Assalamualaikum!!!
Takde keje sebab mood tengah elok ni. Akhirnya cuti approved! Alhamdulillah.... (time ni aku dah balik dari Jeju Island).
Ni saje je nak bagitau kat korang sume. Kalo kita plan untuk travel ke sesebuah negara nak buat roadtrip contohnya bersama keluarga tersayang mahupun kengkawan. Kadang-kadang mesti kita tertanya-tanya samada kene buat ke tak international driving permit (IDP) ni?
Kalo ikut pengalaman aku sendiri yang penah buat roadtrip di New Zealand dan Australia, lesen memandu Malaysia adalah boleh digunakan untuk sewa kereta kat sana. Tak perlu translate ke dalam bahasa Inggeris ke ape. Mereka yakni company sewa kereta mahupun polis (kalo kene saman) nak tengok lesen memandu tu valid ke tak. Make tarikh lesen adalah sah dan tidak luput.
Ada sesetengah negara seperti South Korea, international driving permit adalah diperlukan untuk sewa kereta kat sana. Meaning, kita kene apply lesen memandu antarabangsa kat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia sebelum kita proceed dengan roadtrip di negara yang memerlukan lesen memandu antarabangsa ni. Dari cakap-cakap orang jugak, aku dengar Negara-negara Eropah jugak memerlukan rakyat Malaysia mempunyai IDP ni sebelum buat roadtrip. Ada pulak aku dengar kalo nak buat roadtrip untuk pusing-pusing United Kingdom tak perlu. So, aku rasa better ada la kot IDP ni. Nak buat pun takdelah mahal sangat. Bagi negara lain, aku tak tau. Try Google gak tapi tak jumpa. Maybe perlu tanya car rental company di negara terbabit.
Disebabkan negara aku nak pegi ni nak sewa kereta, maka aku terpaksa buat IDP ni awal-awal. Nak buat roadtrip katanya! Haruslah prepare awal-awal.
Ni adalah langkah-langkah untuk memohon "International Driving Permit"
- Mempunyai lesen memandu yang sah.
- Pegi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di kawasan sendiri.
- Bawa dokumen seperti 1 keping gambar passport, 1 salinan kad pengenalan, 1 salinan lesen memandu yang tarikh luputnya adalah lebih dari 1 tahun.
- Isi borang yang diberikan oleh pegawai JPJ di kaunter sebelum amek nombor giliran.
- Pegi ke kaunter dan serahkah borang dan dokumen diperlukan. Bayaran untuk IDP ni adalah sebanyak RM150 sahaja dan sah untuk tempoh 1 tahun.
- Balik dan travel secara roadtrip dengan gembira!
Dalam ni ada beberapa muka surat yang diterjemahkan dalam beberapa bahasa antarabangsa. |
Ni pulak link untuk negara-negara yang memerlukan IDP ni. Aku pun tak pasti. Kadang-kadang lesen Malaysia valid kalo nak guna kat sana. ---> Try Klik Sini
Ok then... gudluck!
gud info.. thanks john ;-)
ReplyDeleteGood info..suka..suka..
ReplyDeletenk try apply utk drive di jeju tapi..tak biasa dengan left handed driving mahu masuk laut :-)
mula-mula memang nak apply IDP masa pi jeju hari tu tapi tak sempat lak buat. Kat jeju naik bus pun ok sebab banyak bus dan yang penting on time. Teksi kat jeju murah sikit berbanding kat seoul
ReplyDeletenak tanya kalau nak ke jeju dan nak ke udo island, perlukan lesen x untuk bawa moto?moto jer..perlu x?
Deletejarimanis..kejap je nak adapt drive lefthanded tp bile balik mesia memang gagau carik gear blah kanan!ahhaha
ReplyDelete@AnakOmak,
ReplyDeleteyou are welcome! haaa ape lagi. book tix cepattt!
@Jari Manis,
aritu pn risau gak nak drive kat sana. lama2 dh ok biasa. kene pandai balance kiri kanan.
@Noor Hafirdaus,
hurm.. mula2 plan nak naik bas gak. tp pikir2 balik kekerapan bas dia tak byk. kang byk buang masa pulak duk tggu bas. nak amek taxi pn actually lg mahal dr sewa kete.
@Intan Zuraini,
ahakkks! hahaha cari gear belah mana tu. kiri kanan?
haha balik mesia carik gear blah kanan memang tersadung pintu je ler!hoho
ReplyDeletejohn, nk contact person utk buat ETA ke oz..gud info utk apply IDP.thanks ;)
ReplyDelete@Intan Zuraini,
ReplyDeletehahahaha sabo jela. mcm la duk jeju setahun kan smpai lupa cara memandu kat msia ni. hiks.
@Merah Baldu,
motif tanya kat sini?
emel: eta.australia@yahoo.com
dah lma nk tanya..lpe.huhu..btw thanks
ReplyDeletewehhh...tahap kepadatan kereta di jeju adakah seperti di langkawi? berapa tahap kepantasan untuk mendapat keyakinan nak bwk lefthanded..5 minit?
ReplyDeletewahhh
ReplyDeleteada lesen international dah?
wahhh
leh la guna lagi tuh
err...
ada valid period? berapa lama?
Good Info laaa... Now i know....tq tq tq...
ReplyDelete@Merah Baldu,
ReplyDeleteno worries, tu emel baru. dia dh x guna emel lama.
@Hang Dhamin,
hahahahha tidakkkk! tak byk kete sgt. depends. kalo international mcm aku, kejap je boleh adapt. hahaha. ;p
@Kak Anash,
haaaaaaa nampak sgt x baca abes kan. kan ade sy tulis kat atas tu kan. ;p
@Vam Lautner,
no worries. ;)
tak terfikri pulak pasal hal lesen ni...nak buatnyer pun tak lah mahal sangat, oklah...wah henry, nak ke europe pulak la ni, best best !
ReplyDeleteSalam John,
ReplyDeleteNak tnya, tau tak kt Jeju, kalau sewa kereta Sedan, brp org bleh naik? Kalau 5 orang lulus tak aa?
Good info, memang ada cadang nak drive bila di Jeju, mungkin tahun depan...
ReplyDeleteCawan harus apply ni, demi keriangan berganda2 di Jeju tidak lama lagi.. FYI, kt amsterdam pun laku lesen memandu malaysia..
ReplyDeleteWow untungla pegi Jeju....
ReplyDelete@Orga,
ReplyDeletehahah nak pegi ke europe ke? pitam! tak mampu lagi wehh.. insyaALLAH ade rezeki tak ke mana. ;)
@Nil,
kalo kereta sedan aritu kat sana. dia kasik KIA FORTE yang baru mentah2 tuh! aku rasa takde masalah untuk sumbat 5 orang skaligus.
@Mie,
haaa... sila2 takde masalah. ;) apply masa dah nak terbang pn ok.
@Chawanna,
haaaaa haruslah! katanya drebar forever kan. hahaha. thanks for the info.
@Janggel,
gitewww~ ekkeke
Salam
ReplyDeleteDulu buat IDP ni masa nak pi Aperika krn kalau takde, tak boleh sewa kereta dan memandu di sana
Dah mati dahhh
Nanti kalau nak travel negara yg memerlukan, kena bawak le buku tu ke JPJ hidupkan
Thanks bro. This is really helpful. Mimi and Aleq recommend me reading your blog.
ReplyDeletelaaa...bukan tak abis baca ...
ReplyDeletesalah faham...
ingatkan setahun tuh utk valid lesen di malaysia...
hehehe
from miss blur
klu nk drive d Australia xperlu buat IDP kn? lepas ke klu lesen P? huhu
ReplyDeletesalam bro,
ReplyDeletemau tumpang tanye, lama x nak tunggu IDP tu siap?
THanx :)
nak ke thailand perlu buat IDP tak?
ReplyDelete-nizam-
@Nizam,
ReplyDeletetak perlu IDP ni. lesen msia valid.
abby
ReplyDeletenak tnya kalu lupe nk wat lesen tu kt msia cam ne? dh ader kt australia...huhuhu....
@Abby Rahim,
ReplyDeleteawk kat sana utk travel.stay kat sana? kalo setakat travel je, lesen malaysia valid dan tak perlu translate.
Tima kasiiih byk byk for the very helpful steps nak apply IDP ni..plan ndak roadtrip dkt NewZealand. Tercari2 jugak info yg senang nak paham..thx. ^_^
ReplyDeleteP/s : Any driving tips when in NZ? Ye la..tak biasa dn tak tau kan.^_^
-Fazilla-
@Fazilla,
ReplyDeletekat nz tak payah pakai IDP ni. lesen msia valid dan tak perlu translate. takde tips nk drive kat nz sbb jalan dia tenang dan tak busy. plus lurus je kecuali certain area ade bengkang bengkok dah tp still ok. cuma kene jaga speedlimit jangan lebih dr yg dibenarkan.
Salam..mohon bantuan klw2 ada yg tau. Bagaimna dgn di jepun? Saye nk ke jepun. Ada kwn di sana & dia ada kereta sndri. Mmg dia akn drive tp perlu juga standby driver. Bole ke bwt tranlation je yg cuma rm10 tu..drpd IDP tu..lgpun bbrp ari je bkn nk dok lama.. TQ!
ReplyDelete:)
Salam,masa mohon idp tu,lesen kita diambil oleh jpj atau tidak?
ReplyDeleteShafiq
malshafiq89@gmail.com
Dorang hanya nak tgk sahaja. Takde amek terus. No worries
Deletesalam john, nak tanya, lesen idp ni ada limit setahun je kan rm150 so boleh ke misal kata pergi study 2 tahun, nak buat 2 tahun terus mean rm300. kita bayar terus, sebab dia ckp rm150 utk permit setahun, so maknanya boleh lah kan utk berapa2 tahun, ke tak, please enlighten kan lagi.
ReplyDeletewaalaikumussalam. sorry lambat reply. pasal brape tahun limit tu sy kurang pasti. maybe boleh tanya direct kpd JPJ. i dont hv further info abt this.
DeleteGud info... boleh x bg nama company kete sewa kat jeju tu . Yg murah dan senang berurusan... kalau ada suggestion hotel d jeju n seoul pon leh jg kalau nk bg... hotel yg murah tp bukan ala2 backpakers la..... tq bro
ReplyDeleteoh good to hear that about security and guidelines you using. here money speaks a lot
ReplyDeleteDriving instructor Melbourne
Ada pulak aku dengar kalo nak buat roadtrip untuk pusing-pusing United Kingdom tak perlu. So, aku rasa better ada la kot IDP ni. Nak buat pun takdelah mahal sangat. Bagi negara lain, aku tak tau.
ReplyDeleteInternational Driver's License
Good info....Nak tny, kalau di Indonesia (jogja) perlu buat IDP ke? Atau boleh pakai lesen Msia sj?
ReplyDeleteidp tu memang siap hari yg sama ke? ke kena tunggu few days or weeks?
ReplyDeleteSetiap tahun kena bayar 150 ke?
ReplyDelete