotdown nak makan yang mana. Nanti balik boleh singgah.~ 

Yang penting ke Fushimi Inari dulu~ 

Kak Coco sedang melayan pelancong dari Melbourne, sakan berborak sepanjang perjalanan. kitaorang ditinggalnya dibelakang

Tori Gate yang pertama menyambut ketibaan kitaorang

Walaupun masih agak awal pagi, tapi orang ramai yang datang untuk sembahyang pun agak ramai. Takpelah, kebetulan hari tu hari ahad. Maka memang ramai oranglah kat tokong-tokong macam ni. Takde masalah...

Oh way, kalo korang nak carik fridge magnet yang ada tulis "Kyoto", ada dijual kat sini. Tapi harganya berbeza ikut kedai. Kene pandai carik yang mana murah sebab beza harga pun dekat 50yen/piece gak. Agak-agak cantek jugaklah fridge magnets yang dijual. Terpaksalah beli untuk diri sendiri. Yang lain dah beli kat Shinkyogoku tempoh hari. 

pelbagai variasi fridge magnets

dah nak sampai ke kawasan Fushimi Inari

Sedikit info berkaitan Fushimi Inari ni kalo korang nak taula... 

Fushimi Inari Shrine merupakan shrine yang terpenting bagi Shinto yang terletak di bahagian selatan Kyoto. Tempat yang terkenal bagi ribuan Tori Gates yang membentuk lalu menuju ke tempat suci di Gunung Inari yang setinggi 233 meter dari paras laut. 

Setiap tori gates ini merupakan hasil derma oleh business/syarikat yang beroperasi. Harga tori gate ni berbeza mengikut saiz. Yang paling kecik pun dah cecah 400k yen untuk setiap satu. Ada yang boleh cecah jutaan yen untuk setiap satu bagi yang bersaiz gergasi! Kat tiang-tiang Tori Gates ni pulak akan diukirkan nama setiap penderma tu. 

Actually, kalo korang ada masa yang panjang boleh la hiking ikut trails yang disediakan untuk sampai ke puncak Mount Inari tu. Tapi since kitaorang tak banyak masa, hanya sempat sampai ke phase 1 je. Banyak tempat nak pegi lagi arini... plus, hari pun macam mendung nak hujan. 

Owh ya... selain tu Inari jugak merujuk kepada God of Rice. Nanti kat kawasan sekeliling tu kita akan nampak banyak tugu-tugu serigala yang merupakan pesuruh kepada Inari ni. 

Tori gates ni akan disusun mengikut saiz. Dari yang besarrrrrr gilerr hingga kepada saiz kecikkkkk~ 

Untuk info lanjut ---> SINI 

Layan gambar okay~

salah satu bangunan utama di kawasan Fushimi Inari

permulaan lalu Tori Gates yang dimulai dengan yang bersaiz gergasi

ada yang masih baru, ada yang nampak dah lama

nama penderma/syarikat 

warna perbezaan yang baru dan lama

laluan telah terbahagi kepada dua laluan yang dinamakan Senbon Torii

Kalaupun korang nampak dalam gambar macam takde orang, tapi subhanaALLAH... memang ramai orang duk lalu lalang tanpa henti. Nak amek single angle yang takde orang pun actually agak payah. Tapi kitaorang redah jela.. takde orang terus snappp! takde orang terus snapppp! 

bersyukur takde orang! terus klik klik klikkkk! 

klikk lagi! 



taktau ape maknanya, tapi aku rasa harga saiz torii gates yang available untuk didermakan mengikut skala saiz

maps laluan mendaki di kawasan ni hingga ke puncak Mt. Inari

tunnel of torii gates yang seterusnya, kitaorang stop kat sini je

Layan lagi...






Bila dah abes tu, kitaorang terus tukar baju balikkk... gigih tak kami? Hahah yela, nak berjalan seharian dengan pakaian kebangsaan macam ni agak rengsa jugaklah. Tu yang tukar kepada pakaian biasa. Hahaha. 

Bila turun tu kebetulan dah tengah hari. Terus la carik kedai makan tadi untuk lunch terus! 

Honestly speaking, kedai ni takde tanda HALAL JAKIM sebabnya memang kedai style jepun macam dalam tv tuh, tetapi kitaorang yakin sebabnya kedai ni hanya jual seafoods dan ikan je. Takde sebarang unsur daging/ayam/khinzir yang kelihatan. Tu yang kitaorang masuk dan makan secara aman. 

Harap takde persoalan whatsoever dakyah-dakyah karut mereka yang rasa was-was tu. Kalo rasa nak mempersoalkan ataupun nak menasihat macam kat instagram artis-artis tu, mohon beredar takde entry ni. Komen anda tidak diperlukan. Ngerti? 

view depan kedai, belah kiri tu ada pelbagai jenis ikan grill untuk beli bawak balik ataupun makan kat dalam

bahagian dalam, sempit je tapi bau kepam amatlah kuatt! hahaha 

ni pulak tempura lunch set. yang digoreng tempura adalah udang, kentang, bawang putih dan jugak miso sup. aku tak makan miso sup tu kot2 dorang ada pakai daging broth. just makan nasik putih dengan tempura tu je. set ni berharga 800yen/set

ikan salmon grill yang berharga dalam 300yen/each tak silap aku

kuih ikan kacang merah berharga 150yen saje nak try

Lepas tu... kenyang ler tuan-tuan dan puan-puan! alhamdulillah.. dapat merasa makan tempura kat Jepun nih. Pasni tak makan pun dah ok. Boleh makan kat Malaysia je. 

Nexttt? 

Terus balik semula ke Gion Shijo untuk naik bas menuju ke destinasi seterusnya. 


pasangan Jepun yang dilamun cinta... so sweet

Till then...

Bye!

27 comments:

  1. Ei bongkak betul Kaki Berangan ni..


    Larikkk~

    ReplyDelete
  2. Akak suka fushimi inari shrine ni sebab striking orange colour tu...cantikkkk

    ReplyDelete
  3. uish..siap bersamping bagai. tabik2. sgt la blend korang dgn culture jepun i.e. local pun pakai kimono etc. hehe.

    ReplyDelete
  4. Cute der pakai baju melayu and baju kurung.. hahah.. nasib tak sejuk beku. kira ok2 la kan pakai baju kurung tu.. ngee..

    Anyway, Jepun memang cantik la.. arghh can't wait next year.

    ReplyDelete
  5. yezza satu lg tempat wajib...hehehe weh laki akak tu aku dapat byg la kekerekan dia..ni bajet dia je malaysian yg mampoo jalan obersi ni....hehehe

    ReplyDelete
  6. alaa... macam mane I boleh miss pegi this place? mmg kena repeat la ni!

    ReplyDelete
  7. Idea pakai baju kebangsaan tu memang menarik! Hahahaha, nanti nak tiru gak^^

    ReplyDelete
  8. Pasangan Jepun tu sweet berpakaian traditional.. korang pun sweet pakai baju melayu hehee.. :D

    ReplyDelete
  9. mesti penat jalan kan ... tp memang sangat 'amazing'
    nanti nak pegi juga kalo pi trip to Japan ..

    ReplyDelete
  10. cer try hantar gambar first tu ke utusan ker paper mana2 masa dkt2 raya nnt.. tgk dia publish tak.. hehe

    ReplyDelete
  11. hahaha..
    kakak tu sangat friendly borak dalam bas..while the husband...welll... pandang kami hujung mata je?

    jeles kot tengok john hensem pakai sampin naik bas kat Jepun while dia pakai t-shirt je ..kot?

    kawaiii..kata org Jepun pada kami..heheeh

    ReplyDelete
  12. eh lupa..
    sambung komen...
    akak tak tinggalkan korang masa borak dengan org putih tuh tau...
    dah dia jalan laju bebeno...

    jgn le cenggitu..

    huhu

    ReplyDelete
  13. Tori gates tu sgt awesome! Colors dia sgt cantik, menarik dan tertarik :)

    ReplyDelete
  14. aku suka ko sound pasal orang suka tanya "halal ke tak?" dekat gambar makanan tu.
    dah kita muslim, mestilah nak makan yg halal. huk aloh sangat

    hidung aku berdarah kembali tgk gegambar diatas sebab lecturer aku belajar kt Kyoto tu pun pernah post gambar2 kat sini. which is aku rasa tempat ni sangat unik + cantik

    ReplyDelete
  15. Untungla kat torii x de org..
    Amboiii kak coco ada feminat nampak..

    ReplyDelete
  16. Wah best nyer kaki berangan. nampak sedap teyaki tu. kat korea pun ade tapi namanye je yg lain. kueh ikan inti kacang tu. yummy!

    ReplyDelete
  17. Fuh, mcm sedap je!!! Disebabkan ko la ako pun dah start pegi obersea bawak baju melayu. Nak promote Malaysiala katakan. Baru start masa pegi Perth hari tuh masa bulan posa. Ingat nak beli kain dekat bandung and pakai baju masa ke korea pulak...hahaha.. perasan artis lak!!

    ReplyDelete
  18. Pakai baju traditional di jepun? Teringat lak JM kat entri incredible india pakai baju melayu biru kan cur last tau :-)

    Cantiklah view kat sini tak kira tak kira nk pegi sini jgk nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak2 nak pergi bila tu JM. Akak pun nak pergi jugak...tgh carik partner n geng yg tahan lasak mcm geng2 KB ni. Bolehla ctc akak 0126126244 klu nak pergi. Cdg nak pergi Jun 2015.

      Delete
  19. @Ren
    Gitewww~



    @Rozita,
    yes! mmg cantikkan kat sini... kalo orang tak ramai, lagi lama rasanya spend masa kat sini.



    @Agip Roslan,
    hahahaha kegigihan tu nampakkan? lol



    @Nina Hamdan,
    haruslah cute sangat! hahahah cutekah? tak sejuk sangat tapi dah standby bawak jaket just in case tiba2 sejuk. wahhh next year pun nak g japan! have fun!



    @DJ,
    yezza jugakkk! wajib DJ terjah ni nanti. takleh nak skip2 okay! hahah.



    @Rara,
    omg! mcm mana boleh tak pegi? i tot u pegi semua tempat yang i sendiri pun tak tau nih. takpe, u nk g pegi sana lagi kan... jgn lupa terjah okay! ;)



    @Echahroro,
    mohon buat jugakkk!



    @Time Traveller,
    hahahaha kannn sweet bertingket-tingket~



    @Nayfatimah Rasyid,
    penat tu haruslah... kata nak tengok tempat orangkan. insyaALLAH ada rezeki akan jejak kaki jugak.



    @Dan Arif,
    haaaa idea yang boleh dipikirkan. hahaha. nak try lah nanti.



    @Kak Anash,
    haruslah akak saya hensem. ^_^ matilahkan puji diri sendiri. hahaha untungla akak dapat borak sakan dgn orang putih tu.



    @Cik Nufa,
    mmg sangattt awesome!!! menarikkk sangat!



    @Dzuchan,
    hahaha sebelom orang tanya mcm tu, aku sound awal2 dulu. hahaha ko pegi amek tisu lap hidung tu. kang menitik atas keyboard lak.. abes lekat darah. hiks. Kyoto ni mmg satu tempat yang bestt!

    ReplyDelete
  20. @Syieda
    untunglaaaa tapi keuntungan tu kejap je. hahah pastu ramai balik orang kat situ.



    @Farel
    memang bestttt! kueh ikan tu pun sedapp kalo makan panas2.



    @MasMZ,
    gituew... kemohonan sangat.



    @Owen,
    hahahah macam sedappppp jugakk! hahah takpe, bawak je dulu. nanti kat sana baru pikir nak pakai ke tak. mana berat pun kan...



    @Jari Manis,
    iya.. mohon JM kesini jugak nanti. sakan ler bergaya~ hiks.

    ReplyDelete
  21. Nak try la jugak pakai bj kurung kat oversea..mcm best ni ;)
    Bertuah betul banyak pic yg tori gates nye x de org...

    ReplyDelete
  22. Masa saya sampai Fushimi Inari, banyak kedai dah tutup. Tidak sempat shopping FM. Lepas tue, hujan lagi. Tidak dapat ambil banyak gambar. :(

    The last photo, so sweettt! Cantik yah kimono dia.

    ReplyDelete
  23. Dik..minta tolong satu, tolong doakan akak cepat sampai sini!
    dah buat akak tergedik-gedik nak dtg sana haruslah ambil part sama utk menjayakan misi akak ke sini :P

    yang lain takmo komen..sebab ayat sama cantiknya! bestnya! wah! bla bla bla..bikin air hidung meleleh :P

    ReplyDelete
  24. Poyonya brader tu?!! Ha marah aku. Hahaha.

    Aku rasa pernah nampak tempat ni dalam movielah. Rsanyalah. Hehe. Cantik tempat ni.

    Anyway, sweet 23 sangat! ahaha

    ReplyDelete
  25. rasa teruja baca & tgk entri2 Jepun ni..best sgt2!

    Oooo..pelajar tahun 1 yer!hihihi..
    apa pun, gambar berpakaian baju kebangsaan tu mmg comel jer!^_^

    ReplyDelete