Ohayōgozaimasu!!!
Hari ni dah masuk hari ke-3 di Japan. Dan secara rasminya kitaorang akan berangkat menuju ke Kyoto yang terletak kira-kira 1 jam 30 minit dari Osaka.
Tapi sebelum tu, nak cerita pengalaman menginap di Capsule Hostel di Asahi Plaza, Shinsaibashi tu. Menarik actually bila dikenangkan pengalaman tu, tapi dalam sudut hati aku ni berkata "cukuplah sekali je". Lain kali takmau dah kot...
Dari Stesen Shinsaibashi untuk menuju ke capsule hostel ni takdelah dekat mana pun, bagi aku kene berjalan dalam 700 meter gak untuk sampai. Jadik bila bawak bahan muatan kat badan yakni anak beruang sorang satu yang berat dalam 9-10kg sorang. Memang perjalanan nak sampai ke hostel tu rasa berbatu jauhnya! Sumpah aku tak tipu korang~
Pastu ingatkan dari maps dan direction yang diberikan senangla nak faham. Rupanya tidak ye... kat direction yang diberikan oleh pihak hostel tu macam tak jelas mana ataupun dalam erti kata lain macam useless. Yela, useless sebab bila kita tanya orang based on the direction given, orang lokal taktau tempat tu menuju ke mana.
Sadis, geram, penat, lenguh kaki dan macam-macam perasaan ada lepas keluar dari exit stesen tuh. Yela, taktau nak menuju ke mana...
Tanpa buang masa, terus la sapa negro kat tepi jalan dengan kawan dia negro gak sorang lagi. Sebab apa sapa negro? Dorang kan boleh speaking english. Maka takde jadik masalah bagi kitaorang nak bercommunicate dengan dorang. Takde bahasa isyarat ataupun ayam itik digunakan. Senang abes cerita!
Nasib baik American, kalo British terus aku kuarkan british accent berbau budu aku nih! Hahaha alhamdulillah.. baik-baik dorang nih. Gigih tolongkan carik dalam handphone dorang kat mana lokasi sebenar capsule hostel ni. Since dorang pun sejalan, maka berjalanlah kami beriringan berdondang sayang di Shinsaibashi yang mana terletak sebuah Apple Store yang terkenal di Osaka! Besar bak ang!
Cut the story short, we bid our farewell to the negros. Teruskan perjalanan di jalan kecik yang ada beberapa buah kelab malam. Since malam ni ada sambutan Halloween, memang ramaila warga remaja remaji jepun bergaya dalam kostum masing-masing. Ada slutty nurse, ada jadik the devil, superman, dracula dan macam-macam lagi la. Time ni kalo amek gambar memang syiokkk ler. Tapi apekah daya, katil harus dijumpai dulu.
T___T
Proses check-in actually agak menyakitkan hati bagi aku. Pada mulanya, memang booking hanya untuk individual capsule yang macam bilik mayat tu. Sebabnya takleh nak book group capsule thru online. Jadik bila dah sampai sana, aku cakaplah secara ayam dan dijawab secara itik oleh receptionist tu. Kata aku nak upgrade kepada group capsule just tambah additional amount of yen je. Tapi si receptionist ni macam kurang mengerti ape yang aku maksudkan. Walhal, bahasa english paling broken yang penah aku gunakan. Akhirnya... aku buat lukisan atas kertas sambil tulis harga rate yang kene bayar. Haaaa akhirnya faham jugak anak jepun nih! Dah macam mengajar budak-budak lak aku nak kasik explain abes simple.
Sepanjang malam kat dalam capsule hostel tu, memang kitaorang tak keluar ke mana-mana pun sebab dah penat nak mampos sepanjang hari berkeliaran di Kobe kan... So, nak segarkan diri kene la mandi. Takde private shower ye... semuanya secara onsen! Hahahah Kalo nak tau onsen tu ape, sila google sendiri. Mandi vogel secara berjemaah ye uols! Thank God untuk pihak lelaki sebabnya, tak ramai orang tu ada dalam 2-3 orang je yang tengah mandi tapi since tempat mandi tu agak besar, maka boleh la mandi secara sorok-sorok. Kalo ikut peraturan, kene mandi vogel la. Tapi kalo takde orang, bantai jela pakai seluar kecik tu.
Hahahah...
Lain pulak kisahnya di pihak wanita...
Aku dan Janggel dah siap mandi lama dah... tapi dekat 2jam yang lain mandi tapi tak balik-balik.
Apa yang terjadik kat dorang nih?
So, bila dorang balik... semua macam tergelak-gelak. Yela, nape lama sangat yang duk mandi tukan! Hahaha katanya, masing-masing terkedu taktau nak mandi macam mana... yela, ada ramaiiiiii makcik-makcik jepun kat dalam tuh!
Yang harunya... makcik jepun terlebih ramah dan mesra la pulak... siap ajak berborak lagi sambil gentel tetek. FYI, makcik-makcik tu boleh berbahasa indonesia skit-skit.
Boleh??? *pitam*
The rest... aku taktau dah sebab biarlah rahsia. Nak cerita lanjut boleh call kak coco di no. 012-987 1234. Nanti dia akan cerita lebih lanjut okeh!
Bila dah setel mandi tu, masing-masing pakailah baju uniform yang disediakan. Takyah keluar baju tido sendiri. Kata nak being localkan... Pffft! kene la pakai uniform yang disediakan. Memang comfy betol baju yang berikan. Tapi kalo dua tiga kali dah macam pesakit hospital mental dah aku rasa. Hahah Nanti aku tunjuk gambar.
Gambar dibawah terpaksa dianimekan... sebab muka sememeh je sorang-sorang. Hiks.
Nak makan... yela takdenye nak main masak-masak kat sini waima nak panaskan instant rice kat dalam microwave pun. Microwave pun tarak okeh! Nasib baik ada bawak bekalan megi, air panas pun turut diberikan percuma kat common room di tingkat bawah skali... makanlah megi walaupun rasa tekak ni takleh nak terima dah.
Time tengah dinner tu, kat common room tu ada sorang pakcik jepun ni tengah makan gak. Saje la tegur sapa... mix with local katanya! Kang ada orang kata tak bercampur gaul lakkan... thank god again.. pakcik ni boleh speaking english uols! Walaupun tak brape nak fasih tapi ape yang dia perkatakan memang boleh faham.
Borak-borak biasa sepanjang tengah makan tu, katanya umah dia jauh. That's why dia tido kat sini. Sebab senang.. walaupun nampak macam loner tapi sangat ok katanya..
Abes takat tu berborak.... masuklah tido. Esok nak jalan jauh lagi ni...
ZzZzZzZ.....
Esok paginya... makan megi lagi untuk breakfastttt! Sabor jela... tu je option yang paling cepat dan ringkas dan jugak available time tu. Nak makan lebih-lebih memang renyahlah.
Lebih kurang jam 9 pagi camtu, teruslah check-out untuk menuju ke Kyoto.
Maka tamatlah semalam di Capsule Hotel di Asahi Plaza di Shinsaibashi.
Untuk review: ---> REVIEW
Bye!!!
I'm Firstttt... comment dulu sebelum baca.. hahahaa :P
ReplyDeleteBy the way boleh tahan kelakar animasi mengganti muka yg asli :D
I jadi second....second pun okkay juga..hihihi.
ReplyDeleteoooo.. bestnye.. rasa nak join aje.. hehehe
ReplyDeleteHaha... Part berjemaah muncul lagi. Lawakla john ko cite neh.
ReplyDeletearhhh stress nak membayangkan beronsen ngan mokcik2 tu....hahahahaha!
ReplyDeletekih.. kih.. mandi berjemaah ye.. hahha
ReplyDeletePagi tu mesti korg x mandi kan? Hahahahaha
ReplyDeleteHuntungla dapat duduk capsule hotel dan beronsen.....
ReplyDeleteHadoii mandi berjemaah???
ReplyDeleteHahaha... nasib baik masa korang takde pakcik2 jepun terlebih peramah jugak. Haru nanti... Masa duduk capsule hotel dekat Haneda Airport nasib baik ada shower. Yg kelakar, keluar je shower nampak orang jepun tengah bervogel nak masuk onsen.. Nak pitam kejap!!! Hahahaha
ReplyDeleteI LOL tak habis while reading this post. If I experience the same dalam ladies shower room tue, harus dah tak mandi pagi the next day sbb nak avoid 'Makcik2 Ramah' tue. Oh shoot! Tak leh imagine dah nie. Karang terlebih imaginasi plak. :d
ReplyDeletememang bestlah baca your entry ... one day i will be there to ;)
ReplyDelete@Time Traveler,
ReplyDeletehahahaha ko pun dah berjangkit dgn penyakit first nih. mohon ke klinik berdekatan ye.
@Khairuddin Lim,
hahaha ni pun sama. mohon amek ubat ye. ;)
@Aznee,
hehehe nak join ape ye?
@Agip Roslan,
hahahah jemaah secara rambang ni bro. hahah nnt ko kene try kalo g sana. ahaks.
@DJ,
hahaha pejam mata jirus air ke badan jela. lol.
@Nina Hamdan,
hahahh kene merasa tau nanti. hiks. pengalaman amat berharga. ;p
@Echahroro,
hahahah aku mandi macam biasa. yg lain wallahualam. hiks.
@Ren,
untunglakan~ hiks.
@Syieda,
hahahahah ko pun kene try gak nnt. dah dah la tu kat europe. hiks.
@Owen,
tau xpe... sbb kawasan lelaki agak besar. so amek area yg mcm tersorok skit nak mandi. ahaks. kannn bila nmpk mcm tu rasa nk pitam! hahaha
@Zara AB,
hahahah kene pandai pilih masa bukan waktu puncak. barulah tak terjumpa makcik2 ramah tu. hiks. sudah2 klik X kat tepi tu. kang mcm2 lak terbayangnye.
@Nayfatimah,
insyaALLAH one day u will be there.
haish takleh bayangkan acara mandi berjemaah makcik2 tu sambil membuat kerja sampingan..tak mampu!!
ReplyDeletesemoga selamat tiba dengan tenaga yang xtra insyallah. Seronok melihat negara orang ni....ken
ReplyDeletekalau ada entry baru dari blog KB..kemudian JM tak singgah sini..ada cam kurang je like mkn nasik tak berlauk..boleh gitu ahaha..matilah lepas ni di katanya kuat bodek..ahahahaha...JM ni kan jenis suka BW..semua entry blog kegemaran JM baca...
ReplyDeleteAhahah..lawak..part makcik2 mandi tu..ohh..tak sanggup nk tgk..nasib baik 1 mlm jer..
Siapakah gerangan dalam pic ke 2 tu ye
siyes lawak.. gelak bedekak dekak tanpa keluarkan bunyi.. sebab ngadap pc kat opis. ahhaa kembong perut.. ahahah seram sejuk pulak bace kesah macik macik nih.. hahaha
ReplyDeletesilent reader hehehe
--le'a--
kuntunumannailofar.blogspot.com.
motif bagi no hp akak dalam entry nih?
ReplyDeletepadanla tak abis hp akak berbunyi...argh..tension!!!
*untungla tak beronsen dgn Janggel*
hehehe...
Speechless kejap bace entry ni.haha..
ReplyDeleteMemang sah sye takkan amik capsul hotel nak ke sane nanti.hikhik..
Ini pengalaman paling kelakar saya rasa....Boleh gelak sampai guling-guling. Anyway, terima kasih banyak atas perkongsian PENUH MAKNA ni...Panduan sangat berguna utk traveler..
ReplyDelete