Thursday, October 6, 2011

Ke Medan, Indonesia pulak aku! : Hari - 4 (Last!)

Helloooo....

Kejap je masa berlalu...dah hari-4 aku kat Medan, Indonesia bersama team kerja aku dari Kuala Lumpur. Alhamdulillah....badan aku pun dah sihat gara-gara semalam punye sakit-sakit. Nasib baik bawak panadol. Ingat ye sume, bawaklah ubat-ubatan bila travel. Kita tak tau bila bala atau malang datang menimpa. Tambah-tambah kalo cherry-cherry nih. Tak besttt woooo.... 

Arini dah janji dengan tour guide kami, Ramli yang die akan datang pick-up sedikit lambat dari semalam iaitu lebih kurang pukul 9.30 pagi. Hari ni kami akan pulang ke Kuala Lumpur. Yeay!!! Tak sabar lak aku. Sakit-sakit badan dah duk dalam van tu. Bukan tak selesa...tapi sedap keadaan jalan yang teruk! Dah macam duk atas kerusi ogawa versi tak brape nak elok. 

Pagi ni tak sejuk seperti semalam, lebih kurang pukul 8.30 pagi, bawak beg terus untuk breakfast dan check-out. Seperti biasa, takde buffet disediakan. Kami diberitahu oleh waiter tersebut, yang hotel untuk malam semalam hanya 8 bilik sahaja dihuni oleh pelancong. So, not worth it kalo nak buat buffet. Kalo aku ada hotel pun aku tak buat. Membazir je.... Instead, korang offer menu yang telah ada iaitu macam biasa nasik goreng, mee goreng dan roti bakar. Aku pilih roti bakar je takut pape jadik lak nanti. Kawan aku yang 3 orang tu amek nasik goreng. Btw, lupa nak tunjuk gambar sekitar hotel kami time waktu siang. Overall, ni hotel yang paling cantik bagi aku sepanjang kami berada kat Medan. Alu rasa tak mahal pun untuk 1 malam. Try korang google kat internet. 








Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami mulakan perjalanan menuju ke Kota Medan semula. Kali ni perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam sahaja. Jalan memang bengkang-bengkok macam jalan kat Genting tu. Asyik duk belok kiri-kanan. Tapi nasib baik driver kami bawak tak laju sangat. Maybe die takut kang tak terbrek kalo bawak laju-laju. Ingatlah orang yang tersayang. Sempat jugak lelapkan mata jap akibat makan pagi. Memang mudah mengantuk kalo takde buat pape nih. Bertabah jela... 

Sebelum kami tiba di Medan, dah bagtau awal-awal kat Ramli untuk singgah kat 1 kedai yang jual bika ambon dan kek lapis yang sedap. Aku tau jugak yang bika ambon paling femes kat Medan ialah Bika ambon Zulaikha. Tapi tempatnya yang dibawa Ramli ni bukan jual yang brand Zulaikha pun. Tapi macam femes jugak. Kecik je kedai die... Orang cina towkey die, tapi ade sijil HALAL dari ulama Indonesia. So, boleh la beli untuk bawak balik. Aku macam biase laa...kalo nampak tester memang laju je tangan ni...hihi. Bika ambon ni sedap jugak rase die. Macam rasa kek sarang semut. Korang tau tak? Harga untuk sebijik bika ambon yang sebesar dan almost besar ketas A4 tu harganya 60,000 rupiah. Kalo kek lapisnya agak mahal sedikit iaitu 70,000 rupiah. Tapi memang sedapppp laaa rasanya. Halusnya lapisan mereka. Aku tak beli laa bika ambon atau kek lapis ni sebabnya kalo dah bawak balik umah, dah termakan. Membazir je. Lagipun bika ambon ni memang tak tahan lama. Paling lama pun 3 hari simpan dalam peti sejuk. Lepas tu mulalah dihinggapi kulat.







Lepas dah beli bika ambon sume ni, kami mintak hantarkan kami ke Yuki Simpang Raya kat Masjid Raya tu untuk singgah beli sedikit gula-gula Fox yang murahhh dari Malaysia. Dan lain-lain makanan. Hihih...spent about 30minit. Then later, Ramli dropped kan 2 kapel lagi tu kat salah sebuah restoran berhampiran Hotel Ibunda untuk makan tengah hari. Pakej aku dan kawan-kawan tidak termasuk lunch hari terakhir. So, kami kene makan sendiri with our own expense. Kami just bercadang untuk makan je lunch kat airport nanti. Langsung ke airport yang terletak tidak jauh dalam lebih kurang 15 minit perjalanan. Sampai je tunggu jap kat kawasan check-in untuk kemas-kemas beg. Lepas check-in sume barang-barang, singgah makan kat Dunkin's Donuts. Beli sekadar untuk abeskan wang rupiah sahaja. Owh ya, jangan lupa ye bayar airport tax sebanyak 75,000 rupiah sebelum kita boarding. Ada kaunter disediakan untuk bayar. Make sure korang kasik duit cukup-cukup tau! Kalo tidak, baki tidak akan dikembalikan. 

Flight kami untuk ke Kuala Lumpur berlepas pada jam 4.10 petang. Alhamdulillah....kami sampai di KLIA lebih kurang pukul 6 petang waktu tempatan. Lepas dah say goodbye...aku pulang ke rumah naik KLIA Coach yang berharga RM10 tu. 

Maka, tamatlah percutian aku yang terakhir untuk bulan September ni. Alhamdulillah...dapat jugak aku jejakkan kaki aku kat Indonesia. Overall, trip ni aku seronok sebab member yang ikut sama jenis sporting dan tidak berkira sangat. Thanks korang sebab belanja tiket flight untuk aku! Nanti akan ke Jakarta pulak sama-sama next year! InsyaALLAH... Jikalau aku diberi pilihan untuk datang sekali lagi, maybe hanya untuk sekali je lagi. Then, maybe aku nak try wilayah lain lak yang ada kat Indonesia ni. Teringin nak naik keretapi dari Jogjakarta ke Surabaya macam Zilla dan Fatt buat dulu. Aku rate kan trip ke Medan sebanyak 3 dari 5. 

Till then...bye! 


8 comments:

  1. tu ke bika ambon??? emmmmmm dap errrrrr! hahaha!

    ko first time gi indon dan ko gi medan ke???

    dot dot dot

    ReplyDelete
  2. heheh..ko ni memang ..bab makan, memang terer, aku tgk bika ambon tu, teringin dah nk makan, nasib la bukan ibu mengandung..kalau tak, siap la cawan kena carik hahahaha

    ReplyDelete
  3. @Biqque,
    hahaha...tu ler rupenye bika ambon. nmpk sedapppp kan? mmg sedappp pun!!!

    a'ah..ni 1st time aku pegi indon and it was Medan! haha..sadis kan? NZ, HK, Beijing dah penah smpai dah, yg sekangkang kera tu baru 1st time. hihihi


    @BlueEwoke,
    hahaha.....bertuah Cawan dpt bini cam ko. hahah

    ReplyDelete
  4. john

    macam elastik jer bika ambon tu.. haha

    style kek span gitu,eh?

    ReplyDelete
  5. @Kemang,
    a'ah mmg mcm elastik. kalo ko penah makan kek sarang semut yg kaler coklat tu. sebijik camtu. rasa die lain skit. rasa original cmtu.

    ReplyDelete
  6. beb..geram aku tengok bika tu..

    rase nak tenyeh2 je mcm span..

    haha.. gila dah aku ni

    ReplyDelete
  7. @Kemang,
    HAHAHA.......ko nk tenyeh sampai hancur ke? lol...memang mcm span tpi berminyak skit.

    ReplyDelete
  8. kahkah..


    aku geram tengok layer bika tu...

    ReplyDelete