Friday, October 7, 2011

Shopping : What did I bring back from Medan, Indonesia?

Hellooo.....and happy weekend guys! 

Tak abes lagikan cerita pasal Medan, Indonesia ni. Aku tak bagitau lagi pasal what did i bring back from Medan kan? Hihihi....2 3 hari ni duk cerita apa yang aku dapat je. Lupa nak sambung pasal Medan. Kan dah lari susunan yang sepatutnya. Ok takpe, jom aku tunjuk ape yang aku beli. Actually, untuk shopping kali ni aku rasa tak banyak pun aku beli. Just untuk family dan teman-teman rapat je. Kat Medan, yang paling happy tentulah perempuan kot. Pilihan untuk lelaki tak banyak sangat. Melainkan ko nak pakai kain pelikat je tiap-tiap hari. Hihihi.


Yang ni kain jenis sutera untuk mama, dan adik perempuan aku. Boleh laa buat baju raya tahun ni. Hihi...baik kan abangnya ni? Tak tau kena dengan citarasa ke tak. Bagi aku dah cantik dah ni. Harga untuk sepasang ni, orang letak dalam 150,000 rupiah. Tapi since kitaorang pakat beli ramai-ramai which was 5 pasang, dia kasik 90,000 rupiah untuk sepasang 4 meters. Murah la kan? Kainnya lembut dan jenis sejuk. Kain lace memang berlambak kat sini. Tapi kalo beli pun, ntah pakai ke tidak adik aku tu. Rimas dan gatal kot kalo pakai. Better takyah beli awal-awal. Harga untuk lace pun lebih kurang 100,000 rupiah. Tapi lupa nak tanya untuk brape meter. Lace boleh buat baju kebaya. Tapi kalo pakai untuk function atau majlis dinner company ok la kot. Kalo nak pegi kenduri kawen, kang kalah pengantin nanti! Hahaha...


Haaa...yang ni lak kain songket. Untuk buat kain je tau. Kain untuk baju kene beli sendiri. Tapi kat sini takdelak. Harga untuk 2 meters kalo tak salah aku adalah 50,000 rupiah sahaja. So, aku beli 2 pasang je. Okla kot. Mahal ke korang? Songket ni pun jenis lembut dan tak keras.


Yang ni lak kain pelikat @ kain songket untuk my dad. Kotak dia cantik dan jenis keras. Sesuai kalo nak beli kasik hadiah. Songket ni ada 5000 benang. Aku pun taktau maknanya apela. Tapi semakin banyak benang, semakin halus dan lembut kain ni. Harganya 100,000 rupiah. Murahla kan..kalo kat Malaysia mahal jugak ni. Kaler nye pulak jenis payah nak carik. So, okla.


Ni t-shirts untuk bawak balik untuk aku dan adik-beradik. Jenis dan corak ni je yang banyak. Harganya bergantung kepada saiz. Semakin besar saiz, semakin mahal. Lahanat kan penjual ni? Aku dah kene kencing bila beli baju ni. Aku beli dalam Pasar Ikan. Harga aku bayar untuk size M ialah dalam 30,000 rupiah untuk sehelai. Manakala untuk size L pulak 40,000 rupiah kalo tak salah. Tup-tup bila aku tengok kat sorang brader ni jual hanya 20,000 rupiah je!!! Sama design sebijik sejibon. Penipu siot brader kat dalam tadi. So, sape-sape nak beli tau harge yang sepatutnya anda bayar ye.... Tapi kainnya, agak tebal dan berkualiti la. Bukan jenis yang nipis tu.


Ok...ni lak fridge magnet yang paling cantik yang boleh didapati kat Medan, kalo yang jenis batu toksah cakap laa memang hodoh benor. Dah laa harga mahal untuk seketul, burok la tu. Yang macam kat atas ni, kalo kat Merdeka Walk regenya dalam 20,000 rupiah untuk seketul. Mahal kan? So, jangan beli kat situ. Even kat Pasar Ikan pun aku tak jumpa jenis ni kat situ. Magnet ni aku beli kat Kampung Tomok kat Pulau Samosir. Kat situ, ade banyak jual. Plus, harganya waaayyy cheaper than the city. Aku beli dalam 8000 rupiah sahaja untuk seketul. Kalo keychains jenis rubber macam ni dalam 5000 rupiah sahaja. Tapi aku tak belila keychains tu.


Ni selonggok keychains yang aku beli kat Pulau Samosir. Puas dok tawar-tawar nak murah. Untuk selonggok jenis kaler coklat ni harganya dalam kalo tak salah aku RM8 je. Kalo dalam rupiah lebih kurang 20,000 rupiah. Okla kan? At least keychains ni jenis kraftangan. Malas dah aku duk layan penjual ni, rimas! keje nak menipu je. 

Till then....bye~

7 comments:

  1. sumpah jeles...teringin nak gi medan ni..hari tu masa AA buat promosi, tak dpt grab ke medan...sedih sgt...
    tgk blog ni dpt merawat hati saya yg lara ni...hehe...

    ok lah tu FM tu..sama mcm kat Bandung dan Jakarta, susah nak dpt FM yg cantik, mahal lak tu...adoi la..

    salam kenal..terus follow sini...

    ReplyDelete
  2. mesti collection t-shirt ko penuh 5 almari besor nih..

    haha

    aku rase ko kena buat bisnes lah wei.. at least balik modal beli tiket flite sumer tu..

    amacam?

    ReplyDelete
  3. @Wahida,
    terima kasih sbb sudi jenguk blog sy nih. insyaALLAH...ade rezeki awk pula akan ke sana. salam kenal jugak!


    @Kemang,
    ishhh...takde byk mana pun. tu sume utk adik2 aku je. aku beli 2 helai utk diri aku. mostly tak pakai sgt sbb syg. ade lg yg dlm plastik...hihihi

    nk bwt bisnes? kdg2 ade terpikir jugak. tp not now...tp plan ke arah tu penah ada...

    ReplyDelete
  4. alaaa.... patut kirim magnet, zaman dulu tak collect and tak da pun jual.

    ReplyDelete
  5. magnet cun! aku nyer buruk siut...hahaha!

    ReplyDelete
  6. @Lily,
    if i knw...i belikan utk u. i tak beli lebih sbb bajet kureng. huhuhu


    @Biqque,
    ni laaa yg paling cun biqque! kalo yg jenis batu tu, baling anjing pun, anjing larikk!!! buruk gilerr!!!

    ReplyDelete
  7. kat mana-mana peniaga pun, msti ada yg menipu wakakka

    ReplyDelete