Monday, May 14, 2018

Buffet Ramadhan 2018 di Impiana Hotel KLCC

Ramadhan Kareem bakal menjelma tak lama lagi. Nervous pulak tapi dalam pada tu bersyukur dipanjangkan usia oleh Ilahi dapat diberi peluang untuk bertemu Ramadhan yang penuh berkat ini. Yang penting, puasa dah abes ganti belum? Hehehe masih sempat ni kan. 

Untuk entry kali ni, sekali lagi diberi kesempatan untuk buat entry berkaitan buffet Ramadhan. Kalau sebelum ni dari Marriot Putrajaya Hotel. Kali ni, tak jauh dari rumah aku iaitu Impiana Hotel KLCC. Dengan tema pada tahun ini "Sinar Ramadhan Al-Mubarak". Berdasarkan pemerhatian aku, memang sajian dari Impiana Hotel ni memang meletop abes! Siapa suka seafoods, suka sajian melayu yang asli dan jugak durian. Memang kene datang sini untuk menikmati juadah yang enak. Tapi baca bismillah dulu la ye.. hehehe


Juadah buffet Ramadhan kali ni diketuai oleh Executive Chef, Chef Mazlee Abdul Rahman. Kali ni memang bertungkus lumus menyediakan juadah asli yang mana resipinya dari turun-temurun menggunakan segala rempah asli yang kita ada demi menjaga originality. Yang kena diberikan perhatian adalah Pak Johan Roti John, kambing golek, sup gear box, chicken shawarna, cheesy pisang goreng dan banyak lagi lah! 

Paling penting, free flow buah durian! Sesiapa yang gila makan durian tu wajib okeh! 

Makanan terdiri dimulakan dengan salad bar dengan starters ke main dishes dan diakhiri dengan sweet indulgence. Sesiapa yang suka makan ketam, udang tu memang tak boleh lepaskan peluang. Bermacam jenis masakan berasaskan udang dan ketam ada. Get ready to get your hands dirty. Hehehe. Dan semestinya segarrrrrrrrr!

Apa lagi, jom layan gambar-gambar!

island of dishes!

ruang tempat duduk untuk menjamu selera

antara starter yang ada segar dari laut

pelbagai jenis kerabu ada. pilih dan ceduk sahaja

ulam-ulaman berserta sambal

rojak buah, takde kacang tumbuk

bagi mereka yang bertekak western ada roti dan sup

salami dan salmon, pergghhh sedappnya

makanan dari timur tengah pun ada seperti briyani kambing ni, hidang dalam periuk besar haaaaa

kari kepala ikan jenahak, must try!

ketam masak lemak ya'll. yums!

ada juga grilled seafoods, makan panas-panas

ala chinese dishes, ada ikan, ketam, udang dan sayur-sayuran... sedapp weh. teringat pulak

penting nih, kambing golek bakar!

ada cekodok, pisang goreng, keropok lekor dan signature dia Pak Johan Roti John

udang masak cili

beraneka jenis masakan melayu, tinggal nak rasa je ni

desserts area, ada ice cream, pelbagai jenis minuman, buah-buahan etc

chocolate fountain pun ada

para chef sedang tunjuk masakan dorang

sambil menjamu selera tu, ada dihiburkan oleh persempahan yang menarik

paling penting! free flow duriannnnn! 

Apa macam? Ada kecur air liur tak? Hehehe menarik bukan?

Impiana Hotel KLCC buffet Ramadhan ni bakal berlangsung dari 16 May hingga 14 June 2018 bermula seawal jam 6:30 petang hingga 10:30 malam setiap hari. Rate pula bagi mereka yang berkemampuan harga adalah  RM148 nett (adult) dengan ada promosi early bird "Buy 10, free 1". Untuk kanak-kanak pula adalah RM74 nett (4-12 tahun). 

Untuk tempahan, boleh telefon Hotel Impiana KLCC di talian 03-2147 1111 atau email ke fnbrsvp.iklcc@impiana.com. 

Papepun aku ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Impiana Hotel KLCC especially Miss Vithya kerana sudi menjemput aku dan kawan-kawan untuk datang menikmati juadah buffet Ramadhan kali ni. Semoga maju jaya. 

Till then..

Bye!

4 comments:

  1. menarik..free flow durian..kena stay sampai closing time kalu mcm ni..hihi..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda.. yuk follow blog aku ya..Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan.. Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete