Sunday, October 2, 2011

Ke Medan, Indonesia pulak aku! : Hari - 1

Assalamualaikum.... 

Jom aku cerita pasal trip aku ke Medan, Indonesia bersama team job aku seramai 4 orang. Cerita ni terlambat skit sebab aku nak abeskan cerita Bangkok aku dulu. Tak sempat nak abeskan before datang ke Medan sebab terlampau busy. Sori yaa....ayuh kita!

Trip ke Medan ni asalnya aku taknak join, dan ianya datang dengan sendirinya bila team aku yang semangat nak bercuti call dari Matta Fair bulan 8 aritu cakap dorang nak belanja aku tiket flight ke Medan. The reason is dorang kene cukupkan 4 orang, kalo tak cukup 4 orang ade surcharge sebanyak RM100/pax. So, dari bayar kat travel agent tu, might as well dorang bayarkan untuk aku je. Aku just bayar untuk tour je sebanyak RM400 untuk 3h2m. Okla kot...aku pn tak tau betol ke tak. Kalo pegi sendiri murah lagi kot. Anyway, aku ikut jela. Thanks korang!!! Jasamu dikenang daku selalu..hihihi. 

Owh ya, pada asalnya flight kami ke Medan adalah pada hari Ahad, 25 September 2011. Tapi since airlines berkenaan batalkan flight kami, so kami awalkan sehari flight kami pada 24 September 2011. Even though , trip kami jadik lebih panjang, kami kene tanggung sendiri untuk kos hari pertama kami di Medan. Takpelah, at least kami ade extra 1 hari kat Medan untuk explore bandar ni sendiri. Untuk penginapan kami, kami pilih Grand Sakura Hotel sebanyak 240,000 rupiah. Pada aku lak, aku serahkan sumenya pada dorang untuk uruskan since aku memang takde masa langsung untuk buat research. Just sempat baca skit-skit info pasal Medan ni yang terkenal dengan Danau Toba. 

Oklah, hari yang dinantikan telah tiba. Flight kami pada jam 8.50 pagi yang perjalanan  hanya 45 minit. Sekejap je kan? Bontot aku pun tak panas duk dalam flight sebab dekat sangat. Hahaha. Anyway, pakej yang kami amek ni menggunakan pesawat MAS. Hihihi...kelas kan? Pegi travel tempat sekangkang kera je, tapi naik premium airlines. What to do...harga AirAsia pun lebih kurang je. So, pagi ni aku bangun awal lebih kurang 5 pagi. Siapkan diri dan packing beg terus gerak pegi KL Sentral dalam pukul 6 pagi. Since ni pun dah akhir bulan, aku try cut cost mana yang patut. Alhamdulillah...ade bus yang pegi KLIA terus yang sama aku naik time trip ke Bangkok minggu sebelumnya. Bas bertolak tepat jam 7 pagi. Nasib baik ade bas, kalo tak terpaksa naik ERL. Banyak dah duit hangus kat situ. Naik bas just bayar RM10. 

Nasib baik sampai awal dalam pukul 7.50 pagi. Rupanya dah final call dah untuk check-in. Hahah...aku slalu camni tau. Kalo travel pagi-pagi mesti kena final call terus...yela, bukan dekat nak datang KLIA nih. Jauhhhhh.... Lepas dah check-in sume terus pegi ke Gate 4. So, takyah naik aerotrain. Bila dah boarding, rupenye flight memang tak penuh. Dalam 30 orang je dalam kapal terbang tu. 90% adalah mat salleh. Hahaha...femes ke Medan ni? Ke ramai yang naik AirAsia? Cuaca kat luar aku tengok mendung je. Aku harap kat Medan nanti, hujan tak turun biar langit cerahhh je memanjang. InsyaAllah... Dalam flight just di serve kacang masin and juice je. Hurm...dekat punye pasal. 


Tepat jam 8.50 pagi waktu Medan, kami mendarat di Lapangan Terbang Polonia. Owh ya, Indonesia lewat sejam dari Malaysia. So, jimat 1 jam. Bila dah mendarat, tengok sekeliling kecik je rupenye airport Medan ni. Takde aerobridge pun. Turun dari perut kapal, ade shuttle bus menanti di bawah untuk dibawa ke terminal. Bagus. Dah lepas sume imigresen tunggu pulak bagasi. Time ni ramai laaa porter-porter yang duk tunggu untuk khidmat mereka digunakan. Since dah tau taktik, kami tak guna pun. Yela, bukannye free...kene bayar... Aku tengok ramai mat salleh duk guna, takpe depa kaya.. Bila dah setel, pegi amek teksi untuk ke Grand Sakura Hotel. Kene bayar dalam 60,000 rupiah saje.  







Dalam perjalanan, drebar teksi tu duk bercerita pasal Medan sume dan tempat menarik yang boleh pegi. Dalam pada tu, die cakap nape tak amek hotel kat Jalan SM Raja since kat situ banyak hotel yang murah-murah plus hotel orang islam dan jugak dekat dengan bandar. Die cakap, die bawak pegi ke Grand Sakura Hotel dulu, sebab die cerita area situ pinggir bandar dan kawasan gelap. Tempat makan pun susah nak cari. Rupenye cerita die tu memang betolnya. Agak scary jugaklaa..plus banyak gadis-gadis nakal time waktu malam. Then, kami suruh die bawak kami ke Jalan SM Raja dengan bayaran tambahan sebanyak 40,000 rupiah. 


Bila dah sampai, kami survey dulu which hotel could give us the cheapest rate. We ended up menginap di Hotel Ibunda dengan kadar sebanyak 240,000 rupiah untuk standard room with breakfast. Okla tu. Lepas check-in sume, kami keluar untuk pecah telur kat Pasar Ikan. Ianya terletak tidak jauh dari hotel kami dalam 5-10 minit perjalanan naik teksi atau angkutan. So, kami naik teksi lepas dah berlangsungnya sesi tawar-menawar. Dorang setuju untuk amek 15,000 untuk 2 teksi. Perghh....dorang bawak ntah pape je. Laju dan macam tak berhati-hati. Selit sana...selit sini. Jalan pun agak macet. Tapi masih terkawal. Pastu, dah start kelentong dorang. Dorang bawak kami ke kedai @ so called kilang batik. Kami tak suruh pun bawak pegi situ. Dah terang-terang cakap nak pegi Pasar Ikan. Bila dah sampai dorang demand 30,000 untuk 2 teksi. Cibai tak??? Reason is sebab kene lalu jalan lain dari kedai batik tadi. Bila masa lak??? So, korang berhati-hati la ye. 









Sampailah kami ke Pasar Ikan...perghh macam-macam kain ada kat sini. Sebut je..lace, sutera, batik, cotton sume ade..Kalo orang perempuan memang heaven la kan. Semuanya murah-murah dan boleh bargain yang penting! We spent over there around 2 hours. Lepas dah beli mana yang patut untuk ahli keluarga then later try carik fridge magnet. Tapi mahal nak mampos! RM8 untuk sekeping yang design buruk! Better aku takyah beli. Plus souvenirs yang lain pn kelihatan amatlah tidak menarik minat. Aku just beli t-shirt medan je dan jugak kain sutera untuk adik beradik dan mak aku. 





Fatt, mak ko mesti suke beli teko nih!
Lepas dah selesai sesi soping-soping, perut pun dah lapar. Mula-mula plan nak makan kat area hotel je. So, cari taxi untuk balik. Gigih ni jalan keluar dari Pasar Ikan sebab nak cari beca nak balik sebab tak nak kene charge mahal. Tapi since bila jalan-jalan tu ternampak lak Restoran Garuda yang pemes tu. We decided nak makan tengah hari kat situ. By the way, Restoran Garuda ni femes dengan masakan minang. Pesen  order jenis bawak banyak-banyak laiuk dalam piring dan susun sampai penuh meja. Then later, pilih yang mana kita nak je. We all piiih tak banyak. Just amek yang mana nak je sebab takut tak abes. Membazir lak tu. Overall, sedap jugak masakan minang ni macam lauk-lauk kat Malaysia jugak. Kira boleh telan lah! Hahaha….total bill untuk 4 orang ialah 275,000 rupiah. Okla kot sebab banyak kot makan. 







Dah selesai makan, we all ended up balik hotel jalan kaki je. Sebab dah tau jalan nak cari plus asyik nak kene cekik je ngan beca. Stress…duk layan dorang tu. Punye laa tawar-tawar  tapi kita yang kene marah. Macam mana kami nak tolong, kalo kamu yang cekik??? Btw, aku perasan dorang ni mulut kuang ajar skit. Kalo kita taknak, asyik nak marah-marah lak. Dah taknak, takyah nak paksa-paksa. Jauh jugak kami menapak. Kawasan sekitar jalan pun agak berdebu dan kualiti udara yang kotor. Sampah sarap sana sini. Berpeluh jugak la duk menapak ni….tapi bila lagi kan. Hahaha…ayat sedapkan hati. 

Masuk bilik untuk rehat lebih kurang jam 2.30 petang. Akibat penat, kami semua tertido sampai laaa pukul 5.30 petang, Bila bangun, solat dan keluar balik. Destinasi kami hanyalah Masjid Raya dan jugak Istana Maimun. Tempat ni tak jauh pun dari hotel kami. Lebih kurang 5-10 minit jalan kaki. Aku perhatikan mostly orang kat sini memang tak suka patuhi undang-undang jalan raya. Lampu merah pun redah, lampu hijau redah….kalo boleh  takyah pasang lampu isyarat pun takpe. So, kalo nak melintas jalan kene laaa kental skit. Redah je..kalo nak tunggu dorang stop, amatlah tak mungkin! 




Time kami sampai kat masjid tu dah almost gelap sebab ade a few reasons yang menyebabkan we all kuar lambat. So, snap pictures sana sini..terus jalan kaki ke Istana Maimun. Tu pun dah tutup just amek dari luar. Kat perkarangan istana tu ade expo masakan yang ibarat hidup segan mati tak mau. Next destination, nak pegi Merdeka Walk. Tanya arah dengan seorang orang tempatan. Dia cadangkan naik Angkutan Kota untuk ke sana dengan tambang sebanyak 2000 rupiah untuk seorang. Kira murah la kan. Die pun sangat baik sebab tolong tahankan 1 angkutan ni untuk ke sana. Plus, siap kasik idea kat mana tempat-tempat menarik lagi. 




Bila sampai Merdeka Walk, meriah jugak tempat ni. Banyak kedai-kedai makan. Dinner kami malam ni ialah sate padang. Dengar kate femes. Try ler…17,000 untuk 1 set. Kami amek sate kecap dan jugak sate kacang. 1 set ada dalam 7 cucuk camtu, itupun size S which is small. Hahaha…reda jela. 




Dah abes makan sume tu, timbul lak idea nak makan bakso kat street hawker yang kat depan Masjid Raya tu. So, naik balik angkutan Kota yang tulis Mr.X untuk ke hotel. Kekerapan juga adalah tinggi. Takdelah tunggu lama sangat. Setel kat one of the hawker yang ada. Try mee bakso yang berharga 8000 rupiah setiap satu. Not bad jugak rasenye..plus baksonye ada banyak bijik. Order jugak es campur berharga 6000 rupiah. Ingatkan macam ais parut camtu, rupenye macam air cendol je. 






Dah siap-siap makan untuk 2nd time, singgah lak kat Yuki Simpang Raya. Macam shopping kompleks je…tak besar pun. Cari bahan makanan skit kat sini untuk bawak bekal sepanjang trip esok pagi just in case lapar lak. Bila duk belek2 barang tu, some of them sangat murah compare dengan harga Malaysia. Contohnya macam gula-gula Fox and jugak air juice Pulpy tu…berbaloiiii… 


Then, later balik hotel rehat-rehat dan tidooo… 



20 comments:

  1. best betul tgk colorful street shot dr camera bro..

    ReplyDelete
  2. @Cawan,
    thanks bro...tp still belajar lg. hihi...

    ReplyDelete
  3. fuuhh,

    makanan ko meriah sungguh di sana yea...

    jeles!!

    ReplyDelete
  4. @Mas,
    aku rsa mmg kat sana mmg meriah dgn mknn laaa...hahah. aku bc blog zilla pn sama. penuh dgn gmbr makanan je kat indon nih

    ReplyDelete
  5. Wah citer bangkok pun x habes lagi.. terus masuk chapter baru medan plak~
    haha

    nice entry~ suke colour2 cmnie!

    ReplyDelete
  6. @Shahrul,
    cite bangkok dah abes daaa.....next story la pulak. ko punye bali ni bile nk abes daaa? hihihi...

    tenkiu2...

    ReplyDelete
  7. tak hujan ye masa di medan? saya plan nk repeat balik medan, kali ini nk p waterfall 2 color..jom!! ehehee

    ReplyDelete
  8. @Zilla,
    Alhamdulillah...tak hujan pun tp mendung je la langit. awan tebal. waterfall 2 color? kat mana tu....utk ripit sy tak brcadang lg. tp kalo dpt grab tix murah-murah, mybe boleh consider pegi lagik!

    ReplyDelete
  9. HAHAHA....siot la ko..teko kuning tu mmg legend oke! tergelak aku dibuatnya.

    yg pasal korg kena tiau 30k rupiah tu korg byr tak? penat kan bertekak dgn org camni..naik sirap dibuatnya. aku rasa dorg dpt komisyen itu psl dorg singgah. kita faham dorg cari duit tp bkn cara camtu..at least tanya dlu..bkn main bwk je. aku rasa pasni elok berlakon jadi pekak...klu dia nak bergaduh buat cam sign pekak pastu blah...hahaha...

    sudahnya ko tak duduk la hotel mak grand sakura? tu kira tmsuk dlm pakej ke ape?

    ReplyDelete
  10. the last time i gi medan was like 10 yrs ago kot for my relative's wedding, dok pun ngan relatives gak; so memang tak jln langsung.according to my mom, medan tak de apa, lake toba pun nothig much aside that it's a crater lake, and pulau parapat on the lake is bigger then spore it seems.... meaning BESAU gilooooosssss crater tuh! i cant wait to hear more... kot kot ler leh gi next time.

    btw, the joke in medan is, kat pasar ikan jual pakaian, i asked my cousin; kat pasar kain, jual ikan dak? KUANG KUANG KUANG.... lawak brengset dak! nasib baik tak kena pelempang!

    ReplyDelete
  11. waterfall tu di medan.tgh2 hutan, kena hicking dalam 3 jam.actually, byk tempat yang best dimedan yang tak diwar2kan pada tourist.kalo ikut TA, biasalah balik2 tempat yang sama.saya plan nak explore medan habis2an, then gerak ke Lampung,habiskan PekanBaru dan Acheh terus boleh tutup kitab Sumatra..hehehe

    ReplyDelete
  12. kelas ko nok baik mas gi medan! hahaha! aku dulu gi sana total sorang dlm 300 termasuk shopping yg tak brapa nak shopping tu...kat pasar ikan tu jugak la aku tinggalkan minah ni ngn bf dia sbb nampak gaya macam dia nak hangkut sume kedai tu balik!

    kitorang drive kat sana so senang nak gi merata tempat nun sampai ke parapat pusing satu pulau nun cam haram jauh, kalo tak, harus jugak aku bertekak dgn teksi ke beca ke hape kat sana.

    garuda tu mmg tu je kan tempat orang makan? hahaha! aku dulu situ gak...

    YE, TEKO TU TAK BLEH BLAH! HAHAHAHAHA! tapi mcm biasa, gambar ko mmg sume cun2!

    ReplyDelete
  13. pergh ade org saport tix flight ? jeles gilaa... mas pulak tu,, aku mampu naik AA je weh...

    aku suka time mlm , mcm happening gitu..

    medan ni aku tolak tepi dulu.. kihkih.. nak pegi tmpat lain dulu..

    ReplyDelete
  14. haha setuju dgn biqque kelas ko naek mas..arituh jordan air.. nangis aku tgk~ adoi!!!!

    citer bali tuh ak try habes kan dalam minggu nie.. bnyak sgt bende kene buat.. xde mase nk siapkan..!

    ReplyDelete
  15. @Fatt,
    HAHAHA...mmg teko tu aku tujukan khas bwt ko sekeluarga. aku suspek teko tu, indon mari. yg kat mekah tu diimport dr sini kot.

    psl bertekak tu, we all byr jugak sbb malas nk bertekak lama2 ngn lahanat tu. dah laa tgh panas ni, bikin panas lagi adelah. siottt!!! yup..mybe dh cara dorang buat duit dgn cara putar belit dan menipu. sgt2 laaa tak suke. masa balik tu, kitorg bwt pekak je bila kene pksa naik becak dorang. mmg dh serikk!!

    mmg kami tak duduk pun kat grand sakura. tukar pi hotel ibunda. sama harga jugak. tp much better sbb dkt ngn attractions. yg 1st day ni, tak masuk pakej. mmg expenses sendirian berhad.


    @Lily,
    hahah...i think u shud go there again. dah lama sgt2 tue...mmg kene visit balik la kot. kali ni pi sendri. hurm...for me, kalo nk pegi lagi sekali, mybe nk redah je. nk xplore tempat2 baru. taknak dah pegi same place as what we went before.

    psl pasar ikan tu, i mati2 ingtkan pasar ikan betol. yela, bwt ape dtg medan nk pegi beli ikan, ye tak? hahahah....rupenye tmpt jual kain! hahaha.


    @Zilla,
    yeke dlm hutan? mcm menarikk giler tu. tp bab nk hiking 3 jam tu mybe sy kene exercise dlu kat umah. kang tak pasal2 pancit dalam hutan pulak. idea tu mmg boleh di consider kan. why not!


    @Biqque,
    curlast kan biqque! hahaha....300 tu mmg dah murahh abes laa biqque! salute aku kat ko nih! aku mmg kureng gemar skit kalo kaki shopping sume kedai nk masuk..ade jugak yg kene tggl nnt. nasib baik member aku kali ni sgt2 sporting. masuk kedai bila perlu sahaja. bila dah xde duit, takdenye nak menggelupur takleh shopping! hahaha.

    korang drive sendri ke??? wahhh...kagum bangat aku nih! time tu jalan elok ke berlubang2? ya ALLAH....we all aritu, sepanjang jalan tak lena. asyik mcm duk atas kerusi urut je tp versi sakit badan. hahaha

    haha..yela kot. yg paling bersih dan femes. yg kedai2 bese ni mcm tak berani lak kalo nk singgah makan. kang tak psl2 kene cherry berry.

    teko tu, bila nmpk je teringat FATT!!! hahaha..tenkiu2.


    @Kemang,
    alhamdulillah....tak sangka bro. rezeki time xde duit nih. aku ni pn, bukannye mampu nak naik mas. redha jela ngn AA nih. kdg2 kalo tix murah, aku rembat je. nk manjakan diri.

    takpe, medan ko leh tolak tepi dlu....ko ni pn byk plan ni aku tgk. keep it up bro!


    @Shahrul,
    hahaha....curlastkan? jgn nangis, kang mata bengkak! aku ni pun, busy....tp nk abeskan jugak! hahaha.....

    ReplyDelete
  16. ko dgn makanan ko dgn gambar ko dgn hotel ko dgn flight ko mmg curlasttttttttt! tip top u! hahaha!

    haah so far mmg kalo ke indon jer sume drive, sbb malas nak layan tipu tipu tipu lagiiiiiii (versi raja lawak) hahaha!

    haah jalan mmg cam tutttttt! abih keta sewa tu kitorang blasah seb beikkkkk la tahan. aku riso je pecah tayar ke hape kat sebalik pulau nun hahaha!

    ReplyDelete
  17. @Biqque,
    hahaha....tula penangan kalo amek pakej biqque! tp aku tak kisah sgt sebenarnya kalo tdo2 mana2 pn ok as long as bersih! janji murahhh.

    ko mmg drive? perghhh...aku ade bc jugak trip ko g bali tu. kagum banget aku! aku cuak gak kalo nk drive sendri sbbnya the way org sana drive sgt2 laaa bahaya. boleh gugur jantung aku!!!

    psl cuak dgn jalan pun 1 hal. kalo dibuatnya tayar pancit ke ape...perghhh...cuakkkk!!!

    ReplyDelete
  18. tak sempat nak ada Night life di Kota Medan..

    ReplyDelete
  19. TENKIU BYK SGT INFO...FOLLOW KAMU LA KAKIBERANGAN..

    NEKWIK NAK KE MEDAN AMEK PAKEJ FIREFLY HOLIDAY
    TUH YG SURVEY TPT DL NIHH...

    ReplyDelete