Monday, December 30, 2013

Kansai, Japan 2013 : #13 - Shinkansen | Kura Sushi | HEP Five Ferries Wheel

Ohayōgozaimasu!!! 

Bersambung dari entry sebelomnya. 

Ayuhh~ sikit je lagi nak abes entry Japan ni, then aku boleh tutup buku sampai bila-bila takpun sampai ada duit untuk jejak kaki ke Jepun nih! InsyaALLAH... berangan tak salahkan? 

Sejurus daripada melawat Kinkaku-Ji Temple tu, terus kitaorang balik ke hostel untuk simple lunch dan jugak shalat zohor sebelom berangkat menuju ke train station untuk pulang semula ke Osaka. 

Istimewanya kali ni, instead of naik normal train ke Osaka, kitaorang mengambil pilihan untuk merasa naik bullet train atau nama femes kat sini tentulah Shinkansen. Walaupun tak dapat naik untuk jarak perjalanan yang jauh sebagai contoh Osaka - Tokyo, dapat naik dari Kyoto - Osaka pun lebih daripada bersyukur. Ianya lebih kepada nak merasa macam mana rasanya. That's all... not more than that. Thanks to Chawanna sebab kasik suggestion ni. 


penghibur jalanan

Sunday, December 29, 2013

Kansai, Japan 2013 : #12 - Kiyomizudera Temple | Kinkaku-ji Temple

Ohayōgozaimasu!!! 

Hari ke-4 di Kyoto, nampaknya arini kitaorang akan berangkat pulang ke Osaka. 

Tapi... disebabkan ada beberapa lagi main attractions yang takmau dilepaskan kat Kyoto ni, maka kitaorang sepakat untuk balik ke Osaka lepas Zohor macam tu. Kiranya separuh hari ni, kitaorang akan jejalan setakat mana yang sempat je kat Kyoto. 

Packing bag dan check-out siap-siap dulu. Tinggalkan beg semua kat hallway hostel. Dan terus keluar menuju ke bus stop, sebelum tu beli Kyoto City Pass (500yen) dulu siap-siap kat Family Mart berhampiran. 

Pagi tu, nampaknya tak hujan. Alhamdulillah... kiranya tak menggangulah perjalanan kitaorang arini untuk menuju ke destinasi yang pertama iaitu Kiyomizudera Temple. Harap-harap, kalo datang awal pagi macam ni tak seramai semalamlah. Tapi still pagi tu, kitaorang bawak payung, just in case kot-kot hujan turun secara tiba-tiba. Takke kene beli payung lagi?

Dari bus stop Kiyomizudera menuju ke pintu masuk, kenela menapak secara mendaki bukit kira-kira 500 meter camtu melalui celahan lorong. 

Review : Hotel Taiyo, Osaka

Konichiwa! 

Haaa arini aku nak share dengan korang pulak penginapan kitaorang untuk 2 malam terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur selepas 7 hari bercuti di Kansai, Jepun nih. 

Tugas untuk book hotel ni dibuat sepenuhnya oleh aku selepas dipersetujui oleh ahli jemaah trip nih. Dibuat booking melalui Hostelbookers.com dengan hanya membayar 10% deposit samada debit card ataupun credit card. The balance will be paid by cash upon arrival. 

Hotel ni pun memang ramai yang rekomen suruh stay sini sebab dekat nak pegi mana-mana plus harga untuk pernite pun antara yang termurah yang penah aku lihat time buat research aritu. 

Saturday, December 28, 2013

Kansai, Japan 2013 : #11 - Ginkakuji Temple | Mencari Geisha

Konichiwaaa!!!

Happy Weekend buat semua! Mesti para ibu bapa duk sibuk nak beli persiapan anak sekolah nih. Next week dah start musim sekolah 2014 dah... jalan raya akan kembali sibuk. pffft! 

Alrite! 

Nak sambung lepas kitaorang dah puas ronda di Fushimi Inari  Shrine. 

Kalo diikutkan... plan asal memang nak terjah ke Kiyomizudera Temple. Antara temple yang agak besar kat Kyoto ni. Tapi dalam perjalanan tu hujan memang turun pulakkkk. Adoyaiii boleh membantutkan segala aktiviti. Tak best langsung time nih! 

dalam bas menuju ke Kiyomizudera Temple, jalan macet!

Friday, December 27, 2013

Kansai, Japan 2013 : #10 - Fushimi Inari Shrine | Japanese Foods

Ohayōgozaimasu!!! 

Hari ni bersambung hari ke-3 di Kyoto, kiranya hari ni adalah terakhir di sini. Esoknya akan berangkat pulang ke Osaka dah. Rasa tak puas lak. Manusia ni tak penah puaskan? 

Anyway, hari yang ditunggu untuk kitaorang telahpun sampai untuk memperagakan baju kebangsaan kita kat negara Matahari Terbit nih! Kiranya, tema kali ni adalah kuning tapi aku ada gold je, takpe, kira tona warna seakan-akan sama. Hahaha abeslah kene keji aritu. T__T 

Ke mana kitaorang hari ni? 

Hari ni pepagi lagi dah bersiap, bermekap bak artis terkenal tanahair. Baju dah ditempah dengan Esah Parit Buntar, siap digosok elok cantek di hanger. 

Hari ni... akan ke Fushimi Inari Shrine! 

Ni pun antara tempat wajib terjah kalo datang ke Kyoto. 

KAMI! adalah pelajar tahun 1 di University of Kyoto dalam Jurusan Seni Pelancongan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin!!! *lambaian orang perantau* 

Thursday, December 26, 2013

Kansai, Japan 2013 : #9 - Bamboo Grove, Arashiyama | Nishiki Market, Kyoto

Ohayōgozaimasu!!! 

Masih lagi hari ke-2 di Kyoto. Tapi seharian di Arashiyama. 

Aku gigih nak abeskan sebanyak mungkin entry Japan ni sebelum masuk tahun baru. Kalo tidak, takdelah entry penutup untuk tahun ni. Tapi rasanya macam tak sempat je... macam tak dan je... macam hampeh je~ hahaha. 

Alrite! 

Actually, dekat nak keluar dari pintu belakang Tenry-ji Temple tu macam ade wakaf untuk duduk-duduk. Pastu plan, why not kita shalat kat sini je. Bersih lak tu kalo nak shalat. Bersebelahan pulak dengan hutan buluh tu. Kiranya takde orang lalu atau berkeliaranlah kat kawasan tu. Macam passing by je. Tapiiiiiii.... dek kerana kitaorang dah duk syiokkk sakan bergambar kat situ, orang lain yang lalu lalang nak tiru gakk!

Hoii! Mana boleh tiru-tiru nih! Pi main jauh-jauh! "getus hatiku"


Wednesday, December 25, 2013

Kansai, Japan 2013 : #8 - Togetsu-kyo Bridge | Tenryu-Ji Temple

Ohayōgozaimasu!!! 

Hari ke-2 di Kyoto!

Diharapnya cuaca baiklah... takmau hujan-hujan ni. Boleh membantukan segala perjalanan dan aktiviti yang dah dirancang pada malam sebelumnya. Tapi semua tu bukan manusia marhaen yang boleh tentukan. Ye dak? Allah kat atas tu yang tentukan. Maka, kenelah menerima seadanya. 

Harini tempat yang aku rasa amatlah dinantikan oleh kitaorang semua. Kiranya, objektif utama nak datang ke Jepun ataupun area Kansai secara spesifiknya adalah nak terjah ke ARASHIYAMA! 

Memang dari Key-Ell lagi dah tau nak pakai baju ape demi nak sampai ke sini. Supaya gambar nanti nampak kabooom! Hahaha katanya~ #poyo

Pagi tu bangun awal macam biasa. Since duk dorm, mestila ade penghuni lain yang ada tido. Kene hormati mereka yang duk tido maha sedap tu. Tapi since takleh nak buang masa, kene la pagi-pagi untuk mempersiapkan diri. Ada yang bangun awal, sebab persediaan agak banyak terutamanya perempuan. Bergaya sakan katanya! Walaupun bawak beg anak beruang! Hahaha. Tapi takpe. Take your own sweet time.



Monday, December 23, 2013

Kansai, Japan 2013 : #7 - Nijo Castle | Shinkyogoku Shopping Arcade, Kyoto

Ohayōgozaimasu!!! 

Okeh bersambung dari check-out dari Capsule Hotel ---> SINI 

Hari-3 dan kitaorang akan menuju ke Kyoto dan bermalam di sana selama 3 malam. InsyaALLAH. Nape 3 malam, sebab orang kata kene spend lama kat Kyoto baru puas hati sebab banyak benda boleh terjah kat Kyoto ni. Old Japan City. Kat sinilah tempatnya. 

Memang aim aku dan travelmates sume paling nantikan untuk berada di Kyoto. Berbunga hati masing-masing bila dah tiba masanya akan terjah Kyoto pulak! Hiks. 

Selama 3 malam di Kyoto, kami akan menginap di Bakpak Kyoto Hostel.  

Untuk review yang aku buat boleh la rujuk di ---> SINI 

Dari Shinsaibashi Station untuk ke Kyoto tak susah mana. Hanya perlu transfer 1 line je kat Yodoyabashi Station. Then, terus ke Kyoto. 

Secara ringkasnya, macam ni lah...

Shinsaibashi Station (M19) ---Midosuji Line---> Yodoyabashi Station (M17)

...Jalan kaki skit menuju ke Keihan Line Train...

Yodoyabashi Station ---Keihan Line---> Gion Shijo

Total tambang keseluruhan adalah 200yen + 400yen = 600yen untuk menuju ke Kyoto. 

By the way, sistem tambang kat Osaka/Kyoto ni macam pakai ikut kawasan. 

Let's say, dari station A hingga station E tambang yang dikenakan adalah 200yen/trip.

Kalo dari station E hingga station K, tambangnya pulak adalah 260yen/trip.

Sunday, December 22, 2013

Kansai, Japan 2013 : #6 - Semalaman di Capsule Hotel!

Ohayōgozaimasu!!!  


Hari ni dah masuk hari ke-3 di Japan. Dan secara rasminya kitaorang akan berangkat menuju ke Kyoto yang terletak kira-kira 1 jam 30 minit dari Osaka. 

Tapi sebelum tu, nak cerita pengalaman menginap di Capsule Hostel di Asahi Plaza, Shinsaibashi tu. Menarik actually bila dikenangkan pengalaman tu, tapi dalam sudut hati aku ni berkata "cukuplah sekali je". Lain kali takmau dah kot... 

Dari Stesen Shinsaibashi untuk menuju ke capsule hostel ni takdelah dekat mana pun, bagi aku kene berjalan dalam 700 meter gak untuk sampai. Jadik bila bawak bahan muatan kat badan yakni anak beruang sorang satu yang berat dalam 9-10kg sorang. Memang perjalanan nak sampai ke hostel tu rasa berbatu jauhnya! Sumpah aku tak tipu korang~ 

Pastu ingatkan dari maps dan direction yang diberikan senangla nak faham. Rupanya tidak ye... kat direction yang diberikan oleh pihak hostel tu macam tak jelas mana ataupun dalam erti kata lain macam useless. Yela, useless sebab bila kita tanya orang based on the direction given, orang lokal taktau tempat tu menuju ke mana. 

Sadis, geram, penat, lenguh kaki dan macam-macam perasaan ada lepas keluar dari exit stesen tuh. Yela, taktau nak menuju ke mana... 

Tanpa buang masa, terus la sapa negro kat tepi jalan dengan kawan dia negro gak sorang lagi. Sebab apa sapa negro? Dorang kan boleh speaking english. Maka takde jadik masalah bagi kitaorang nak bercommunicate dengan dorang. Takde bahasa isyarat ataupun ayam itik digunakan. Senang abes cerita! 

Friday, December 20, 2013

My Kampung!

Assalamualaikum!!!

Dah lama rasanya nak kasik salam nih. Kasik duk berohaiyogozaimas, g'day mate bagai. Sesekali kasik salamkan bagus. *ingatan untuk diri sendiri*

Salam hujung minggu buat semua! 

Aku rasa ramai yang amek kesempatan untuk cuti panjang next week sebelum sesi sekolah 2014 bakal bermula tak lama lagi. Tambahan pulak cuti krismas jatuh hari rabu tak silap aku. Maka, amek cuti 4 hari je terus boleh dapat 9 hari cuti! Hahahah sayang woooo kalo tak ke mana-mana kalo ada duit lebih dapat akaun bank kan?

Aku? Takde ke mana-mana cuma sekarang ni aku berada kat kampung halaman. Dek kerana ada tugasan kerja, alang-alang tu aku sambung cuti skit untuk bersama keluarga. Ewahhh gitu. Cuaca kat sini pun amat elokkk skali takde tanda-tanda nak hujan pun. Alhamdulillah... 

Nak cite la kan... 

Semalam lepas abes keje tu, aku terpaksa la bawak aku punya staff tu jejalan kat sekitar kawasan Kota Bharu, Kelate tu since flight dia pun lambat lagi. Dalam hidup aku honestly speaking tak penah teringin nak masuk pun dalam kawasan macam ni. Atau dengan kata lain... tak terdetik la lebih kurang camtu. 

So, murtadkah aku sebagai ore kelate? Hahahah...

Jom layan gambar yang sempat aku snap guna handphone je... katanya adhoc je. Hahah. 

pemandangan dari atas dalam Pasar Besar Siti Khadijah. first time nih aku masuk! hahahah

Wednesday, December 18, 2013

Kansai, Japan 2013 : #5 - 1 Hari di Kobe (Kobe Mosque | Kobe Port Tower )

Ohayōgozaimasu!!!  

Ok jom aku sambung seharian di Kobe sementara aku masih ada mood nak menaip. Baru je lepas ngap burger Ramly 2 bijik. 2 bijik ye! Hahaha one is not enough!

Lepas dah abes pusing belek-belek disekitar Ikuta Shrine tu, kitaorang patah balik menuju ke Sannomiya Station. Kat situ akan ada hentian City Loop Bus yang bernombor 7. Kalo tak silap aku, kekerapan untuk bas ni adalah 30 minit. Dan jugak untuk membuat 1 pusingan akan memakan masa kira-kira 63 minit. City Loop Bus ni akan berhenti kat major tourist attractions seperti contoh Kitano, Old Foreign Settlement, Nankinmachi (China Town), Meriken Park dan jugak Harbour-Land. Total keseluruhan ada 17 stops nanti. Kalo korang larat dan ada banyak masa, insyaALLAH akan sempat cover semua. Tapi aku curiga. Hahaha. 

Sambil duk menunggu bas tu datang, sempatla layan mata duk tengok gelagat orang Jepun ni. Boleh katanya majoriti mempunyai disiplin diri yang tinggi. Nak naik bas pun beratur okeh, walaupun bas tu tak sampai pun lagi. Takde sikap nak potong-potong barisan. Jadik, kita yang datang negara dorang ni macam terikut-ikut dengan sikap berhemah macam tu. 

Tapi nape kat negara sendiri tak macam tuh? 

Sikap? 

Monday, December 16, 2013

Kansai, Japan 2013 : #4 - 1 Hari di Kobe (Ikuta Shrine)

Ohayōgozaimasu!!!  

Dekat 2 minggu aku tak menaip blog ni untuk sambung cerita trip aku ke Kansai. Kalo ikutkan, kan best kalo laptop ni boleh menaip sendiri dengan membaca ape yang aku tengah pikirkan untuk abeskan cerita ni. Tak perlu jari-jemari aku gigih nak menaip cerita dalam blog ni. Tapi takpe, ade sedikit masa lapang ni, skit je... esok busy balik bagai nak rak yang taktau bila ada masa free lagi. InsyaALLAH, entry Kansai ni tahun depan baru abes. 

Anyway, semoga korang senantiasa sihat ye. *mood bodek reader* 

In my mind was like "duh~ ada aku kesah korang sihat ke tak?" Hahahah 

So, dalam hidup toksah fake sangat... walaupun hakikatnya memang baik. Tapi kalo terlampau over, orang akan nampak itu adalah fake. *read between the lines*


*******************************

Papepun, jom aku sambung kisah Kansai yang masuk hari ke-2. Baru aku ke-2!!!



Monday, December 2, 2013

Review : Bakpak Kyoto Hostel, Kyoto

Ohayōgozaimasu!!!  

Dah masuk bulan Disember. Pejam celik, pejam celik... dah nak masuk tahun baru. Ada 30 hari je lagi. Semoga 30 hari ni memberikan seribu satu kenangan dalam kehidupan kita seharian. Trip Jepun ni pun merupakan yang terakhir untuk tahun 2013. No more after this. Mesti fokus kepada benda lain pulak. 

Alrite! 

Hari ni aku nak share pulak lagi satu accommodation yang aku rasa not bad untuk stay kalo kita nak bermalam di Kyoto. Walaupun ianya dalam 40 minit perjalanan je dari Osaka via train ride. Tapi mengikut nasihat Chawanna , better stay kat kawasan Kyoto atleast 2 - 3 malam. Barulah puas hati. Because there are so many things to see in Kyoto. Trust me, you guys will definitely fall in love with Kyoto. Ehem.. skali skala nak speaking. Hiks. 

Dalam duk buat research untuk accommodation kat Kyoto ni, aku terus came accross dengan satu hostel ni nama dia Bakpak Kyoto Hostel. Bakpak tu aku rasa unik sebab bunyi seakan macam "backpack". Maybe cara sebutan japanese yang jenis pelat tu yang jadik "Bakpak". Bukan bapak hang k... hahaha. 

Bila baca reviews, check location wise, rate untuk per night sume, aku decided untuk book 3 malam terus kat hostel ni. Lepas ahli lembaga jemaah sume dah setuju, aku terus proceed dengan booking via website Bakpak Kyoto Hostel ni terus dengan bayar 10% deposit by credit card/debit card, the balance will be paid in full upon arrival by cash. 

entrance : Credit to TripAdvisor

Friday, November 29, 2013

Kansai, Japan 2013 : #3 - Seharian di Nara!

Ohayōgozaimasu!!! 

Entry ini berkaitan dengan:
* tempat-tempat menarik disekitar Nara seperti Kofukuji Temple, Nara Park, Todaiji Temple dan lain-lain.

Orait! Arini masih lagi dalam hari pertama sampai ke Jepun ni. Hari pertama ni jugaklah kitaorang terus pegi ke Nara yang terletak kira-kira 35km @ 45 minit perjalanan naik train. 

Train route adalah seperti berikut dari Kansai Airport/Osaka-Namba Station:


Kansai Airport (Nankai Line) ---> Namba St. (Nankai Line) 

---walking abt 10 mins to transfer line--- 

Osaka-Namba St. (Kintetsu Line) ---> Kintetsunara St. (Kintetsu Line) 

peta disekitar Nara Park

Monday, November 25, 2013

Review : Capsule Hotel Asahi Plaza, Shinsaibashi, Osaka

Ohayōgozaimasu!!! 

Haaa arini pun aku nak kongsikan accommodation aku dan teman-teman ketika berada di Osaka. Sepanjang trip 7 hari di Kansai, Japan, kitaorang sempat stay di 4 buah hotel/hostel yang berbeza. Untuk malam ke-2 di Osaka, kitaorang memang dah pakat nak stay kat capsule hotel. Yela, hanya untuk merasa, tapi it turned out to be a nightmare untuk kitaorang sume. Ahaks. Kelakar pun ada bila dipikirkan balik. T_____T 

Kalo cakap pasal capsule hotel ni, actually ianya dibuat bagi menyenangkan penduduk Jepun yang tinggal jauh dari tempat tinggal ataupun mereka yang nakkan tempat persinggahan sementara untuk take a nap barang sejam dua, mandi, berehat dan lain-lain. Selain tu, remaja yang baru lepas berpartey sakan kat area kelab-kelab hiburan pun turut amek peluang untuk rehat sekejap kat sini. 

Selain tu, tujuan utama ianya dibina adalah untuk menyediakan tempat penginapan yang murah dan facilities yang basic untuk tetamu yang tidak memerlukan sebarang perkhidmatan yang ditawarkan oleh conventional hotels. Kiranya macam no-frills hotels macam Tune Hotels gakla tapi bilik dia lagi kecik! Hahaha. 

Untuk info lanjut ---> Wikipedia 


Friday, November 22, 2013

Review : Backpackers Hotel Toyo, Osaka

Ohayōgozaimasu!!!

Haaa... arini aku nak share dulu salah satu tempat penginapan aku and the geng ketika berada di Osaka. Actually, hotel ni merupakan salah satu finalist (ewahh macam AJL dah) tempat penginapan yang aku rasa paling strategik dan jugak value for money untuk stay kalo datang ke Osaka. 

Tetapi, ntah macam mana aku macam kene let go dulu hotel ni sebab ada option lain yang kitaorang nak buat yakni pilih hostel lain yang agak jauh skit tapi sebab ada good review why not kan? Tapi at the end, we opted this good hotel to stay a night. 

Hotel Toyo ye bukan toyol ni kitaorang menginap hanya 1 malam je ketika first night kat Osaka after balik dari Nara. Untuk booking Hotel Toyo ni diuruskan oleh Miss B melalui website HostelWorld Osaka . 


Wednesday, November 20, 2013

Kansai, Japan 2013 : #2 - Memahami Sistem Keretapi di Kansai

Ohayōgozaimasu!!!

Entry ini berkaitan dengan:
* sistem keretapi (railroad network) di Kansai dan sewaktu dengannya. 
* cara-cara untuk ke Nara dari Kansai International Airport. 

Alrite! 

Untuk entry kali ni aku try fokus lebih kepada sistem pengangkutan utama aku ketika berada di Kansai selama 7 hari ni yakni train! Maybe entry ni tak selengkap mana untuk orang lain, tapi aku try huraikan setakat mana yang aku tau, aku faham dan aku apply untuk panduan korang nanti kalo terjah ke Kansai. Kira tak payah pening kepala, just try simplified benda yang susah jadik mudah. InsyaALLAH. 

Setakat mana yang kita tau, kalo datang Jepun ni salah satu benda yang mungkin kita tengok jadik gerun adalah railways map dia. Hahah yela, negara Jepun ni memang diiktiraf mempunyai sistem keretapi yang paling kompleks dalam dunia. Berlingkar-lingkar, bersimpang-siur tak macam sesetengah negara. Walaupun aku rasa pegi Seoul dulu pun subway dia pun dah ada lebih dari 15 Lines agak gerun dah time tu, tapi kat Jepun ni ada lebih daripada tu. Tak hanya mempunyai subway, tetapi shinkansen, train yang dikendalikan oleh syarikat keretapi yang berbeza! Camne tu? 

train, subway dan jugak JR map termasuk skali shinkansen punya train

Sunday, November 17, 2013

Kansai, Japan 2013 : #1 - Flying to Nippon!

Konichiwaaaa!!!

Sebelum aku start cerita pasal travel kali ni ke Kansai, Jepun. Aku nak cerita dulu bagaimana semuanya bermula...

~ Arakian syahadah... ewahhh~ Hahaha AirAsia X ada buat promo tak silap aku dalam bulan October 2012 camtu. Aku dalam gatal-gatal pun rajin check tiket kot-kot la ada tiket murah. Terjumpala pulak tiket flight ke Osaka dalam akhir bulan October 2013 camtu dengan harga RM645 return. Bagi aku dah murah sangat dah tu. Walaupun aku tau ada orang dapat maybe lagi murah. Tapi peluang tu hanya 1 dalam 1,000 mereka yang betol-betol bernasib baik je. Tapi takpe.. rezeki masing-masing. 

Tengah malam tu terus whatapps Janggeltrekker dan Dato' Masmz pasal plan aku ni. Aku rasa dorang tengah mamai time dorang reply soalan aku tu. Bila semua dah kata ok mohon proceed tu, terus la aku beli tiket! And this time... Autumn I'm Coming! Kira kami bertiga akan terjah negara maju lak kali ni. Kalo tahun 2012, dah terjah negara India yang penuh cabaran suka dan duka. Harapnya Jepun kali ni penuh dengan suka dan duka gak. Amin... 

Victoria, Australia 2013 - Total Expenses!

G'day Mate!

Akhirnya ni bahagian terakhir untuk siri jelajah Victoria bagi tahun 2013. Fuh~ agak banyak siri yang sempat aku type. Harap bagi yang nak pegi tu boleh la rujuk kat entry-entry sebelom ni. Maybe ada sesetengah info yang aku rasa tak cukup tu, korang boleh la try buat research tambahan. Selalunya bila dah abes trip, takdenye aku nak carik info tambahan dah. Unless aku buat trip re-visit. Time tu baru aku try carik info tambahan. 

Untuk trip kali ni, aku try nak cut-cost sebanyak mana yang boleh. Aku try... hahaha maybe bagi sesetengah orang rasa agak mahal ataupun tidak. Ianya bergantung kepada poket masing-masing. Since aku pegi ramai dan ada jugak family, aku kene consider certain factors such as accommodation. Takkan nak duk hostel ye dak? Ada orang boleh terima, ada orang tak boleh terima. Jangan risau.. ada option lain. Yang penting carik! 

Ayuh kita mulakan! 

General
  • Flight ticket AirAsia X (return) : RM902
  • Luggage (KUL-MEL 30kg/2 pax) : RM47.50
  • Pick a seat (KUL-MEL) : RM35
  • Meal (KUL-MEL-KUL) : RM40
  • Luggage (MEL-KUL 30kg/pax) : RM95
  • Skybus to LCCT : RM9
  • Taxi from LCCT (RM93/cab) : RM46.50
  • Luggage (MEL-KUL) : RM120
Sub-total : RM1,175

Saturday, November 16, 2013

Shopping : What did I bring back from Melbourne?

G'day Mate!

Untuk nak abeskan cerita trip Victoria, Australia untuk tahun 2013 ni, macam biasalah aku nak share benda-benda yang aku bawak balik lepas balik dari bercuti ni. This time aku try control ape yang aku beli. Ntah la taktau berjaya atau tidak. Tapi okla, takde giler macam dulu dah. T____T 

Ayuh!


jumper ni aku beli kat Cotton On. ada winter clearance sales berharga AUD10/each. sedap dan selesa kalo pakai. actually, gedik je lebih nak beli. saje nak penuhkan almari kat umah. banyak baju-baju less than AUD10 kalo ada saiz yang boleh beli. kawan aku siap beli macam knitted sweater tu hanya AUD5/each! 

Thursday, November 14, 2013

Tips | Kansai, Japan - Suggested Itinerary for 7 Days

Konnichiwa!!!

Nampaknya mood nak menaip cerita trip Japan ni adalah datang skit-skit tatkala aku tengah busy outstation nih. Takdela jauh mana pun outstationnya, tapi sebab malas nak rempuh jem pepagi. Bernasib baik diberikan hostel untuk stay sini. Perghh private hostel siap ada aircon bagai. *heaven* 

Arini takmau cerita panjang-panjang pasal trip. Aku nak kongsikan berkaitan dengan our own draft itinerary selama 7 hari berada di Kansai, Japan. Atau lebih specifiknya adalah travel di beberapa buah kawasan di Kansai Region yang mempunyai beberapa kawasan menarik antara yang femes adalah Osaka, Kyoto, Nara, Kobe, Wakayama, Shiga dan ada a few bandar lain. 



Tuesday, November 12, 2013

Victoria 2013 : #15 (Finale) - Melbourne Univ. | Victoria State Library | Correlle

G'day Mate!

Alhamdulillah... nampaknya aku rasa ni adalah entry terakhir untuk entry siri jelajah Victoria. Fuhh... ada 15 entries semuanya. Try not to make it lengthy. Kang korang taknak baca lak, asyik duk tengok gambar then tanya aku balik. Pffft! *sarcasm intended*

Anyway, hari ni hari ke-9 di Melbourne. Esok pagi dah kene pegi airport dah sebab flight pukul 9.35am waktu tempatan. Jadik, kene gunakan hari last ni dengan sebaik mungkin. InsyaALLAH. Kiranya hari ni dah ade target nak terjah mana dan ke mana... 

Amaran: ada satu gambar bogel dalam entry ni. kalo takut, sila klik "X"  dihujung skrin belah kanan anda. 


view dari depan MH Melbourne, biru dan takde awan langsung! i loike~

Sunday, November 10, 2013

Victoria 2013 : #14 - Shopping (Queen Victoria Market & Harbour Town) | Thai Treats Halal Restaurant

G'day Mate!

Bersambung kisah semalam yang actually tak abes lagi. 

Langsung dari Ballarat tu, kitaorang terus gerak menuju ke Moorabbin DFO yang terletak tak jauh dari Melbourne City gak dalam 30 minit. Kira macam gamble jela ni sebab memang tau DFO kat sini tutup pukul 5-6 petang setiap hari! What the hell giler awal tutup kedai. Nak buat camnekan sebab dorang mengamalkan kualiti hidup yang sihat nak spend masa dengan family. 

Morrabbin DFO website: http://www.dfo.com.au/Moorabbin/ 

Untuk dapatkan info macam mana nak ke sana, boleh je klik link kat atas tu. Semua ada info berkaitan how to go there by public transport. Kalo tak jumpa, butalah orang itu! Ngerti? 

Kat sini, bak kata kawan travel aku yang turun serta, sebab dia dah datang sini dulu awal dari aku, katanya kalo nak beli set pinggan mangkuk Correlle, boleh la datang sini sebab harga yang ditawarkan adalah memang murah! Let's say untuk set 16 pieces plain putih boleh dapat dalam harga AUD40/set je! Giler babs murahkan? Honestly, aku taktau harga kat Malaysia brape satu set. Orang kata ribu-riban... orang kata la... bukan aku. So, kalo datang sini, it's a good bargain bagi mereka yang nak beli. 


Friday, November 8, 2013

Victoria 2013 : #13 - Pekan Stawell | Sovereign Hill, Ballarat

G'day Mate!

Aku tinggalkan dulu cerita pasal Japan yang aku baru balik ni. Walaupun ada orang tanya suruh cerita cepat-cepat, kasik ringkasan brape banyak kos ape. Ingat goyang bontot gebu atas sofa je ke memanjang? Hahahah Nak tau, kene sabar naaa.... perut harus diisi dengan wang yang diterima dari kerja hakiki ni... ngerti? 

Orait! Actually, aku dah takde mood sangat nak menaip skang ni macam dah kelaut dah. Tapi sebab gigih nak abeskan cerita Australia ni cepat-cepat aku try buat seringkas yang boleh. Tak reti nak berdrama sangat dah. 

Pagi tu, bangun pagi di Stawell Motel. Indah weh arini... cuaca sungguh baikkk sekali dan tak brape nak sejuk sangat. Dah setel semua, check-out dan pegi McDonalds untuk breakfast. Makan hotcakes jela pepagi tuh. Nikmat sungguh sambil layan internet free. Australia ni memang kemut sungguh dengan internet free. Kalo nak pakai pun dalam 10 minit kene bayar AUD1. *pitam*

Dah setel makan breakfast, memang pagi tu nak ronda-ronda kejap kat Pekan Stawell ni. Tengok apa yang ada. Tak brape besar sangat pekan ni, tapi facilities cukup lengkap. Even pasaraya Woolworth dan jugak IGA pun ada. Kira ok sangat dah tu. Cuma aku terpikir gak bila tengok penduduk kat sini apa pekerjaan dorang? yela, bila aku duk tengok macam kawasan perumahan ada yang pakai kereta agak mewah gakla. Takkan menoreh kot kat sini. Musykil.... 

Parked kete depan Town Hall. Macam sunyi sepi pagi walaupun dalam pukul 9 pagi dah time tuh. Mana semua orang ni?? Boleh bilang dengan jari brape orang penduduk yang kitaorang jumpa time tuh. Ada life ke dorang ni? 

 

Thursday, November 7, 2013

Autumn 2013 in Kansai, Japan

Ohayōgozaimasu!!!

Alhamdulillah.. tamat sudah trip sepanjang 7 hari di negara Matahari Terbit terutama di bahagian Kansai untuk musim luruh tahun ni. 

Overall, sempat cover Nara ---> Kobe ---> Kyoto ---> Osaka sepanjang 7 hari solid kat sana. Ada yang sempat dan jugak ada yang tak sempat nak cover. Maybe ada chance nak ripit lagi? Who knows... InsyaALLAH. 

Mood nak menaip takde lagi maybe lepas aku abeskan edisi Victoria dulu, barula aku start dengan trip Japan ni. 

Tapi kita layan sedikit gambar dulu okeh! 


Saturday, November 2, 2013

Autumn in Kyoto

Konichiwa!!! 

Moshi moshi!!! 

Hait haittt! 

Hari ni dah masuk malam ke-3, aku dan kawan-kawan yang lain berada di negara matahari terbit ni. So far, alhamdulillah nothing much difficulties faced by us. Kecuali bila nak angkut anak beruang yang maha berat setiap kali nak tukar hostel dek kerana nak merasa. So today, we managed to settle down for 3 nights in Kyoto. Can't wait to explore more tomorrow! Hope for the best autumn in Japan. InsyaAllah... 






Thursday, October 31, 2013

Sunday, October 27, 2013

Victoria 2013 : #12 - MacKenzie Falls | Halls Gap

G'day Mate!

Jom sambung lagi!

Aku nak abeskan cepat-cepat kisah travel ke Victoria ni sebelom masuk bulan  November. Kalo boleh la... lagipun aku dah semakin busy dengan keje-keje hakiki kat ofis mahupun kat client. Takut takde masa nak tengok blog... pfft! Padahal tiap-tiap hari duk tenung. 

Orait! Dari The Balconies, kitaorang mula drive menuju ke destinasi terakhir untuk hari ni iaitu MacKenzie Falls. Nak tengok air terjun katanya, plus kat sana skaligus nak makan lunch. Perut dah lama duk mengamuk lapar. Cari parking dulu, kat atas ni pun agak ramai orang duk jejalan. Ada tour group, ada family, ada yang macam kitaorang ni. 

Nasib baik time sampai tu, ada 1 meja yang kosong. Boleh la lunch kat situ. Makan lauk simple je. Tapi cute~ Ahaks!



Friday, October 25, 2013

Victoria 2013 : #11 - Boroka & Reed Lookouts | The Balconies

G'day Mate!

Bersambung lagi perjalanan menuju ke Halls Gap. Alhamdulillah selamat tiba di Halls Gap lebih kurang jam 11.30 pagi waktu tempatan. Kat Malaysia, lebih kurang jam 9.30 pagi. Tengah sibuk duk breakfast kat cubicle sambil makan biskut cap ping pong cicah milo panas. Dapp errr! 



Thursday, October 24, 2013

Victoria 2013 : #10 - The Journey to Halls Gap

G'day Mate!

Hari ke-6 aku di Victoria, Australia. Pagi ni agak sejuk tapi ada nampak petanda yang cuaca akan cerah yang amat arini sebabnya semalamnya hujan agak lebat! InsyaALLAH. 

Penginapan kat Port Campbell Motor Inn ni not bad. Nanti aku ceritakan dalam entry yang lain sebab terlupa nak pilih gambar. 

Website: http://www.portcampbellmotel.com.au/ 

Hari ni jugak aku akan berpisah bersama bibik jemputan dari Malaya dan Irdina sebab dorang akan terus pulang ke Melbourne City. Dorang punya trip lebih pendek dan agak santai berbanding aku dan kengkawan yang lain. Lagipun dorang dah request nak shopping sakan katanya kat DFO-DFO yang ada kat Melbourne tu. Nak perabih pitih katanya. Fine by me. 

Aku dan yang lain-lain? Meneruskan perjalanan ke bahagian lain pulak. Another reason kenapa aku datang balik ke Melbourne tahun ni sebab aku rasa ada tempat lain yang wajib terjah kat sekitar Victoria ni. Tak hanya terhad kat Phillip Island mahupun Great Ocean Road plus aku tak puas selagi tak dapat langit biru kat mana-mana spot yang dalam entry sebelumnya! 

Jadiknya... aku dah plan nak terjah ke area Halls Hap ataupun dikenali The Grampians National Park. Ianya terletak kira-kira 224km (3 jam) perjalanan dari Port Campbell ni. Sebabnya terpengaruh duk baca blog Hafizah Hassan ni.