Friday, November 29, 2013

Kansai, Japan 2013 : #3 - Seharian di Nara!

Ohayōgozaimasu!!! 

Entry ini berkaitan dengan:
* tempat-tempat menarik disekitar Nara seperti Kofukuji Temple, Nara Park, Todaiji Temple dan lain-lain.

Orait! Arini masih lagi dalam hari pertama sampai ke Jepun ni. Hari pertama ni jugaklah kitaorang terus pegi ke Nara yang terletak kira-kira 35km @ 45 minit perjalanan naik train. 

Train route adalah seperti berikut dari Kansai Airport/Osaka-Namba Station:


Kansai Airport (Nankai Line) ---> Namba St. (Nankai Line) 

---walking abt 10 mins to transfer line--- 

Osaka-Namba St. (Kintetsu Line) ---> Kintetsunara St. (Kintetsu Line) 

peta disekitar Nara Park

Kitaorang selamat tiba di Kintetsunara Station lebih kurang jam 12 tengah hari kalo tak salah aku. Perjalanan pun dah hampir dekat 1jam. Nasib baik seat tak penuh, maka boleh la duduk hilangkan penat berdiri. Bila dah keluar dari exit station, terus nampak information centre. Sebum start jejalan tu, kitaorang pegi amek dulu map untuk panduan nanti. Senang nak pin-point tempat mana yang boleh diterjah disekitar Nara ni. 

Since kitaorang takde banyak masa kat Nara ni, not even 1 full day. Just pilih yang main attraction je sambil jejalan amek angin best aritu. Ramai jugak tourist aritu... 


Kalo nak ikutkan, kat Nara ni ada banyak temples yang boleh kita terjah. Tapi semuanya bergantung kepada kaki yang melangkah. Ada yang kene naik bas, ada yang dalam lingkungan Nara Park je. Masa yang kitaorang ada pun tak banyak, baik fokus kat dalam kawasan Nara Park yang amat besar nih! Macam-macam yang boleh kita tengok dalam Nara Park tu. 

Jom start jalan menuju ke Nara Park kira-kira dalam 10 minit jalan untuk sampai. Tak jauh pun. Belom sampai lagi, dah nampak sekumpulan rusa yang jinak kat tengah jalan dikerumun oleh tourist! Hahah jinakk sungguh! Sume macam menanti orang tolong belikan biskut kering yang dijual. Rusa tu pandai macam buat muka seposen konon-konon lapar! 

Haaa ape lagi! Boleh laaaaa peluk, dakap, cium rusa tuh! Rusa ni sangat jinak, sampai kita dekat je, dorang suka duk sondol-sondol. Tak segan silu untuk bagi pose untuk shots oleh pengunjung. Boleh dikatakan.. memang ratusan rusa jinak yang berkeliaran kat bandar Nara dan dijadikan ikon untuk bandar Nara ni. 

Walaupun jinak, tetapi langkah berhati-hati perlu diambil berat sebab rusa ni adalah rusa liar dorang boleh bila-bila masa akan menyerang manusia. 





 Jom dah puas bermain dengan rerusa? 

Ayuh kita terjah tempat lain lak... tak jauh dari tempat kitaorang bermain rusa tu terletaknya 1 temple yang femes gak yakni Kofukuji Temple. 

Sedikit maklumat berkaitan dengan Kofukuji Temple:

Merupakan kuil yang pernah menjadi family temple kepada Fujiwara yang merupakan salah tu puak yang berkuasa pada era Nara dan Heain. Dibina pada tahun 710 masihi pada era kegemilaan Nara sebagai ibu kota. Mempunyai lebih daripada 150 buah bangunan pada zaman kegemilangan Fujiwara. 

Nak baca lagi? ---> HERE 

Mula dah sampai kat depan tu, tak explore lagi. Sebab masing-masing dah lapar, carik tempat berteduh nak makan bekalan burger McD yang kitaorang tapau dari LCCT tu. Walapaun burger tu dah sejuk beku, penyet tapi masyaALLAH.. rasanya sungguh nikmat betol! Nyesal tak abes sebab tak tapau dua bijik. Cis! Macam homeless pun ada kalo bila diingatkan gaya kitaorang duk bertenggek bawah pokok dekat National Treasure Museum yang sebelah je dari Kofukuji Temple tu. Hiks. 

Dah perut kenyang, barulah hati senang nak berjalan-jalan. Ye dok? 

Jom jejalan kat sekitar Kofukuji Temple ni... 

Eastern Golden Hall (300yen/pax) & The Five Stories Pagoda

rekabentuk bumbung

Tak silap aku, time ni Kofukuji Temple yang mana binaan utama dorang sedang dalam contruction. Dalam membina semula yang baru yang lebih real. Dijangka siap pada tahun 2018. Kalo binaan dulu merupakan replika yang mana saiz lebih kecik dari yang asal. Kali ni, dorang bina balik yang baru mengikut saiz asal. Sama-sama kita nantikan okeh~ 

Bertentangan dengan pagoda ni, kita akan nampak pulak Northern and Southern Octagon  Hall. 




buah oren kecik kat depan Southern Octagon Hall, geram nak amek makan! 

5 Stories Pagoda di celah pokok

Jom bukak map balik nak pegi mana lepas ni... 

Since tak banyak masa, kitaorang harus bergerak menuju ke Todaiji Temple. Kalo dari Kofukuji Temple menuju ke Todaiji Temple ni adalah 1km camtu. Kalo cara jalan macam orang Jepun ni, tak lama pun. Tapi kalo ikut kita ni, adalah dalam 30 minit camtu. Tak campur lagi stop untuk amek gambar. Hiks. 

Perjalanan menuju ke Todaiji Temple ni, kita akan lalu jugak Nara Park yang luas nih! Puas jalan sebab cantikkkkk! Time kitaorang pegi ni baru nak macam permulaan autumn. So, 70% daripada daun-daun tak tukar kaler lagi. Sob sob sob.. 





On the way menuju ke pintu masuk utama Todaiji Temple tu, akan nampak deretan kedai-kedai souvenirs kalo berminat nak beli. Tapi kalo carik fridge magnets tu adelah beberapa jenis yang bagi aku kurang menarik perhatian. Harga pulak dalam 350 yen dan ke atas untuk sekeping. 

Yang kurang best skit time ni... ramai yang amattt ummah jepun nih! Paling ramai lawatan budak sekolah yang siap berpakaian uniform lagi! Hoiiii takde kelas ke?? 


berkenan betol aku dengan pedang samurai ni, dia kata boleh bawak naik flight

masih lagi banyak rusa liar yang duk berkeliaran


Layan gambar jela ek... aku keabeskan ayat nak tulis ape! 

Namdaimon Gate


penjaga Namdaimon Gate yang diukir dari kayu.. besar sungguh! 

heyyy awak... jangan tenung lama-lama tanduk saya ni palsu je. :(((


Daibutsuden Hall

Todaiji Temple




Untuk cerita detail boleh la rujuk blog ---> Janggeltrekker 

Ok dah... 

Nanti aku karang panjang-panjang skit biar kasik muntah okayy! 

Bye!

9 comments:

  1. rusa..oh rusa...eh..tu je..rupanya nara park salah satu tempat yg mesti pergi..ok tak pe..JM dh masukkan dalam list ni..rasanya view autumn lebih cantik compare to spring..eh ye ke...ke dua2 cantik

    ReplyDelete
  2. Salam pagi ahad John

    pak itam ingat nak terbang pi nippon laaaa ni, tapi anak pulak dok habis SPM 6 Disember, maka kansel hehehe
    Hujung tahun pulak banyak keje

    Ingat nanti Mac 2014 ok kot ke sana, dapat tengok sakura berkembang , bolehlah masa tu study n3 John pasal Nippon ni sebagai panduan

    ReplyDelete
  3. @Khairuddin Lim,
    mohon tawan dgn sukses! :)))



    @Jari Manis,
    mohon pegi. spend lama2 skit. kalo suka binatang, mesti sakan bergambar dgn rusa nnt. hiks.



    @Rezeki Pak Itam,
    wasalam pak itam, kalo mac tu mmg sedang2 elok nk nikmati sakura. tapi pak itam kene jaga waktu "golden week" kat sana sbb time tu mmg sume accommodation akan fully book dan org akan ramai giler! so, better pak itam pegi dalam 2-3 weeks before golden week tu. time tu sakura dah ade dah. have funnn!!! ;)))

    ReplyDelete
  4. Geramnya tengok rusa reramai tu. Nampak jinak.

    Bolehlah akak refer blog KB kalau nak ke Jepun.

    ReplyDelete
  5. Suka nara park sebab rusa rusa tu. Anak akak pulak memang suka main ngan anak rusa...maka lama jugak kami habis masa kat sini. Masa akak gi bulan 2 aritu pun ramai gak bebudak sekolah buat lawatan. Ish...agaknya time bila xde lawatan budak sekolah ek?

    ReplyDelete
  6. nape akak baca entry nih mcm banyak typo?

    dgn ayat agak tergantung?

    kelam kabut je?

    kbai

    ps:penangan kije banyak le tu...

    ReplyDelete
  7. @Naramas Aman,
    mmg gerammmm! dia yg akan dtg dekat dgn kita sbb jinakkk! insyaALLAH akan mmbantu akak nnt.



    @Rozita,
    hahaha rasanya mmg skolah dorang slalu buat lawatan mcm ni. lgpn rakyat dorang kan mmg berjuta0juta. tak abes nak pusing tempat2 menarik kat jepun sana.



    @Kak Anash,
    hahaha yeke? takde mood akak oiii dah lama karang tp xtau mcm mana nak abeskan. hiks.



    @Janggel,
    gitewww rajinla sangat! hahah

    ReplyDelete