Monday, October 3, 2011

Ke Medan, Indonesia pulak aku! : Hari - 2

Helllo.......

Hari ke-2 kat Kota Medan, maka arini bermulalah trip kami bersama tour guide. Since kami dah tukar hotel dari Grand Sakura ke Hotel Ibunda, kami terpaksa pegi tunggu tour guide kami amek kat Grand Sakura. Sebabnya, dorang taknak tukar pick-up location. Cibai tak? Sanggup tu nak pegi amek jauh-jauh. Bertabah jelah. 

Hari kami bermula seawal 6 pagi. Dah nak cerah dah ni....tapi macam dh terbabas waktu subuh. How? Bergajahlah jawabnya subuh aku pagi tu. Lebih kurang pukul 7 pagi, turun breakfast kat level bawah. Btw, breakfast disediakan ye, halal sebabnya hotelnya jugak halal. So, tak payah risau termakan cik babs atau cik jing. Aku ingatkan breakfast ala-ala buffet chef wan, tapi yang ade hanya nasik goreng, mee goreng dan nasik soto ayam je. Pastu, takleh nak amek ketiga-tiga makanan. Hanya boleh pilih 1 jenis sahaja ye....aku amek nasik goreng jelah. Letak dan susun atur skit salad dan timun dan telur dadar. Tadaaa.... Ingatkan tak sedap...rupenyeee sedapppppppp! Memang taste aku lah senang cakap. Siap bertambah-tambah sampai 3 kali. Tapi tak pegi amek sendiri, suruh kawan aku amekkan. kekeke.....aku rase memang tak boleh tambah, tapi lantaklah sebab tak kenyang lagik!



Lepas dah siap makan sume, terus check-out. Before that, dah mintak tolong receptionist call taxi untuk hantar kami ke Grand Sakura Hotel. Ingatkan taxi macam normal taxi, rupenye nak jeep macam pajero tuh! Tapi jangan lupa tawar ye....asalnya pakcik tu mintak brape ntah. Mahal jugaklah, tapi ended up with 50,000 rupiah. Okla tu, kesian lak die bawak kete besar-besar tapi tambang ciput. Dalam 10 minit, kami dah tiba kat hotel pick-up kami. Time nak bayar tu, sempat lagi pakcik tu mintak tambah tambang. No wayyyy.....kami bayar ape yang telah dipersetujui ye. Tepat jam 8.30 pagi, tour guide yang kami duk tunggu belum nampakkan batang hidungnya lagi. Jenuh jugaklah duk menunggu. Jenuh duk cakap terima kasih dan geleng kepala kat beca atau becak yang duk lalu-lalang. Pantang nampak orang duk berdiri tepi jalan mesti nak hon-hon dan tanya nak naik tak. Rimas. Satu benda yang aku perasan kat sini, orang naik kereta ke, bonceng motor ke mesti nak hon-hon. Padahal takde pape pun, tapi dah memang tabiat macam tu. Rimass! Lebih kurang 20 minit menanti, tiba jua tour guide kami dengan van yang aku anggap agak besar dari kebiasaan. Memang tinggi tapi tak lebar.


Bila dah selesai sesi suai-kenal dengan tour guide kami, Ramli maka kami masuk van. Tengok ada lagi 2 kapel dari Malaysia. 1 kapel muda dan 1 lagi kapel tua. Dan ke-2-2 kapel datang dari Penang. Nasib baik dorang jenis duk depan, so we all conquer seats blakang. Hihihi... Next, kami teruskan perjalanan ke Danau Toba. Perjalanan dijangka mengambil masa lebih kurang 3 jam. Lama jugak, harap sume ok. Perjalanannya agak jauh sebenarnya sebab takde highway. Jalan kecik dan 1 lane sahaja. Time tu laaa sesi potong-memotong. Perghh...orang-orang kat sini memang tak takut mati wooo....main potong je kete walaupun kat depan tu kete tengah laju. Berani-berani... Pastu lak, keadaan jalan raya memang agak teruk. Memang tak tenang lah sepanjang jalan. Dengan lubang-lubang sume buatkan van bergoyang-goyang. Tapi aku dan kawan-kawan sempat jugak terlelap. Hihih...tak kisah dah sume tu. 

Lebih kurang pukul 11 pagi, kami sampai di suatu tempat. Aku pun dah lupa sebab terlelap. Sampai-sampai je kat kilang buat jajan. Namanya Paten. Jual snek-snek dan kekacang macam tang-tang, teng-teng, tong-tong, tung-tung dan macam-macam lagik. Aku pun tak tau nape dorang duk namakan makanan camtu. Lupa nak tanye details sebabnya....aku asyik duk sibuk testing makanan tu. Hihihi...halal ye. Sedappp jugak. Tapi satu kotak pun aku tak beli! Hahaha....nak jimat maaa...duit tak brape nak ada. Lagipun, janji dah penah rasa. Korang penah tak? Kuikuikui.... Kat sini jugak, sape-sape nak tunaikan hajat boleh. Spent about 30 minit kat sini. 2 kapel lagi beli jajan ni sume, nasib baik...kami yang muda belia tengok jela. Takpe, no worries.





Lepas tu, kami mula beredar meninggalkan kawasan penjual jajan ni. Tour guide cakap pasni kita pegi makan tengah hari. Tak jauh pun lebih kurang 15 minit perjalanan. Sepanjang jalan banyak iklan-iklan telekomunikasi yang ada. Yang paling femes yang aku perasan ialah simpati, frens dan banyak lagi. Tak macam Malaysia yang hanya dimonopoli yang terkenal sahaja. Btw, Axiata pun ade share kat Indonesia ye...untuk X-pax! 

Lunch kami di Restoran Garuda sekali lagi. Restoran ni memang banyak cawangan kat Medan. Kat negeri lain aku taktau. Maybe specialty kat Medan jela kot. Tapi kali ni punye makan, takleh nak pilih-pilih lauk dah. Just makan ape yang terhidang. Aku duk dengan kawan-kawan aku, 2 kapel lagi duk bersama kapel masing-masing. Memang tak makan bersama. Tu yang dorang arrangekan. Lauk ada lebih kurang 5 jenis. Ada ayam, daging, sayur dan jugak gado-gado. Okla not bad jugak rasanya. Bertambahlah jugak makannye. Hihihi...alhamdulillah..kenyang. 





Lepas dah sudah sesi kenyangkan perut, perjalanan di teruskan lagi ke Parapat, iaitu lokasi terletaknya Danau Toba. Tasik yang ke-3 terbesar di dunia. Sepanjang perjalanan tu, kami sume lena dibuai mimpi akibat kenyang....burppp...hihih. Sampai-sampai je, bukak mata terbentang luas tasik toba. SubhanaALLAH...cantik gilerrr!!! Macam tak pecaya je yang tasik ni duk atas gunung. Memang besarrr! Plus menghijau je sekelilingnya. Keadaan jalan macam nak pegi Cameron Highland. Jalan dah la sempit, bawak laju lak tu. Redha jela kalo terbabas. Danau Toba adalah sebuah tasik hasil letusan gunung berapi yang panjangnya 100 kilometer, lebar 30 kilometer dan tasik air tawar terbesar di dunia. Di tengahnya terletak Pulau Samosir.

Orang Batak adalah penduduk asal Danau Toba sehingga kini. Orang Batak meliputi lima cabang etnik iaitu Batak Toba, Batak Simalungun, Batak Karo, Batak Mandaling dan Batak Pakpak. Itulah sedikit sebanyak cite tour guide aku duk bercerita dalam van. Suaranya silih berganti dengan bunyik kete masuk lubang, hon-hon dan lain-lain lagi. Since, Danau Toba duk atas gunung berapi yang tak aktif dah. Hasil pertanian mereka sangat subur. Dulu kan ade belajar geografi, yang mana tempat-tempat yang ada gunung berapi ni tanah mereka subur je. 

Tour guide kami hantar kami ke hotel yang kami tempah terlebih dahulu. The other 2 couples duk kat hotel lain. Hotel kami ialah Niagara Hotel yang terletak diatas bukit. Agak jauh jugaklah dari pekan Parapat ni. Tapi hotel ni ada macam private garden dorang sendiri. Orang luar memang takleh masuk. Hotel ni mengadap Danau Toba tapi terhalang sedikit dek kerana pokok-pokok. Cuaca macam nak hujan, tapi aku berharap cuaca cerah je. Plus awan tebal banyakkk je kat langit. Kami tiba di hotel lebih kurang pukul 3 petang. Lepas tu, tour guide cakap aktiviti free and easy. Easy la sangat.....susah kot nak turun jalan-jalan pegi bawah. Ended pusing-pusing kat kawasan hotel jela jawabnya sampai ke malam. Aku perasan macam tak ramai orang je kat hotel ni, sunyi dan sepi keadaan sekeliling. Nasib baik ade wi-fi. Boleh laa nak online ke ape. Kawan aku siap bawak laptop office lagik semata-mata nak sambung keje yang tak siap. Gitu kekdahnya, gigih orangnya!





Lepas dah siap solat dan rehatkan badan, kuar jalan-jalan disekitar hotel. Aiseh, lupa bawak swimsuit, kalo tak aku dah kuak lentang dah dalam swimming pool nih. Hahaha...tak ramai orang pulak tu. Syiokkk je. Duk berlegar-legar jela kat situ. Posing sana sini then balik layan muvie kat bilik hotel. Nasib baik ada channel HBO sume tu..takdelah bosan sangat. 















Lepas dah solat maghrib sume, turun untuk dinner jam 7.30 malam. Turun kat cafe, senyap sunyi je plus lampunya malap je...betul ke tak ni? Pastu datanglah waiter, dinner will be served in a short moment. Hahah...makan hidang ye kawan-kawan. Takde buffet pun. Maybe sebab hotel tak ramai orang kot, kalo buffet tak berbaloi. Ade 5 jenis lauk, masakan ala-ala chinese style. Sedappp..ayam madu dia memang sedappp!!! Bertambah lagik makan nasik, memang gajah lah jadiknya nanti. Lepas dah makan, layan internet then tidooo....malam tak brape sejuk. Sejuk lite-lite je. 



Till then...bye!

18 comments:

  1. hahaha... kan aku da cakap.. mesti akan singgah Paten punye.. sedap kan!

    ReplyDelete
  2. bdk,
    gambar2 ko cantek arr!
    sharp, i like ;-)

    btw wah rasa nya mcm slalu je ko gi jenjalan jauh ni ek ehehe ;)

    ReplyDelete
  3. Macam best jer 'Danou Tona'!! Syoklah pi jenjalan kan!!!

    ReplyDelete
  4. Apa kejadah buffet leh amik satu makanan jek!!! haram betui...

    Aku ingatkan bila ko kate jajan nama tang-tang, teng-teng, tong-tong, aku ingat ko main2, sekali aku tgk gambar.. betul la!!.. Memang jatuh kusi la aku gelak kejap ni hahahahaha...

    Restoran Garuda tu, setting cam kenduri kawin nye meja/kusi hahaha..

    Cantik gak hotel Niagara tu, besor plak tu..mahai dak? ke ok je rege nye? Ya Allah ko asyik tunjuk gambar makanan jek, aku tengok pun lapo sejuk2 dlm ekon nih...

    (Nak kuew teow kungfu satu!!..tetibe jek hahaha)

    ReplyDelete
  5. dia ni mmg na, kalo letak pasal makanan, no. 1!

    ReplyDelete
  6. Pernah menginap di Hotel Niagara, tapi tembok balkoninya rendah sangat. Bahaya untuk bdk2... :D

    ReplyDelete
  7. bdk2...

    asyik makan je ko ek...setiap kali mkn mesti bertambah....klu aku jalan dgn ko, confirm makanan aku transfer kt ko jer...sbb aku mkn xbyk...

    ReplyDelete
  8. bdk2.. aku ade kat sini ni ha... sori , otak tgh tak betul

    1. yg aku perasan mse aku gi bandung ritu, hon2 ni mcm bg isyarat tau.. nak alert other drivers time nak belok , etc etc.. bkn mcm kat mesia, hon sikit nak ngamok ! aiyo

    2. aku stuju ngan ako, gambor2 ko sharp! aku nak beli dslr la kalo gini

    3. lawa ko view kat hotel niagara tu... superb! tapi kalo aku, aku tak mampu laa...rela aku tido bwh jmbatan ( kalo ade )

    ;)

    btw regarding komen ko kat blog fatt pasal lesen skuba tu , aku mebi buat bln 12 2012.. kot.. tapi tak tau lg la tu camane..kalo tak pon bln 6 taon dpn.. ko plan nak buat bile? takpon , ko join ler fatt..aku nak buat lmbt lg... byk benda nak kena setel,, huhu

    ReplyDelete
  9. @Iwa,
    sedapppp!!! tapi aku hnya mampu utk rasa yg tester jela. mahal jugak actually jajan sume tu.


    @AKO,
    thanks.....aku pn mmg suke sharp.
    eh, tak slalu pun...bese2 je. ^_^ alhamdulillah rezeki ade skit2.


    @BlueEwoke,
    aku rase mmg bukan buffet yg mcm kat Malaysia la..what to do. makan sajork.

    hahaha...mula2 aku pn x caye tau nama jajans tu sume cmtu. ape kejadahnyaaanlaaa nama cmtu. pelikkk wehhh!!! hahaha. ko jatuh btol2 ke? lol

    psl garuda restaurant tu, tau xpe. setting nk mcm kenduri jek! tpkan, lauk pun ala-ala kenduri jugak! hahaha

    not bad actually hotel tu. aku rse mcm tak mahal jek. ntah la, sume dh masuk pakej. aku no comment. mybe dorang ade website ke. mknn je yg byk kat sana...so, aku tnjuk jela yg mana ptut. enjoyyyss!


    @Biqque,
    i am no.1! hahaha...tula psl dah gems~


    @Mie,
    yup...balkoni mmg agak rendah utk budak2. bahaya jugakla kot.


    @Travel, food lovers,
    hahaha...nk bwt cmne bro. lapooooooooo....ko makan skit je? ahyohhh.....tak nikmat bro. bukan slalu kan. hihihi


    @Kemang,
    tula...mmg btol isyarat dorang, tapi takke mcm bingit? dah jadik habit dorang dh.

    thanks bro..bese2 je. still lg belajar. mmg patut ko beli dslr ko. rugi ko jual yg ko punye dlu tu.

    hayohhh...tak mahal rsenye bro. aku tak rse mahal. murah je. aku sangguo tdo bwh jambatan kalo kat australia @ nz. kat indon, better aku tdo kat hostel @ hotel. takut bro tdo kat indon bwh jambatan. ramai org jahat woooo...

    owhh...aku pn xtau nk bwt bila. tgk date sesuai dan wang kalo ade. insyaALLAH...bukan slalu tu pengalaman.

    ReplyDelete
  10. owner hotel niagara tue mesti berangankan niagara falls la tue..huhu

    ReplyDelete
  11. bdk2..

    perut aku kecik dh skrg..dulu aku gems...lps tu diet, perut aku shrink..agak pyh nak mkn byk dh skrg....

    ReplyDelete
  12. @Mas,
    maybe la kot....tp takde pun rupa air terjun kat situ. hihihi


    @Travel, food lovers,
    bagus....aku pn try nk kurus gak. mlm2 tak makan nasik dah. huhuhu. tp mmg jrg la makan byk2.

    ReplyDelete
  13. Aduh makanan nya semua enak2 dipandang mata ye mas. teruskan teruskan we want more!

    ReplyDelete
  14. the same hotel i stayed last time, Niagara Hotel:) sejuk kan kt sini.

    ReplyDelete
  15. @By.ya,
    mane u menghilang? lama tak nampak....busy ek? aah..kat sini agak sejuk. tp sejuk lagi kat Brastagi.

    ReplyDelete
  16. salam, sedara john,

    boleh saya tau kamera apa yang sedara gunakan..sbb gambo2 bro semua cantik2..:D

    ReplyDelete
  17. Aku sangat suka Niagara Hotel ni!!

    ReplyDelete
  18. yang makanan PATEN tu kami ada beli jugak..layankan ajer lah.haha

    ReplyDelete